Showing posts with label surabaya. Show all posts
Showing posts with label surabaya. Show all posts

09 June, 2018

Bromo Panajakan sunrise - Surabaya Tetiba Je...


Untuk kisah sebelum ini, boleh klik di sini

14hb April 2018 (Sabtu)
Hari Kedua
Mount Bromo, 
Bromo-Tengger-Semeru National Park, 
Kabupaten Probolinggo, Surabaya 

Pagi tu, pemandu jeep kita tu, yang kita tak hingat apa namanya, ntah-ntah tak kenalkan diri pun... kisah da berbulan-bulan, mana nak hingat sangat dah. Tambah-tambah "kitab busyuk" (pinjam istilah SS), kita tak bawak, pada hingat hingat gitu je lah. 

Pemandu jeep ni, banyak berdiam je. Mungkin sebab bahasa kita tak sama dengan dia kot, atau sebab kita orang muslim. Pemandu kita ni berasal dari Suku Tengger. Suku Tengger ni, memang penjaga gunung ni. Gunung ni tempat suci agama Hindu. Suku Tengger ni, majoriti penganut agama Hindu. Patutlah pun, depan homestay kita tu ada patung gajah yang amatlah menyeramkan..... 

Semasa mendaki untuk tengok sunrise pagi tu, mak aiii, allahu, ramainya orang... jem sana sini...kali ini, jem dengan jeep plak. Motosikal bersimpang siur. Allah... memang nampak kelam kabut betul jam 4 pagi. Menurut pemandu kita tu, sunrise muncul jam 5 pagi. Mak aiiii.. awalnya. 

Wajib bayar...kita bayar 32,500.. depa kata, kita orang Indonesia, demi Rupiah, ku relakan jua... hik3
Setelah amik tiket masuk, kita pun sampailah ke Gunung Penanjakan untuk melayan sunrise. huwahahaha, macam apa ntah layan sunrise. Kita tengok orang ramai-ramai sungguh. Mendaki dalam gelap, risaw jugak kalu tergelincir, sebab terlalu gelap dan laluannya sempit. Sesampai je, mak aiii.. da penuh. Ada yang mendaki lagi tinggi. Kita tak larat dah... sebab nanti nak berebut turun plak nak ke kaki Gunung Bromo. 

Jadinya, kita pun bersempit-sempit jugak lah. Angin pagi, memang bertiup kencang dan sejuk nya sampai ke tulang. Nasib laa ada pakai jaket, stoking, sarung tangan, penutup hidung dan shawl. Sejuk bebetul. Yang untungnya, kat bukit tu, ada orang menjual minuman segera yang panas dan tikar untuk duduk dengan selesa. Kalau tidak, abihlaa bun*ut comot dek tanah hitam.

Pandangan sisi kanan Gunung Panajakan, laluan yang bakal dilalui untuk ke Gunung Batok dan Bromo
Pandangan sisi depan, Gunung Batok dan Gunung Bromo
Rugi..kalau tak amik pix kat sini. Bukan senang nak mai sini, kot
Besaw gilerrrr, bunga loceng ni
Bromo Tengger... itu nama suku yang kerjanya di National Park ni
Ini lah dia jeep kita
U dont get it, if u don go through with it (owh mai broken englysh)
Selesai layan sunrise, kita cepat-cepat turun ke bawah. Jam 5.45 pagi, kita da terpacak depan jeep. Ingatkan jeep tiada orang... rupanya pemandu kita tu dok lena kat dalam... alah... da buang masa kita.huwahahahahah. Bukan apa, bimbang jem...untuk turun ke kaki gunung Batok dan Gunung Bromo. 

Ramainya umat manusia...
Subhanallah...cantiknya alam ni

Masa dalam perjalanan turun tu, Allahu Akbar, cantiknya pemandangan Allah saja yang taw. Terharu sangat sebab berpeluang menikmati keindahan yang memang tak penah tengok sebelum ini. Terima kasih... Allah!!!.. Terima kasih sesangat.

Akhirnya...kita sampai ke kaki Gunung Batok, setelah melalui jalan yang berliku-liku macam ular kena palu
Cantiknya luar biasa. Memang kita jatuh cinta dengan alam ini. Rasa jeles dengan Indonesia kerana mempunyai keindahan sebegini. Masa tu, memang kita tersedu menangis seketika. Terharu campur gembira. Sebab untuk ke sini, macam-macam yang kita hadap. 

Nak tau lebih lanjut pasal Mount Bromo ni, boleh klik SINI


Da sampai di dataran Gunung Bromo yang berdebu hitam tu, kita diberi pilihan samada menaiki kuda atau berjalan kaki untuk ke anak tangga Gunung Bromo. First time kita nak naik kuda ni. Aishh... rasa macam best. Huwahahahahahaahahahahahah.. kita bantai gelak dulu laa yer.. sebab ada cerita di sebalik excited nak naik kuda.


