Showing posts with label Langkah Demi Langkah. Show all posts
Showing posts with label Langkah Demi Langkah. Show all posts

09 August, 2018

6 perkara PERLU TAHU untuk tuntut insurans daripada kenderaan yang tiada insurans

https://ismacemerlang.com

sumber copy and paste
For Our Info

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia! 

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi aku nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)

MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ini dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans. 

MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib carum ke dalam MIB. 

Oo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?

Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plat kenderaan yang melanggar
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dan sebagainya MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri

http://www.kbwchambers.com

Ok jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Report polis
3. Report polis kenderaan yang melanggar (jika ada)
4. Laporan perubatan 

Hantar dokumen diatas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

pic dari google maps - 9hb Ogos 2018
          
p/s: Peringatan kalau dah pandai jgn lupa ajar orang lain.

06 March, 2018

Preparation Create Simple Video MRT 125Z Fly To Bahau 2016

Alkisahnya macamana boleh ada video nim?

Tak lain tak bukan, ini semua gara-gara Mr. Erpy yang beria-ria sangat minta sediakan video untuk semua koleksi pix ride to Bahau. Walhal, punyalah banyak pix kabur dan ada sesetengahnya terpaksa jugak crop. Secara tak langsung, menjadikan paparan video agak terjejas.

Tapi kan, walaupun kabur atau blur, kalu kena ngan angle nya.. sebenarnya cantik jugak taw. Jadinya, meh Mawar Melati share skit preparation yang perlu ada sebelum nak bikin klip video simple ni seperti:
  • Software Windows Movie Maker - software ni mudah dikendalikan dan memang sesuai untuk beginner.

  • Gambar yang diambil secara landskap - ini untuk elakkan editing seperti "crop" selain untuk elakkan nampak latar belakang hitam pada video.

  • Gambar jelas dan "cantik" - gambar "sharp" dapat hasilkan paparan yang berkualiti.

  • Lagu mp3 atau mp4 - elemen yang perlu ada dan memang penting pun dalam pembikinan video. 
  • Trimmed Footage - sekiranya ada rakaman video, seeloknya, trim dulu footage tu dan save dalam folder yang sama. Actually, semua fail seperti lagu dan gambar perlu disimpan dalam satu folder yang sama. 
Done. Hanya ini je lah kot yang dapat share untuk kali ni. Harapnya sharing ni dapat dijadikan guideline ye. Rasanya lah kan, after this, Mr Erpy da boleh create sendiri da video nya. 

Actually, video ni tak amik masa yang lama pun untuk dibikin. Tak sampai 12 jam pun untuk di"publish"... sebabnya waktu ni, Mr Erpy yang jadi tuan direktor duduk sebelah Mawar Melati. 

Makanya kerjanya menjadi lebih cepat dan mudah. Bukan ke teamwork tu kan mempercepatkan kerja... Apa-apa pun selamat menonton ye.