Showing posts with label Ride. Show all posts
Showing posts with label Ride. Show all posts

19 February, 2020

4 Sebab Perlu Follow Trip KOG : Kali ini Ke Kuala Mu Sungai Siput Perak 2020


Hai guy! Morning..

Lama kita tak berceloteh kat sini tentang ride kan.. kan.. kan..

Baik kali ni ker nak share kisah trip kita bersama geng bikers KOG. Menatang rimau apakah KOG tu? Haahahahah... kuar slang terangnung (Terengganu) plok doh!

KOG tu stand for Kawasaki Owner Group. Nama je Kawasaki Owner, tapi ada je moto brand lain yang join.

Yelahhh..bikers. We are brotherhood, sisterhood. Sebelum ni dok pakai moto Kawasaki, then bila da tukar moto brand lain, kawan tetap kawan even dah berbeza brand, kan.

Itula yang bestnya tentang bikers. Janji jentera dua tayar, kita memang takde beza.. Basah kuyup lencun, panas hitam legam bersama.


Rite...Last time kita ride dengan KOG ke Pos Orang Asli Kuala Mu, Sungai Siput, Perak pada 15 hingga 16 Februari 2020. Hanya satu malam je. Kita plak amik pakej menginap dalam khemah.

Kita khemah yang berwarna biru yang hujung sekali tu. Siap ada yang tebar jala lagi tu. 
Allah hai, syiok giler wei, bukak-bukak mata tengok bintang, tengok kabus menyelimuti suasana dinihari... dan  yang paling bestnya..airnya dingin sangat. Nikmatttttnya nak oiii!

pix google

Kenapa Uols kena Follow KOG dalam setiap program yang diorang UP?

1. Perancangan yang Hebat 

Kita menyibuk dengan geng EC dan Marshall KOG
Event Coordinator (EC) KOG ni sebelum nak buat event, diorang akan buat serbey lebih awal. Biasanya 3 hingga 6 bulan sebelum event. 

So, geng EC ni, akan meneliti dan kaji setiap fasiliti yang ada di tempat tu dan buat perbandingan dengan tempat-tempat yang lain. 


Macam kat Kuala Mu, ada banyak chalet yang korang boleh duduk atau menginap. Boleh baca entri kita yang lepas 5 BEST Tentang Kuala Mu

Ada 3 chalet yang korang boleh pilih. Tapi geng EC  KOG ni pilih Chalet Kg. Bersah ni sebab fasilitinya almost complete, terbaik dan mudah untuk parking moto dengan selamatnya.





Tempat parking moto yang selesa dan selamat

2. Harga Berbaloi dengan Experience

Korang pernah dengar tak, cerita desas desus tentang ada segelintir group bikers yang bila up event, ada je komplen dari peserta pasal bayaran mahal sangat, mark up tinggi macam lintah darahlah, bayaran tak padan patut dengan apa yang dapat lah.

Aihhh, macam-macam... lahai.

Belum cukup korum lagi time ni.. RV RNR Rawang
Tapi dengan KOG, walaupun tak de mana-mana sponsor macam group bigbike Harley Davidson (HOD), BMW atau NAZA tu...kurang-kurang harga yang korang bayar dengan apa yang korang dapat tu, seriousss wei berbaloi sangat lah. Sangat berbaloi. 

Breakfast 
Trip ke Kuala Mu hari tu, kitorang hanya bayar RM70 untuk yang menginap di khemah dan RM90 untuk yang berada di chalet. 


Meraikan birthday rakan-rakan bikers KOG

Headbuff Ole-Ole Kuala Mu

Tok Batin Hadu Long yang berjaket putih berkopiah jadi tamu VIP event kali ni

Sporting arrrr... Wak Gjan...Retis KOG dan bakal menantu Orang Asli Kuala Mu.. ahahahahahahah
Hokey la tu... dengan makanan yang begitu banyak bercambah sampai terpaksa dibagi-bagi kepada orang kampung dan siap ada buskers group ORKED yang diimport khas dari Ipoh mai menghiburkan kitorang dan orang asli Kuala Mu. Best ter!!! 

Dah la tu dapat ole-ole lagi tu... KOG buffhead... Best kan?

3. Program CSR

Ini bukan gula putih CSR tu tau. Ini program Corporate Social Responsibility (CSR).

Setiap kali event KOG kebiasaannya geng EC ini akan mencari satu lokasi yang korang boleh buat charity.
Bergambar dengan penduduk setempat di sekeliling madrasah
Sepanjang kita follow KOG ni, memang ada je tempat amal contohnya rumah anak yatim, tahfiz dan yang kali ini, KOG bersihkan surau saudara baru kita pulak, Madrasah Al-Salam yang digunakan oleh penduduk Pos Kuala Mu dan para pengunjung. 

