Showing posts with label Krabi. Show all posts
Showing posts with label Krabi. Show all posts

12 March, 2018

Putrajaya - Krabi 2013


13hb Oktober 2013
Putrajaya - Krabi

Setelah menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Siam, Hatyai pada tahun 2012, keinginan kita semakin membuak-buak ingin lebih tahu pasal Negeri Gajah Putih ini. Selang beberapa bulan, kita dan dia kembali ke Siam pada Ogos 2013 untuk menelusuri tanah Songkhla pula. Setelah berbincang dengan dia dan Ujang Syanaz (anak-anak kita), kami pun bersepakatlah untuk naik ke Utara dengan Jaja menuju ke Krabi.  

Berpandukan Sygic Apps plus pengalaman Hans Tayar Golek plus plus pengalaman blogger-blogger backpackers dan kaki shopping tentang Krabi serta reviews dari site TripAdvisor dan Lonely Planet, kami pun bergerak menghala ke Krabi pada 13 Oktober 2013. Meh cuci mata layan pix dari kita, biar gambar plak yang bercerita... 

13hb Okt 2013
Hari Pertama 
Pukul 1.43 petang, baru nak check in border... memang sah-sahlah jam-pack
Solat Jamak Qasar Zohor dan Asar di Masjid Darulhuda, berhampiran dengan Tokong Buddha yang besar gabak tu
My little gegurl and son... mmmuuuahs
Wat ni betul-betul berhadapan dengan sekolah dan binaannya di sisi kaki lima jalan utama Danok - Hatyai
Singgah lunch dulu di gazebo kat Samila Beach yang mengadap Laut China Selatan.
Nasi Goreng Seafood

Kerabu Sotong@Gazebo Samila Beach, Songkhla
Tomyam Seafood yang murah dan sedap.. uummmmm... semangkuk ni mmg tak cukup untuk kami berlima
Soft Shell Crab fresh from Songkhla
20THB je untuk Soft Shell Crab dan Crunchy Fried Shrimp
Senja@Patthalung
Bagi minum kat Jaja la plaks
Confuse, tak taw nak pilih yang mana satu.  Hijau Ron 95, Kuning Ron 91, skema color tak sama ngan Malaysia punya.
Yess, da sampai Royal Nakara, Krabi. Da leh rehat, seharian di jalanan. Antara hotel yang mendapat pengiktirafan hotel yang terbaik oleh TripAdvisor. Murah, besar, wangi dan bersih. Hotel Royal Nakara Ao Nang ni, didirikan di curam bukit.  Di penghujung tangga tu, pintu ke Kolam Renang. Dapatlah Ujang Syanaz lepas geram men air.








14hb Oktober 2013
Hari Kedua

- Ron Khlong Thom Waterfall
- Emerald Pool
- Lemon Restaurant
- Souvenirs shopping 

Bukit batu kapur. sebijik nak sama ngan Jalan Gua Musang - Kota Bharu, kan?
Simpang Tiga keluar masuk dari Pantai Ao Nang
Kita respek abih ngan Orang Thai sebab depa sanggup wat kerja apa saja untuk sesuap nasi. 
Aik, masih ada orang berkelubung dengan kain batik lagi pada zaman milenium ni. Inilah Thailand, budayanya kekal, tidak ditelan zaman.
Entrance ke Ron Waterfall (Hot Stream)
Lega, orang tak ramai lagi turun ke sini. Ye la, masih awal pagi lagi. Gerai pun baru nak buka.
Unik, rerumpun buluh ni cam nak minum air je kat hot stream sebelah sini
Setiap pepohon di sini, ada dilekatkan nama scientific nye
Kopi Krabi. Kita ada jugak beli dua tiga bungkus sebagai ole-ole. Harganya taklah mahal, hanya 100THB je untuk 1kg.
Kita dan famili rasa tenang, damai, happy dan bebas 
Setakat leh celup kaki je lah. Bukan men lagi bawak baju mandi, ingatkan leh mandi...
Yang ini langsung tak leh nak sentuh. Panas gilaks. Sama panasnya dengan Poring kat Ranau, Sabah tu. 

Bro baju kuning tu rupa-rupanya tourist guide. Fasih berbahasa Melayu Kelate. Ayam bakar tu buat kita terliur je, cam sedap tapi macam biasalah, tak berani la nak makan.

