Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

02 January, 2020

7 Perkara Wajib Korang Amik Kisah Sebelum ke Broga Hill

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ya_d4uE9Y5803adqaJke-Qf7Qpx50yUG

25hb Disember 2019 | Rabu
Broga Hill, Semenyih, Selangor

Pada korang yang pernah sampai ke Broga Hill, mesti tak de nak kisah sangat dengan apa yang perlu prepare sebelum nak ke Broga, kan? Baiklah, actually tips ini untuk insan-insan yang macam kita, yang belajar-belajar minat untuk hiking. 

The Best Sunrise Near KL and Seremban
Selain nama Broga, bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Lalang. Broga ni terletak di Semenyih, Selangor. Ketinggiannya hanyalah 400 meter sahaja dan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Kuala Lumpur, 30 minit dari Putrajaya dan 15 minit dari Pekan Kajang. 

Bukit Broga ni memang fames dengan pemandangan yang amat unik terutamanya pada waktu subuh.  Trek pendakian untuk ke puncak, tidaklah sesusah mana pun telah menjadi tarikan popular di kalangan orang tempatan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fHm2Ohvq7JqtnLAlxgRTs7y0rwEMIeHP

Pemandangan dari atas puncak begitu indah, saujana mata memandang, diadun dengan kepelbagaian pepohon hutan hujan tropika, ladang-ladang kelapa sawit dan perkampungan serta pekan-pekan di sekeliling area Bukit Broga.

Pemandangan waktu subuh sungguh menakjubkan taw. Sebab time tu kabus mula naik dari bawah lembah dan bila terkena pancaran sinaran mentari, ia membentuk seolah-olah awan karpet seperti awan nano kat Betong Thailand tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1kV171oLzzjtBWqmZ5hGuvddo5zMO5nwY

Selain keindahan view dari atas bukit tu, di kawasan berhampiran ada terdapat Ladang Arnab, Taman Sayuran Organik, dan warung dan gerai yang best-best untuk korang layan breakfast atau lunch setelah turun dari bukit tu.

Tapi kitorang hari tu, hanya layan Air Terjun Tekali je. Rimas dengan peluh dan rasa nak mandi air terjun. Jaraknya lebih kurang 21km dari Broga Hill. 


Easy Morning Hiking
Pendakian ke puncak dengan curam-curam yang mudah dilalui ni hanya mengambil masa selama 20 hingga 45 minit bergantung kepada tahap stamina korang ataupun kekerapan korang berenti mengambil gambar di sepanjang laluan.

Bagi yang kali pertama belajar-belajar minat mendaki tu, amat-amatlah disarankan ke sini dulu macam korang warm up sebelum korang nak mendaki Bukit Tabur atau Cameron Highland.


Korang boleh jugak cuba mendaki pada waktu petang untuk layan sunset. Katanya cantik layan sunset kat atas tu taw. 


Ini dia perkara yang wajib korang amik port sebelum mendaki Bukit Broga

1. Standby Duit RM2
Yang ni korang kena standby duit taw. Kalau tak, tak pasal-pasal korang tak dapat nak naik ke puncak. Actually, setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM2 kerana trek berada di kawasan ladang kelapa sawit persendirian. 

RM1 yang pertama : Korang kena bayar untuk duit parking. Tak kiralah korang tak masuk parking pun, korang tetap kena bayar jugak. Tak kira budak kecik atau warga emas. Flat Rate. RM1. 

RM1 yang kedua : Selepas 5 minit berjalan ke atas, kat situ ada gerai menjual air kelapa (RM5), 100plus (RM3) dan akan ada pakcik cina yang duduk di situ untuk kutip bayaran. 


2. Torchlight atau Headlamp
Kebiasaannya pendakian bermula seawal jam 6 pagi. Jalan ke puncak memang gelap gelita dan berlubang-lubang. Jadi, elok korang bawak lampu suluh atau headlamp. Tapi kitorang hanya guna lampu handphone je pada masa tu.

Kalau guna headlamp atau torchlight, laluan memang terang jelas gitew. Trek memang clear, senang nampak, kalau tak nampak pun, boleh je follow sesiapa yang sememangnya semua nak naik ke puncak. Bagi kitorang yang pertama kali ni, kitorang follow orang depan je. 

Pada peringkat awal tu, trek memang nampak mudah sangat laa. Menaik je. Actually, time mendaki tu, kita memang langsung tak berenti berjalan. Takut pancit.

