Power Up Betong 2017

Hari Pertama
14 Oktober 2017
Sabtu

Seawal jam 5.00 pagi, Kita dan Nisaq Oberlander bergerak sendirian menunggang Kuda Oyen 650 ke Pengkalan Hulu untuk ke Betong, Thailand.
Setelah berjam-jam di atas moto, kami pun berhenti di Pekan Gerik, untuk bersarapan pagi dengan roti canai, nasi lemak dan mi kari di kedai makan Melayu. Roti canai nya, masha allah sedap dan lembut sangat. Maklumlah yang menebarnya pun perempuan muda yang cantik yang lemah lembut sifatnya. Memang sedap sesangatlah. Perghhh... kecur liur kita bila teringat roti canainya.

Selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan dengan mengisi minyak penuh-penuh di Petron Gerik dan bawak perlahan-lahan sambil melayan pemandangan yang indah sepanjang jalan menghala ke CIQ Betong. 

Perjalanan dari Gerik ke CIQ Betong mengambil masa lebih kurang sejam jugak lah walaupun jaraknya hanya dalam 47.9km je pun.

So, bermulalah prosedur biasa untuk cross border. Mula-mula, lengkapkan borang TM2 dan TM3 bersama kad putih, serahkan pasport di Imigresen Malaysia dan Thailand dan yang paling penting, pastikan geran motosikal fotostat ada cop balai polis. Kalau tidak, hurmm...memang akan jadi "lama" urusan di kastam Betong tu nanti.


Selesai je urusan di Imigresen Thai, kami terus menghala ke Pekan Betong. First of all, mencari simkad dulu la ye. Kami beli simkad dalam 150B, internet unlimited untuk seminggu. Boleh laa. Then, check in di Sweet Home Hotel yang dekat sesangat dengan Central Market Betong.

Rakan-rakan yang lain belum tiba lagi, kami apa lagi, merancanglah untuk pergi ke Giant Big Tree di perkampungan komunis yang jaraknya lebih kurang 20km dari Pekan Betong. Sepanjang perjalanan perasaan takut dan rasa cuak tu memang tak leh nak halang la. 

Mana taknya, laluan ke sana agak sunyi dan langsung tiada bayangan manusia apatah lagi moto atau kereta. Hanya kami berdua je. Jalan raya yang berselekoh macam ular kena palu dan kiri kanan jalan hanya lalang-lalang yang tumbuh meninggi sama tinggi dengan kami. 

Kami memang risaw sangat tapi doa dan zikir tak putus-putus meniti di bibir dengan harapan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Alhamdullillah...

Sampai jugaklah kami ke tempat yang dituju. Elok je parking, kami didatangi oleh seorang pakcik Cina yang fasih berbahasa Melayu. Dia dapat agak kami datang untuk bergambar dengan Giant Big Tree dan dia pun cuba-cubalah memetakan kepada kami. Sebab dalam google maps, petanya hanya terhenti di situ sahaja, di papan tanda perkampungan komunis tu je.

Dengan peta pakcik Cina yang kurang jelas tu, kami pun cuba lah mendaki bukit yang pertama. Alamak.. jalan mati. 

Cubaan bukit kedua, alamak, tersalah tempat dah. Ini kawasan Tugu Peringatan Komunis. 

Cubaan turun bukit pulak, ini perkampungan komunis. 

Cubaan turun bukit kedua, kami temui banyak bangunan seakan dewan dan balairaya. Kami cuba bertanyakan kepada penduduk di situ. Rupanya, Giant Big Tree tu, bukan di situ, ada di bukit yang satu lagi yang kami nampak dari bukit Tugu Peringatan Komunis tadi. Walahai...

Dengan bayaran 100B, kami hulurkan pada makcik tua sebaya ayah kita yang umurnya lingkungan 65 tahun, yang memang dahulunya dia seorang komunis, dengan harapan dia dapat tunjukkan jalan ke Giant Big Tree tu kepada kami.





Dah memang sah-sah dialah orangnya yang selalu membawa pelancong ke Giant Big Tree tu, hik3.