Kalu da namanya penggemar kopi, apa jenis kopi pun, sibuk nak snap. Yang ini namanya Kopi Khlong Thom, nama salah satu daerah di Krabi.
Entrance Fee untuk Kolam Biru Air Panas (Emerald Pool). Ujang Syanaz *RM10 sorang dan kita dan dia kena bayar *RM20 seorang
Orait, tiket masuk da dibeli. Thanx ye, abah
Kemana kita nim? Emerald Pool lah. Kita nak taw sangat warna air kolam tu. Ada sama tak colornya ngan Air Terjun Bantimurung di Makassar.
Nature Trail sepanjang 1400m bermula dari entrance menghala ke Emerald Pool. 


Jalan-jalan sambil layan kicauan burung, bau wangian alam yang semerbak harum dan deru air di sepanjang laluan. Memang besh. Indahnya alam ciptaan Allah SWT ni, ditambah plaks dengan orang yang tahu menghargainya. Thailand memang terbaiklah.

Kolam ini memang dalam dan licin. Tapi yang syoknyer, air kolam tu panas dan warnanya hijau kebiruan. kita hanya men di tepian je ngan Ujang Syanaz.
Keow Tiow Sup yang memang amat-amatlah sedap. Mee nya buatan sendiri.

Bersama pemandu yang bawak kami ke Lemon Restaurant yang menjadi tumpuan utama pengunjung dari Malaysia. Sebut je nama Lemon Restaurant, terus dihantarnya. Servis memang terbaiklah...baq hang.


Tokey Lemon Restaurant ni merupakan seorang kakak yang amat fasih berbahasa Melayu. 

Dah sampai. Apalagi, jomlah kita mulakan order.
Tiram Berkeju
Ketam Cili
Lala ni pun sedap
CIMB ada je kat mana-mana di bumi Gajah Putih nim. Tak sama ngan Vietnam. 
Jadinya, jangan risaw kalau-kalau duit makan atau shopping tak berapa nak cukup. Tapi yang penting, kad ATM perlu diaktifkan dahulu sebelum mulakan trip, taw.




15hb Oktober 2013
Hari Ketiga

-Berangkat pulang ke Putrajaya

Jom layan sarapan di restoran Melayu Pattani yang banyak di tepi jalan nim


Mekasih banyak-banyak ye, Jaja, bawak kami jalan-jalan ke sini tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Banyak tempat yang kita tidak dapat kunjungi sepanjang berada di Krabi. Salah satu sebabnya, kita tidak membuat homework secara menyeluruh sebelum memulakan perjalanan. 

Belajar dari beberapa perkara tentang roadtrip Krabi 2013 ni, meh sini kita kongsikan beberapa perkara yang buat sebelum nak mulakan trip, antaranya: 

1. Wang yang mencukupi - Fee entrances, Fare, Souvenir shopping, Hotel, Fuel, Makan dan Snack.
2. Koordinasi lokasi dan road map checkpoint.
3. Gadget - Chargers, USB Mini Car Charger, International Plug, Spare Battery Camera, Spare Memory Card dan Laptop.
4. Keperluan diri - iron, hair dryer, telekung sembahyang, air tenaga, supplemen, vitamin dan ubat.
5. Booking hotel dua minggu sebelum roadtrip 


Tempat-tempat best di Krabi, antaranya : 

1. Krabi Crab Statue di tebing Muara Sungai Krabi di tengah-tengah bandar
2. Krabi Night Market
3. Island Hopping@Krabi
4. Emerald Pool and Hot Spring
5. Ao Thalane - Menunggang Kuda
6. Khao Panombenja -  Menunggang Gajah
7. Ron Waterfall - Hot Stream
8. Tiger Cave Temple
9. Wat Kaew
10. Kayaking@Ao Thalane
11. White Water Rafting + Fish spa + Persembahan Gajah dan Monyet ++ Drag Queen by Ladyboy
Kita dahulunya adalah salah seorang rakan MyAlza Owners Club (MAOC 4524)
Apa-apa pun, kita enjoy sesangat sepanjang trip ini. Dengan anak-anak dan dia yang sporting dan supportive buatkan kita rasa kekal bersemangat walaupun kadang-kadang terasa amat penat jugak apabila Sygic Apps manjang bagi route yang salah. 

Tak pasal-pasal kami masuk randuk kampung-kampung orang Thai, kebun getah dan hutan belukar bagai. Aish, geram sungguh...Orait, hanya setakat ini je lah perkongsian kita pasal Krabi. Nanti kita jumpa lagi dalam entry yang lain ye.