Di tengah-tengah pendakian, mak aiiii, laluan trek agak curam yang amat dan mencabar. Tapi bagi profesional hikers, sah kacang je laa tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1wlqAJUVrqGecKw1zQ_liyhaa1JV-tJBx

Pada yang tak biasa tu, boleh tegang urat betis peha bagai tau, sebab korang sememangnya mengerah segala tenaga dan upaya untuk mengangkat badan korang untuk panjat curam-curam tu. Tapi semua itu berbaloi tau, korang boleh bergambar dengan view yang bukan biasher-biasher.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1uwxp9zt3HdlJaVS8NpX2qN1VhR6K821_


3. Kasut, Glove dan Tongkat
Seronok, seronok jugak, korang wajib berhati-hati semasa berada di Broga. Kat sana tebing-tebingnya curam dan tinggi. Kalau hari hujan, pergh! memang licin yang amat. Untuk mudahkan korang mendaki, better bawak tongkat untuk ampu badan korang.  

Selain tu, kita sarankan korang pakailah kasut yang proper. Jangan sesekali pakai selipar jepun atau kasut kerja plak.. hik3. Kalau selipar jepun, gerenti putus la wei.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1TnywHyk91yHh4Ka7RIehIOTkcCt0xjGE

Dan korang patut jugak pakai sarung tangan berkebun tu untuk jaga telapak tangan korang laa masa nak turun atau naik. Semasa mendaki curam-curam yang tinggi tu, diorang ada sediakan tali dan rantai besi untuk berpaut. 

Kalau tangan yang lembut halus licin bagai sutera tu, boleh terluka tau. Time nak turun pulak, ada sesetengah tu memang kerap slide.. kitorang hari tu amik kesempatan main gelongsor-gelongsor gitu.


4. Standby Baju Persalinan atau Kertas Surat Khabar
Ini pesanan tak kiralah, hari hujan atau tak. Sebab memang comot pun. kalau hari hujan, lagilah, sah-sah korang kena standby pakaian baru. Baju dan seluar kena lumpur kot, kompem-kompem kerusi dan lantai kereta korang boleh kotor taw. Actually kat situ pun, ada toilet untuk korang cuci semua lumpur tu .. dan bayarannya RM1 ye. 


5. Bawak Payung
Pada ketinggian 400 meter tu dengan trek yang memang sesuai sangatlah pada kaki hiking dan latihan kecergasan.  Treknya mudah tapi amat merbahaya kalau waktu selepas hujan, sebab licin dengan selut tanah merah.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SGdiAqLQOYoY-XiI4KylN7b_nGr9y8A6

Ada orang datang awal pagi, dan ada jugak orang datang lewat pagi atau tengahari. Pada yang datang pada matahari dah naik, better korang standby la payung. Melainkan korang memang nak berkulit gelap hangus terbakor, itu no hal lah.. hik. Sebab kawasan Broga ni memang tak banyak dilitupi pepohon pun. Ia terbuka dan terdedah dengan panas mentari. 


6. Crowded Time Weekend dan Public Holiday
Kitorang sampai ke puncak pertama pada ketinggian 268 meter / 880 kaki dari aras laut setelah sejam mendaki. Subhanallah, cantik betul sunrise pagi tu dan view nya really fantastic. Then, kitorang teruskan dengan puncak kedua (350 meter / 1150 kaki dari aras laut) dan ketiga (400 meter / 1312 kaki dari aras laut).

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1L9Cxjw2fRYim6eTi_TISKmWKOa4jmqW0

Pemandangan dari setiap puncak tu, seriously, macam dok kat luar negara gitew! Marbelous. Kitorang memang tak lepaskan peluang bergambar berlatar belakang lalang dan ranting-ranting yang terbakar pada September 219. Ada orang kata, Broga ni ada 18 puncak. Nak khatam kesemua puncak tu mengambil masa lebih kurang 4 jam ye. Uish! Hebat...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1u41235eoY6H5OXbFVFVtIU-D_VLG23Sh

Kitorang pergi hari tu, pada hari Krismas. Punyalah ramai orang walaupun baru jam 6 pagi. Malah jam 9.30 pagi pun masih ada yang mendaki. Panas da kot time tu pun masih ada yang mendaki.

Itulah...sebab Broga ni memang tempat yang terbaik untuk breakthrough.. dah lah tidak jauh dari bandar dan pekan untuk kita keluarkan peluh, menghirup udara segar dan menikmati keindahan flora dan fauna semulajadi selain mendapatkan kulit gelap hangus terbakor dan merehatkan minda dari kesibukan Putrajaya kan. 


