31 August, 2018

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang Ke-61







30 August, 2018

10 Khasiat Kerabu Jantung PISANG


https://www.trekearth.com

sumber dari website Thailand.

Di Thailand jantung pisang menjadi famous sekarang kerana dieksport ke Jerman. Walaupun di eksport bertan-tan, tetapi masih ia tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.   Kalau satu jantung pisang dijual di perkampungan Thailand dengan harga 20THB atau dalam RM1.20 satu, tetapi apabila dieksport ke Jerman, harganya mencecah 1000THB atau RM120.00 satu jantung.

Mengapa orang Jerman suka jantung pisang? 

Untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan. Orang Jerman sekarang sudah beralih untuk tidak mengambil daging di dalam det harian mereka dan sebagai ganti mereka memakan jantung pisang. 

Mereka yang mengamalkan 'vegan diet' iaitu hanya makan sayuran, masakan mereka adalah jantung masak kari, sup jantung dan salad jantung.. Kalau kita buat kerabu dan rebus cicah budu je.. hikhkhhikhi



http://resepimalaysian.blogspot.com

Rupa-rupanya jantung pisang ini mempunyai serat yang hampir sama seperti daging. Selain itu ia juga merupakan antara ubat herba yang hebat.  

Banyak manfaat jantung pisang ini iaitu : 

1. Memutihkan gigi. 
2. Memperbanyakkan susu ibu. 
3. Merawat masalah gastrik (tidak kepada semua orang). 
4. Merawat luka yang baru dan "menghisap" nanah.
5. Melegakan bengkak akibat gigitan serangga. 
6. Menurunkan kadar gula dalam darah bagi penghidap kencing manis.
7. Memperkayakan nutrien darah dan membantu masalah anemia (kurang darah). 
8. Membantu pengaliran darah dengan baik. 
9. Menyembuhkan luka pada mulut dengan lebih cepat. 
10. Membuatkan kulit jadi licin.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat yang baik untuk kita. Alhamdulillah.. #spreadlove

29 August, 2018

Tiada Mustahil Melahirkan Selepas Mati - Ali Imran


https://www.rebelcircus.com

sumber copy and paste

Renungan bersama

In Africa, a lady who was pregnant died.  She got buried, but after a few days, people started hearing a baby crying from her grave. When the grave was opened up, a new born baby was found alive: it was delivered in the grave by the dead lady. Subhan' Allah!

Kisah selanjutnya boleh baca di sini

Melahirkan selepas mati


The Holy Quran says: 

Say, "O Allah, Owner of Sovereignty, You give sovereignty to whom You will and You take sovereignty away from whom You will. You honor whom You will and You humble whom You will. In Your hand is [all] good. Indeed, You are over all things competent.- Surah Aal e Imran: verse 26.


You cause the night to enter the day, and You cause the day to enter the night; and You bring the living out of the dead, and You bring the dead out of the living. And You give provision to whom You will without account - Surah Aal e Imran: verse 27.


28 August, 2018

PENTING! Cara Muliakan Orang Tua di Alam Sana

https://www.duniapendidikanonline.com

sumber copy paste

SUNGGUH DERHAKA ANAK YANG MENDOAKAN ORANG TUANYA HANYA 5 KALI SEHARI
Renungan bersama daripada Ustaz Arifin Nugroho.


Saya pernah pergi ke Kaherah, Mesir pada waktu solat Zohor ada tazkirah daripada syeikh yang mengadakan jualan bukunya. Di akhir tazkirah, saya sempat untuk membeli buku yang dijual oleh syeikh tadi. Judul bukunya "Melipat gandakan keuntungan dengan berbakti kepada ibu bapa."


Dalam satu bab dibuku tersebut dibahas mengenai Adab Kepada Ibu Bapa. Di mana dikatakan bahawa,

"Sungguh derhaka seorang anak yang hanya mendoakan kedua-dua orangtuanya hanya 5 kali dalam satu hari."
Saya bingung, kenapa kita sudah mendo'akan ibu bapa kita sehari 5 kali, masih dikira sebagai anak derhaka?

Saya cuba balik lagi ke masjid tempat saya membeli buku tersebut, saya tanyakan kepada pengurus program tazkirah di masjid itu, di mana saya boleh menemui syeikh yang kelmarin memberi tazkirah di masjid tersebut.

