Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts
Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts

20 September, 2023

Yareta "Cloud" Purba Yang Wujud 3000 Tahun

yareta plant

Inilah dia Yareta (Llareta) yang diyakini berusia lebih dari 3000 tahun. Sekali pandang seperti batu berlumut, kan? 

Sebenarnya ini adalah Yareta sejenis pokok renek atau tumbuhan kusyen baldu Amerika Selatan yang keras seperti batu yang mempunyai beribu-ribu cabang dahan, berpuluh-puluh ribu tunas berbunga di hujung batang panjang dan gugusan dedaunan hijau yang sangat padat. 

Sebelum teruskan bacaan, apa kata kita layan lagu sambil-sambil.. :)


Yareta tumbuh meliar di padang rumput Puna di Andes, Peru, Bolivia, utara Chile dan barat Argentina pada ketinggian antara 3,200 dan 5,250 meter (10,500 dan 17,220 kaki). Rupa bentuknya seperti  gumpalan awan (cloud) hijau limau gergasi, sesekali kelihatan seperti lumut. 

Namun rupa je seperti lumut, sebenarnya tidak. Malah Yareta ini langsung tidak melekit. Strukturnya amat padat apabila disentuh. tetapi jangan haraplah daunnya lembut apabila disentuh. Semuanya keras macam batu. Yareta ini adalah anak beranak keluarga Apiaceae, yang mana sepupu kepada parsli, lobak merah, dan adas. (fennel).

Apa yang membezakannya adalah pertumbuhannya sangat perlahan. Hanya dianggarkan tumbuh kira-kira 1.5 sentimeter (0.59 inci) setahun. 

Banyak Yareta dianggarkan berusia lebih 3,000 tahun. Yang tertua ini telah dilaporkan tumbuh seperlahan 1⁄18 inci (1.4 milimeter) setahun.  Dah kalau usianya lebih 3,000 tahun maka tak hairanlah ada Yareta yang telah tumbuh sebelum kelahiran Nabi Isa as. Subhanallah! 

Gurun Atacama

Yareta ni tumbuh banyak di Gurun Atacama di Chile. Di sini, jurugambar Rachel Sussman telah berkongsi gambar-gambar flora tertua di dunia ini.  

Gurun Atacama adalah salah satu gurun yang paling kering di muka bumi selain gurun padang pasir kutub. Gurun ini terletak di tepi Pergunungan Andes yang mana telah menghalang turunnya air hujan di kawasan tersebut. Lautan Pasifik di sebelah Barat Gurun Atacama juga turut menghalang pembentukan awan hujan. 

Musim panas di Gurun Atacama tersangatlah panas. Apabila musim sejuk pula ia amat sejuk tanpa hujan. Sebab itu ia dikenali sebagai gurun yang paling kering di dunia.

Gurun Atacama

Yareta

Yareta

Kepadatannya membolehkan kita boleh berdiri, berbaring malah boleh melompat-lompat di atas pokok ni. Cukup menarik kan? 

Ok, nama saintifik Yareta atau llareta (dalam Bahasa Sepanyol) adalah Azorella Compacta yang juga turut dikenali sebagai Azorella Yareta dalam Bahasa Quechua. 

Yareta

Untuk melihat secara dekat Yareta ni, kita perlu mendaki sehingga 10,000 hingga 15,000 kaki ke Andes. Dari situ kita boleh melihat beberapa batu besar, batu tepi bergerigi dan pasti akan terjumpa awan bulat yang kelihatan agak lembut dari jauh. 

Yareta ini adalah bukti kekuasaan Allah Taala yang pokok renek ini mampu bertahan dan boleh adapt dengan persekitaran yang paling teruk di muka bumi selama ribuan tahun.

Yareta

Yareta

Yareta

Yareta

Yareta tumbuh dari akar tunjang dan rendah ke tanah selain ia cukup gemar tumbuh meliar berhampiran atau di atas batu. 

Ya! Yareta amat tertarik dengan batu kerana haba yang diserap oleh batu pada siang hari dan dikekalkan pada waktu malam. Bijak betul pokok renek ni, kan? Allahu Akbar.

