Surabaya, Tetiba je...


Assalamualaikum uols, 
Lama kita tak berceriter pasal jejalan kan? Asyik dok berceloteh pasal isi hati, isi kuih, isi shaklee... isi Melaleuca, isi macam-macam lah, hik3.. Actually, kisah perjalanan kita ke Surabaya ni, bukanlah satu trip yang dirancang pun, kita tak study, tak buat research, hanya baca blog dan tanya dengan kawan-kawan yang dah pergi.

Dahlah tak dirancang, sebelum nak pergi trip ni pun, kita asyik bergaduh sakan...ada je menda yang tak kena, yang nak dijadikan isu walaupun isu tu kecik sangatlah, hik3.  

Itu yang citer trip ini terperam sehinggalah ke hari ini. Mood nak bercerita tu, tak maghi-maghi, boh. Puas panggil dah pun. Nak wat camne, kita individu ISFJ yang memang susah nak ekspresi perasaan nak bagi mudah orang faham. Dah la orang tak faham peel kiter, apa yang kita perbuat pun, orang salah faham plak... huwahahahahah..hok aloh la!

Opsss, melalut dah. Jom, jom..kita throwback ok...

13hb April 2018 (Jumaat)
Hari Pertama
KLIA 2 - Surabaya 

Hanya satu beg ni je untuk 4 hari
Hari tu jadual penerbangan Air Asia sepatutnya jam 6.15 petang tetapi delay plak, Flight AA ni bertolak jam 7.40 malam.. Fuh.. punya lama laa kita dok melangut kat airport KLIA2. Mau taknya kita dah tercongok kat situ dari jam 3.30 petang lagi ter... Dah la semasa otw nak ke airport, tunggu bas punya laa lama. Memang patut Putrajaya usaha pertingkatkan keberkesanan pengangkutan awam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ni. Hadoii, waste the time lor!

Alih-alih dah terpaksa amik GRAB untuk ke Terminal ERL Putrajaya yang jaraknya tak delah jauh mana pun. Kalau dari rumah kita ke ERL tu, hanya RM0.50 je, tapi kalau dah amik GRAB, tak pasal-pasal poket tembus RM14 lorh....isk, mahai bebenor!

Akhirnya terbang jugak...hik3
Dari tengahari hingga ke malam, baru dapat terbang...aish
OMG!!!.. sejak bila pandai celpie ni, mek?
Info dalam toilet. Ok jugak macam ni...kan!
Isi borang kastam dulu
Kita bawak satu beg je.. nak declare apa jer...
Orang kata, duit Ringgit ke Rupiah ni better tukar kat Indonesia, lagi jimat sebab murah...betul ker?
uols rasa.. rasa camner?
Segala jenis mak nenek soto hado... soto yang paling kita suka makan adalah,.. soto dari Makassar. Soto Surabaya ni pelik skit...
Inilah tempat yang kita nak tuju ni...
Kita memang gemar, amik gambar signboard. "Muster Point" - Tempat Berkumpul, kot!
Perjalanan ke Juanda Airport, Surabaya amik masa dalam 2 jam lebih camtu. Sesampai je kat Juanda Airport, kita disambut oleh pakcik pemandu pelancong...dan diperkenalkan dengan pak supir yang akan bersama kita sepanjang 4 hari di Surabaya. 

Maka bermulalah perjalanannya...


Dari airport ke Bromo amik masa dalam 4 jam je. Tapi, disebabkan malam tu adalah malam sambutan Isra' Mikraj, Surabaya jem... mana-mana jalan, semuanya jam pack. Alahai, kita yang mula keletihan, akhirnya terlelap berkali-kali. Even kita terjaga berkali-kali, tempat yang dituju tak juga sampai-sampai. 

Actually, jalanraya di Surabaya ni amat menggerunkan kita, dah laa jalannya berlopak, bumping aje, kenderaan lori, motosikal, kereta, bersimpang siur. Macam tak der law! Tapi tak de plak excident.  Aish,.. boleh lemah jantung mak dibuatnya. Baik kita tidur jelah. 

Tersedar dari lena yang berdendang lagu enjin lori dan bas, kita da sampai ke kaki bukit ke Homestay di kaki gunung Bromo. Pun jem jugak. Alahai, ramainya rakyat Surabaya ni. Jam 2 pagi pun, masih ramai lagi yang belum tidur, malah sibuk bekerja. Kali ini, jem dengan motosikal dan MPV yang mungkin membawa pelancong yang ingin ke Bromo tengok sunrise. Macam kita ni... hik3

Akhirnya, jam 3 pagi, kita sampailah ke homestay, apalagi, masa tak banyak pun untuk betulkan urat badan ni. Lenguh kot! Jam 4 pagi, supir Jeep yang dibooking oleh Pak Tourist untuk ke Gunung Bromo da sampai. Memang tak sempat kita nak manja-manja taw.

Inilah dia homestay Villa tu, di tepi Kg. Al-Quran, di kaki gunung Bromo. Tapi kita tak rekemenkan tempat ni...!

Bukak pintu bilik, terus nampak katil dan bilik air...apalagi, kita bagi beg landing dulu la. Kita nak basuh kaki...hik3
Konon nak basuh kaki, padahal nak tengok bilik ayor... hik3
Oooooo..macam ni, besar jugaklah..
Oklah, uols, kita stop sini dulu yer! Sehingga berjumpa lagi... next story di Bromo yang indahnya Subhanallah.. cantik dan rasa terasing sangat. #spreadlove #fristtimekot

Post a Comment

0 Comments