Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

15 March, 2018

Berkelah @Lata Chakah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalam uols! Kali ini kita nak kongsikan trip balik kampung kita yang pada 2 bulan lepas. Kita balik kampung actually just nak ziarah pusara bonda dan jumpa dengan adik-beradik kita yang berada di Setiu, Terengganu. Sebab dah lama sangat tak balik. Tak sangka plak, yang trip kali ini, famili Kak Long ajak kita berkelah di Lata Chakah.

Pernah dengar tak nama lata ni? Belum pernah, kan? Biasa kita dengar Lata Tembakah, Lata Payung, Lata Belatan dan macam-macam lata lagi yang ada di Terengganu ni. Apa yang best sangat dengan Lata Chakah ni? Jom baca dulu trip balik kampung kita ni ye...

9 Februari 2018
Putrajaya - Setiu, Terengganu

Macam biasalah, kita dari Putrajaya bergerak balik ke Terengganu dengan Kak Ngah. Untungnya balik dengan Kak Ngah ni, semua perbelanjaan pergi dan balik ditanggung beres. Kita hanya perlu pandu kereta dengan selamatnya je.


Sebelum gerak, Kak Ngah belanja kita makan bihun sup kat PV8, Taman Melati
Hari tu, kita pandu balik dengan MyVi. Jadinya, perjalanan menjadi teramat panjang. Lebih waktu dari kebiasaannya. Ditambah plak dengan rasa mengantuk dan terpaksa berhenti banyak tempat untuk hilangkan rasa mengantuk.

Dah pagi pun, kita masih lagi "dalam perjalanan"
Kita mula gerak dari Putrajaya jam 1.00 pagi. Jam 9.30 pagi baru kita tiba di rumah Kak Long setelah singgah di pusara bonda dulu. Pagi tu, Kak Long ada masakkan nasi lemak untuk kita. Waduh! Sedapnya sambal ikan aya ala Terengganu Kak Long. Kitakan kalau bab masak-memasak ni, kita memang respect abih pada Kak Long. Masakannya memang the best in the world. Tapi tak de plak Kak Long ni berminat nak buat projek katering. Pelik!...

Nasi Lemak Ikan Aya. Wallah! Sedap sesangat...
Pulut Kuning Ikan Aya

Selesai bersarapan, kita borak-borak sampai la ke waktu tengahari. Then, setelah selesai masak hidangan makan tengahari lauk ikan darat dan budu,  kita masak lagi. Kali ni, kita minta Kak Long masakkan pulut kuning gulai ikan aya. Wow! Sedapnya...sedap sangat. Tapi sayangnya gambor takde. Kalu tak, boleh laa buat meleleh air liur memasing... hik3.

Shell Out Setiu

Pulut kuning yang sedap ni kita kongsikan rasanya jugak dengan famili abang kita. Tak sangka plak yang abang kita nak "payung" makan-makan di Restoran Shell Out. Wah... kat Setiu pun ada Shell Out jugak. Wow! marbelousss...

Lain caranya Shell Out ni...
Macamana rasanya?
Masakannya sedap...memang sedap.

Macamana dengan servisnya pula?
Servisnya alahai...teramatlaaa slow. Rasa nak blah pun hado. Lambat. Diorang ni patut improve dari segi servis je. Customer yang lapar, memang takkan reti tahan sabar. Cepat marah... cepat sensitif. Betul tak? So, restoran ni memang patut belajar tentang servis. Perasaan customer kena jaga...rite!

Harganya?
Harganya memang berbaloi-baloi. Try ler... masakan sedap, cuma kena banyakkan bersabar sebab servisnya slow macam siput sedut.hik3. Actually, kedudukan restoran ni memang teramat strategik, terletak di tepi jalan besar menghala ke Kota Bharu dari Kuala Terengganu, dan hanya beberapa meter je dari IPD Setiu. Senang jumpa kalau nak berenti singgah makan.

Kita bersama Kak Ngah, famili Kak Long dan Abang kita
10 Februari 2018
Lata Chakah, Setiu
Terengganu

Orait, pagi ini, Kak Long ajak kita berkelah kat Lata Payung, Setiu. Kita memang dah lama tak ke sana. Last ke Lata Payung ni, pada tahun 1996. Lepas tu, memang tak jejak dah. Dan kita dah tak dapat nak bayangkan macamana keadaannya. Sewaktu kita ke sana...rasa macam jakun sangat. Air Lata Payung macam dah nak kering dan rasa bahang panas udara di lata tu. Walaupun macam tu, orang tetap ramai  di situ.

Biskut Aiskrim
Akhirnya kita berpindah pergi ke Lata Chakah. Jauhnya boleh tahan jugak lah. Masuk ke dalam kampung lagi. Sesampai nya kat sana, wow! Amazing. Cantiknya... Airnya hijau kebiruan. Macam berada di tempat lain je rasanya.