Yareta

Yareta sangat suka dengan tanah berpasir yang bersaliran baik. Ia boleh tumbuh di tanah miskin nutrisi yang berasid, neutral atau beralkali pada ketinggian sehingga 5,200 meter (17,100 kaki). Pastinya di kawasan yang paling tinggi di dunia, di mana di situ terdapat banyak cahaya matahari pada siang hari, tetapi pada malam hari, suhunya pula menghampiri suhu beku.

Yareta tidak boleh tumbuh di tempat teduh. Dedaun Yareta telah menjadi hamparan tikar yang sangat padat yang mana fungsinya adalah untuk mengurangkan kehilangan haba dan air. Hebat sungguh ciptaan Allah Taala ni. Subhanallah.

Hamparan tikar hijau ini tumbuh berhampiran tanah di mana suhu udara adalah 1 atau 2 darjah Celsius lebih tinggi daripada suhu udara purata. Perbezaan suhu ini adalah hasil daripada sinaran gelombang panjang yang dipancarkan semula oleh permukaan tanah yang berwarna kelabu gelap hingga hitam di Puna, Andes, Chile.

Yareta

Yareta boleh dikerat dengan pisau tajam, tetapi susah sangat nak terlerai, sebab ia amat berkayu. Malah, dulu-dulu Yareta ini pernah juga dituai secara meluas untuk dijadikan bahan bakar salah satunya  sebagai api pemula untuk nyalaan unggun api selain menggerakkan keretapi lokomotif.

Tetapi kini, penduduk tempatan lebih kerap membuat teh bagi mengubati sakit-sakit atau bisa-bisa otot, asma, bronkitis dan penyakit-penyakit lain.

Yareta

Gambar ini kelihatan dipaparkan secara digital, seperti seseorang telah meletakkan karangan laut hijau yang luar biasa di tengah-tengah pemandangan padang pasir. Walhal, tompok hijau itu adalah pohon renek purba yang tumbuh di altitud tinggi di sepanjang Andes di Amerika Selatan.

Yareta

Yareta

Walaupun padat daunnya, ciri Yareta yang paling ketara adalah saiznya. Ia boleh menjadi besar! Sangat besar! Dan yang terbesar yang pernah diukur adalah lebar hampir 40 kaki (12 meter), dan boleh mencapai kira-kira ukur lilit 20 kaki (6.1 meter) dan kira-kira panjangnya 10-16 kaki (3 - 4.9 meter).

Masih banyak lagi tentang Yareta yang kita tidak tahu dan perlu pengkaji alam semulajadi terokai. Manalah tau, pokok ini berkesan untuk merawat kanser mahupun HIV. 

Akhir sekali, artikel Yareta atau Llareta ini adalah terjemahan dari website Llareta, One of the Oldest Living Plants in the World dari Science Friday dan Hasan Jasim Llareta: The 3000-Year-Old Shrub That Looks Like a Giant Green Blob



#spreadlove Putrajaya

02 January, 2022

Benar & Menyeramkan : Tab Mandi Diraja


Besar betul tab mandi ni? Untuk siapakah ni? Mengapa besar sangat eik?

Macam-macam persoalan semasa membaca artikel ni?

Why Was Such a Colossal Bath Tub Built for Tsar Alexander I?


Keruntuhan Istana Babolovo

Istana Babolovo atau Babolovka adalah sebuah bangunan bersejarah yang terletak di bandar Tsarskoye Selo (bermaksud Kg. Tsar) yang kira-kira 24km ke selatan bandar St. Petersburg. Istana yang dibina pada penghujung abad ke-18 semasa pemerintahan Catherine The Great dari Rusia. 

Di dalam istana ini, ada satu tab mandi gergasi yang dibuat daripada batu granit yang dikenali Tsar Bath. Tsar Bath ini dibina selepas istana telah siap dibangunkan setelah beberapa dekad yang lalu. 

Istana Babolovo Rusia

Hari ini, istana yang hampir runtuh ini adalah sebahagian daripada Taman Babolovo sedang dipulihara dari musnah. 


Asal-Usul Istana Babolovo

Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Catherine dan Istana Alexander yang merupakan kediaman empayar yang terkenal pada Zaman Empayar Rusia. 