Tenang je tau, bangun pagi, sayup-sayup dengar suara azan.. allahu akbar.. rindu plak kita wei.

Tok Batin Hadu Long berbaju kuning

Selain membersihkan surau, kitorang jugak meraikan anak-anak orang asli Temiar ni dengan gula-gula, jajan dan macam-macam lah..



No no no sponsor, semuanya atas niat ikhlas hati. Wei, pasti korang dapat rasa apabila korang memberi kepada yang memerlukan, kan?

Walaupun depa tu anak-anak je, kita rasa puas ati sangat, senyum sampai ke telinga tau. Dalam ati tu, berbunga-bunga... Allah.. terkenang nostalgia yang dulu-dulu.. 

Then, ada rakan-rakan bikers yang berbesar hati pulaak nak bawak anak-anak pusing kampung dengan bigbike.

Rasanya this is first time kot, diorang naik bigbike, nampak sangat takutnya.. dan excited terlebih. Pendek kata, Malu tapi mahu...

Rasanya KOG yang first bawak diorang naik bigbike ni..kalaulah betui, wow! Kelasss gitew!!!!!

Surau dah bersih, longkang da cuci, telekung pun dah digantung dan ada yang dilipat kemas, tok batin jamu kita dengan fries ala orang asli.. fries ubi kayu.. hahahahahahahahah.

Makan laa nak oiiii.. sedapnya terangkat-angkat ibu jari.. laporrrrrrr la tu.

Yelah, last makan kat Tanjung Rambutan sebelum meredah hutan belantara selekoh tajam berliku macam ular kena palu. Maunya tak kelaporann...ahahahahah

Kemuncak acara, sesi menyampaikan sumbangan makanan, kain baju dan wang ringgit daripada rakan-rakan yang dikutip awal sebelum event.

Itulah hebatnya KOG. Kita pulak berpeluang, menyerahkan frame khat ayatul quran satu set untuk digantung pada dinding surau.

Allah... mekasih KOG bagi peluang ni... sekurang-kurangnya next time kita mai... ada kenangan kita di sini, kan. Harap sejuklah mata memandang, tenang menjelajah sudut hati...gitew! 

4. Brotherhood Spirit dan Prihatin dengan Riders 

Berkali-kali kita perhartikan, setiap kali event KOG, mesti akan kutipan sumbangan kepada mana-mana rider yang tidak bernasib baik. Contohnya, bebaru ni, semasa otw ke mari, ada satu moto yang down, nasib baik lah tiada apa-apa kecederaan serius. Alhamdulillah.. 

So, semasa nak berpisah ritu, memasing menghulurkan sumbangan seikhlas hati untuk biker tu. Serious kita terharu sangat. Sentiasa ada peluang untuk berkongsi rezeki kan. Yang sikit sama dijinjing, yang berat sama dijunjung. Memang sikap setia kawan tu memang kuat dalam KOG.


****
Orait, guys... itu saja kita nak kongsikan pengalaman kita dengan KOG yang kali ni Ride Ke Kuala Mu yang selekohnya kata Presiden KOG, Abg Mie Kawa... selekohnya mengalahkan 1000 corners yang kat Chiang Mai tu.

Memang lain macam skit...

Btw, oklah kita chin chau dulu... kita nak siapkan apa yang patut plak untuk trip malam ni. Kali ni kita fly plak.. nantikan update kita yer.

Take care uols.. jumpa lagi nexrt entri, dan jangan lupa follow taw trip KOG yang akan datang. Support the positive Energy..hokey! Bye guys....

06 January, 2018

Koleksi 34 footage Canon Rider dari 2015 - 2018

Tetiba ada idea nak himpunkan semua koleksi footage yang tak berapa nak ada ni dalam ruangan blog Simple Rules of Life ni. Sebabnya YouTube Canon Rider da ada dua channel. Satu, Canon Rider dan yang satu lagi Canon Rider aka Mawar Melati. So... macam kompius sungguh kita dibuatnya...

Actually kita start buat footage ni, sejak dari tahun 2014. Sebelum ni hanya bantu boss kita buat montaj untuk Jabatan menggunakan Swish ke apa namanya. Payah kot guna menda tu...

Lepas tu, kita terjumpa satu software yang sedia ada dalam Windows iaitu Windows Movie Maker. Kita pun try ler... Nampak macam menarik. Sebab senang, drag dan boh lagu je. Senang sesangat.