Dan setelah saya mendapatkan nombor telefonnya, saya hubungi dan kami berjanji untuk bertemu di sebuah masjid yang kebetulan beliau sedang memberi tazkirah juga. Selesai tazkirah, saya bertemu dengan beliau, dan saya bertanya, 

"Kenapa seorang anak yang sudah mendo'akan kedua-dua orangtuanya 5 kali sehari, masih dikatakan anak yang derhaka?"
Syeikh itu kemudian meminta kepada saya untuk membacakan do'a untuk kedua orangtua. Dan saya bacakan do'a yang biasa saya baca setelah solat.

"Rabighfirli waliwali dayya"

"Stop!", kata si Syeikh. "Ulangi lagi".

"Rabighfirli waliwali dayya"

"Stop!", kata si Syeikh. "Ulangi lagi".

"Rabighfirli waliwali dayya"

"Stop!", kata si syeikh. "Ulangi lagi". Terus saya ulangi sampai sepuluh kali. Kemudian si syeikh bertanya kepada saya, 

"Apakah kamu letih?"
"Tidak, Syeikh".
"Apakah kamu berasa penat?"
"Tidak, Syeikh".
 "Apakah kamu sampai mengeluarkan wang membaca do'a seperti yang kamu baca tadi?"
Kembali saya jawab tidak.

"Kamu tak perlu mengeluarkan wang, kamu tak perlu berpenat, kamu tak perlu mengeluarkan tenaga yang besar hanya untuk membacakan do'a ampunan kepada kedua orangtuamu."
"Tapi kenapa kamu hanya berupaya meminta ampunan untuk orang tuamu sehari semalam cuma 5 kali?"
"Padahal sejak kamu masih berada dalam perut ibumu, berapa banyak keringatnya yang sudah ibumu keluarkan kerana beratnya menanggung kamu yang berada di perutnya?"
"Betapa sakitnya ibumu saat melahirkan kamu, berapa besar perbelanjaan yang sudah dikeluarkan kedua orang tuamu untuk membesarkan kamu?"
 "Dan sebagai balasannya, kamu hanya mendo'akan kedua orang tua mu cuma 5 kali dalam sehari semalam?"
 "Padahal satu kali saat kamu membacakan do'a untuk kedua orangtuamu, Rabighfirli waliwali dayya, saat itu juga satu dosa dari orang tuamu dihapuskan ALLAH."
 "Dan ada sebuah kisah, di mana ada seorang orang tua yang saat dia dimakamkan penuh dengan dosa, tiba-tiba, saat orang tua tersebut sedang kesusahan di alam kuburnya, ALLAH berikan keringanan dan ALLAH berikan kemuliaan."
 "Sehinggakan si ahlul kubur bingung, kenapa dia diangkat darjatnya seperti ini?"
 "Kemudian jawab malaikat, "Ini berkat do'a anak anak mu".

pic dari google

MashaAllah...sekarang, apakah kita masih berat untuk membacakan do'a untuk kedua orang tua kita sehari lebih dari 50 kali? ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

27 August, 2018

7 Perkara penting dalam Silaturrahim

https://babab.net

sumber copy and paste

🕌ADA ORANG SEDIH🕌
Muhasabah seorang insan yang daif untuk renungan bersama 

"Kenapa rumah saya adik beradik  tak datang pun? Saya je kena ziarah mereka dan mereka "lalu" rumah saya tetapi tak singgah."

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka tak dapat. Bab ni kita yang pilih antara pahala, kebencian, dendam ataupun cemburu. Jadi biarkan orang yang tak nak menyambung silaturrahim. Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:

Saya sendiri tidak kesal atau kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka sibuk. Ada hal yang lebih penting daripada silaturrahim. Kita tidak perlu berkecil hati. Manalah tahu, dengan izin Allah Taala, orang lain jadi tetamu kita pula, membawa balik dosa kita dan membawa rahmat.

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya...
2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...
3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama...
4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...
5. Apabila meninggal dunia adik-adik kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaannya...
6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...
7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..

Senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yang fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

26 August, 2018

Terbongkarnya kisah LEMAK di sebalik ayat 146, surah Al-An'am

http://demediapustaka.com

sumber copy and paste

LEMAK - Mereka menipu kita dengan mengatakan ia memudaratkan kesihatan kita. 


A ، D ، E ، K 

Sebenarnya LEMAK merupakan Vitamin A, D, E dan K. Ia merupakan roket kesihatan yang sengaja disembunyikan dari umum. Faedah lemak binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu disorok dari kita secara terancang. 

