Showing posts with label Singapura. Show all posts
Showing posts with label Singapura. Show all posts

02 March, 2018

Singapore Dalam Satu Jam


24hb Disember 2016
Johor Bharu - Singapura

Kali ni, kita nak kongsikan macamana cara nak masuk Singapura dengan menaiki motosikal. Asalnya, 24hb Disember hari tu, Cik Mas VHana Rider, baby Nisaq dan Kak Maz Hazim just nak pergi makan kenduri di Bukit Gambir, Tangkak Johor. 


Then nak masuk Johor Bharu untuk pusing-pusing kat area sana je. Dah alang-alang masuk Johor, kita yang selalu pasang angan nak masuk Singapura dengan menaiki motorsikal, akhirnya dapat jugak. Baby Nisaq yang baru pulang dari Songkhla Thailand sudi nak realisasikan impian kita. Mekasih taw, baby nisaq.. Muahss..


Ikutkan pada malam tu, selepas basah lencun bermandi hujan semasa on the way ke Johor Bharu dari Tangkak, memang kami akan masuk esok pagi ke Singapura. Tapi selepas, baju dibasuh dan dikeringkan di kedai dobi bawah bilik penginapan kami, baby Nisaq minta kita bersiap-siap selepas makan malam @Hot Plate untuk masuk border. 

Pada mulanya, memang seronok dapat tengok Johor Bharu dari jambatan menghala ke border. Kitorang menjerit keriangan. Impian cop buku merah untuk tahun ni, akhirnya dapat juga. 

Sesampai kat Imigresen Malaysia, memang ok jer. Then, sesampai kat Imigresen Singapura, kami diminta isi borang putih di kaunter tanpa perlu turun dari motosikal. Well, ini lagi best dari masuk border Thai..Kat Imigresen Thai, kita kena park motor dan beli insurans bagai dan isi borang putih siap-siap. 

Bagi yang pertama kali masuk, nak tak nak kena beli auto-pass. Sediakan SD10 untuk auto-pass yang mana boleh dibeli semasa pemeriksaan kastam Singapura. 


Di pemeriksaan kastam, kena buka helmet, semua zip beg dibuka dan kalu ada barang yang dibawa masuk, perlu diisytiharkan terlebih dahulu. Semasa membuat urusan auto-pass, pastikan juga roadtax, geran dan insurans ada bersama. Semua maklumat tersebut akan di keyin dalam kad autopass. 

Auto-pass ni digunakan semasa keluar dan masuk dan berad di Singapura. Lecehnya Singapura ni, ada sesetengah jalanraya yang motosikal atau kenderaan tertentu tak dibenarkan masuk contohnya ERP. 


So, semasa ride di sana, kami sering gelabah bila nampak signboard ERP. Gelabah bila tak de motosikal yang masuk jalan yang kami lalui. 

Memang rasa tersangat cuak dan ketakutan, kalau-kalau disaman polis Singapura. Masaklahh.. kitorang. Dan sebaik mungkin, pastikan bawak gadget untuk pencarian destinasi. Sebab kita perhatikan semua kereta dan motosikal, pakai gps. Complicated nyer...

Bandaraya Singapura memang happening, banyak lampu dan memang Singapura bandar yang cantik. Kata baby Nisaq, seperti bandaraya Hongkong. 


Kita kagum dengan setiap design bangunan, lampu dan gabungan landskap moden, mewah, klasik, tradisional dan kontemporari. 

Patutla ramai yang memilih Singapura untuk shopping. Terlalu banyak gedung beli belah dan waktu kami masuk hari tu around 9.00 malam.. semua area masih meriah dan happening... macam tak de waktu tidur. Kat Orchard Road, rasa seperti berada di tengah-tengah bandaraya Pulau Pinang, Melaka dan Bukit Bintang, KL. 


Impian baby Nisaq untuk amik gambar di Merlion Park bersama lion tu, tak kesampaian gara-gara tak nampak signboard parking motosikal. 

Bestnyer baby Nisaq ni, atas moto pun dia boleh bertegur sapa dengan penduduk tempatan di sana semata-mata untuk minta tunjukkan arah. 

Dah tak boleh nak parking, tak selesa dan cuak dengan jalan raya Singapura yang complicated ni, yang begitu banyak cctv, maka kami dalam pukul 10.00 malam da pun berada di border Singapura-Malaysia. 

Untuk pengetahuan, kaunter masuk dan keluar, sentiasa dibuka. Anytime boleh masuk dan keluar. Semasa pulang, punyalah banyak motosikal dan waktu ni memang banyak makan masa untuk check out. Lebih kurang sejam, kami da pun berada di Johor Bharu. Alangkah bestnyer, Malaysia. Bebas, free, tak de nak peduli rasa cuak salah lorong ker, cctv ker atau pun had laju. 


Walaupun, bandaraya Johor Bharu tak seindah Singapura tapi kebebasan itu yang buat kita happy kan. Malam tu, kami tidur dengan lena.. impian tercapai jua. Esoknya, kami melawat masjid di Kota Iskandar, Hello Kitty@ Puteri Harbour, Tanjung Piai (Penghujung Benua Asia), Pontian dan seterusnya... mandi hujan lagi... menghala ke Putrajaya. 






Perjalanan yang tak dirancang kali ni, memang best. Memang terbaik. First time, kita tibai makan tanpa peduli apa pun, taw-taw, perut sendat dan seluar pun ketat. Apa-apa pun, mekasih yer semua. Muahss cyunk uols.