Maka bermulanya ceritanya di sini... jom layan!!!

2018 happy new year

2014 - Junaidah 2010-2014
Ini adalah footage himpunan gambar-gambar kita ngan ex-boss kita yang akan berpindah keluar dari Jabatan. Kita sedih dengan perpisahan ini, sebab beliau adalah boss terbaik yang kita ada. Itu yang kita buat footage untuk dia. Kira kenangan la tu...



2015 - Anak Emas Ride to Phuket 
Waktu ini, kita join ride ke Phuket bersama group Anak Emas Bikers. Konon nak merasa songkran kat sana. Memang happening kot songkran kat Bangla Road. Tapi sayangnya kita terhenti siapkan footage ini. Gara-gara software dan laptop tak support. Tak cukup RAM. Memang frust sesangat, ditambah pulak dengan footage dan pix banyak yang hilang gara-gara incompatible ni. Tersangatlah frust. 



2015 - Pray 4 Ayahanda Mac Kamphaeng Phet Mei 2015 
Footage ini dibuat semata-mata nak minta sumbangan daripada mana-mana sahabat bikers bagi membawa pulang Ayah Mac yang mengalami kemalangan di Kamphaeng Phet, Thailand semasa on the way ke 1000 corner bersama Hazim. Mereka berdua je. 

Alhamdullillah, tak sampai sejam footage ini up, dah ada dari kalangan rakan bikers sanggup mendermakan RM5,000 untuk urusan penempahan kapal terbang. Malangnya penerbangan terpaksa dibatalkan kerana pihak penerbangan tidak sanggup mengambil risiko. 

Namun, Allah permudahkan usaha membawa pulang Ayah Mac melalui jalan darat bermula dari Bangkok ke Bukit Kayu Hitam. Selepas tu, Ayah Mac dirawat di Hospital Pulau Pinang. Sekarang, Ayah Mac telah pulih sepenuhnya dan makin merata plak ride dia. Ishhh..kalu dah bikers.



2016 - Salam Perpisahan Pegawai Kanan JPNIN
Footage ni pula adalah footage perpisahan 3 orang pegawai kanan Jabatan kita bekerja. Kita belajar-belajar je buat ni. Macam projek budak sekolah kot. Tak pernah buat projek formal. But kita try. Alhamdullillah.. boleh diterima. hik3



2016 - Wedding Eskot Anak Buah Sis Nafeez Mei 2016
Setelah lama berdiam dengan KLG, ini first time ride kita dengan Cik Mas. Kali ni, Cik Mas ajak kita ride eskot majlis kawin anak sedara Sis Nafeez kat Ipoh. Rakaman footage ride diambil oleh salah sorang sahabat biker... dan kita pula hanya snap itu ini. Dan after that, kita try laa gabungkan footage ni.. Hasilnya... wow!!! kita suka...



2016 - Iftar Kawasaki Lady Bikers 2016@Dataran Putrajaya
Ini the best... walaupun menggunakan SJ Cam yang reganya RM200 tu, hasilnya.. kita puas ati ler. Ini iftar yang terbaik dalam idup kita. Alhamdullillah. Apa-apa pun terima kasih pada Cik Mas dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam menjayakan rakaman yang tak sengaja ni, hik3.



2016 - TTS Kawasaki Lady Bikers 2016@Santai Cafe
Yang ini TTS KLG dengan ahli-ahli baru yang baru join group dan majlis perpisahan Zira yang akan pencen setahun dari ride dengan KLG. Dia dapat tawaran masuk PULAPOL. Masa ni kita try guna apps. Cepat siap tapi hurm..features nya amatlah terhad. Tak best sangat.




2016 - KLG - Bikers Bebas Dadah
Footage ni, kita guna kamera DSLR. Kamera SJ Cam kita da rosak. Hanya himpunan gambar-gambar semasa ride. Dan waktu ini, kita masih lagi guna software Windows Movie Maker. Berat kott laptop kita nak siapkan footage ni... 

Tapi yang bestnya dalam ride ni, kita dapat bersua dengan Nabil Raja Lawak. Time tu dia tunggang Ducati. Ride ni memang melibatkan pelbagai jenis motor. Dari kapcai yang berpuluh-puluh cc tu sampai laa motobike yang beribu-ribu cc.. Lahai. syok...  Kisahnya ada kat sini... KLG - Bikers Bebas Dadah



2016 -MRT 125Z Fly To Bahau 2016
Footage ini pun sama lah.. kawan kita Erpy, bagi pic dan minta kita buat klip. Ok... ini ride dia dengan kawan-kawan ke majlis kawin salah seorang opis mate dia. Kenapa MRT? Sebab dia kerja kat MRT  lah (Mass Rapid Transit). Semua lagu dan susunan gambar, dia yang arahkan itu ini.. Kita just ikut apa yang dia nak... Kan bagus begitu, KERJASAMA.

Cara nak buat footage ni menggunakan software Windows Movie Maker ada kita tunjuk dalam blog ni. Ce klik sini... Preparation Create Simple Video MRT 125Z Fly To Bahau 2016



2016 - Kawasaki Lady Bikers Ambang Merdeka@Rembau 2016
Waktu ini, footage kita try guna apps sebab nak cepat. Tambah plak rakaman guna handphone Lenovo 6000A. Yang tak tak tak best macam biasa features memang terhad. 

Rakaman ni dibuat bermula di Plaza Tol Rembau. Waktu tu, geng KLG diminta membantu satu NGO ni, mengedarkan bendera sempena Hari Kemerdekaan. Lahaiii. .rasa macam VIP kot, ekekekekekekeekkeek...



2016 - Ride Iftar Balik Kampung Manjoiiii....Ipoh Ma 2016
Yang ini pun sama... kita guna apps jugak. Nak cepat dan gambar semua tersimpan dalam handphone. Lebih mudah dan cepat. Cuma...macam biasa laa.. nak edit tu.. lahai.. features terhad. Urghhhh...



2016 - Royal Yellow 125ZR Yamaha 
Erpy, kawan wechat kiter.. Dok kat sebelah taman kita je pun. Minta kita snap pic dengan bigbike dia dan 125ZR sikuning raja. 

Kita ikut ler, sempena birthday dia kan...

Sayangnya, selepas beberapa bulan footage ni siap, Erpy excident dan koma. Si Kuning Raja terdampar.. total lost.

Setelah 12 bulan struggle, Erpy dah pulih tetapi masih lagi dalam proses recovery akibat kecederaan pada tulang lengan dan tangan. #prayforerpy



2017 -Seluhur Budi, Seharum Kasih Datuk Hamidah Khalid - Setiausaha JAC
Sempena majlis perpisahan Datuk SU JAC, kita diarahkan untuk siapkan satu footage ni. Da la masa tu baru masuk kerja dah kena wat job ni.

Bagi kita tak de masalah, sebab kita suka cabaran ni, cuma komputer kita je yang tak support Adobe Affect. Cikgu Adobe Effect yang kita import dari Bahagian Korporat, Mahkamah Persekutuan, da ada kat sebelah. Tapi bila nak buat.. komputer plak asyik hang jer. So, cikgu pun serender tak jadi nak ajar kita guna Adobe Affect. Sedih kot kita masa tu.

Alternatifnya, kita nak tak nak, terpaksa guna Windows Movie Maker jugaklah. Kalau pakai movie maker, memang cenggitu je laa effectnyer dan memang makan masa berminggu-minggu jugak ler baru siap this simple klip. 



2017 - Team MiTec BIUPA Sukarelawan Tray Girl 29th SEA Games Kuala Lumpur 2017
Yang ini kita guna apps Cyberlink Power Director. Apps ni memang best sesangat. User friendly. Tak sesal download kot. Yang ini, kita buat footage suka-suka je. Informal. Saja nak test apps. Memang berbaloi, hik3.



2017 - Hari Alam Sekitar 2017
Yang ini kita dengan anak-anak saja je laa join event Kementerian Alam Sekitar tanda sokongan pada program Kerajaan. Tambah plak, design bajunya menarik perhatian kita.

Nak dapatkan baju ni, kena daftar larian 5km dari Floria Putrajaya - Masjid Besi - Floria Putrajaya. Dekat je pun. Nak daftar kenala bawak barang-barang terbuang, macam kertas atau botol air. Memang best event tu taw... Ramai retis yang join dan kita dapat 3 bekas popcorn free yang sedap jugak . Wow!!! 



2017 - Tg Bidara ke Tg Malim
Ini rakaman kita semasa bercuti kat Penang. Dah tu kenapa tajuk Tanjung Bidara? Apa kaitannya? 

Dahulu, nama asal Penang adalah Tanjung Bidara. Kita baru je tau, taw. Selepas selesai jejalan kat  Tanjung Bidara, kita terus ke Sarang Art Hub, Tanjung Malim. Sarang Art Hub ni, best. Memang patut pergi. Kita ada cerita dalam blog Simple Rules of Life ni, tentang kisah Pak Din Nasi Dalcha, Tanjung Bidara to Sarang Art Hub, Tanjung Malim . Silalah baca yer!!! Mekasih in advance.




