Showing posts with label vivix. Show all posts
Showing posts with label vivix. Show all posts

09 August, 2016

Perlu Mekap Ke?

Terbukti berkesan...bangun pagi, terus amik vivix sesudu teh...tak perlu nak bancuh bagai. Terus suap ke mulut then minum air suam..

Nyummmy....masam aggur manisnya carrot..nak gtaw rasanya masam masam manis...

Manfaat vivix :

1. Agen detox
2. Kulit cantik, jerawat dan jeragat tak boleh nk singgah menempel lama-lama
3. Takde bisa bisa badan
4. Mata terang
5. Rambut lebat

Nak lagi berseri...amik sekali ngan vit e, vit c, b comp, soya protein, omega dan ostematrix. Complete 
....







24 August, 2015

Manfaat Pemakanan Sihat dengan Sunnah


Anggur Muscadine adalah anggur liar yang tumbuh di sebelah tenggara Amerika Syarikat iaitu di kawasan North Carolina, Georgia dan Texas. 

Anggur Muscadine (Vitis Rotundifolia) ini pada awalnya ditanam di Scuppernong, North Carolina, oleh orang asli Amerika lebih kurang 400 tahun yang lalu dalam sekitar tahun 1810. 


Ia adalah anggur yang berkulit kuning gangsa bertukar kepada ungu gelap apabila ia benar-benar masak ranum.


Tidak seperti anggur biasa, Muscadine boleh dimakan bersama kulit. Ia biasanya dimasak untuk dijadikan jem, jeli, wain dan sebagainya. Anggur Muscadine mempunyai 6 kali Resveratrol lebih dari anggur biasa dan amat sesuai untuk diet pemakanan sihat. 


Resveratrol adalah polifenol yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan sebagai agen anti-kulat semula jadi. 

Ini kerana sebahagian besar daripada resveratrol dalam anggur terletak pada kulit anggur. Kajian telah menunjukkan bahawa anggur Muscadine mengandungi kepekatan resveratrol yang paling tinggi berbanding tumbuh-tumbuhan lain. 



Pada tahun 2003, Dr. David Sinclair mendapati bahawa anggur Muscadine adalah sumber resveratrol yang boleh membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan meningkatkan tahap tenaga dan daya tahan serta boleh meningkatkan jangka hayat iaitu dengan mengurangkan risiko kematian akibat diet pemakanan berkalori tinggi.  

Satu hidangan anggur Muscadine boleh membantu mengekalkan kolesterol sihat dan membantu penghadaman. 


Manfaat Kesihatan Anggur Muscadine

i. Membantu menggalakkan jantung yang sihat dan fungsi kardiovaskular
Penyelidik di Wake Forest University School of Medicine, Winston Salem, North Carolina, mendapati bahawa polifenol antioksidan dalam biji anggur Muscadine telah menunjukkan bahawa ia mampu stabilkan tekanan darah. Kajian ini telah pun disiarkan dalam "Jurnal American College of Nutrition" keluaran Oktober 2010. 


Mississippi State University pula melaporkan kulit anggur Muscadine dan isinya adalah antara sumber terbaik yang mengandungi serat diet,  mineral dan karbohidrat serta rendah lemak. 

Serbuk Muscadine mempunyai lebih banyak serat diet berbandiing bijirin oat atau beras bran yang mana ia amat bagus untuk jantung dan fungsi kardiovaskular. 


ii. Menghalang pembentukan protein AGE yang terbentuk akibat pemakanan dan genetik. protein AGE adalah faktor terjadinya penyakit seperti kencing manis, nyanyuk, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.



iii. Sokongan Anti-Radang
Anggur Muscadine menyediakan bantuan anti-radang yang disebabkan oleh Rheumatoid arthritis, gout, psoriasis, IBS, kolitis, aterosklerosis, kencing manis dan Fibromyalgia, atau apa-apa sebab lain.


iv. Antioksidan
Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh "Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia," pada April 2010 mengatakan biji anggur Muscadine telah menunjukkan tahap antioksidan tertinggi di dalam buah anggur.  

Anggur Muscadine, Resveratrol dan sumber antioksidan ini amat penting untuk melawan radikal bebas. 


Antioksidan ini sangat berguna untuk menghalang penyakit seperti kanser, Alzheimer, kencing manis, tekanan darah tinggi, alahan dan artritis. 


Ia juga boleh membantu meningkatkan sistem imun badan.


v. Anti-Kanser
Satu hasil kajian yang diterbitkan oleh "Jurnal Perubatan Makanan" pada Mac 2007, para penyelidik pemakanan telah  mendapati bahwa ekstrak anggur Muscadine ini mempunyai potensi yang baik untuk mencegah kanser.

"Ia adalah salah satu sumber alam semula jadi yang paling kaya antioksidan polifenolik. Muscadines telah dikaji untuk memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang menghidap kanser terutama kanser prostat. "


vi. Pengawet
Ekstrak biji anggur Muscadine mempunyai antibakteria yang berguna untuk mengawet makanan. 

Menurut satu kajian yang telah diterbitkan pada Julai 2008 oleh "Jurnal Perlindungan Makanan mendakwa yang ekstrak Muscadine ini berpotensi baik sebagai bahan pengawet untuk jus dan minuman lain. 


Di Shaklee, satu produk yang telah berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu produk anti penuaan selular yang dikenali sebagai VIVIX. 

Di kala usia kian meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, dengan hanya 1 SUDU TEH VIVIX  sehari, Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 


Ini adalah kerana kandungan VIVIX yang turut mempunyai ekstrak Anggur Muscadine adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol biasa dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.




06 August, 2015

Misi Tautan Kasih




Misi ini merupakan satu peluang kepada Melati Secret Beauty untuk memberi khidmat bantuan masyarakat kepada golongan istimewa Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit Diabetis (kencing manis). 

Di samping untuk memberi pendedahan tentang kehebatan dan keberkesanan Vivix dalam membaikpulih sel DNA. 

Kebaikan Vivix Shaklee :

i. Memperbaiki sel rosak dengan pantas yang amat sesuai kepada mereka yang telah menjalani pembedahan

ii. Memelihara keseluruhan kesihatan

iii. Membantu memulihkan tenaga

iv. Mengurangkan risiko kanser

v. Membantu pesakit diabetis

vi. Menguatkan sistem imun  

Terbuka kepada :
a) seorang (1) pesakit diabetis; dan
b) dua (2) orang pesakit lumpuh (lelaki dan perempuan)

Pencarian bermula sekarang sehingga 09 Ogos 2015.