4 Tanda Kelewatan Perkembangan Anak

👶Pertumbuhan dan perkembangan si kecil merujuk kepada urutan perubahan fizikal, bahasa, pemikiran dan emosi yang berlaku pada kanak-kanak dari lahir hingga awal dewasa. Setiap kanak-kanak melalui proses pertumbuhan dan perkembangan.


Pertumbuhan adalah peningkatan saiz dan jisim badan. Perkembangan pula adalah berkaitan dengan kematangan sistem saraf. Perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat   (4️⃣) bahagian utama iaitu:


1️⃣ Motor kasar

2️⃣ Motor halus dan penglihatan

3️⃣ Psikososial 

4️⃣ Bahasa dan pertuturan 


👨‍🦳🧑‍🦳Ibu bapa perlu mengetahui asas tentang perkembangan normal kanak-kanak bagi mengenalpasti samada anak mereka berkembang dengan baik atau tidak. 

statisitik kelewatan perkembangan anak

Statistik Kelewatan Perkembangan Kanak-Kanak

7.4% kanak-kanak bawah usia 5 tahun mengalami kelewatan dalam mencapai perkembangan yang dijangkakan, berbanding dengan kanak-kanak lain pada usia yang sama. 


1. 86,000 kanak-kanak tidak mempunyai kemampuan untuk mengambil bahagian dalam interaksi sosial atau mahir dalam penjagaan asas secara kendiri. 


2. 56,000 kanak-kanak mengalami kesulitan meniru bunyi, menyebut perkataan bermakna, bercakap dalam bahasa yang difahami orang lain atau bercerita panjang. 


3. 41,000 kanak-kanak menghadapi masalah pada gerakan tangan dan mata seperti menyusun kiub, memegang pensel, melukis atau meniru imej


4. 21,000 kanak-kanak tidak dapat bergolek, duduk atau berdiri tanpa sokongan, berjalan sendiri, berlari atau menyeimbangkan badan dengan sebelah kaki. 

📌Sekiranya terdapat tanda-tanda kelewatan, anak tersebut perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian kecil kanak-kanak mengalami kelewatan dalam mencapai sesuatu kemahiran melebihi dari tempoh usia yang sepatutnya. 


𝑷𝒆𝒏𝒈𝒆𝒔𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒌𝒆𝒍𝒆𝒘𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒕𝒆𝒓𝒗𝒆𝒏𝒔𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒂𝒎𝒂𝒕𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒌𝒂𝒏𝒂𝒌-𝒌𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒂𝒑𝒂𝒊 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒐𝒑𝒕𝒊𝒎𝒂.

Post a Comment

0 Comments