Dengan pokok-pokoknya yang besar dan berlumut. Nampak sangat tempat ni terasing dari pencemaran alam. Cantik sangat.

Kak Long dan Kak Ngah kita
Antara pokok tertua yang ada di sini

Kita tak mandi pun, risaw kepenatan nak drive pulang ke Putrajaya
Selesai makan-makan bekal yang kita bawa dari rumah. Kita  pun bergerak masuk ke Kampung Jelapang yang jaraknya lebih kurang 10km dari jalan besar Kuala Terengganu - Kota Bharu. Ada sepupu kita buat makan-makan skit untuk aqiqah anaknya. Dapatlah berjumpa dengan sanak saudara. Alhamdulillah.

Ini Tok kita.. mak kepada arwah mak kita. Umor dah hampir 80 tahun.

Ini kawasan permainan kita dulu. Kampung Jelapang, kampung mak ayah kita membesar dan dijodohkan hidup bersama. Di sebalik bukit tu, dengan sawah padi yang  luasnya nun saujana mata memandang, ada Pantai Rhu Sepuluh. Wow!
Selesai segalanya, kita pun tepat jam 7.00 malam, kita bergerak pulanglah ke Putrajaya. Actually, seronok trip balik kampung kita kali ini. Dapat kenal tempat baru yang tak pernah kita pergi selama ni. #firsttime kot! Marbelous... #spreadlove - Canon Rider was here...

