Showing posts with label Yareta. Show all posts
Showing posts with label Yareta. Show all posts

20 September, 2023

Yareta "Cloud" Purba Yang Wujud 3000 Tahun

yareta plant

Inilah dia Yareta (Llareta) yang diyakini berusia lebih dari 3000 tahun. Sekali pandang seperti batu berlumut, kan? 

Sebenarnya ini adalah Yareta sejenis pokok renek atau tumbuhan kusyen baldu Amerika Selatan yang keras seperti batu yang mempunyai beribu-ribu cabang dahan, berpuluh-puluh ribu tunas berbunga di hujung batang panjang dan gugusan dedaunan hijau yang sangat padat. 

Sebelum teruskan bacaan, apa kata kita layan lagu sambil-sambil.. :)


Yareta tumbuh meliar di padang rumput Puna di Andes, Peru, Bolivia, utara Chile dan barat Argentina pada ketinggian antara 3,200 dan 5,250 meter (10,500 dan 17,220 kaki). Rupa bentuknya seperti  gumpalan awan (cloud) hijau limau gergasi, sesekali kelihatan seperti lumut. 

Namun rupa je seperti lumut, sebenarnya tidak. Malah Yareta ini langsung tidak melekit. Strukturnya amat padat apabila disentuh. tetapi jangan haraplah daunnya lembut apabila disentuh. Semuanya keras macam batu. Yareta ini adalah anak beranak keluarga Apiaceae, yang mana sepupu kepada parsli, lobak merah, dan adas. (fennel).

Apa yang membezakannya adalah pertumbuhannya sangat perlahan. Hanya dianggarkan tumbuh kira-kira 1.5 sentimeter (0.59 inci) setahun. 

Banyak Yareta dianggarkan berusia lebih 3,000 tahun. Yang tertua ini telah dilaporkan tumbuh seperlahan 1⁄18 inci (1.4 milimeter) setahun.  Dah kalau usianya lebih 3,000 tahun maka tak hairanlah ada Yareta yang telah tumbuh sebelum kelahiran Nabi Isa as. Subhanallah! 

Gurun Atacama

Yareta ni tumbuh banyak di Gurun Atacama di Chile. Di sini, jurugambar Rachel Sussman telah berkongsi gambar-gambar flora tertua di dunia ini.  

Gurun Atacama adalah salah satu gurun yang paling kering di muka bumi selain gurun padang pasir kutub. Gurun ini terletak di tepi Pergunungan Andes yang mana telah menghalang turunnya air hujan di kawasan tersebut. Lautan Pasifik di sebelah Barat Gurun Atacama juga turut menghalang pembentukan awan hujan. 

Musim panas di Gurun Atacama tersangatlah panas. Apabila musim sejuk pula ia amat sejuk tanpa hujan. Sebab itu ia dikenali sebagai gurun yang paling kering di dunia.

Gurun Atacama

Yareta

Yareta

Kepadatannya membolehkan kita boleh berdiri, berbaring malah boleh melompat-lompat di atas pokok ni. Cukup menarik kan? 

Ok, nama saintifik Yareta atau llareta (dalam Bahasa Sepanyol) adalah Azorella Compacta yang juga turut dikenali sebagai Azorella Yareta dalam Bahasa Quechua. 

Yareta

Untuk melihat secara dekat Yareta ni, kita perlu mendaki sehingga 10,000 hingga 15,000 kaki ke Andes. Dari situ kita boleh melihat beberapa batu besar, batu tepi bergerigi dan pasti akan terjumpa awan bulat yang kelihatan agak lembut dari jauh. 

Yareta ini adalah bukti kekuasaan Allah Taala yang pokok renek ini mampu bertahan dan boleh adapt dengan persekitaran yang paling teruk di muka bumi selama ribuan tahun.

Yareta

Yareta

Yareta

Yareta

Yareta tumbuh dari akar tunjang dan rendah ke tanah selain ia cukup gemar tumbuh meliar berhampiran atau di atas batu. 

Ya! Yareta amat tertarik dengan batu kerana haba yang diserap oleh batu pada siang hari dan dikekalkan pada waktu malam. Bijak betul pokok renek ni, kan? Allahu Akbar.

Yareta

Yareta sangat suka dengan tanah berpasir yang bersaliran baik. Ia boleh tumbuh di tanah miskin nutrisi yang berasid, neutral atau beralkali pada ketinggian sehingga 5,200 meter (17,100 kaki). Pastinya di kawasan yang paling tinggi di dunia, di mana di situ terdapat banyak cahaya matahari pada siang hari, tetapi pada malam hari, suhunya pula menghampiri suhu beku.

Yareta tidak boleh tumbuh di tempat teduh. Dedaun Yareta telah menjadi hamparan tikar yang sangat padat yang mana fungsinya adalah untuk mengurangkan kehilangan haba dan air. Hebat sungguh ciptaan Allah Taala ni. Subhanallah.

Hamparan tikar hijau ini tumbuh berhampiran tanah di mana suhu udara adalah 1 atau 2 darjah Celsius lebih tinggi daripada suhu udara purata. Perbezaan suhu ini adalah hasil daripada sinaran gelombang panjang yang dipancarkan semula oleh permukaan tanah yang berwarna kelabu gelap hingga hitam di Puna, Andes, Chile.

Yareta

Yareta boleh dikerat dengan pisau tajam, tetapi susah sangat nak terlerai, sebab ia amat berkayu. Malah, dulu-dulu Yareta ini pernah juga dituai secara meluas untuk dijadikan bahan bakar salah satunya  sebagai api pemula untuk nyalaan unggun api selain menggerakkan keretapi lokomotif.

Tetapi kini, penduduk tempatan lebih kerap membuat teh bagi mengubati sakit-sakit atau bisa-bisa otot, asma, bronkitis dan penyakit-penyakit lain.

Yareta

Gambar ini kelihatan dipaparkan secara digital, seperti seseorang telah meletakkan karangan laut hijau yang luar biasa di tengah-tengah pemandangan padang pasir. Walhal, tompok hijau itu adalah pohon renek purba yang tumbuh di altitud tinggi di sepanjang Andes di Amerika Selatan.

Yareta

Yareta

Walaupun padat daunnya, ciri Yareta yang paling ketara adalah saiznya. Ia boleh menjadi besar! Sangat besar! Dan yang terbesar yang pernah diukur adalah lebar hampir 40 kaki (12 meter), dan boleh mencapai kira-kira ukur lilit 20 kaki (6.1 meter) dan kira-kira panjangnya 10-16 kaki (3 - 4.9 meter).

Masih banyak lagi tentang Yareta yang kita tidak tahu dan perlu pengkaji alam semulajadi terokai. Manalah tau, pokok ini berkesan untuk merawat kanser mahupun HIV. 

Akhir sekali, artikel Yareta atau Llareta ini adalah terjemahan dari website Llareta, One of the Oldest Living Plants in the World dari Science Friday dan Hasan Jasim Llareta: The 3000-Year-Old Shrub That Looks Like a Giant Green Blob



#spreadlove Putrajaya