Showing posts with label tunisia. Show all posts
Showing posts with label tunisia. Show all posts

07 August, 2024

Betul ke Tunisia sebegitu?

Artikel ini adalah terjemahan dari artikel What are the most overrated travel destinations? by Kathleen Click, Quora | Jun 2018

 

Apakah destinasi pelancongan yang terpaling dinilai tinggi?


Tunisia adalah negara yang tidak akan aku lawati lagi. Aku dah menghabiskan dua hari di Tunis, ibu negara Tunisia. Siapalah yang syorkan perjalanan ke sini?!

*****

Cop... ini adalah artikel Jun 2018, bukannya yang terkini. Saya ada membuat sedikit bacaan tentang Tunisia, boleh rujuk pada laman web ini.

1 Week in Tunisia: Ultimate 1 Week Tunisia Itinerary dan wikipedia tentang Tunisia, yang mana Tunisia bukan negara baru, ia adalah negara yang kerap dijajah. So, no wonder laa kalau diorang begitu mundur dan jauh ketinggalan, dan tahap nilai sosialnya rendah (pada tahun 2018). 

Mungkin sekarang sudah jauh berbeza. Orait, kita balik kepada sharing dari Kathleen ni.

*******

Boleh dikatakan, di seluruh kawasan di Tunis ini agak mundur dan kotor. Di situlah, kilang, kampung dan juga bandar. Pengangkutan awam tidak begitu berfungsi di sini. 


Selain itu, cuacanya panas, matahari bersinar terik, dan ada sikit-sikitlah pemandangan hijau-kehijauan. 


Menunggu bas di tepi jalan adalah satu penyeksaan. Nasib baiklah, kitorang menyewa kereta, dan kitorang perasan yang perancangan jalan bandar di sini memang keterlaluan. 


Boleh dikatakan, seluruh kawasan bandar tu, ada bulatan (round about) yang tidak terkira banyaknya. Kebanyakan pemandu dan pejalan kaki langsung tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Mereka meluru ke semua arah, dan kereta semua orang ada yang kemek, calar balar dan macam-macam. 


Jika memandu di sini, korang boleh memandu tanpa adanya cermin depan, cermin sisi atau pun cermin tingkap, dan semestinya korang tidak boleh memandu tanpa menekan hon. 


Peta Google juga tidak berfungsi di sini. Ia lambat untuk bertindak balas dan arahannya tidak jelas. Aku rasalah, peta google ni pun keliru dengan bulatan yang tidak terkira banyaknya di sini.

Sidi Bou Said

Tarikan! Tidaklah semenarik yang dibayangkan. Indah khabar dari rupa. Pekan biru dan putih serupa dengan Santorini, dan Carthage serupa dengan tarikan di Athens. 


Pemandangan runtuhan bersejarah Carthage Purba yang memukau. Struktur gerbang dan tiang bertaburan dengan indah menyampaikan kisah dari masa lalu, terletak di bawah langit biru terang. Gambar itu membentangkan perspektif unik tentang warisan budaya dan kemegahan arkeologi bandar Afrika Utara yang kaya.

Tetapi rakan-rakan yang pernah ke sana tahu bahawa Sidi Bou Said masih jauh lebih rendah daripada Greece, sekurang-kurangnya dari segi persekitaran dan budaya. 


Seluruh kawasan di sana, ada banyak lubang besar yang penuh dengan pelbagai lubang kecil. 


Kitorang park kereta berhampiran tempat yang indah dan membayar bayaran parkir. 


Selesai melawat, apabila kitorang kembali ke kereta, tau-tau kereta dah kena tarik, katanya kitorang park kat parkir haram. Jadinya, kitorang bukan ada pilihan pun, nak tak nak terpaksalah bayar denda dan mengambil kereta semula.


Setiap kali kitorang park kereta kat kawasan parkir awam, pasti ada orang yang datang kutip bayaran parking kereta. Pelik jugak ni, sebab tak rasa pun diorang ni, staf parking kereta. Aku rasalah, diorang ni hanya orang yang lalu-lalang yang mahu menipu duit tuorist jer.


Dah selesai percutian 2 hari di Tunis, akhirnya, kitorang nak pulang ke Eropah. Jadinya, kitorang nak tukarlah baki duit Dinar Tunisia (TND) kepada Euro di lapangan terbang, kerana peraturan di Tunisia telah menetapkan bahawa mata wang itu hanya boleh digunakan di negara mereka sahaja, dan akan dirampas apabila meninggalkan negara itu. 


Walaupun peraturan tu mungkin tidak begitu ketat, dan walaupun kitorang berjaya membawa TND itu bersama-sama ke Eropah, pasti tidak akan ada tempat untuk menukarnya. 


Maka kejadian malang itu berlaku lagi. 


Kitorang diberitahu yang kedai pertukaran wang hanya terima jika ada resit pembelian dari kedai asal. Lebih malang, kedai asal tu, sudah pun ditutup. Jadi kitorang tanyalah kat semua kedai yang ada di lapangan terbang tu dan tiada satu kedai pun yang sudi tukarkan TND tu untuk kitorang.


Mujurlah, ada seorang pramugari itu berkata, yang dia mempunyai rakan sekerja yang boleh menukarnya untuk aku, tetapi rakannya tu hanya bersedia tukar dengan harga yang sangat rendah. 


Aku mana ada pilihan selain menukarnya dengan rakan pramugari tu. Kitorang memang tidak ada banyak duit lagi dah, dah la tu rugi lebih kurang EUR100 (RM481.94). Sebenarnya duit TND lagi mahal dari MYR, semasa artikel ini disalin semula.


Kalau korang nak tau, peratusan kaum lelaki di sana, jika di kawasan awam di ibu negara, Tunis tu lebih kurang 80%. 

Boleh dikatakan setiap lelaki di situ pasti akan merenung setiap perempuan yang lalu lalang dengan pandangan mata yang sangat jelik (lucah), dengan senyuman di wajahnya, dan sesekali menjerit-jerit beberapa perkataan kotor ke arah perempuan yang lalu tu.


Rasa makanannya juga sederhana, dagingnya berbau kuat, dan hanya makanan laut je yang lebih enak. Kalau ada kelebihan pun, mungkin harga kat sana rendah dan cuacanya baik, itu sahaja. 


Tetapi kelebihan sebegini pun ada kat negara lain, malah persekitaran keseluruhannya pasti lebih baik. Jadi, keseluruhan pengalaman percutian dua hari di Tunis, Tunisia tidaklah begitu baik, dan benar-benar tidak berbaloi untuk berkunjung ke sana.


***

Apa-apa pun ini pengalaman dia kat sana pada tahun 2018. Korang boleh layan Youtube ini, by Stef Hoffer untuk mengenali Tunisia dengan lebih dekat.



Peminat Quora