17 February, 2018

Bhgn. 8 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Kali ni, kita nak sambung cerita kisah kita masuk ke Tachileik, Myanmar. Bagi yang belum lagi membaca kisah kita di Mae Sai, boleh klik Bhgn. 7 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar).


Bhgn. 8 - 45 Minit pun Cukup untuk Tachileik

Day 4 - 30hb Januari 2018
Tachileik - Mae Sai - Chiang Rai

Pagi tu, seawal jam 6.00, kita dah tercongok kat Mae Sai border. Bukan apa, actually kita mengejar masa untuk trip ke Wat Rong Khun, Chiang Rai dan petang nanti sebelum jam 6.00, kita perlu amik motosikal di Kedai Pop Rider, Chiang Mai. Kalau lambat, masaklah kita untuk ke Mae Hong Son, pada hari keesokkannya.

Suhu pagi tu rendah dan yang peliknya, semakin hari cerah, semakin rendah suhunya
Sebab awal sangat, kita berpeluang tengok diorang ni bagi makan kepada tok-tok sami. Bukan saja-saja bagi makan, sebenarnya mereka nak tok-tok sami ini mendoakan kesejahteraannya dan bisnesnya. Tak peliklah, dah memang budayanya cenggitu.
Rupa-rupanya border dibuka pada jam 6.30 pagi. Masa kita check in, pegawai imigresen Mae Sai dan Tachileik macam pelik je pandang kita, sebab kita terlalu awal check in untuk masuk Myanmar.

Ala, kan Myanmar terkenal dengan nama The Golden Land. Kenapa Golden Land? Mungkin sebab matahari paginya memang cantik sekali. Kita nak pergi tengok sunrise le ni. Lagipun awal pagi bukannya ada apa apa pun. Kedai makan pun baru nak bukak.

Bijak tak jawapan kita tu...hik3. Pegawai Imigresen senyum je bila kita bagi jawapan tu... Saja diorang nak beramah tamah dengan kita.

Tunggu pintu gate border dibuka
Selepas selesai urusan di Imigresen Myanmar, kita pun didatangi dan dikerumuni oleh tuk-tuk yang menawarkan pakej lawatan ke Tachileik. Dah ramai sangat, kita minta la tawar, dapatlah dengan sorang pakcik ni. Nampak mukanya baik sangat. Alhamdullillah.. servis dia pun memang okay. 

The City of The Golden Triangle - Tachileik
Masjid Tachileik
Alhamdullillah...
Jual minyak petrol
Lori siram pokok bunga
Suasana pagi, orang sibuk hendak pergi bekerja dan ke sekolah
Subhanallah, cantiknya!
Sarung mungkin pakaian rasmi orang Myanmar kot
Anak-anak kecil pergi ke sekolah. Pipi mereka setiap sorang mesti ada calit bedak. Bedak sejuk thanaka agaknya, kan?

First time, kita tengok Wan Sami perempuan. Perasan tak, perempuan kepala botak yang berbaju pink tu.
Tuk-tuk Tachileik ni berbeza sedikit dari tuk-tuk yang kita naik sebelum ni
Jumbo untuk bawak barang dagangan kot ni, kan
Roti canai, tapi sayangnya kita tak try. Kedai ni ada terletak di hadapan masjid Tachileik
Barulah nampak gereja di bumi Indochina ni. Ingatkan diorang ni
hanya beragama Buddha dan Islam je
Kad permit tuk-tuk bawak pelancong kot
Jumbo yang bawak kita ronda-ronda pusing-pusing Tachileik
Kat pagoda yang berusia 2500 tahun ni, memang sesuai sangat untuk mandi sunrise

Shwedagon Pagoda. Memang ramai yang mandi sunrise di sini
Nak masuk ke pagoda ni tidak perlu bayaran apa-apa pun. Hanya derma ikhlas je. Tapi kita kebetulan awal pagi, orang pun tak de, kita main redah je lah. Bukan nak minta apa apa pun, just nak tengok arkitekturnya sahaja. Lagipun, ia adalah antara tempat yang perlu dilawati apabila berada di Tachileik.

Sedikit pengenalan tentang pagoda tua ni yang kita petik dari Wikipedia. Actually Shwedagon Pagoda ni adalah pagoda yang telah berusia 2500 tahun. Pagoda yang setinggi 99 meter ini terletak di atas bukit Singuttra. Pada waktu kita pergi tu, ianya masih lagi berselimut litup dengan tikar mengkuang, agaksnya pagoda ni sedang dibaik pulih.

Dan yang best, cahaya matahari yang terpancar di kawasan pagoda ni, memang cantik sekali. Subhanallah.. cantik sungguh.

Dhammayon Temple Township, Tachileik, Union of Myanmar
Kita tak pasti apa nama temple ni. Pemandu tuk-tuk yang bawak kita ke sini
Kerja kita pagi tu, kaco burung merpati ni nak makan.. hik3
Bayaran masuk tempat ni, 5 baht. Tugu King Bayint Naung (1551 - 1581)
Sejarah tentang King Bayint Naung ada tercatat di sini
Tempat jualan jed
Just bergambar pada pintu depan je dengan pemandu tuk-tuk, Tak da dalam wish list kita 
pun untuk masuk tengok puak leher panjang ni. 
Perut kita lapar apabila tengok kuih-muih ni
Sebelum check-out dari Myanmar, jangan lupa amik passport ye dan serahkan semula surat permit kebenaran masuk
Kita da masuk Thailand balik dah...
Selesai dah sesi lawatan 45 minit di Tachileik, Rangon, Myanmar
Selesai urusan check-out, kita pun bergegas ke stesen bas Mae Sai untuk ke Wat Rong Khun, Chiang Rai dan booking tiket Greenbus ke Chiang Mai.

Strawberry di Mae Sai Town
Peraturan untuk naik kenderaan di stesen bas Mae Sai
Minivan ini yang akan bawak kita ke Chiang Rai nanti
Bye-bye Mae Sai, kita nak ke Chiang Rai plak
Kincir angin
Panas ting-ting, panjang plak barisannya untuk beli tiket ke Chiang Mai ni
Sebelum kita tutup cerita kita ni, meh ler kita kira berapa kos yang dibelanjakan untuk trip kali ini.
  • Masuk - keluar imigresen di Mae Sai tidak perlu bayaran RM2 seperti di border Selatan Thailand
  • Permit masuk ke Tachileik. Pembayaran dibuat di Pejabat Imigresen Myanmar - 500 baht
  • Chartered tuk-tuk dengan pakej - 200 baht
  • Bayaran masuk ke Taman King Bayint Naung - 5 baht
  • Bayaran bilik hotel bajet Mae Sai Complex - 450 baht
  • Tuk-tuk ke stesen bas Mae Sai - 15 baht
  • Minivan ke stesen bas Chiang Rai - 50 baht
  • Tiket bas untuk ke Chiang Mai dari Chiang Rai - 130 baht
Orait, ituje laa yang dapat kita kongsikan kali ni. Sehingga berjumpa lagi di next episode ye. Boleh klik Bhgn. 9 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). See ya. #spreadlove - Canon Rider was here...

No comments: