Showing posts with label kerja amal. Show all posts
Showing posts with label kerja amal. Show all posts

18 March, 2018

Kempen Derma Darah Kawasaki Tahun Ke-10

Bismillahirrahamanirahim..

Hai uols...lama da kita tak hangout kat sini. Kerja hakiki menimbun. Tak sempat kita nak bersihkan sawang-sawang kat blog kita ni. Tapi hari ini, kita try jugak lah. Kalau tak update, nanti basi plak ceritanya. Betul tak?

17hb Mac 2018
Kawasaki Glenmarie - Wangsa Maju, KL


Seawal pagi Sabtu tu, kita bersama member kita, si Nisaq Oberlander bergerak bersama-sama ke HQ Kawasaki Glenmarie, Shah Alam. RV nya di sana. Pagi itu, kita diberi makan nasi lemak. Sambalnya.. fuhh.. sedap giler. Meme sedap la. Nisaq laa yang cakap. Kita mengiyakan. hik3


Selepas bacaan doa dan taklimat ringkas daripada Che Mad, Otai Kawasaki, kita pun beramai-ramai la bergerak  menghala ke Wangsa Maju melalui NKVE dan DUKE. Jaraknya lebih kurang 35km. 10 orang marshall iringi konvoi ini.. Pergh.. panjangnya barisan konvoi ni, mak aiiii.. bayangkan 100 buah motosikal berkuasa tinggi pelbagai cc, semua memberi sokongan untuk program ini. Alhamdullillah.














Perjalanan yang hampir 45 minit ni, akhirnya sampai jugak kita kat AEON Big Wangsa Maju. Walahai.. panasnya jangan cakap ler. Pedih kulit kita. Teringat kita pada cuaca panas kat Chiang Mai. Panas berketik. Boleh hitam cenggini. Jenuh nak minum ESP (Energizing Soy Protein) untuk putih balik. hik3.



Dah sampai... kita pun, berlenggang kangkung ler ke tempat event yang letaknya depan ruang depan Guardian Store. Konon nak menikmati rasa sejuk aircond. Memang sejuk... syok je. 

Dah tu, sampai je, mak aiii, ramainya org. Kita isi borang biru, untuk pendaftaran cabutan bertuah dan isi borang putih untuk pendaftaran derma darah. Lepas tu, kita berbaris punya panjang untuk cek iron dalam darah kita. Lepas atau tidak untuk derma. 




Sebelum ini, memang tak lepas. Selepas kita makan Multivitamin Vita-Lea... alhamdulillah, sejak tahun lepas setiap 3 bulan sekali, kita akan derma darah dalam 300cc. Then, kita beratur plak kat tempat check tekanan darah. 



Haa.. kali ini kita nervous, sebab kita mengantuk dan sejak kebelakangan ni, kita banyak kerja nak kena setel. Tekanan sana sini. Risaw sesangat. Member-member kita perasaan yang kita nerbous. Nerbous kalau-kalau tak dapat menderma. Rugiler kita bangun awal pagi, berpanas sampai itam kulit, semata-mata nak menderma, alih-alih tak dapat.. Memang buang masa, kan kan kan. 




Alhamdullillah, akhirnya kita lepas jugak untuk menderma. Tekanan darah kita dalam 110/76. Doktor kata bacaan tu tak tepat, sebab kita punya jaket tebal sangat. Kita memang tak leh nak bukak jaket tu. 



Bukan main seronok la kita dapat menderma. Alhamdullillah tak sampai 5 minit, kita da selesai kuarkan 350cc darah kita untuk orang yang akan memerlukan pemindahan darah. Harap-harap mendatangkan manfaat la yer. 


Dah dapat sijil dan makanan, kita pun gerak balik ler... nak balik tambah darah. hik3.. next 3 months, kita nak derma lagi. 

Meh kita share, 5 kebaikan menderma darah antaranya: 
  1. Pemeriksaan tahap kesihatan secara percuma
  2. Lebih positif sebab tahu kita sihat
  3. Sel darah baru terhasil yang mengekalkan tahap kesihatan penderma
  4. 650 kcal terbakar semasa proses menderma, mencegah obesiti 
  5. Mengurangkan risiko sakit jantung. Faktanya kekerapan menderma darah dapat menyeimbangkan zat besi dalam badan. Zat besi berlebihan boleh mendatangkan risiko stress yang menyumbangkan kepada serangan jantung, strok dan lain-lain penyakit lagi.
  6. Mengurangkan risiko kanser speerti kanser paru-paru, hati, usus, perut dan tekak. 
Nak tau lebih lanjut. boleh baca di sini...Lima Kelebihan Menderma Darah....Yang Akan Mengejutkan Anda! 

Itu je lah, yang kita dapat share untuk kali ini. Jumpa lagi di lain story yer. Jangan lupa tinggalkan komen yer. TQSM in advance. #spreadlove - Canon rider was here... 


03 March, 2018

KLG - Bikers Bebas Dadah

3 Disember 2016
KPDNKK, Putrajaya - Litar F1 Sepang 

Agensi Anti Dadah dengan kerjasama beberapa group bikers terkemuka di Malaysia telah menganjurkan Kempen Bikers Bebas Dadah yang disertai oleh semua jenis CC motosikal. Kami yang membawa nama Kawasaki Lady Bikers Malaysia (KLG) pun turut ikut kempen ni bagi menunjukkan sokongan padu kepada agensi Kerajaan dalam membasmi najis dadah dalam komuniti kita. 

RV Pertama di Dataran Masjid Putrajaya seawal 7.30 pagi, kemudian kami bergerak ke Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) di Presint 3. Sesampainya di MOT, kami dihidangkan dengan Nasi Lemak dan Air Mineral sementara menunggu kumpulan bikers yang lain tiba. Walau pun ujan mula turun renyai-renyai seawal pagi tadi, tapi kami tetap bersemangat untuk meneruskan konvoi ini. Ditambah plak Nabil Raja Lawak turut ikut serta dalam kempen ini.


Tak lama kemudian, hujan mula reda dan berhenti, mentari memancarkan sinar yang benar-benar indah. Cantik betul pemandangan selepas hujan, uols. Kami mula berkonvoi dengan melalui lebuhraya ELITE dengan diiringi sepasukan Pengawal Trafik JPJ menuju ke Sepang International Circuit (SIC). 

Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit. Majlis perasmian bermula dan wakil kumpulan bikers mula melaungkan ikrar dan selepas itu, kami mengunjungi booth yang menjual pelbagai barangan motorsikal dan banyak food truck yang menawarkan pelbagai makanan yang sedap-sedap dengan harga yang berpatutan. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami pun bersurai dan membawa haluan masing-masing. 


Kenangan makan nasi lemak dalam hujan dan berlindung ramai-ramai di bawah sebatang pokok kecil di laman parking MOT adalah satu kenangan yang paling manis untuk dikenang. Kelakar beb...


Ini adalah video koleksi gambar Ride Kawasaki Lady Bikers to SIC 2016. Selamat menonton yer. Any comments amatlah dialu-alukan.