Makanya, dengan menaiki motor, makcik komunis dan kami pun parking di depan pintu pagar kem komunis yang suatu waktu dulu kubu kuat diorang. Makcik komunis tu, tak padan dengan tua, ajak kami berjalan kaki lebih kurang dalam 30 minit untuk sampai di Giant Big Tree.

Fuh...memang besar pokok tu. Besar sangat. Apalagi, bergambor sakan laa. Selesai bergambar dan menziarahi galeri komunis di perkampungan tu, kami pun bertolak balik ke hotel.

Sesampai di hotel, rakan-rakan dari Charity Group pun sampai. Apalagi, perut lapor kot, kami pun kuar pergi makanlah dengan menaiki motor skuter yang disewa. 

First, sah-sah di Restoran Hafiz yang terkenal ngan ikan stim limaunya. Kita macam biasa, order somtam yang maha pedas berdecit-decit. Ada juga rakan-rakan yang belanja makan kuih cakoi yang sos kaya nya memang terangkat abih lah. Sedap...

Diorang cakap, kalu ke sini, mesti pasti try Teh Tarik Thai. tapi kita order air suam je la, hik3. Kita amik supplemen Shaklee, mana nak boleh minum teh. huhuhuhu. 

Selepas makan, kami pun merendek meronda kawasan Betong. Apa lagi, tuang minyak motor la dulu ye kemudian barulah boleh merendek dengan senang hati window shopping di Plaza Betong. Dalam window shopping tu, kita ada lah beli dua tiga helai baju dan seluar untuk anak-anak dan diri kita sendiri. Murah kott...mau kita tak sambar. hik3.

Malamnya, kami keluar makan lagi, kali ini, sempena birthday beberapa ahli Charity Biker Group yang disambut di Restoran apa nama ntah.. tepi jalan sebelum pekan Betong. Makan besar lah kami malam tu. Alhamdullillah.. kenyang. Balik tido.. sebab besok nak naik Ayer Weng. Tengok awan nano (karpet) pulak.

Hari Kedua
15 Oktober 2017
Ahad

Tepat jam 4 pagi, kami beramai-ramai meredah kesejukan menghala ke Ayer Weng. Sejam dalam kegelapan dan kesejukan, setibanya di sana, hari sudah pun cerah. Banyaknya kereta, van, motor kecik dan moto besaq serta pejalan kaki mendaki bukit Ayer Weng yang bukan main tinggi mencanak lagi. 

Kita waktu tu, pun terpaksa menapak hingga ke puncak, gara gara moto skuter yang disewa tu, tak larat nak mendaki bukit. Fuh...sakit montot kita tau. Bukit tu curam dan tinggi.


Setibanya di puncak, masha allah, ramainya orang. Jadinya, kita tak de laa beria sangat nak bergambor. Menyelit tercelit je laa..hik3.


Selesai di Ayer Weng, kami pun merayau mencari sarapan pagi di warung di tepi jalan. Masakan thai memang sedap la. Mana ceruk pergi pun, tetap kena dengan selera kita. Alhamdullilah.. kita makan dengan kenyang sesangat. Kita pekena kuih bunga, nasi kerabu ala thai, roti canai, kuih keria, donut dan macam-macam la. Hari tu, kita try Thai Green Tea. Fuh, fuh, fuh....Sedap terangkat kot.

Selepas makan, kami pun meronda untuk habiskan minyak full tank tu ke :

1. Air Terjun yang telah ditutup kepada orang awam disebabkan kes mati lemas
2. Piyamit Tunnel - bayaran masuk RM7
3. Kolam Air Panas Otop Village







Dalam waktu tengahari, kami pun bergegas balik ke Pekan Betong. Sebelum berangkat balik ke Putrajaya, kami singgah makan dulu di Restoran Halal Betong dan beli sabun beras. Orang kata, kalu datang Thailand, wajib beli sabun beras tu. Jadinya, kita belilah.

Dalam jam 3 petang, kami pun berangkat balik ke Putrajaya. Pukul 11.00 malam, kami selamat sampai di Putrajaya. Alhamdulillah. Terima kasih ya Nisaq Oberlander, sudi ajak kita ke Betong. Cyunx awak taw!!!...

Canon rider was here... #spreadlove

pix taken by : Nisaq Oberlander, Tun Teja & group Charity Bikers

Post a Comment

0 Comments