Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

01 December, 2023

4 Tanda Kelewatan Perkembangan Anak

πŸ‘ΆPertumbuhan dan perkembangan si kecil merujuk kepada urutan perubahan fizikal, bahasa, pemikiran dan emosi yang berlaku pada kanak-kanak dari lahir hingga awal dewasa. Setiap kanak-kanak melalui proses pertumbuhan dan perkembangan.


Pertumbuhan adalah peningkatan saiz dan jisim badan. Perkembangan pula adalah berkaitan dengan kematangan sistem saraf. Perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat   (4️⃣) bahagian utama iaitu:


1️⃣ Motor kasar

2️⃣ Motor halus dan penglihatan

3️⃣ Psikososial 

4️⃣ Bahasa dan pertuturan 


πŸ‘¨‍πŸ¦³πŸ§‘‍🦳Ibu bapa perlu mengetahui asas tentang perkembangan normal kanak-kanak bagi mengenalpasti samada anak mereka berkembang dengan baik atau tidak. 

statisitik kelewatan perkembangan anak

Statistik Kelewatan Perkembangan Kanak-Kanak

7.4% kanak-kanak bawah usia 5 tahun mengalami kelewatan dalam mencapai perkembangan yang dijangkakan, berbanding dengan kanak-kanak lain pada usia yang sama. 


1. 86,000 kanak-kanak tidak mempunyai kemampuan untuk mengambil bahagian dalam interaksi sosial atau mahir dalam penjagaan asas secara kendiri. 


2. 56,000 kanak-kanak mengalami kesulitan meniru bunyi, menyebut perkataan bermakna, bercakap dalam bahasa yang difahami orang lain atau bercerita panjang. 


3. 41,000 kanak-kanak menghadapi masalah pada gerakan tangan dan mata seperti menyusun kiub, memegang pensel, melukis atau meniru imej


4. 21,000 kanak-kanak tidak dapat bergolek, duduk atau berdiri tanpa sokongan, berjalan sendiri, berlari atau menyeimbangkan badan dengan sebelah kaki. 

πŸ“ŒSekiranya terdapat tanda-tanda kelewatan, anak tersebut perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian kecil kanak-kanak mengalami kelewatan dalam mencapai sesuatu kemahiran melebihi dari tempoh usia yang sepatutnya. 


π‘·π’†π’π’ˆπ’†π’”π’‚π’π’‚π’ π’‚π’˜π’‚π’ π’Œπ’†π’π’†π’˜π’‚π’•π’‚π’ π’‘π’†π’“π’Œπ’†π’Žπ’ƒπ’‚π’π’ˆπ’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π’Šπ’π’•π’†π’“π’—π’†π’π’”π’Š π’‚π’˜π’‚π’ π’‚π’Žπ’‚π’•π’π’‚π’‰ π’‘π’†π’π’•π’Šπ’π’ˆ π’ƒπ’‚π’ˆπ’Š π’Œπ’‚π’π’‚π’Œ-π’Œπ’‚π’π’‚π’Œ π’Žπ’†π’π’„π’‚π’‘π’‚π’Š π’‘π’†π’“π’Œπ’†π’Žπ’ƒπ’‚π’π’ˆπ’‚π’ π’šπ’‚π’π’ˆ π’π’‘π’•π’Šπ’Žπ’‚.

11 September, 2007

Disleksia

πŸ“–Disleksia adalah masalah pembelajaran khusus. Ciri-ciri atau gejala disleksia biasanya dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, dimana kemahiran membaca, menulis, mengira dan mewarna mula diperlukan.

Namun begitu, terdapat beberapa ciri yang boleh diperhatikan oleh ibu bapa pada kanak-kanak sebelum peringkat umur tersebut. 

πŸ‘‰Antaranya adalah seperti dikongsikan. Sekiranya ibu bapa mendapati sebarang masalah pada perkembangan anak, sila dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran.

 πŸ’•Dengan rangsangan yang betul dan konsisten, dapat membantu kanak-kanak disleksia membina keyakinan diri serta mengasah keistimewaan mereka.