Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

28 December, 2016

Tips Jadi Blogger Sepenuh Masa - Azleen Abdul Rahim

Nak jadi penulis blog yang berjaya kena ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan, antaranya : 

  • Minat

Penulis blog yang berjaya perlu ada minat yang tinggi untuk menulis. Keinginan mereka lebih tinggi dari keinginan untuk meraih pendapatan yang besar. 


Mereka menulis semata-mata kerana minat dan mereka menulis setiap hari. Minat yang mendalam akan membuahkan buah fikiran kreatif. 

Mereka mampu menulis 10 hingga 15 artikel setiap minggu. Setiap artikel tidak kurang dari 650 perkataan. 

  • Tumpukan pada subjek anda

Mereka tidak menulis berdasarkan apa yang terlintas di fikiran. Strategi sebegitu tidak akan berhasil untuk mencipta penjenamaan mereka sendiri. 

Mereka akan memilih subjek yang dekat dengan hati pembaca, yang mereka mempunyai kepakaran tinggi tentang sesuatu subjek tersebut, 


Contohnya, kepakaran tentang pemasaran digital, jadi semua artikel hanya berkisar tentang pemasaran digital, kandungan dan media sosial sahaja. 

  • Kongsi ilmu

Penulis berjaya suka berkongsi ilmu berdasarkan kepakaran mereka dalam bidang tertentu. Mereka akan menulis dalam dua (2) kaedah. 

Pertama, cara-cara untuk melakukan sesuatu  ataupun kedua, penulisan menjurus kepada perkongsian pendapat ataupun pemikiran tentang sesuatu perkara. 


Mereka sedar, pembaca atau pengikut mereka akan menghargai apa yang ditulis dan seterusnya menggunakannya dalam kehidupan seharian. 

  • Tumpukan pada penulisan

Mereka tidak bimbang sekiranya artikel yang ditulis tidak mendapat trafik yang banyak, tidak menjana pendapatan yang besar, tidak mendapat pengikut yang ramai ataupun orang tidak kongsikan artikel tersebut dengan rakan-rakan. 



Mereka lebih tumpukan pada penulisan yang berkualiti, segar dan menarik.  Mereka mahu jadikan setiap apa yang ditulis sebagai ikonik dan penulisan artikel yang terbaik pernah dihasilkan. 

  • Banyak membaca dan memerhati

Kurang membaca dan memerhati tentang keadaan sekeliling tidak akan membuahkan fikiran yang kreatif. 

Dengan membaca mereka dapat belajar pelbagai benda termasuklah perkataan-perkataan baru, taktik terkini, gaya penulisan dan inovasi terkini tentang subjek yang ditulis. 

Mereka perlu tahu reaksi dan persepsi yang wujud dalam kalangan orang ramai tentang subjek yang ditulis. 

  • Kaitkan penulisan dengan pembaca

Mereka sentiasa meletakkan diri mereka sebagai pembaca terlebih dahulu sebelum menulis untuk mengaitkan artikel dengan kehidupan pembaca. 



Penulisan jelas, mudah dan senang difahami akan lebih menguatkan "perhubungan" di antara pembaca dengan artikel yang ditulis yang akhirnya menjadikan penulisan mudah dihadam. 

Tidak semua orang menjadi penulis blog sepenuh masa yang berjaya. Semuanya ditentukan dengan minat dan tahap mana keinginan untuk mencapainya. 

Mahu tahu lagi...5 Tips Penulisan Blog Secara Berkesan

Azleen Abdul Rahim - Pakar Pemasaran Digital antara penulis blog yang berjaya. Petikan dari Utusan Biz, Utusan Malaysia. 

06 September, 2015

5 Tips Penulisan Blog Secara Berkesan





Ada banyak tips sebenarnya, untuk menarik orang singgah dan baca apa yang kita tulis. Tapi, di sini Melati hanya kongsikan yang perkara-perkara penting sahaja. 

Ada lima perkara-perkara utama yang perlu dititikberatkan semasa menulis sesuatu artikel antaranya : 

  • Penyelesaian masalah
Kebanyakan orang akan mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi hanya menaip di kotak carian seperti google, bing, yahoo dan sebagainya. 

Bermula dari situ, sebagai seorang penulis yang baik akan cuba menyalurkan info atau berkongsi maklumat yang jelas berkaitan sesuatu isu. Secara tak langsung akan mewujudkan rasa percaya dan rasa ingin "ikut" apa yang kita kongsikan dalam blog.

  • Profesional


Tiada unsur-unsur copy and paste dari blog orang lain melainkan diolah berdasarkan pemahaman sendiri. Ejaan perlu betul, tepat dan tiada perkataan yang berwarna warni. 




Seelok-eloknya blog mempunyai domain sendiri contohnya www.happylife.com dan disarankan hanya 2 hingga 4 suku kata sahaja supaya mudah disebut, dieja dan yang paling penting diingati.

Begitu juga dengan cara menulis. Seharusnya setiap artikel yang ditulis perlulah menggunakan saiz huruf yang besar dan senang dibaca serta dalam satu perenggan tu hanya mempunyai 2 - 5 baris sahaja. 

Maksimum hanya satu artikel sahaja ditulis setiap hari. Setiap artikel hanya mempunyai 1 atau dua isi penting sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya rasa bosan dan jemu di kalangan pembaca.


  • Tajuk yang sesuai


Kebanyakan kita lebih tertarik pada angka. Contohnya "Ketahui 7 Teknik Cara Mengempiskan Perut". Seeloknya biarlah tajuk tu bersesuaian dengan artikel dan seboleh mungkin elakkan dari menulis tajuk yang berbentuk provokasi ataupun kontroversi. 

Ini adalah untuk mengelakkan salah faham dalam komuniti kita kerana kebanyakan dari kalangan pembaca hanya membaca tajuk sahaja dan tidak meneliti isi kandung yang ditulis. 


  • Penerangan mesti jelas
Penerangan atau huraian berkenaan sesuautu isu itu mencapai mesej atau maksud yang ingin disampaikan. Tidak perlu hiraukan berapa banyak patah perkataan yang ditulis. Janji, mesej sampai kepada pembaca. 

Secara tak langsung, boleh mengundang rasa seronok di kalangan para pembaca untuk berkongsi dengan orang lain berkenaan info yang kita kongsikan.


  • Artikel berkualiti


Sekiranya kita ketandusan idea, tiada salahnya kita mencari idea melalui komen-komen dari facebook group, majalah, atau sebagainya. Penulisan yang baik adalah penulisan yang berdasarkan pembacaan dan pemerhatian serta kajian berkaitan sesuatu isu. 




Dah selesai bab menulis, jangan pulak lupa untuk berkunjung dan memberi komen kat blog blogger yang lain pulak tau. Kalau tak, macamana orang nak kenal blog kita, kan?

pssst... ini adalah pesanan untuk diri sendiri. :)