7. Air Kelapa dan Cenderamata
Setelah korang turun tu, korang boleh la beli air kelapa kat gerai tempat pakcik cina tu kutip duit. Hanya RM5 je. Kat gerai tu jugak ada jual roti dan maggi. Kat tempat parking plak, ada gerai jual legging, tracksuit, beg pinggang, bandana dan yang paling best, baju t-shirt Broga. Kitorang beli satu untuk kenang-kenangan. First time jejak kaki kat sini kan... hik3

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1QfRButkPwh0ZS9MKx_Hl1lhii4wTkxf6


Easy Exercise
Pagi tu, kita tengok ramai orang bawak anak-anak kecik mendaki, malah ada yang masih dalam dukungan panjat bukit ni. Anak-anak kecik tu lincah je panjat bukit. Means that, trek mendaki tu takde laa payah sangat.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SxBpJt6wfc-Z0NPZudgVqDDos_4XDVpO

Malah kita ada nampak ada seorang pemuda tu, siap panjat Bukit Broga berkali-kali, tak sampai sejam turun dan naik. Ada tu, masa naik bersama-sama, kitorang masih mendaki, ehh... dia da turun.. cepatnya! Kita ni mengah, dia nampak rilex je. Iskkkk...

By the way, this is salah satu cara untuk exercise di awal pagi kan. Dan yang paling best dapat bersatu dengan alam semulajadi..Wah, kelass gitu! So, korang ada teringin nak ke sana ke? Sebelum nak pergi.. boleh la amik checklist untuk dijadikan panduan. Enjoy Hiking hokey...

#spreaDLove #brogaHill

10 March, 2018

Ceritanya sepagi @Beacon Hospital

10 Mac 2018
Beacon Hospital Petaling Jaya

Pagi tadi, kita berada di Beacon Hospital atau lebih tepatnya Beacon International Specialist Centre. #firsttime kita kat sana. Kita ke sana untuk temani kawan kita buat annually health screening. Baguslah kawan kita tu, kan, buat medical check-up setiap tahun. Kalau ada apa-apa masalah kesihatan, bolehlah dikesan awal. Bak kata pepatah, cegah sebelum kena, rawat sebelum parah. 


Sesampai kita kat hospital tu, wow, gahnya. Rasa macam masuk hotel kot, hik3. Maklumlah. kita ni, apa-apa pasal kesihatan, kita hanya tau ke hospital dan klinik kerajaan je. Bukan apa, servis hospital kerajaan pun ok. 


Dah lah macam hotel, tak macam hospital langsung. Aman dan damai je. Wah!!! best kot. Ada plak disediakan sarapan pagi dan televisyen yang menayangkan movie yang best. Walahai...kiranya kalau menunggu lama pun, tak apa. Bukannya tak de kafeteria di hospital ni. Ada.

Termangu-mangu kita dibuatnya. Dah macam rusa masuk kampung, hik3!



Kita dok kira-kira, kalau hospital ni macam hotel. Yang Prince Court tu macamana plak ye? Kita lagi laa tak de bermimpi nya nak ke sana. Hospital untuk orang ternama dan kenamaan je.


Selepas mendaftar, kawan kita terpaksa memakai baju hijau macam pesakit hospital kerajaan tu. Yang perempuan, diberikannya baju hijau dan scarf. Cantik dan sweet gitu. 

Selepas menukar baju, kawan kita tu kena amik darah dulu. Then, buat x-ray pada dada untuk check paru-paru, ultrasound untuk check prostat, hempedu dan hati. Dan yang terakhir buat ujian stress test. Berlari atas treadmill dengan 4 kelajuan selama 12 minit. Stress test ini untuk check kesihatan jantung. 

Sementara menunggu dipanggil untuk ujian stress test, kawan kita tidak dibenarkan untuk smoking, minum teh atau pun kopi. Sebabnya, kalau amik minuman tu, kebarangkalian heart beat akan jadi bertambah laju dan result untuk stress test akan jadi tidak tepat. Itu yang kita faham daripada cakap-cakap penyelia dengan kawan kita itu lah!


Dah selesai semua ujian, last sekali kena lah jumpa doktor. Sambil-sambil nak jumpa doktor, hidangan makan tengahari pun sampai. Huwahahaha.. kita makan lagi.

Ok, sedikit intro pasal kawan kita ni yer.
"overweight, suka masakan bergoreng dan berlemak, masalah gout, sakit dada dan sakit belakang"

Perkataan baru bagi kita hari ini : 

ischaemia - yang menyebabkan dada kawan kita tu sakit, disebabkan darah kurang oksigen kerana terlalu banyak plak yang menimbun dalam salur darah. Plak terhasil daripada kolestrol yang tinggi.

diffuse fatty liver - Menakutkan apabila baca artikel ni. Biasanya hati yang banyak lemak ni, terjadi pada orang yang overweight, kolestrol tinggi, ada penyakit kencing manis dan macam-macam. Boleh baca artikel tu. Disarankan turunkan berat badan dan sentiasa buat exercise serta banyakkan makan makanan berserat macam sayur, buah dan lemak sihat macam fatty acid omega-3, 6 dan 9.  Selain itu, boleh baca artikel ini, cara memulihkan hati yang berlemak dan Bahaya hati berlemak.