Kuda kita warna coklat. Nampak sombong kot.. kita riding dengan tangan pegang handphone konon nak amik gambar bagai.. Masa berjalan di dataran berpasir tu, kita ok lagi... tetapi apabila tiba di jalan yang berbatu-batu, kita da cuak. Kita tak reti nak ikut lenggang lenggok kuda tu berjalan. 

Bila da cenggitu, kita jadi kecut perut. Lagi parah bila kuda tu mendaki... mendaki.. dan merengus-rengus. Kata pemandu kuda tu, dia merengus sebab debu masuk hidung. Dalam keadaan takut dan panik yang terkawal... kita pun sampai laa di anak tangga pertama Gunung Bromo. 

Huwahahaahhaha,... Curamnya Gunung ni... Tinggi lak tuh. Makcik try! Walaupun makcik ni, bukan atlet, bukan selalu workout pun, selalu dok melepet atas sofa, men laptop... memang mengah ler nak daki 250 anak tangga tu kot. Boleh layan video pinjam ni dulu yer. Video kita belum ready lagi... 


Da sampai ke puncak, kita apa lagi, bergambor lebih kurang... then turun cepat-cepat, sebab banyak tempat lagi mau pergi di sekeliling Bromo ni. Nak balik, ke tempat jeep tadi, kita naik kuda lagi... 

Kali ini, kita memang ilang malu dah. Kita merayu-rayu dengan pakcik pemandu kita tu, minta turun bukit pelan-pelan. Takut sesangat. Kita takut jatuh. Kalau jatuh mati, kita tak dak hal.. tapi kalau jatuh, lumpuh, tak ke menyusahkan orang. Sebab tu, kita menangis-nangis.. berjuraian air mata kot.. Takut sangat. Lebih takut dari buat bungy jumpin kot. 

Waktu tu, ada yang mengusik, minta kuda berlari dan ada yang gelakkan kita.. kita tak peduli, kita takut sangat kot, kita teruskan nangis sambil mulut dan hati dok lafazkan nama Allah berulang-ulang kali tetiba telinga kita menangkap satu bunyi yang menenangkan, bunyi loceng dari kudan yang kita tunggang tu. Tetiba je hilang rasa gemuruh dan panik.. Tetiba je rasa tenang.. dan tenang sesangat.

Syukur Ya Allah.. kita baru ada rasa lega. Barulah boleh tengok pemandangan yang indah nian semasa turun bukit dan indahnya... dengan debu pagi yang berterbangan umpama kabus, tanah hitam berdebu.. serasa kita berada di alam lain je. Rasa macam berada di bulan pun hado...

Perut kita da mula lapar, nampak orang berjualan.. tapi tak berani plak kita nak membeli, risaw masakan tak halal. Kita diamkan aje.. Then, kita beli laa dua tiga helai baju sobiner untuk anak-anak. Yelah, risaw tak beli sekarang, karangkan dah tak de dijual lagi di mana-mana. 

Then kita teruskan perjalanan ke Padang Savana Bromo, Bukit Teletubbies dan Pasir Berbisik. Selepas tu, kita pun bergerak pulang ke homestay. Kali ni mau tido puas-puas. Berangan laa tu. Actually, kita sampai ke homestay, dah hampir jam 9 pagi. Gara-gara jem teruk semasa otw turun dari Gunung Bromo.Maka nya, memang tak leh nak layan tido ler.. sebab dah kena bersiap-siap. Jam 10 pagi, supir kita akan bawak kita petik apel kat Malang plak. 

Cerita petik apel tu, kita sambung nanti yer...kita stop sini dulu. Jumpa lagi hokey! #spreadlove #firsttimekot

08 June, 2018

Surabaya, Tetiba je...


Assalamualaikum uols, 
Lama kita tak berceriter pasal jejalan kan? Asyik dok berceloteh pasal isi hati, isi kuih, isi shaklee... isi Melaleuca, isi macam-macam lah, hik3.. Actually, kisah perjalanan kita ke Surabaya ni, bukanlah satu trip yang dirancang pun, kita tak study, tak buat research, hanya baca blog dan tanya dengan kawan-kawan yang dah pergi.

Dahlah tak dirancang, sebelum nak pergi trip ni pun, kita asyik bergaduh sakan...ada je menda yang tak kena, yang nak dijadikan isu walaupun isu tu kecik sangatlah, hik3.  