2017 - Hari Anugerah Kecemerlangan SK Putrajaya Presint 17(1)
Waktu ini, kita minta Muacha aka Asya, anak kita tu amik rakaman. Yela, adiknya, si Ujang Cute tu sedang buat persembahan Keyboard dalam majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah dia. Rugi kalau tak rakam. This is first time kot!!!

Alhamdullillah.. tapi footage ni dilajukan dan bunyiknya macam kartun.hik3. Kalu tak dilajukan, sah-sah boleh lenaaaa...



2017- Power up Betong 
Kisah ni, kisah kita ride dengan Nisaq Oberlander bersama Charity Bikers Group ke Betong pada Oktober yang lepas. Kisahnya ada di sini. Power Up Betong. Baca lah yer... baca taw. Yang paling kita kesal, klip asal da terpadam, terpaksa download dari Page Facebook Canon Rider. Sebab tu, gambar nya tak sharp dan pecah-pecah. Huhuhuhu.



2017 - OMG Betong Lagi
Selepas balik ride dari Betong pada Oktober yang lalu, aiiik bulan November, member kita ajak kita ke Betong lagi..Itu yang tajuk nya OMG Betong Lagi. Ce klik sini untuk kisahnya.



2017 - Trip Rumah Rakit Zaman Dulu2@Kenyir Lake
Footage ini, jangan jelezzzoss tau. Ini footage trip kita bercuti dengan famili Kak Long dan Kak Ngah di Sungai Tembat,Kenyir Lake, Terengganu. Woww, memang menarik kot. Ce ce tengok luh dan baca kisahnya, di sini... Bermalam di Rumah Rakit Zaman Dulu-Dulu, Tasik Kenyir 



2017 - 5th KOG Border Ride Pak Bara Satun 2017
Yang ini pula, himpunan semua klip dan gambar yang ada dalam DSLR dan handphone Huawei kita. Footage ini dirakam menggunakan handphone Huawei tanpa monopod (selfie stick). Perghhhh... itu yang rakamannya Ya Alllah... bergegar2. Ekekekekeke. Kelakar bila tengok klip ni. 

Pas tu, satu lagi kan, kita rasa kita kena ubah cara ambil footage ni. Fening kot, berpusing-pusing. Rasa nak termuntah pulak nengoknye. Maklumlah, da lama tinggal. Apa-apa pun, kita suka dengan footage ni. This is the best ride kita dalam tahun 2017. 

Haa...untuk footage ni, kita guna software Cyberlink Power Director version trial 30 hari. Memang best. Banyak template dan dan dan tak berat langsung untuk rendering pada laptop kita. Best!!! Rekemended bagi yang beginner macam kita nak belajar-belajar buat video. Ini kisah kita masa ride ritu... ce klik KOG Border Ride Pak Bara Satun 2017











2017 - Movoc TTS End of 2017
Footage ni, kita hanya edit sahaja. Nisaq Oberlander yang bagi input kat kita minta kita edit. Outputnya, tadaa....ini kita hanya guna apps Cyberlink je taw. Best!!!! Sejam da boleh siap.



2018 - TTS KLG Ride Nikah Fyda Farid Z9
TTS ni diadakan sempena nak amik baju ride untuk konvoi ke majlis kawin salah seorang rakan bikers KLG, Fyda Farid yang akan bernikah pada 13hb Januari nanti. Katanya konvoi yang melibatkan 200 buah motor bermula dari Tesco Ampang. Perghh.. ramai nya awak.  

Sayangnya kita tak dapat nak join, sebab kita ada hal pada waktu tu. Apa-apa pun selamat pengantin baru untuk Fyda, semoga kekal bahagia sampai jannah. Kalau tak, sure kita ada footage terbaru untuk up kat Channel Canon Rider khas khas khas untuk uols. 


Orait.. itu je kita nak kongsi.. By the way, harap harap uols enjoy yer dengan footage kita tu yer.  Nanti ada footage lagi. kita warwar kan... Enjoy!!! Lagi satu, kalu uols ada software video editor yang senang dan mudah, meh meh ler kongsi. Kita nak try.