Left Renal Calculi - kawan kita ada masalah batu karang. Patutlaa asyik sakit belakang je. Dan baru kita tau, gout ada perkaitan dengan batu karang dan sakit belakang. Untuk bacaan lanjut boleh baca kat Batu karang : punca, rawatan dan cara mengelakkannya.

CT Angiogram - apa yang kita fahamkan, nak scan salur darah untuk tengok sesempit manakah ia. 

Legalon - ubat yang menyokong fungsi hati yang khusus untuk membuang toksik yang berlebihan pada hati sebab pengambilan banyak sangat makan makanan berlemak dan terproses. 

Atorvastatin - ubat untuk memusnahkan kolestrol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko strok, serangan jantung dan penyakit berkaitan dengan kolestrol jahat yang tinggi dalam darah.




Kita tabik springgg la kat hospital ni. Diberikannya satu fail lengkap siap dengan CD tentang laporan health check-up. Mudahlah nanti kalau nak buat rujukan dan rawatan susulan pada masa akan datang. Lepas tu, siap ada suggestion apa yang perlu dibuat untuk tingkatkan kualiti kesihatan.

Dah lah tu, dah selesai semuanya, kawan kita siap dapat goodies.hik3.. Traveling Luggage dan 3 mangkuk kaca bertutup. Wow!!! bestnya...

Apa-apa pun, kita karap-harap kawan kita tu ikut saranan doktor dan kembali sihat. Nampak gayanya, kawan kita tu dah kena makan masakan rebus dan stim da lah. Kurangkan amik masakan berlemak dan bergaram serta kena buat exercise. Hopefully, next year, result check-up, semakin bertambah baik. Aminn...

Apabila bercerita berkaitan jantung, ini kita just nak share poster yang kita snap di Hospital Serdang.







Oklah... itu jelah kita nak kongsikan kali ini. Sehingga berjumpa lagi yer... Take care uols. #spreadlove - Canon Rider was here...

03 March, 2018

KLG - Bikers Bebas Dadah

3 Disember 2016
KPDNKK, Putrajaya - Litar F1 Sepang 

Agensi Anti Dadah dengan kerjasama beberapa group bikers terkemuka di Malaysia telah menganjurkan Kempen Bikers Bebas Dadah yang disertai oleh semua jenis CC motosikal. Kami yang membawa nama Kawasaki Lady Bikers Malaysia (KLG) pun turut ikut kempen ni bagi menunjukkan sokongan padu kepada agensi Kerajaan dalam membasmi najis dadah dalam komuniti kita. 

RV Pertama di Dataran Masjid Putrajaya seawal 7.30 pagi, kemudian kami bergerak ke Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) di Presint 3. Sesampainya di MOT, kami dihidangkan dengan Nasi Lemak dan Air Mineral sementara menunggu kumpulan bikers yang lain tiba. Walau pun ujan mula turun renyai-renyai seawal pagi tadi, tapi kami tetap bersemangat untuk meneruskan konvoi ini. Ditambah plak Nabil Raja Lawak turut ikut serta dalam kempen ini.


Tak lama kemudian, hujan mula reda dan berhenti, mentari memancarkan sinar yang benar-benar indah. Cantik betul pemandangan selepas hujan, uols. Kami mula berkonvoi dengan melalui lebuhraya ELITE dengan diiringi sepasukan Pengawal Trafik JPJ menuju ke Sepang International Circuit (SIC). 

Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit. Majlis perasmian bermula dan wakil kumpulan bikers mula melaungkan ikrar dan selepas itu, kami mengunjungi booth yang menjual pelbagai barangan motorsikal dan banyak food truck yang menawarkan pelbagai makanan yang sedap-sedap dengan harga yang berpatutan. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami pun bersurai dan membawa haluan masing-masing. 


Kenangan makan nasi lemak dalam hujan dan berlindung ramai-ramai di bawah sebatang pokok kecil di laman parking MOT adalah satu kenangan yang paling manis untuk dikenang. Kelakar beb...


Ini adalah video koleksi gambar Ride Kawasaki Lady Bikers to SIC 2016. Selamat menonton yer. Any comments amatlah dialu-alukan.