Maha Suci Allah dan Dia adalah sebaik-baiknya tempat kita bergantung: Ia Demi Allah adalah satu kejutan dalam skala yang tinggi dan tidak disangka-sangka sama sekali oleh semua orang. 

Cuba perhatikan ayat ini, Allah Taala telah mengharamkan lemak binatang kepada Yahudi sebagai balasan keingkaran mereka [Al-An'am, 146]



Persoalannya?

  • Apakah kepentingan lemak ini kepada manusia?
  • Apakah kebaikan hebat yang ada dalamnya sehingga Allah mengharamkannya ke atas Yahudi sebagai balasan ketuhanan terhadap kekufuran mereka?
  • Adakah benar apa yang tersebar sejak bertahun lamanya sehingga menjadi perkara yang diketahui ramai iaitu:

Lemak binatang bertanggungjawab sepenuhnya kepada penambahan kolestrol dalam tubuh manusia bahkan ianya menjadi sebab utama kepadanya.


Jawapan penting di sini:  

Di dalam seminar antarabangsa tentang jantung di daerah Ihsa Saudi Arabia yang dianjurkan oleh Pusat Raja Mud Sultan, maka terbongkarlah rahsia yang meletup ini oleh Prof. Amerika Paul Rush, President American Institute of Nervous Tension, Washington yang telah mengejutkan banyak pihak dengan mengatakan bahawa kolestrol adalah penipuan terbesar yang dilakukan oleh Yahudi pada tahun-tahun yang lalu.

Tetapi hakikatnya: 

Makanan berlemak dari binatang seperti kambing, unta dan pengambilan lemak lembu adalah sebenarnya berfungsi mengeluarkan racun dari tubuh manusia dengan izin Allah Taala dan menjadikan keanjalan serta kelembutan pada saluran, pembuluh darah dan kulit serta memberi zat kepada hati, perut dan seluruh anggota badan melonjakkan tenaga hingga ke paras optima. Lemak sebenarnya tidak bersalah dalam hal kolestrol darah atau kelajuan tekanan darah.

Yang bersalah hakikatnya ialah: 

Minyak yang terbit dari jenis yang lainnya seperti bunga matahari, jagung, minyak tiruan seperti marjerin dan pelbagai jenis mentega (butter). 

https://www.healthline.com

Beliau menambah dan berkata:  

Ianya adalah dakwaan sesat dan perancangan kotor yang terancang dan tidak bermoral oleh syarikat Barat dan Yahudi. Bermula dengan syarikat minyak masak yang dijual di rak-rak di pasaraya untuk merosakkan jasad manusia dan menyebabkan organ-organ yang memberikan kehidupan seperti jantung juga darah dan urat saraf terkena pelbagai penyakit kepada orang dewasa ataupun kanak-kanak. 

Kemudian masuk pula syarikat peralatan kesihatan untuk memasarkan alat-alat seperti menyukat tekanan darah, kemudian syarikat ubat atau farmaseutikal yang mengeluarkan ubat untuk merendahkan tekanan darah, kemudian syarikat pemakanan pengeluar makanan rendah lemak. Kemudian syarikat peralatan sukan dan berakhir dengan syarikat diet dan nutrisi.

Faktor bersama dan niat jahat, kesemua syarikat ini adalah untuk keuntungan kewangan dan kemudaratan kepada umat islam dan 56 negara islam yang menjadi sasaran khusus berbanding negara-negara yang lain.

Beliau juga menambah bahawa para bijak pandai yang menyuarakan pandangan mereka untuk membongkar perkara ini akan terdedah kepada penarikan semula dan pembatalan geran penyelidikan mereka. Maha Suci Allah SWT dan Dia adalah sebaik-baik tempat bergantung. 

25 August, 2018

Kenali nama lain BABI

http://blog.opas-coop.it

sumber copy and paste

ISTILAH LAIN DAGING BABI🐖

Ada terjadi beberapa waktu lalu di mana ada muslimah memakan siomay yang ternyata berisi daging babi menghebohkan dunia maya di Indonesia. Banyak umat Islam yang masih tidak faham dengan istilah-istilah yang terdapat di dunia kuliner/masakan dan penyediaan makanan tentang daging babi ini.

https://www.dinimon.com
Seorang wanita bertudung  Makan Cu Nyuk

Untuk menghindari hal tersebut sebaiknya kita mengenal istilah-istilah di dalam makanan yang mengandung daging yang diharamkan ini.