Canon Rider was here... #spreadlove

14 December, 2017

Power Up Betong 2017

Hari Pertama
14 Oktober 2017
Sabtu

Seawal jam 5.00 pagi, Kita dan Nisaq Oberlander bergerak sendirian menunggang Kuda Oyen 650 ke Pengkalan Hulu untuk ke Betong, Thailand.
Setelah berjam-jam di atas moto, kami pun berhenti di Pekan Gerik, untuk bersarapan pagi dengan roti canai, nasi lemak dan mi kari di kedai makan Melayu. Roti canai nya, masha allah sedap dan lembut sangat. Maklumlah yang menebarnya pun perempuan muda yang cantik yang lemah lembut sifatnya. Memang sedap sesangatlah. Perghhh... kecur liur kita bila teringat roti canainya.

Selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan dengan mengisi minyak penuh-penuh di Petron Gerik dan bawak perlahan-lahan sambil melayan pemandangan yang indah sepanjang jalan menghala ke CIQ Betong. 

Perjalanan dari Gerik ke CIQ Betong mengambil masa lebih kurang sejam jugak lah walaupun jaraknya hanya dalam 47.9km je pun.

So, bermulalah prosedur biasa untuk cross border. Mula-mula, lengkapkan borang TM2 dan TM3 bersama kad putih, serahkan pasport di Imigresen Malaysia dan Thailand dan yang paling penting, pastikan geran motosikal fotostat ada cop balai polis. Kalau tidak, hurmm...memang akan jadi "lama" urusan di kastam Betong tu nanti.


Selesai je urusan di Imigresen Thai, kami terus menghala ke Pekan Betong. First of all, mencari simkad dulu la ye. Kami beli simkad dalam 150B, internet unlimited untuk seminggu. Boleh laa. Then, check in di Sweet Home Hotel yang dekat sesangat dengan Central Market Betong.

Rakan-rakan yang lain belum tiba lagi, kami apa lagi, merancanglah untuk pergi ke Giant Big Tree di perkampungan komunis yang jaraknya lebih kurang 20km dari Pekan Betong. Sepanjang perjalanan perasaan takut dan rasa cuak tu memang tak leh nak halang la. 

Mana taknya, laluan ke sana agak sunyi dan langsung tiada bayangan manusia apatah lagi moto atau kereta. Hanya kami berdua je. Jalan raya yang berselekoh macam ular kena palu dan kiri kanan jalan hanya lalang-lalang yang tumbuh meninggi sama tinggi dengan kami. 

Kami memang risaw sangat tapi doa dan zikir tak putus-putus meniti di bibir dengan harapan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Alhamdullillah...

Sampai jugaklah kami ke tempat yang dituju. Elok je parking, kami didatangi oleh seorang pakcik Cina yang fasih berbahasa Melayu. Dia dapat agak kami datang untuk bergambar dengan Giant Big Tree dan dia pun cuba-cubalah memetakan kepada kami. Sebab dalam google maps, petanya hanya terhenti di situ sahaja, di papan tanda perkampungan komunis tu je.

Dengan peta pakcik Cina yang kurang jelas tu, kami pun cuba lah mendaki bukit yang pertama. Alamak.. jalan mati. 

Cubaan bukit kedua, alamak, tersalah tempat dah. Ini kawasan Tugu Peringatan Komunis. 

Cubaan turun bukit pulak, ini perkampungan komunis. 

Cubaan turun bukit kedua, kami temui banyak bangunan seakan dewan dan balairaya. Kami cuba bertanyakan kepada penduduk di situ. Rupanya, Giant Big Tree tu, bukan di situ, ada di bukit yang satu lagi yang kami nampak dari bukit Tugu Peringatan Komunis tadi. Walahai...

Dengan bayaran 100B, kami hulurkan pada makcik tua sebaya ayah kita yang umurnya lingkungan 65 tahun, yang memang dahulunya dia seorang komunis, dengan harapan dia dapat tunjukkan jalan ke Giant Big Tree tu kepada kami.





Dah memang sah-sah dialah orangnya yang selalu membawa pelancong ke Giant Big Tree tu, hik3.

Makanya, dengan menaiki motor, makcik komunis dan kami pun parking di depan pintu pagar kem komunis yang suatu waktu dulu kubu kuat diorang. Makcik komunis tu, tak padan dengan tua, ajak kami berjalan kaki lebih kurang dalam 30 minit untuk sampai di Giant Big Tree.

Fuh...memang besar pokok tu. Besar sangat. Apalagi, bergambor sakan laa. Selesai bergambar dan menziarahi galeri komunis di perkampungan tu, kami pun bertolak balik ke hotel.

Sesampai di hotel, rakan-rakan dari Charity Group pun sampai. Apalagi, perut lapor kot, kami pun kuar pergi makanlah dengan menaiki motor skuter yang disewa. 

