KLG - Bikers Bebas Dadah

3 Disember 2016
KPDNKK, Putrajaya - Litar F1 Sepang 

Agensi Anti Dadah dengan kerjasama beberapa group bikers terkemuka di Malaysia telah menganjurkan Kempen Bikers Bebas Dadah yang disertai oleh semua jenis CC motosikal. Kami yang membawa nama Kawasaki Lady Bikers Malaysia (KLG) pun turut ikut kempen ni bagi menunjukkan sokongan padu kepada agensi Kerajaan dalam membasmi najis dadah dalam komuniti kita. 

RV Pertama di Dataran Masjid Putrajaya seawal 7.30 pagi, kemudian kami bergerak ke Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) di Presint 3. Sesampainya di MOT, kami dihidangkan dengan Nasi Lemak dan Air Mineral sementara menunggu kumpulan bikers yang lain tiba. Walau pun ujan mula turun renyai-renyai seawal pagi tadi, tapi kami tetap bersemangat untuk meneruskan konvoi ini. Ditambah plak Nabil Raja Lawak turut ikut serta dalam kempen ini.


Tak lama kemudian, hujan mula reda dan berhenti, mentari memancarkan sinar yang benar-benar indah. Cantik betul pemandangan selepas hujan, uols. Kami mula berkonvoi dengan melalui lebuhraya ELITE dengan diiringi sepasukan Pengawal Trafik JPJ menuju ke Sepang International Circuit (SIC). 

Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit. Majlis perasmian bermula dan wakil kumpulan bikers mula melaungkan ikrar dan selepas itu, kami mengunjungi booth yang menjual pelbagai barangan motorsikal dan banyak food truck yang menawarkan pelbagai makanan yang sedap-sedap dengan harga yang berpatutan. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami pun bersurai dan membawa haluan masing-masing. 


Kenangan makan nasi lemak dalam hujan dan berlindung ramai-ramai di bawah sebatang pokok kecil di laman parking MOT adalah satu kenangan yang paling manis untuk dikenang. Kelakar beb...


Ini adalah video koleksi gambar Ride Kawasaki Lady Bikers to SIC 2016. Selamat menonton yer. Any comments amatlah dialu-alukan. 



Post a Comment

0 Comments