Pada tahun 1780, perkarangan yang bersebelahan dengan Istana Catherine disampaikan kepada Grigory Potemkin, seorang bangsawan Rusia yang merupakan orang yang paling digemari oleh Permaisuri dan diserahkan kepadanya oleh Permaisuri juga. 

Istana Babolovo pada abad ke-20


Pertemuan untuk Kekasih?

Pada mulanya, sebuah istana kayu sementara dibina, yang, menurut satu sumber, berfungsi sebagai tempat pertemuan untuk kekasih. Antara 1782 dan 1785, bangunan itu digantikan dengan batu, yang direka oleh Ilya Neyelov (yang juga mereka bentuk astaka mandi di Catherine Park yang berdekatan). 

Struktur baharu ini dibina dalam gaya Gothic Revival, dan berfungsi sebagai rumah musim panas. Ciptaan Neyelov adalah bangunan satu tingkat dengan tujuh bilik, setiap satunya memberikan akses ke taman yang mengelilingi istana, dan menara segi lapan (oktagon).

Istana Babolovo tidak digunakan untuk masa yang lama, kerana ia telah ditinggalkan pada tahun 1791 (secara kebetulan, ini juga tahun kematian Potemkin).

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kehancuran istana adalah terletak di kawasan yang terpencil, yang bermakna ia sangat jarang dikunjungi. Hanya beberapa dekad kemudian, pada tahun 1820-an, terdapat kebangkitan semula di Istana Babolovo.


Istana untuk Tsar

Pada dekad inilah Istana Babolovo telah diubah suai, di bawah naungan Tsar Alexander I, cucu kepada Catherine the Great. 

Tsar dikatakan sangat menyukai istana itu, dan telah dikhabarkan bahawa di sana dia menggunakan Istana Babolovo untuk perjumpaan dengan Sophia Velho, anak perempuan seorang jurubank mahkamah. 

Perubahan paling ketara yang dibuat kepada istana mungkin adalah penambahan tab mandi besar, yang juga dikenali sebagai 'Tsar Bath'. Jadinya Tsar Bath ini wujud pada semasa tahun 1820-an la yer.


Mandian Colossal

Menurut satu sumber, tab mandi itu pada asalnya adalah ketulan granit dari salah satu pulau Finland. Sekeping granit ini mempunyai berat lebih 160 tan, dan sepasukan tukang batu, yang diketuai oleh Vasily Sukhanov, diberi tugas untuk mengubah batu itu menjadi tab mandi. 

Sukhanov mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan kerja itu, dan hasil kerja yang terhasil adalah karya agung yang sebenar. 

Mandi Tsar mempunyai ketinggian 1.96 m, kedalaman 1.52 m, dan lebar 5.33 m. Dinding tab setebal 45 cm, dan beratnya dikurangkan daripada 160 tan metrik asal kepada 48 tan metrik. 8000 baldi air (kira-kira 12 tan) boleh terkandung dalam mandian ini. 

Tsar Bath


Memandangkan keluasan tempat mandi, pekerja yang mengubah suai istana perlu meletakkan tab mandi di dalam bilik yang ditetapkan sebelum membina dinding dan bumbung. Semasa Perang Dunia Kedua, Istana Babolovo telah rosak teruk. Tsar Bath, bagaimanapun, terselamat, dan Nazi yang menyerang malah cuba membawa tab mandi itu diangkut kembali ke Jerman. 

Mereka, bagaimanapun, tidak berjaya, dan objek yang luar biasa itu ditinggalkan di tempatnya. Istana Babolovo kekal dalam runtuhan sejak itu, walaupun rancangan telah diumumkan baru-baru ini untuk memulihara tinggalan struktur ini dan untuk membangunkan taman di sekitarnya.


Sumber foto: Wikimedia.

01 January, 2022

Benar & Menyeramkan : Pekerjaan yang Paling Teruk dalam Sejarah

Canula Emas - Colon Irrigation

Pada zaman Mesir Kuno, pada waktu itu, pekerjaan paling suci adalah Pegawal Dubur (Proctologist) yang kerjanya hanya memastikan kesihatan sistem perkumuhan Firaun dalam keadaan baik. 