First, sah-sah di Restoran Hafiz yang terkenal ngan ikan stim limaunya. Kita macam biasa, order somtam yang maha pedas berdecit-decit. Ada juga rakan-rakan yang belanja makan kuih cakoi yang sos kaya nya memang terangkat abih lah. Sedap...

Diorang cakap, kalu ke sini, mesti pasti try Teh Tarik Thai. tapi kita order air suam je la, hik3. Kita amik supplemen Shaklee, mana nak boleh minum teh. huhuhuhu. 

Selepas makan, kami pun merendek meronda kawasan Betong. Apa lagi, tuang minyak motor la dulu ye kemudian barulah boleh merendek dengan senang hati window shopping di Plaza Betong. Dalam window shopping tu, kita ada lah beli dua tiga helai baju dan seluar untuk anak-anak dan diri kita sendiri. Murah kott...mau kita tak sambar. hik3.

Malamnya, kami keluar makan lagi, kali ini, sempena birthday beberapa ahli Charity Biker Group yang disambut di Restoran apa nama ntah.. tepi jalan sebelum pekan Betong. Makan besar lah kami malam tu. Alhamdullillah.. kenyang. Balik tido.. sebab besok nak naik Ayer Weng. Tengok awan nano (karpet) pulak.

Hari Kedua
15 Oktober 2017
Ahad

Tepat jam 4 pagi, kami beramai-ramai meredah kesejukan menghala ke Ayer Weng. Sejam dalam kegelapan dan kesejukan, setibanya di sana, hari sudah pun cerah. Banyaknya kereta, van, motor kecik dan moto besaq serta pejalan kaki mendaki bukit Ayer Weng yang bukan main tinggi mencanak lagi. 

Kita waktu tu, pun terpaksa menapak hingga ke puncak, gara gara moto skuter yang disewa tu, tak larat nak mendaki bukit. Fuh...sakit montot kita tau. Bukit tu curam dan tinggi.


Setibanya di puncak, masha allah, ramainya orang. Jadinya, kita tak de laa beria sangat nak bergambor. Menyelit tercelit je laa..hik3.


Selesai di Ayer Weng, kami pun merayau mencari sarapan pagi di warung di tepi jalan. Masakan thai memang sedap la. Mana ceruk pergi pun, tetap kena dengan selera kita. Alhamdullilah.. kita makan dengan kenyang sesangat. Kita pekena kuih bunga, nasi kerabu ala thai, roti canai, kuih keria, donut dan macam-macam la. Hari tu, kita try Thai Green Tea. Fuh, fuh, fuh....Sedap terangkat kot.

Selepas makan, kami pun meronda untuk habiskan minyak full tank tu ke :

1. Air Terjun yang telah ditutup kepada orang awam disebabkan kes mati lemas
2. Piyamit Tunnel - bayaran masuk RM7
3. Kolam Air Panas Otop Village







Dalam waktu tengahari, kami pun bergegas balik ke Pekan Betong. Sebelum berangkat balik ke Putrajaya, kami singgah makan dulu di Restoran Halal Betong dan beli sabun beras. Orang kata, kalu datang Thailand, wajib beli sabun beras tu. Jadinya, kita belilah.

Dalam jam 3 petang, kami pun berangkat balik ke Putrajaya. Pukul 11.00 malam, kami selamat sampai di Putrajaya. Alhamdulillah. Terima kasih ya Nisaq Oberlander, sudi ajak kita ke Betong. Cyunx awak taw!!!...

Canon rider was here... #spreadlove

pix taken by : Nisaq Oberlander, Tun Teja & group Charity Bikers

26 December, 2016

Singapore Dalam Satu Jam


Kali ni, Mawar Melati nak kongsikan macamana cara nak masuk Singapura dengan menaiki motosikal. 

Asalnya, 24hb Disember hari tu, Cik Mas VHana Rider, baby Nisaq dan Kak Maz Hazim just nak pergi makan kenduri di Bukit Gambir, Tangkak Johor. 


Then nak masuk Johor Bharu untuk pusing-pusing kat area sana je. 

Dah alang-alang masuk Johor, Mawar Melati yang selalu pasang angan nak masuk Singapura dengan menaiki motorsikal, akhirnya dapat jugak. 

Baby Nisaq yang baru pulang dari Songkhla Thailand sudi nak realisasikan impian Mawar Melati. Mekasih taw, baby nisaq.. Muahss..


Ikutkan pada malam tu, selepas basah lencun bermandi hujan semasa on the way ke Johor Bharu dari Tangkak, memang kami akan masuk esok pagi ke Singapura. 