09 March, 2018

Bermalam di Rumah Rakit Zaman Dulu-Dulu, Tasik Kenyir

15 November 2017  |   Jumaat
Putrajaya - Sg. Tong
Kali ini, Kak Long mengajak kami pulang ke kampung untuk bersama-sama join tido di rumah rakit. Fikirnya kami, mesti bermalam di rumah rakit berdekatan dengan Sanctuary Kelah. Rupa-rupanya sangkaan kami benar-benar meleset sama sekali. Nak tau, bacalah kisah kita ni yer. Pengalaman yang amat menarik dan tertarik, ekaw memang daboom mawar.!!!.. hihihihi.
RNR Temerloh
Orait, tepat jam 12.00 pagi kami pun bergerak pulang ke kampung halaman di Sungai Tong, Setiu. Rumah pusaka mak ada di KM121 Kota Bharu - KM46 Kuala Terengganu. Nak mai umah, tepon dululah yer, hik3.
16 November 2017  |  Sabtu
Lebih kurang jam 4.00 pagi, kami pun sampailah di rumah arwah mak. Buat masa sekarang, Kak Long lah penjaga rumah pusaka sementara kita belum dapat lagi "bermastautin" di kampung halaman.
Pagi tu, Kak Long dan suami sedang kelam kabut menyediakan nasi kerabu. Opsss bukan untuk kami, tapi untuk dijual di kawasan kampung tapi adalah sedikit untuk kami merasa macamana marbelouse nya nasi kerabu Kak Long. 
Pusara Emak 
Tepat jam 6.00 pagi, kami bangkit solat berjemaah, bersarapan nasi kerabu Kak Long yang sedap terangkat ibu jari kanan dan pagi itu juga, kami menziarahi pusara emak di Tanah Perkuburan Sungai Tong. Selesai urusan di pusara, kami pun bersegera berkemas untuk ke Tasik Kenyir. 
Rumah Rakit Zaman Dulu-Dulu, 
Tembat, Hutan Simpan Kekal Kuala Telemung
Jalan Aring - Cameron Highland, Kenyir, Kuala Berang
Selesai berkemas, kami pun berangkat ke Kenyir melalui laluan Langkap - Pelong - Pengkalan Gawi - Jalan Aring - Cameron Highland. Perjalanan mengambil masa dalam sejam je dari kampung kita.
Menurut pemilik rumah rakit ni, sekiranya menaiki speedboat dari Pengkalan Gawi untuk ke Tembat ni, tambangnya lebih kurang RM500. Untuk houseboat, lebih kurang RM1800 - RM2400 untuk semalaman muat dalam 15-20 orang. Perjalanan dengan speedboat mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Pengkalan Gawi. Tetapi sekiranya melalui perjalanan darat hanya 24km sahaja. Tak sampai pun 30 minit kalu dari Pengkalan Gawi tu. Uih... macam tu plak da.
Actually, rumah rakit ini sering menjadi tumpuan para pemancing untuk singgah bermalam. Setakat ini, ada juga pengunjung dari Kuala Lumpur, Pahang dan Melaka datang bermalam untuk release tension, memancing dan mencari kedamaian. Yelah, di sini line telefon memang zero, apatah lagi line internet. Memang sunyi dan hanya ada suara alam sahaja. Wow.. memang tenang, aman dan damai. Sekiranya anda seorang kaki pancing, di tepian rumah rakit ini pun boleh memancing, ada je ikan-ikan kecil sebesar tapak tangan yang memakan umpan cacing dan dedak. Aktiviti memancing pada waktu malam pun ada sehingga jam 3 pagi. Nak memancing dan memukat ikan besar-besar pun, pun boleh...
Yelah, kawasan Tembat adalah salah satu lubuk 25 jenis ikan air tawar yang terdapat di Kenyir Lake ni. Ikan yang paling banyak di area tu adalah seperti lampam yang rangup, belida yang banyak tulang, ubi yang tenang, toman yang manja dan banyak lagi jenis ikan yang lain. Jam 2.00 petang, akhirnya kami sampai jugak di rumah rakit ni. Sebenarnya rumah rakit ini kepunyaan rakan kepada Kak Long kita. Rumah 5 bilik tidur dan 1 bilik air ini diuruskan oleh famili mereka. Kadar sewa semalaman dalam RM30 seorang. Itupun kalau kami yang memasak sendiri.
Tetapi kalau mereka yang tolong memasak, mereka akan caj kadar sewa RM50 seorang dengan pakej 5 kali makan. Agak-agak macamana? Murah tak? Kalu mereka yang memasak, semua bahan mereka sediakan dan ikan pun mereka yang siangkan. So, memang berbaloi sangat la dengan RM50 tu kan.
By the way, jangan plak harapkan mereka masak beria. Setakat masak ikan bakar, ikan goreng, asam pedas dan ulam-ulaman segar je yang mereka sediakan. Tapi lalu aje makan di sana. Cuma, disarankan sangat bawak jajan banyak-banyak, bukan apa, bimbang kelaparan je nanti. Maklumlah, tiada aktiviti lain melainkan main air dan makan-makan je. Orait tutup kisah rumah rakit. Jom kita teruskan. Selesai je urusan mengangkat dan memunggah barang dari jeti ke rumah rakit, apalagi, jomlah kita terjun mandi air tasik plak... yeaaaaaa!!!! Bestnya. Memang best sesangat.
Air Terjun Tembat dan Fish Spa
Sesudah puas berendam di hadapan rumah rakit, kami pun naik makan tapi kita lebih suka makan dalam air, duduk atas pelampung. wow, heaven kot!
Selepas makan, tuan rumah ajak kami ke Air Terjun Tembat. Disebabkan ramai orang lelaki di kawasan air terjun tu, kami panjat batu terjah ke tingkat yang teratas. Air terjun Tembat ni hanya 3 tingkat je. Airnya sejuk sangat dan amatlah jernih.
Kami apalagi main gelungsur batu, terjun tiruk dan semasa otw balik... haa yg ini paling best. setelah penat main air, kami berehat sekejap di tepian batu dengan kaki terendam di dalam air. Tetiba kan, ada ikan mengerumuni dan menggigit-giigt manja jejari kaki kami. Pada mulanya memang geli sesangat, tapi lama kelamaan sedap plak. hik3.
fish spa kenyir lake rumah rakit dulu-dulu tembat
Selesai main air terjun, kami pun bergerak balik untuk makan untuk kali kedua. Seusai makan, kami sambung dengan aktiviti mengail dan mensauk dari atas rumah rakit pulak. Woww!!! Best kot. Da puas mengail, kami terjun lagi ke dalam air tasik depan rumah. Sakan benar main air, ye pada hari itu!
Jadinya...malam tu, aktiviti seterusnya, adalah membakar ikan dan menonton movie. Tak payah risau pasal nyamuk taw, sebab memang tak de nyamuk atau agas langsung. Tenang, aman  dan damai je cuma sesekali bunyi sahutan katak dan cengkerik. 17 November 2017  |  Ahad Selepas solat subuh berjemaah, kami terjun dalam air lagi. Kak Long, Kak Ngah dan isteri tuan rumah, sibuk memasak ubi rebus, ikan goreng, nasi goreng dan jemput-jemput.
Selepas bersarapan, kami pun bergerak lagi sekali ke Air Terjun Tembat. Bukan apa, ada di antara kami ni belum pergi lagi. Dan yang paling best, air terjun ni best, ada fish spa dan privacy. Ketika kami sampai, tiada sesiapa pun datang ke situ sehinggalah kami pulang.
Selepas makan tengahari, kami pun bersiap-siap untuk bergerak pulang. Alhamdullillah, percutian ni nampak macam simple, tapi elemen alam yang mendamaikan, memang buat kita rasa terharu, berharga dan rasa beruntung sebab diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam yang Allah ciptakan ini.
Orait, bagi sesiapa yang berminat untuk bermalam di rumah rakit ni, boleh hubungi Pn. Zanariah (019-9145964). Actually, banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Kenyir Lake ini. cuba klik ini untuk info tentang :
Memang takkan menyesal langsung la datang bercuti di sini. Hanya 2 hari 1 malam, sudah memadai. Orait, itu sahaja kita nak kongsi tentang trip kali ini. Apalagi, jomlah cuti-cuti Malaysia, dekaaaaat jer! Canon Rider was here... #spreadlove