Kalau Firaun makan terlalu banyak, atau ada masalah usus, dia akan memanggil Proctologist ini akan menangani semua masalah buasir. Dia juga bertanggungjawab untuk mengosongkan perut Firaun bagi mudah hadam. Makan banyak lagi, kan dah payah nak proses!

Peralatan Proctologist

Proctologist suci ini akan memasukkan kanula emas dan meniupkan air panas melalui dubur. Teknik ini bukan hanya Firaun je yang amalkan, tapi boleh dikatakan ramai orang Mesir Kuno pada zaman itu berbuat sebegini. 

Mereka tidaklah menggunakan kanula emas tu, cumanya mereka menggunakan batang berongga untuk mengepamkan air ke dalam usus mereka. Dan teknik kuno ini dikatakan berkesan. 

Contohnya ini...

Di kalangan Bari (Eastern Nilotic og Ancient Nubia) yang dikenali sebagai Negara Sudan, ini adalah cara untuk mengatasi masalah sembelit pada bayi yang meminum susu ibu yang banyak. Si ibu akan memasukkan tiub buluh halus dan licin ke dalam rektum bayi dan meniupkan air suam yang dirawat dengan kulit kayu pepe. 

Dalam masa 5 minit, segala isi dalam usus akan terpancut keluar dan memberikan kelegaan kepada bayi. Bayangkan macamana Protoclogist yang mengorek dubur Firaun tu, iskkk...kotornya!

Bukan hanya di Mesir Kuno dan Sudan, bangsa Rom pun turut mempopularkan kaedah Colonic Irrigation ini setelah melihatnya berkesan. 


-Happy New Year-

Mawar Kuarantin 



31 December, 2021

Benar & Menyeramkan : The Human Caterpillar

Lelaki ulat yang pertama

Lelaki Ulat Pertama di Dunia

Prince Randian "The Human Caterpillar" dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Beliau telah menjadi pemain sarkas selama 45 tahun dengan menghiburkan orang ramai cara menggulung rokok dan menyalakan mancis menggunakan mulut.


Lelaki Ulat


Dia juga penah muncul dalam filem Freaks 1932 dan juga mempunyai 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Selain nama The Human Carterpillar, Prince Randian juga dikenali dengan nama Lelaki Bantal, Lelaki Ulat, The Human Torso dan macam-macam lagi. 


Lelaki ulat Prince Radian

perform di sarkas

Hebat ciptaan Allah ni, tiada kaki dan tangan pun tetap ada zuriat. Allah Maha Pencipta. Korang boleh tahu kisah Prince Radian ni di sini Meet the historical Man Who looked like a snake


-Mawar Kuarantin-

Penutup Tirai 2021 (covid19)

30 December, 2021

Benar & Menyeramkan : Ada Jugak Yang Sanggup Makan GORILLA

 


Apa ke benda lah, manusia di Otefe, Nigeria ni macamlah di atas muka bumi yang luas ni tiada menda lain dah nak ditelan, nak diranggah? 

Sakit hati pulak baca artikel ni. 


Ini kalau dah sanggup makan gorilla, komperm-komperm boleh jer telan daging manusia macam tu jer. Isk! Memang takde hati perutlah diorang ni.

makan gorilla


makan gorila


Tetapi, boleh Gorila tu dijadikan makanan?  

Mengikut hukum islam, segala makhluk yang bertaring adalah haram dijadikan makanan. Ditambah plak dengan laporan ni (korang boleh baca kat artikel asal tu ye), mendakwa bahawa segala jenis Gorilla, Cimpanzi dan monyet-monyet tu adalah salah satu punca HIV/AIDS.

Pada tahun 1999, penyelidik menemui strain SIV (dipanggil SIVcpz) dalam cimpanzi yang hampir sama dengan HIV pada manusia. Para penyelidik yang menemui hubungan ini menyimpulkan bahawa ia membuktikan cimpanzi adalah sumber HIV.

Haaa.. sebab itu, umat islam tak makan monyet dan segala spesis seangkatan dengannya. Inilah salah satu sebab adanya larangannya. Korang boleh rujuk pautan Haiwan-haiwan yang haram untuk dimakan dalam islam - artikel dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Wallahu 'alam.





- Mawar Kuarantin - 
Penutup 2021 Covid-19