Tapi selepas, baju dibasuh dan dikeringkan di kedai dobi bawah bilik penginapan kami, baby Nisaq minta Mawar Melati bersiap-siap selepas makan malam @Hot Plate untuk masuk border


Pada mulanya, memang seronok dapat tengok Johor Bharu dari jambatan menghala ke border. Kitorang menjerit keriangan. Impian cop buku merah untuk tahun ni, akhirnya dapat juga. 


Sesampai kat Imigresen Malaysia, memang ok jer. 

Then, sesampai kat Imigresen Singapura, kami diminta isi borang putih di kaunter tanpa perlu turun dari motosikal. 

Well, ini lagi best dari masuk border Thai..Kat Imigresen Thai, kita kena park motor dan beli insurans bagai dan isi borang putih siap-siap. 

Bagi yang pertama kali masuk, nak tak nak kena beli auto-pass. Sediakan SD10 untuk auto-pass yang mana boleh dibeli semasa pemeriksaan kastam Singapura. 


Di pemeriksaan kastam, kena buka helmet, semua zip beg dibuka dan kalu ada barang yang dibawa masuk, perlu diisytiharkan terlebih dahulu. 

Semasa membuat urusan auto-pass, pastikan juga roadtax, geran dan insurans ada bersama. Semua maklumat tersebut akan di keyin dalam kad autopass. 

Auto-pass ni digunakan semasa keluar dan masuk dan berad di Singapura. Lecehnya Singapura ni, ada sesetengah jalanraya yang motosikal atau kenderaan tertentu tak dibenarkan masuk contohnya ERP. 


So, semasa ride di sana, kami sering gelabah bila nampak signboard ERP. Gelabah bila tak de motosikal yang masuk jalan yang kami lalui. 

Memang rasa tersangat cuak dan ketakutan, kalau-kalau disaman polis Singapura. Masaklahh.. kitorang.

Dan sebaik mungkin, pastikan bawak gadget untuk pencarian destinasi. Sebab Mawar Melati perhatikan semua kereta dan motosikal, pakai gps. Complicated nyer...

Bandaraya Singapura memang happening, banyak lampu dan memang Singapura bandar yang cantik. Kata baby Nisaq, seperti bandaraya Hongkong. 


Mawar Melati kagum dengan setiap design bangunan, lampu dan gabungan landskap moden, mewah, klasik, tradisional dan kontemporari. 

Patutla ramai yang memilih Singapura untuk shopping. Terlalu banyak gedung beli belah dan waktu kami masuk hari tu around 9.00 malam.. semua area masih meriah dan happening... macam tak de waktu tidur. 

Kat Orchard Road, rasa seperti berada di tengah-tengah bandaraya Pulau Pinang, Melaka dan Bukit Bintang, KL. 


Impian baby Nisaq untuk amik gambar di Merlion Park bersama lion tu, tak kesampaian gara-gara tak nampak signboard parking motosikal. 


Bestnyer baby Nisaq ni, atas moto pun dia boleh bertegur sapa dengan penduduk tempatan di sana semata-mata untuk minta tunjukkan arah. 


Dah tak boleh nak parking, tak selesa dan cuak dengan jalan raya Singapura yang complicated ni, yang begitu banyak cctv, maka kami dalam pukul 10.00 malam da pun berada di border Singapura-Malaysia. 

Untuk pengetahuan, kaunter masuk dan keluar, sentiasa dibuka. Anytime boleh masuk dan keluar. 

Semasa pulang, punyalah banyak motosikal dan waktu ni memang banyak makan masa untuk check out

Lebih kurang sejam, kami da pun berada di Johor Bharu. Alangkah bestnyer, Malaysia. Bebas, free, tak de nak peduli rasa cuak salah lorong ker, cctv ker atau pun had laju. 


Walaupun, bandaraya Johor Bharu tak seindah Singapura tapi kebebasan itu yang buat kita happy kan. 

Malam tu, kami tidur dengan lena.. impian tercapai jua. 

Esoknya, kami melawat masjid di Kota Iskandar, Hello Kitty@ Puteri Harbour, Tanjung Piai (Penghujung Benua Asia), Pontian dan seterusnya... mandi hujan lagi... menghala ke Putrajaya. 


Perjalanan yang tak dirancang kali ni, memang best. Memang terbaik. 


First time, Mawar Melati tibai makan tanpa peduli apa pun, taw-taw, perut sendat dan seluar pun ketat. 


Apa-apa pun, mekasih yer semua. Muahss cyunk uols.