Showing posts with label esp. Show all posts
Showing posts with label esp. Show all posts

21 August, 2015

Ketahui Khasiat Kacang Soya




Di dalam cleanser NutriWhite ada menunjukkan penggunaan ekstrak Glycine Soja iaitu kacang soya. Glycine Soja ini adalah dari ahli keluarga kekacang yang mana ekstraknya diperolehi dari biji kacang soya yang memang asalnya dari Asia Timur. 

Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).  Di Jepun, China, dan Korea, kacang soya telah membentuk sebahagian besar diet pemakanan  seperti miso, natto, tauhu, tempe, kicap, douchi dan sebagainya. 

Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap dan kaya dengan isoflavon (hampir sama dengan hormon estrogen) yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. 

Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegeterian. 

Ianya juga amat berkesan sebagai agen anti oksida, tinggi nutrien dan hanya mengandungi lemak yang minimum dan sifar kolestrol. 

Khasiat kepada kulit 


Glycine Soja merupakan agen anti-radang untuk kulit. Selain merupakan agen anti oksidan yang kuat kerana ianya memang kaya dengan vitamin E. 

Fungsinya amat diperlukan dalam produk anti-penuaan untuk melindungi kulit daripada radikal bebas selain memulihkan kulit serta mengurangkan risiko kanser kulit. 

Hadirnya agen anti oksida yang kuat ini boleh membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan mengurangkan kesan-kesan penuaan seperti tompok-tompok hitam, kendur, kusam, kering dan garis-garis halus serta kedutan pada kulit

Ia juga boleh mengurangkan kerosakan sel yang disebabkan oleh sinar ultraviolet matahari (UV), yang merupakan sebab kenapa Glycine Soja sering digunakan dalam produk-produk pelindung matahari (sunblock) yang mendorong kulit menjadi lebih cerah dan putih

Di dalam ekstrak kacang soya ni juga digunakan untuk merangsang pengeluaran kolagen yang boleh meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit. 


Glycine Soja ini yang digunakan dalam cleanser NutriWhite adalah untuk mengurangkan ketegangan pada permukaan kulit yang berminyak.  

Pengeluaran minyak yang berlebihan dari kulit boleh menyebabkan pertumbuhan Propionibacterium Acne atau lebih dikenali sebagai jerawat. 


Jerawat terhasil disebabkan adanya bakteria, hormon dan pengeluaran minyak yang berlebihan pada kulit dan adanya kulit mati. 

Penggunaan cleanser NutriWhite yang mencuci secara mendalam boleh menghilangkan sel-sel kulit mati secara lembut tanpa meninggalkan kesan kering pada kulit dan menjadikan kulit kembali segar, anjal, licin, lembut dan berseri.