Showing posts with label Dannok. Show all posts
Showing posts with label Dannok. Show all posts

14 May, 2015

KL to Dannok - Bike Trip to 21st Anniversary Phuket Bike Week 2015


Bunyi tajuk cam gempak je, kan. Tapi memang seriously gempak pun. Trip kali ini memang terbaik. Memang best. Memang unik. Kita tak sedikit pun rasa letih sepanjang trip ni. Cuma merajuk ala-ala manja, gediks dan bengang skit-skit tu adalah. Itu pun bukan sebab faktor lain pun. 

Bengang apabila telinga sakit terkepitkan earphone dengan helmet, kamera asyik-asyik nak jammed je hingga terlepas banyak scene yang best-best. Bateri kamera, SJ4000 dan handphone pun sama, kejap-kejap tinggal satu bar je... kadang-kadang tu.. MP3 Sony tu pun sibuk nak tumpang sama merajuk dan buat hal. 

Stress betul masa tu kalau lagu tak dapat nak dengar dan kamera plaks buat hal.Opss.. banyak pulak bebelnya kita ni. Ok-ok, jom-jom kita share pasal perjalanan ke sana. Ke mana tuh? Ke Phuket...tapi sebelum tu, kita singgah di Hat Yai dulu, ye. 


10 April 2015
Putrajaya - Dannok

Seawal 3.00 pagi, kita da pun bangkit. Siapkan semua makanan dan bekal untuk anak-anak yang nak bersekolah pagi nanti. Then, kita semak semua checklist dan barang-barang sebelum bertolak. Dan yang paling penting, supplemen Ubat Kuat kita... apa lagi kalau bukan Vitamin E, Vitamin C dan B-Complex. 

Itu memang wajib...Shaklee memang terbaik. Sentiasa buat kita bertenaga walau tanpa kafein. Muahss...kita sayang Shaklee.


Tepat jam 4.30 pagi, kita pun bergerak menghala ke Jalan Duta. Da terserempak pulak dengan tiga orang rakan yang akan ikut trip ini. Kata diorang, sedang menunggu sorang lagi rakan yang sedang on the way ke situ. 

Lebih kurang 15 minit, bertanya khabar dan bersembang lebih kurang, kita terpaksa bergerak terlebih dahulu la, sebab RV yang pertama, jam 6.00 pagi di RnR Ulu Bernam (Tanjung Malim). 

Rasa macam tak sedap pulak, kalau-kalau da ada rakan yang menunggu di sana. (Berialah sangat...). Tapikan, nak dijadikan cerita, katanya RV kat Ulu Bernam...setelah diintai, dibaca setiap satu persatu signboard yang ada di sepanjang jalan tu.. tak de plaks kita ketemukan signboard yang tulis RnR Ulu Bernam. 

Uih, tak de nim... baca punya baca, da macam budak Tahun Satu belajar mengeja, da tak sedar yang kita da sampai ke RnR Tapah. Kebetulan pulak, Cik Nelli (Benelli BN600i) da minta "air".. Sambil Cik Nelli minum, kita amikla kesempatan untuk solat subuh di Petronas Tapah dulu. 

Fuh... lega bila kita dapat berita yang RV seterusnya di Hentian Sebelah Simpang Pulai pulaks. Lagi 61.8 km je pun...da tak jauh da...waktu tu da jam 6.30 pagi. dalam setengah jam atau 15 minit, sampai la ke sana.

Apalagi, kita senyum bukan main lebar lagi. Berangan yang kitalah yang terawal sampai. Da...rupa-rupanya, kat sebelah Hentian Simpang Pulai tu ada RTC Simpang Pulai. Da ramai kawan-kawan kita yang da berkumpul kat sana termasuklah yang kita terserempak kat Tol Jalan Duta sat-sat tadi. 

Hurm...dalam hati kita, agak-agaksnya berapalah kelajuan depa dop press minyak moto sampaikan diorang tiba awal sebelum kita nim. Uiks, laju betul diorang nim. Pelik, pelik, pelik. 

Kat RTC, tak de petrol station, nak tak nak, diorang kena laa turun ke Hentian Simpang Pulai jugak. Kiranya, memang kita la yang terawal tiba kat hentian tu. (Nak jugak menang title "Sampai Awal" tu). Then, sambil dop menunggu rakan-rakan mengisi minyak untuk motobike masing-masing, kita bersarapan nasi lemak dan roti paung dulu sambil update sana sini. 

Bersarapan nasi lemak dan air suam di Hentian Sebelah Simpang Pulai

Setelah dikumpulkan semua motobike, dibilang dan dikira ada 11 riders dan dua pillions yang berkumpul untuk Ride to Phuket Bike Week kali ini antaranya Abam Ajez Benelli (Nelli), Abam Azli Versys, Ayie XJ6, Zul Nelli & isteri, Ed BN600i, Apiz Versys, Kyrul Versys, Naza BN600i, Hilmi Versys, Ayubie Nelli dan Napi Z250. 

Semasa di RV Simpang Pulai, da terserempak pulak dengan otai yang maha hebat, Ayah Mac dan Muaz. Depa pun nek Benelli jugak. Apa lagi, come and join us la...maka nya makin bertambah-tambah besar la kumpulan kami. Dari 11 buah motobike, da menjadi 13 buah. 

Sepatutnya ada sorang lagi, Mohsin SYM yang akan bersama-sama ride pagi ni. Sayangnya, dia ada hal yang memang tak dapat dielakkan. Namun, dia akan bersama kami di Hat Yai nanti untuk ride ke Phuket besok. Mohsin merupakan leader kami untuk ke sana nanti. Ke mana tuh? Ke Phuket Bike Week laa...

*Berhenti di Shell Juru, perbetulkan mana yang patut. Terima kasih pada Abam Ajez yang sudi tumpang beg pakaian kita. 

Cuaca pada hari Jumaat 10 April, cukup-cukup indah sesangat. Mendung dan redup je. Alhamdulillah... tak de la kita nak risau sangat pasal kulit akan jadi gelap gelita, kelam dan suram. Even  kita da standby losyen Sunblock SPF 130+, tapi kita tetap risau dengan sunburn. 

Al maklum sajalah, kulit kita ni, mudah benar bertukar color. Bertukar pada pink kemerah-merahan..ok la jugak.. ini tak, terus jadi Dayang Senandung... Alamak!!!

**Dekat CMart Changlun, ada banyak kedai insuran untuk ke Tanah Siam. Leh tukar duit lagi kat sini.

Setelah ride selama 2 jam lebih, kami pun sampai la kat border Bukit Kayu Hitam - Dannok. Haa.. yang ini kita nak share skit, sewaktu beratur untuk dapatkan cop imigresen Thai, kita disapa oleh group adik-adik RXZ dari Seremban. 

Da macam-macam pulak diorang ni bertanyakan pada kita pasal trip ni. Owh...rupa-rupanya diorang pun nak menghala ke Phuket Bike Week jugak. Yang buat kita terkejut "badak" adalah apabila kita tengok cara mereka berpakaian. Apa tak nya, berpakaian macam nak pi ronda-ronda pusing kampung lagaksnya. 

Ada yang berseluar pendek, berseluar Hawaii dan ada juga yang berbaju singlet siap berselipar jepun je. Aish, biar betul depa ni. Nak ke Phuket ke nak gi Dannok nim, dik? Mana jaketnyer, mana riders gear nyer. Bahaya sungguh...hurmm..apa-apalah dik. 

Mudah-mudahan selamat pergi dan balik seadanya. Sembang punya gebang dengan mereka, barulah kita taw, rupa-rupanya ada salah seorang daripada group diorang ni, yang baru sekali masuk Siam. Dia masuk Siam semata-mata untuk ke Pattaya Bike Week 2015 yang berlangsung pada Februari lepas dengan RXZ jugak. 

Yang lain, semuanya first timer. Semua muka cam cuak je...Yang kita ni pulak seorang yang peramah dan terlalu la ramah-tamahnya, share laa serba sikit pasal prosedur imigresen, tertib dengan Siamese dan macam-macam la. But kita do respect pada diorang ni. Jiwa diorang betul-betul kental dan sempoi... kita suka lagak yang macam tu. Feel free...

**Di belakang tu Dannok, di hadapan ni Bukit Kayu Hitam

**Inilah dia, tema ride kali ini...opss...ouch, sakitla, kita gurau je pun (telinga kena pulas)

Selepas selesai urusan di pos imigresen, kami pun menghala ke Dannok untuk beli local sim card dan makan tengahari. Local sim card penting untuk talian internet bagi tujuan komunikasi semasa perjalanan dan perhubungan dengan rakan-rakan, keluarga serta untuk update sana-sini. 

Even masing-masing da ada walkie talkie sekalipun, talian internet lagi penting sekiranya tiada signal untuk radio walkie talkie. Dibimbangi tersesat atau ada apa-apa masalah semasa perjalanan di rantau orang, adalah ruang untuk minta bantuan, kan. Macam salah seorang rakan kami yang tersesat di Pekan Dannok selepas beli sim card. 

Nasib baik ada medium internet untuk berkomunikasi. Itu lah benar kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Beringat sebelum kena...


Walau hari da nak hujan, tapi diorang ni masih lagi bergurau senda di Pekan Dannok sambil menikmati makan tengahari yang menunya, boleh la... Nak tunggu daging salai, lambat lagi. Lazimnya gerai dibuka pada jam 4.00 petang.

Ini lunch kita. Nasi Goreng Ikan Telur Masin


Sebelum check-in hotel, kami diajak untuk check-in kat sini dulu, di Benelli Hat Yai. Senang, kalau-kalau apa-apa terjadi di Tanah Gajah Putih ni, adalah tempat untuk minta bantuan, kan. Betul jugak...

Dalam jam 3.00 petang, kami da selesai untuk segala urusan check in di Hotel Grand Plaza yang terletak di tengah-tengah Bandar Hat Yai ni. Uih...biliknyer besar dan selesa tapi berkarpet. 

Adeh, karpet!!!...Yela, hotel lama. Harganya dalam 1200THB. Boleh la...yang penting esok pagi, jangan kita sakit kepala, hidung tersumbat dan mata berketumbit., sudah lah. Susah nanti. Sebenarnya kita alah dengan karpet dan penghawa dingin. 


Uiks... hap date aje. Mentang-mentang masing-masing da ada local sim card. 300THB untuk 1.5GB. Itu yang masing-masing leka dengan handphone. Tapi memang betul best, akses internet di Thailand, laju sesangat. Berbaloi, boh.

Di pintu masuk Khlong Hae Floating Market
Pada waktu malamnya, kita dan rakan-rakan bike, pi jejalan ke Floating Market yang memang menjadi acara wajib kot kalu turun ke Hat Yai. Setibanya kat sana,  da terpampang signboard Songkran Festival 2015. 

Songkran bermaksud Pesta Air yang disambut sempena Tahun Baru Kalendar Thai. Kita dan ada beberapa rakan yang lain, yang belum pernah merasa sambutan Pesta Songkran ni di Bumi Thai nim. Agak-agaksnya macam ne laa ye keadaannya kan...Tapi hati kita cam berdetik kegembiraan dan teruja sesangat. Tak sabar pun ada nak main air kat Phuket. Wow!!!

Inilah teman makan Mee Cambo di Khlong Hae. Kata adik manis ni, dia dari Narathiwat, aik, itu daerah kelahiran moyang kita. Psttt..ntah-ntah dia tu salah seorang sedara mara kita kot... :)

Apa yang best sangat di Pasar Terapung Khlong Hae nim? Kenapa tempat ni menjadi tempat wajib kunjung oleh setiap pengunjung yang berkunjung ke Hat Yai? Kita agaks-agaks la kan, mungkin sebab pasar terapung ni unik dan simple,kot. Tambah pulak, ianya adalah yang pertama diwujudkan di bumi Selatan Thai. 

Makanan dan minumannya banyak dijual di atas sampan kecil yang majoriti penjualnya adalah wanita Siam Islam. Kita cakap diorang ni Islam sebab kita nampak mereka tu bertudung. Islam la tu kan...Kalau yang di darat pulak, diorang boleh bertutur bahasa Melayu Pattani (Kelate) sikit-sikit. 

Ada satu gerai mee cambo yang sedap sangat di sini. Kita yang baru pertama kali makan mee tersebut di Khlong Hae...tak sangka boleh minta tambah lagi satu mangkuk. Rasa mee tu, seakan-akan rasa mee cambo yang kita makan di Bandar Jeli, Kelantan pada sekitar tahun 2007 - 2009. Ye lah kan, Jeli pun ramai Siamese.



Ini la dia Mee Cambo yang kita maksudkan. Sup dia memang sedap. Ditambah pulak dengan sos dan rencah yang disediakan. Pergh.... terangkat abih.
Sakan depa bergambar... asal ada port.. bergambor...
Ingatkan kita da kenyang dengan makan mee cambo dua mangkuk, rupa-rupanya bila balik ke hotel, da member ajak plaks pusing-pusing cuci mata tengok barang-barang. 

Adess, da kecur pulak, liurnya nak makan udang. Ada 4 kategori saiz dan harga udang kat gerai tu. Yang paling kecik dan murah.. 100THB. Rasanya...erm.. lebih kurang sama je dengan yang kita goreng makan kat rumah. 

Tambah-tambah pulak, tak fresh pun.. Itu la yang kurang di Bandar Hat Yai ni... makanannya tak fresh dan cukup-cukup mahal. Tak berbaloi bagi kita yang jalan-jalan suka makan. 

Gerai yang macam ni la yang kita maksudkan.

Di Bandar Hat Yai, makanan sebegini memang bercambah. Pilih je.. tapi segar atau tak, sendiri mau ingat ler. Sabor je lah.


Air Kelapa siap berhias bunga Orkid yang dibeli dengan harga 20THB di Pasar Terapung dan udang yang seketul tu dibeli di gerai depan hotel.Harganya 100THB (tukaran pada masa tu, RM11.50 = 100THB).

Perut da kenyang, mata pun da layu. Baru pukul 9.00 malam waktu tempatan, kita da terbayang-bayang katil dan bantal melambai-lambai. Alahai, kita minta izin undur diri dulu la ye... kita nak layan tido plak. Next story, kita nak share pengalaman Ride To Phuket Bike Week di Krabi dan Gateway Phuket. See you then...