Founder Halal Corner Aisha Maharani melalui Twitter-nya @AishaMaharanie mencatat ada 31 sebutan lain untuk bahan beku dari babi dan keturunannya. Istilah-istilah tersebut termasuk asing dan jarang didengar masyarakat Muslim terutamanya.

http://dapurhalal.com


 Inilah daftar istilah babi:

1. Pig : Babi muda dengan berat kurang dari 50 kg.

2. Pork: Daging babi.

3. Swine: Daging babi untuk seluruh spesies babi.

4. Hog: Babi dewasa dengan berat melebihi 50 kg.

5. Boar:  Babi liar, babi hutan, atau celeng.

6. Lard: Lemak babi, biasa digunakan sebagai minyak untuk masakan, kuih atau bahan sabun.

7. Bacon: Daging haiwan yg disalai terutama babi.

8. Ham: Daging babi bagian paha.

9. Sow: Babi betina dewasa (namun istilah ini jarang digunakan).

10. Sow milk: Susu yang dihasilkan dari babi.

11. Bak: Daging babi dalam bahasa Tionghua. Misal: Bak Kut Teh, bakkwa.

12. Char siu, cha siu, char siew: Mengacu hidangan Kantonese berupa daging barbeku.

13. Cu Nyuk: Daging babi dalam bahasa Khek/Hakka. Istilah ini digunakan dalam makanan siomay dan bubur.

14. Rou: Babi dalam bahasa Mandarin, misalnya, hingshao rou, rou jia mo, tuotuorou, yuxiangrousi.

15. Dwaeji: Daging babi dalam bahasa Korea, biasanya digunakan sebagai varian dalam bulgogi dan galb.

16. Tonkatsu: Hidangan Jepun berupa irisan daging babi yang digoreng dengan tepung panir.

17. Tonkotsu: Hidangan Jepun berupa ramen berkuah putih keruh, hasil daripada tulang, lemak, dan kolagen babi.

18. Nuraniku: Sebutan daging babi dalam bahasa Jepun.

19. Yakibuta: Hidangan Jepun mirip char siu, biasanya digunakan untuk toping ramen.

20. Nibuta: Hidangan Jepun berupa leher babi yang dimasak dengan sedikit kuah.

21. B2: Sebutan untuk makanan yang berbahan daging babi di daerah Batak dan Yogyakarta.

22. Khinzir: Nama untuk babi dalam bahasa Arab dan Melayu.

Istilah lain dari "Daging Babi"

23. Charsiu
24. Mu
25. Chasu
26. Cu (haiwan babi)
27. Nyuk/Yuk (Daging), jadi kalo “Cu Nyuk” itu ertinya “Daging Babi”
28. Cu-Rou (Dabing Babi)
29. Cha
30. Siu
31. Baikwat (porkribs)

Dalam bahasa Cina, istilah “Cu-Nyuk” sendiri sebenarnya mengacu pada "babi". Hairannya lagi, si penjual tidak memberikan peringatan apa-apa kepada si pembeli padahal mereka pasti tahu jika orang Islam haram memakan daging babi. 

Mudah-mudahan saja si ibu bertudung yang ikut makan Siomay Cu-Nyuk itu disebabkan kejahilan atau ketidakfahamannya tentang istilah dan panggilan yg pelbagai itu.

pic dari google

Istilah Lain dari Daging Babi

Sekiranya waktu kita ingin makan, terlebih di negara atau kawasan masyarakat Cina/Tionghua, maka berhati-hatilah dan bersikap waspada, kerana di wilayah itu memang bertebaran aneka kuliner/masakan yang mengandung Babi.

http://www.acctgourmet.com
Selain itu, yang juga perlu diperhati adalah KUIH BULAN, kuih enak khas Cina ini jika bungkusannya ada STIKER MERAH atau GAMBAR BABI, ya itu bererti kuih tersebut mengandung Cu Nyuk alias Babi.

22 August, 2018

Akhlak Must Comes First

http://hafizamri.com
 sumber copy and paste

Disclaimer: Post ini berkisarkan tentang akhlak dalam mendidik jiwa manusia, bukan ingin merendahkan sesiapa atau ingin memuji sesiapa, tapi digarapkan dalam bentuk pengalaman dan kisah peribadi saya sendiri. 

Dulu saya selalu berharap bahagia daripada suami, apabila harapan diletakkan kepada makhluk, maka saya banyak kecewa, marah dan sedih bila suami tak mencapai standard/piawaian yang diharapkan.

Dalam banyak perkara, saya nak suami ubah jadi begitu begini, jangan buat begitu begini, jenuh hari-hari saya membebel, marah, sindir suami dan sebagainya, dengan harapan suami akan berubah. 

Pada masa yang sama, saya tak rasa saya salah, sebab semua saya ajar suami yang baik-baik, membebel suruh jadi baik, suruh jadi soleh, suruh pimpin anak isteri dan sebagainya perkara yang baik-baik. 

Tapi dimana salahnya saya?

Rupa-rupanya salah saya pada AKHLAK. Allah tidak pandang siapa betul siapa salah, tapi kita sering tertipu dengan 

"aku betul, kau salah".

Jika "siapa betul siapa salah" jadi ukuran, sudah tentu Nabi SAW tak pernah mengaku salah dengan isteri Baginda, yang ketika itu memang Baginda SAW tidak bersalah, tapi tetap juga Baginda SAW mengaku salah.

Itulah akhlak yang mulia. 

Akhlak saya tidak baik, membebel sikap yang tidak baik, marah-marah adalah sifat syaitan, bagaimana saya ingin menyeru hati manusia menjadi baik, sedangkan akhlak saya sendiri tidak baik?

pic google
Saya menyuruh kebaikan, pada masa yang sama saya suburkan kebencian dalam hati suami dan anak-anak. Sebab itulah bebelan, herdikan, tengkingan, tidak akan jadi "asbab hidayah" untuk orang sekeliling berubah.

Membebel, memarahi secara menengking, mengherdik, ia bukan kaedah mendidik, sebaliknya ekspresi kemarahan yang dilepaskan oleh nafsu mazmumah dalam diri.

Kaedah mendidik manusia, tidak dapat tidak adalah kaedah Nabi yang tersusun cantik dalam sunnah Baginda SAW.

Akhlak must comes first.

Jika tiada akhlak, bahkan membebel meleteri 24 jam non-stop sekalipun, tiada hati yang terpikat untuk berubah menjadi lebih baik.

Perkara yang baik perlu diajak dengan kebaikan, bukan dipaksa dengan kebencian dan hati yang panas membara. Tiada jiwa manusia yang tenang saat sedang membebel. 

Dimarahi, dileteri, ditengking, dihina, diherdik, tak ada jiwa manusia yang suka perkara begini, tapi semua membenci. Asbab itulah Baginda SAW tidak mendidik dengan kaedah yang dibenci oleh fitrah manusia ini, kerana ia menjauhkan dan merosakkan hati-hati yang baik. 

Pada satu ketika apabila saya muhasabah diri, saya "pejam mata" akan kekurangan suami, saya mula bicara dengan Allah Taala kembali, saya letakkan harapan pada Dia Yang Satu, saya ubah diri sendiri tanpa pedulikan ingin mengubah suami atau orang sekeliling.

Hebatnya Allah Ta'ala, bila saya fokus ubah diri sendiri, Allah tak semena-mena mengubah suami saya.

Dulu saya penat lidah, penat emosi, penat mental membebel setiap hari, tapi sebaliknya keburukan yang saya dapat, bergaduh siang malam, hati tak tenang, stress, jiwa kacau, tapi once saya ubah diri saya, baiki solat, jaga solat awal waktu, baiki akhlak sendiri, baiki hubungan dengan suami, fokus didik anak, tanpa sepatah kata, Allah telah ubah dia, malah jauh lebih baik dari apa yang saya mahukan selama ini.

Beliau jaga solat berjemaah 5 waktu di masjid, makin banyak luangkan masa dengan anak-isteri, berkasih-sayang, berlumba-lumba khidmat dalam rumahtangga, tiada lagi sikap berebut malas, bersama-sama berpimpin tangan berganding bahu, lead anak buat khidmat di luar rumah, jaga amal, ikram ahli keluarga, infaq sana sini, masya Allah...


Benarlah Allah kata, "jika kamu bersyukur, maka Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, namun jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih" (QS,14:7)

Teringat pada kata-kata Ustaz Ebit, "jangan ubah pasangan kita, tapi ubah diri kita"

Akhlak Ustaz Ebit saja telah dapat tarik arwah ibu beliau meninggal dunia dalam Islam, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik ayah beliau mengenal Allah, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik isteri beliau terjun dalam kerja-kerja dakwah.

Akhlak para daie ini bahkan telah berjaya menarik golongan LGBT, mat rempit, drug addicts, dan sebagainya ummat yang jauh dari agama. 

Yang mana mereka bukan telah confirm neraka, dan kita pula bukan telah confirm syurga.

Saya yakin, tiada kejayaan melainkan dengan cara Nabi SAW dan para sahabat Radhiallahu 'anhum, yakni orang-orang yang telah berjaya, yang dijamin syurga oleh Allah Taala...

Moga Allah ampun, moga Allah redha, tempat tuju kita semua akhirnya kembali ke sana jua.

15 August, 2018

Tuturnya adalah DOA

  https://www.thesumofactory.com

​Gantikan ucapan "Ok" dengan ucapan ​"In syaa  Allah"​ ‎اِنْ شَآ ءَ اللَّهُ

​Gantikan ucapan "wow"​ dengan ucapan​ "SubhaanAllah"​ ‎سُبْحَانَ اللهُ

​Gantikan ucapan "hebat"​ dengan ucapan "Maa syaa Allah"​ ‎مَاشَآءَاللّهُ.

​Gantikan ucapan "saya baik-baik saja"​ dengan ucapan ​"Allhamdulillah" ​‎الْحَمْدُ لِلَّهِ

​Gantikan ucapan "Terima kasih"​ dengan ucapan ​"Jazaka (ki,kumu)llahu Khairan"​‎ جَزَاك اللهُ خَيْرًا

​Gantikan ucapan "Hello"​ dengan ucapan "Assalamu alaikkum Warahmatullah"​‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Doa yg indah untuk berterima kasih pada Allah,​ ​pada semua kesempatan.​
"Allahumma a'inni​  ​'ala dzikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika"​

​Mari kita sama-sama membetulkan​  #Aamiin​, #​In Syaa Allah​ dan #​Menyingkat kata Assalamu'alaikum​.

#​Aamiin​
Dalam bahasa Arab ada 4 kata amin yg berbeda makna :​
​-Amin  = Aman​
​-Aamin =  Meminta Perlindungan​
​-Amiin   = Jujur​
​-Aamiin = Ya​ ​Allah kabulkanlah do'a kami​

http://islamic8.com

#​In Syaa Allah​
Kita seharusnya tidak menulis:​
​Insya Allah ​= ​Menciptakan Allah​ (naudzubillah..)
​Tapi pastikan kita menulis ​In Syaa Allah =  dengan izin Allah

#Assalamualaikum
Jangan disingkat,​ ​kerana:
​1. As = Orang bodoh ;keledai​
​2. Ass  = Pantat​
​3. Askum = Celakalah kamu​
​4. Assamu = Racun
​​5. Samlekum = Matilah kamu
​​6. Mikum = dari bahasa Ibrani, mari bercinta.

​​Salam pendek,​ Salam sedang​ dan Salam panjang​

​Telah dicontohkan oleh Nabi dan tidak merubah makna aslinya :

​1. Salam pendek :​ ​"Assalamualaikum"​ dengan 10 kebaikan.

​​2. Salam sedang :​ ​"Assalamualaikum warahmatullah" dengan 20 kebaikan.​

3. ​Salam panjang​ : ​"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh"​ dengan kebaikan sempurna​

Dengan penjelasan ini, mudah-mudahan tidak ada lagi yang menyingkat kerana dapat merubah maksud.

‎"ِ​Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya." - HR. Muslim 3509

Semoga kita termasuk hamba Allah yang memperolehi kebaikan dengan membaca artikel islami dan  dapat mengamalkannya.

09 August, 2018

6 perkara PERLU TAHU untuk tuntut insurans daripada kenderaan yang tiada insurans

https://ismacemerlang.com

sumber copy and paste
For Our Info

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia! 

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi aku nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)

MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ini dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans. 

MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib carum ke dalam MIB. 

Oo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?

Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plat kenderaan yang melanggar
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dan sebagainya MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri

http://www.kbwchambers.com

Ok jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Report polis
3. Report polis kenderaan yang melanggar (jika ada)
4. Laporan perubatan 

Hantar dokumen diatas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

pic dari google maps - 9hb Ogos 2018
          
p/s: Peringatan kalau dah pandai jgn lupa ajar orang lain.

08 August, 2018

Apalah sangat dengan rasis tu...


https://www.istockphoto.com

sumber copy and paste Dr.Amirul Amin

Di hospital apabila ada mangsa kemalangan atau nak buat pembedahan, pernah tak kita dengar orang mintak:

"Aku tak nak guna darah orang Cina sebab diorang makan babi."

"Wa tanak dalah olang Melayu, nanti wa jadi Melayu maa."

"Ana minta doktor guna darah orang Islam sahaja ya. Syukran ya akhi."

"I request to use Christian blood only for my operation."

"Jangan masukkan darah orang keturunan lain kecuali darah orang Bugis".

"Buleh ko kawe nok mintok guno darah hok ore Kelate jah?"

"Untuk pembedahan saya ni saya minta jangan guna darah orang miskin, pastikan awak guna darah dari golongan bangsawan sahaja."

Takde kan? Sebab apa?

Sebab tak kiralah kita bangsa apa, agama apa, negeri mana, darjat dan pangkat apa, darah kita tetap sama merah, kan. Dan kita akan sedar semua sifat rasis dan nilai perbezaan kita akan hilang di saat kita memerlukan antara satu sama lain.


07 August, 2018

4 Cara Kenali Penagih Pil KUDA

http://idinfoz.blogspot.com
 sumber copy and paste


PIL KUDA (maaf bahasanya agak kasar)

Assalamualaikum... 
Bacaan utk kaum isteri dan ibu2 & semualah.... 

Pil Kuda ni dadoh paling bahaya antara semua dadoh hok wujud atah muka bumi ni..kenapa?
Mari sini nk royak... pasal dia dadoh paling muroh..10 rial sutir buleh isap 4 orang..dan tokang pil kuda bersepoh atah muka bumi ni...

Ambe tak mboh cerita pasal pil kuda..
Ambe nok cerita macam mana nok kenal tok laki masing2 dan anok bujang masing2 hok terjebok dengan natang nim..senang je..

https://www.facebook.com/Antipilkuda

1. DOK TIDO
Kalu tengok jenis selama ni pkl 11 kerah kejung tido..tapi gok malam tu dia duk lik lak..lik lak dok tido pah ke subuh...tu tanda pertama..baru sudoh ngisak la tu..

2. DOK MAKANG
sokmo2 makang nasik 3 pinggan..tapi kali ni dia banyok minum air je..dok setuh nasik..
pasal isak natang ni kering tekok..buleh doh tepon pulis..

3. MULUT BAU BANGKAI..
memang mulut natang ngisak pil kuda ni bau macam bangkai tikus..busuk kohong..tobak rase nok mutoh....wekkkk

4. RAJIN BUAT KERJA
klu sebelum ni nk mntak tlg buang sampah pun malas....
tapi tiba2 rajin je, satu rumah dia duk sapuh.... 

ni 4 perkara senang nok kenal manusia bodo hok baham pil kuda...pakat cek la tok laki dgn anok bujang masing2...kalu ada 4 tanda nim..doksoh sipang la...tepon AADK atau polis lalu...

Semoga bermanafaat..sekian... #perangidadahhabishabisan

06 August, 2018

5 Asbab Untuk Peringatan kepada Pemuda Harapan Bangsa dan Agama

https://bit.ly/2CQl8Wm

sumber copy and paste

Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al-Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan hina.  Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun.  Dia meninggalkan istana dengan hati yang pilu. Dadanya sesak.

Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al-Hambra.  Dia  menangis tersedu-sedu sehinggakan janggutnya basah kuyup dengan air mata. 😪😪

Melihatkan hal itu, ibunya berkata, 

"Menangislah!  Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa! "

Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia.  Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?

  1. Cinta dunia
  2. Meninggalkan dakwah dan jihad
  3. Bergelumang dengan perkara-perkara dosa
  4. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
  5. Jahil agama


Maka bersiaplah wahai pemuda Islam!

Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia;  game, lepak, facebook yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya...  Faktor  kejatuhan itu akan berulang dan selalu sama.

Wahai ibu dan ayah!

Bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna.

🗣 Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak-anak muda!

Jika kamu tidak dapat menjadi garam yang dapat menjaga daging, 
jangan pula menjadi ulat yangg merosakkannya.  

Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, 
jangan pula menjadi pengkhianat (penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya ).