10 June, 2022

Nasihat Ulama : 4 Amalan Menghadapi Tekanan Hidup - Ustaz Elyas Ismail

 


Pada akhir zaman, ramai yang membunuh diri kerana gangguan mental disebabkan hatinya yang tidak tenang. 

Hadis Nabi Sallahualaihiwasalam bersabda;
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan ada seseorang melewati kawasan kubur, orang tersebut bermonolog dengan ayat, "Untung kalau aku di tempat kalian" - bercita-cita untuk mati berbanding meneruskan hidup"

Jika sakit yang tiada harapan lagi dan hidup menyusahkan keadaan orang sekeliling, boleh minta mati dengan Allah Subhanallahuwataala tapi dengan syarat berdoa sebegini :

"Ya Allah, teruskan hidupku sekiranya hidupku baik untukku dan Ya Allah, matikanlah aku jika mati itu baik untukku" - HR Imam Muslim

Kematian karoshi - mati kerana terlalu kuat bekerja yang banyak berlaku di Jepun kerana workaholic. Dalam hidup ni, jangan terlalu over bekerja. Kena ada rehat sekejap contohnya tidur seketika dalam tengahari dalam 5 hingga 15 minit.

Jangan tiru perangai syaitan  yang tak pernah berehat. Jangan melampau sangat, nanti kita jadi tension dan tak tentu arah. Allah Subhanallahuwataala murka orang mendahalui takdir. Nanti  diazab dengan alat/cara yang digunakan untuk membunuh diri.

3 Amalan Menghadapi Tekanan Hidup

1. Hayati sirah perjuangan hidup Nabi Sallahualaihiwassalam. 

Sebab perjalanan Baginda Sallahualaihiwassalam lagi teruk diuji. Nabi Sallahualaihiwassalam kehilangan ramai orang tersayang antaranya bapa, ibu, datuk, pak saudara, isteri dan anak wafat semasa usia kecil dan muda.  

Nabi Sallahualaihiwassalam pernah gering, Nabi Sallahualaihiwassalam bersabda "Ya, aku sakit dan demam panas bersamaan dengan dua orang yang demam di kalangan kamu." Nabi Sallahualaihiwassalam lagi teruk demamnya tapi tetap melaksanakan qiamullail (solat malam).

2. Jangan lupa banyakkan berdoa untuk elak stress yang merangkumi 8 perkara termasuklah masalah jiwa.


  • Hammim - risau/bimbang perkara yang belum terjadi lagi. Jangan dibimbangkan, nanti akan betul-betul terjadi.
  • Hazzan - menyesal dengan perkara yang sudah terjadi. Syaitan berkeupayaan menghasut dengan perkara yang sudah terjadi. Syaitan tabrer - mencari orang yang bermasalah untuk menghasut. Jangan lupa, syaitan adalah dari kalangan jin dan manusia. Orang yang ditimpa musibah akan berkata-kata, "kenapa, kalau, sepatutnya...". Akidah boleh tergugat kerana musibah.
  • Sabda Nabi Sallahualaihiwassalam, setiapkali kamu kena musibah jangan sebut "kalau" tapi sebutlah "Ini semua ketentuan Allah". Siapa yang berkata-kata "kalau", dia telah membuka pintu syaitan untuk menghasutnya. 

3. Jangan terlalu ambil hati sangat dengan kata-kata orang. Hidup buat yang terbaik sahaja. Mulut orang jangan diambil hati sangat. Hidup nak ikut cakap orang, semua benda takkan menjadi. 

4. Jaga hubungan kita sesama manusia. Hidup akan lebih ceria. Sabda Nabi,
"Mukmin yang bagus iaitu mukmin yang bercampur gaul dengan masyarakat dan boleh bersabar macam-macam kerenah dan keletah berbanding mukmin yang tidak bersabar dengan kerenah orang ramai"

Ibu tunggal perlu bergaul dengan orang ramai contoh masuk group berzanji, yassin atau sebagainya. Dengan bertukar-tukar cerita, hati kita kembali tenang. Yakinlah, Allah Subhanahuwataala ada bersama-sama dengan orang yang bersabar. 






No comments: