Showing posts with label Poipet. Show all posts
Showing posts with label Poipet. Show all posts

01 April, 2018

Day 5 : Border Poipet - Ho Chi Minh - Phnom Penh - Seam Reap - Aryanphratet

Hari Kelima
8hb November 2014
Poipet, Cambodia - Aryanphratet, Thailand

Tonle Sap dan Angkor Wat dah kita pergi... kali ini kita bercadang untuk dapatkan cop merah di sempadan Cambodia - Thailand. Terasa silap jugak lah, kenapa tak buat research bebetul pasal trip ini. Kalau tak, sure, kami tak der la buang masa di Siem Reap.

Actually, setakat nak melawat tapak UNESCO Angkor Wat tu dan ke mandi sunset Tonle Sap tu, tak perlu amik berhari-hari, cukup dengan sehari pun dah ok dah. Bukan ada apa sangat pun. Makan dah la mahal dan susah, kurang menepati citarasa plak tu... Barangan pun mahal... dan orangnya tidaklah seramah orang Vietnam.

Sepatutnya, kami balik melalui Bangkok. Dari Siem Reap ke Poipet dan terus ke Bangkok. Dari Poipet ke Bangkok tu, hanya 5 jam perjalanan je...jaraknya dalam 250km. Itulah pengajarannya dari trip ini. Buat research bebetul.

Ok... kita teruskan dengan cerita kita ke border Cambodia - Thailand, Poipet - Aryanphratet...

Perjalanan pagi tu dengan Camry baru memang best. Suasana pagi di rantau asing untuk kami anak beranak memang mengujakan. Melihat keadaan orang Khmer pagi tu, sibuk nak ke sekolah dan ke sawah. Memang bizi le jalan pagi tu. Tapi tak de laa jem macam tempat kita...

Yang peliknya, kenderaan yang dipandu sebelah kiri ini, memang laju giler.. laju sesangat. Ngeri kita.

Poipet ni macam pekan koboi je.. Semasa nak ke Aryanphratet, nak cepatkan urusan, kita terpaksa bayar USD20 kepada pegawai Imigresen. Kalau tak, memang melangut la kita buang masa beratur yang tak macam beratur. Dengan panas dan debu.. memang meresahkan.

Selepas selesai urusan imigresen Poipet, kita dapati di sebelah sini, memang banyak kasino. Orang Khmer ni memang kaki judi la kot. Setiap border Cambodia memang akan kasino. Then, apabila sampai di Imigresen Aryanphratet, baru lah terasa lega. Nampak kemodenan di sini. Imigresennya dilengkapi aircond. Sejukkk.. dan nyaman serta selesa. Dan yang paling best, Imigresen Thailand ni, takde amik duit RM2 untuk urusan cop pasport seperti urusan di Imigresen Danok atau Betong.

Tapi, pengajaran yang kita dapat waktu ini, muka orang asia ni memang macam nak sama je. KIta plak, pakai tudung sutera khmer, seluar bercop gajah dan baju orang khmer.. anak-anak kita pun sama camtu. Jadinya, orang ingat kita Muslim Khmer. Dan harus diingat, Muslim Khmer, tak dilayan elok di sebelah sana. Diskriminasi....

Silap kita masa tu.. semasa kita berjalan-jalan di bazar Aryanphratet.. peniaga di situ, memang tak ndak nak melayan kita anak beranak. Memang tak beli apa apa lah semasa di Aryanphratet.. Orang Aryanphratet memang nampak sombongnya. tak seperti di Danok, Betong, Hatyai atau Krabi. Kat sana, payah nak jumpa Muslim.

Susah sangat.. kita pun, jomlah balik. Cop border da dapat.. sekurang-kurangnya kita da sampai kat border Cambodia - Thailand. Kita dah tau suasana sebelah sini. Panas dan berdebu... dan bandar nya bizi.

Masa tu, memang dah rindu pada tanahair... nasib la Malaysia tiada diskriminasi sebegini. Kita bebas ke mana je...

Suasana di Siem Reap. Malam tadi bulan mengambang...
Jalan raya bizi dengan orang yang nak pergi kerja dan anak-anak nak ke sekolah

Dah sampai ke border
Suasana pagi di Poipet
Bizinya pekan ni
Plat chartered car, jangan lupa amik... 
Inilah dia pemandu kereta kita...
Inas 11 tahun, Asya 8 tahun dan Anas 6 tahun... 
Suasana di Imigresen Poipet
Panas ketik...
Kita berada di anatara border Poipet - Aryanphratet
Janji mama, hangpa takkan terpisah walau apa pun yang terjadi... even mama tiada sekali pun. susah senang hangpa biarlah bersama-sama
Berlatar belakangkan Poipet Casino Resort
Berlatarkan Aryanphratet
Pekan koboi yang bizi
Sama je ngan Danok atau Padang Besar atau Rantau Panjang, tak pun Bukit Bunga.. hik3 
Aryanphratet, Thailand
Trip backpacker yang pertama yer!
Tak perlu risau, Maybank dan CIMB bersepah di Cambodia....
 Orait.. itu je laa yang kita nak citer... makan masa bertahun-tahun jugak untuk dokumenkan pengalaman ni. Semoga bermanfaat untuk uols... #spreadlove