Itu yang citer trip ini terperam sehinggalah ke hari ini. Mood nak bercerita tu, tak maghi-maghi, boh. Puas panggil dah pun. Nak wat camne, kita individu ISFJ yang memang susah nak ekspresi perasaan nak bagi mudah orang faham. Dah la orang tak faham peel kiter, apa yang kita perbuat pun, orang salah faham plak... huwahahahahah..hok aloh la!

Opsss, melalut dah. Jom, jom..kita throwback ok...

13hb April 2018 (Jumaat)
Hari Pertama
KLIA 2 - Surabaya 

Hanya satu beg ni je untuk 4 hari
Hari tu jadual penerbangan Air Asia sepatutnya jam 6.15 petang tetapi delay plak, Flight AA ni bertolak jam 7.40 malam.. Fuh.. punya lama laa kita dok melangut kat airport KLIA2. Mau taknya kita dah tercongok kat situ dari jam 3.30 petang lagi ter... Dah la semasa otw nak ke airport, tunggu bas punya laa lama. Memang patut Putrajaya usaha pertingkatkan keberkesanan pengangkutan awam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ni. Hadoii, waste the time lor!

Alih-alih dah terpaksa amik GRAB untuk ke Terminal ERL Putrajaya yang jaraknya tak delah jauh mana pun. Kalau dari rumah kita ke ERL tu, hanya RM0.50 je, tapi kalau dah amik GRAB, tak pasal-pasal poket tembus RM14 lorh....isk, mahai bebenor!

Akhirnya terbang jugak...hik3
Dari tengahari hingga ke malam, baru dapat terbang...aish
OMG!!!.. sejak bila pandai celpie ni, mek?
Info dalam toilet. Ok jugak macam ni...kan!
Isi borang kastam dulu
Kita bawak satu beg je.. nak declare apa jer...
Orang kata, duit Ringgit ke Rupiah ni better tukar kat Indonesia, lagi jimat sebab murah...betul ker?
uols rasa.. rasa camner?
Segala jenis mak nenek soto hado... soto yang paling kita suka makan adalah,.. soto dari Makassar. Soto Surabaya ni pelik skit...
Inilah tempat yang kita nak tuju ni...
Kita memang gemar, amik gambar signboard. "Muster Point" - Tempat Berkumpul, kot!
Perjalanan ke Juanda Airport, Surabaya amik masa dalam 2 jam lebih camtu. Sesampai je kat Juanda Airport, kita disambut oleh pakcik pemandu pelancong...dan diperkenalkan dengan pak supir yang akan bersama kita sepanjang 4 hari di Surabaya. 

Maka bermulalah perjalanannya...


Dari airport ke Bromo amik masa dalam 4 jam je. Tapi, disebabkan malam tu adalah malam sambutan Isra' Mikraj, Surabaya jem... mana-mana jalan, semuanya jam pack. Alahai, kita yang mula keletihan, akhirnya terlelap berkali-kali. Even kita terjaga berkali-kali, tempat yang dituju tak juga sampai-sampai. 

Actually, jalanraya di Surabaya ni amat menggerunkan kita, dah laa jalannya berlopak, bumping aje, kenderaan lori, motosikal, kereta, bersimpang siur. Macam tak der law! Tapi tak de plak excident.  Aish,.. boleh lemah jantung mak dibuatnya. Baik kita tidur jelah. 

Tersedar dari lena yang berdendang lagu enjin lori dan bas, kita da sampai ke kaki bukit ke Homestay di kaki gunung Bromo. Pun jem jugak. Alahai, ramainya rakyat Surabaya ni. Jam 2 pagi pun, masih ramai lagi yang belum tidur, malah sibuk bekerja. Kali ini, jem dengan motosikal dan MPV yang mungkin membawa pelancong yang ingin ke Bromo tengok sunrise. Macam kita ni... hik3

Akhirnya, jam 3 pagi, kita sampailah ke homestay, apalagi, masa tak banyak pun untuk betulkan urat badan ni. Lenguh kot! Jam 4 pagi, supir Jeep yang dibooking oleh Pak Tourist untuk ke Gunung Bromo da sampai. Memang tak sempat kita nak manja-manja taw.

Inilah dia homestay Villa tu, di tepi Kg. Al-Quran, di kaki gunung Bromo. Tapi kita tak rekemenkan tempat ni...!

Bukak pintu bilik, terus nampak katil dan bilik air...apalagi, kita bagi beg landing dulu la. Kita nak basuh kaki...hik3
Konon nak basuh kaki, padahal nak tengok bilik ayor... hik3
Oooooo..macam ni, besar jugaklah..
Oklah, uols, kita stop sini dulu yer! Sehingga berjumpa lagi... next story di Bromo yang indahnya Subhanallah.. cantik dan rasa terasing sangat. #spreadlove #fristtimekot