Showing posts with label little bit better. Show all posts
Showing posts with label little bit better. Show all posts

05 August, 2024

9 proven TIME MANAGEMENT tips: Get More Done In a Day than others do in a week by Little Bit Better

 

Intro 

Tip #1 - Manage your time well by splitting your day into blocks

Uruskan masa anda dengan baik iaitu dengan membahagi-bahagikan hari anda kepada blok-blok. 

Block #1 - Strategic block, minimum 3 hours

Strategic block adalah blok masa di mana anda bekerja pada tugas strategik, minimum 3 jam. Tanpa emel, tidak bercakap-cakap dengan rakan sekerja malah tidak berangan-angan langsung tentang apa nak dimakan semasa tengahari nanti.


Block #2 - Buffer block

Tujuan blok ini adalah untuk mengendalikan tugas-tugas kecil seperti emel, menelefon anak-anak atau sebagainya. 


Block #3 - Breakout block

Kejayaan bukanlah tentang kerja keras sepanjang masa. Anda harus sentiasa recharge supaya anda sentiasa boleh bekerja pada kapasiti penuh dan lebih fokus.


Tips #2 - Work Life Balance is a Lie

When you intentionally create an imbalance and direct the time and energy toward 1 or 2 areas of your life. INTENTIONAL IMBALANCE is to put your energy where you want it to go

Keseimbangan kehidupan bekerja adalah satu pembohongan. Anda begitu berjuang untuk mencari keseimbangan di antara kesihatan, rakan, keluarga, kerja dan masa peribadi sendiri. 

Jadi anda memutuskan untuk memberikan masa dan tenaga yang sama kepada setiap daripada mereka. Masalahnya akan timbul apabila anda tidak sempat dan mula menjadi kecewa. 

Kejayaan tidak boleh dicapai dengan mengimbangi masa anda dalam setiap bidang kehidupan. Kejayaan berlaku apabila anda sengaja mencipta keseimbangan dan mengarahkan masa dan tenaga ke arah satu atau dua bidang kehidupan anda. 

Detik-detik berbeza dalam hidup akan memerlukan jumlah tenaga yang berbeza dan tidak ada yang salah dengannya. Tujuan ketidakseimbangan yang disengajakan adalah untuk meletakkan tenaga anda di tempat yang anda mahukannya. 


Tip #3 - Avoid Having Too Many Goals

Elakkan dari mempunyai terlalu banyak matlamat. Terlalu banyak matlamat bermakna terlalu banyak strategi dan halangan. Ia akan mempercepatkan kehilangan tenaga dan akan membuatkan anda berputus asa. 


Tip #4 - Create a routine

You need a routine for everything

Pelaksanaan anda akan banyak menderita jika anda tidak membentuk rutin. Anda memerlukan rutin untuk segala-galanya. Dari tidur anda hinggalah kepada masa anda bekerja. 


Tip #5 - Create your model week

If your plan is realistic or not

Model mingguan anda adalah seperti satu senario yang sempurna di mana anda akan menyelesaikan segala-galanya. Sebaik sahaja anda mula merekabentuk model mingguan anda, anda dengan cepat akan dapat mengatakan samada rancangan anda itu realistik ataupun tidak. 

Jika rancangan itu tidak realistik, anda tidak akan dapat mencari ruang kalendar mingguan anda untuk meletakkan beberapa tugasan. Pastikan anda melakukan ini sebelum anda memulakan minggu pertama anda. 


Tip #6 - Avoid focusing on tasks that involve your weaknesses 

Elakkan fokus kepada tugasan yang melibatkan kelemahan anda. Kebanyakan tugasan anda yang sedang dikerjakan haruslah berdasarkan kepada kekuatan anda, bukannya kepada kelemahan anda. 


Tip #7 - You are allowed to say NO

Apabila seseorang menjemput anda ke sesuatu tempat atau seseorang telah meminta anda untuk melakukan sesuatu, katakan Tidak seboleh mungkin. 


Tip #8 - Don't multitask

Apabila anda menumpukan perhatian anda kepada pelbagai arah, anda tidak menggunakan sepenuhnya diri anda untuk mana-mana tugasan. Anda terlalu banyak kerja dan keletihan. Kemungkinan hasilnya merosot dan akhirnya anda tidak menguasai apa-apa. Anda hanya menjadi biasa-biasa sahaja dalam beberapa perkara. 


Tip #9 - Some tasks will not get done and it is okay

Beberapa tugasan tidak akan selesai dan ia adalah tidak mengapa. Ramai orang yang percaya mereka boleh melakukan semuanya. Mereka bekerja siang dan malam untuk mengejar segala-galanya di atas kertas mereka. 

Mereka menumpukan kepada perkara yang boleh mereka lakukan dengan cepat untuk menyingkirkannya yang mana meletakkan tugas strategik mereka dalam bahaya. Beberapa tugasan akhirnya akan gagal dan ia tidak mengapa. Tetapi tugasan itu janganlah sekali-kali menjadi tugasan strategik. 


Tip #10 - Celebrate

Akhirnya di sini, adalah tip bonus dari pengalaman peribadi saya sendiri. Sleep Well 

Tidur dengan nyenyak. Saya tidak dapat menekankan kepentingan tidur. Ia adalah petua produktiviti yang paling terbaik yang anda perlukan. 


Saya tahu betapa menderitanya hidup saya apabila saya tidak dapat tidur dengan cukup. Tetapi masih sangat kerap tidur adalah perkara pertama entah bagaimana saya akhirnya berkorban apabila keadaan menjadi sukar. 

Walaupun pada hakikatnya, saya tahu betapa pentingnya ia. Jadi pantau tidur anda. Ini adalah kawasan yang saya lakukan yang terbaik untuk memperbaikinya sebaik mungkin. 


Peminat Little Bit Better




04 August, 2024

How to set GOALS to get what you want: 7-step formula by Little Bit Better


Berikut adalah formula 7 langkah untuk menetapkan matlamat yang jelas dan berkesan. 


1. Decide specifically what you want

Muktamadkan secara khusus tentang apa yang anda mahukan, samada ditentukan oleh diri sendiri atau berbincang bersama-sama bos anda tentang matlamat dan objektif anda sehinggalah anda benar-benar jelas tentang apa yang diharapkan daripada anda, dan apa susunan yang mengikut keutamaan. 

Ia amat mengagumkan betapa berapa ramai orang yang membuang masa hari demi hari untuk tugasan yang bernilai rendah kerana kekurangan kejelasan. 

Salah satu penggunaan masa yang paling teruk adalah untuk melakukan sesuatu dengan sangat  baik yang tidak perlu dilakukan sama sekali. 

Sebelum anda mula mendaki anak tangga, apa yang anda perlu pastikan, adakah ia betul-betul bersandar pada bangunan yang betul ataupun tidak.


2. Write it down "Thinking on paper"

Tuliskannya!

Penulis artikel ini menyebutnya berfikir di atas kertas. Fikirkan bila anda perlu mempunyai perjanjian dengan pihak profesional yang akan menawarkan anda perkhidmatan. 

Jika anda mempunyai perjanjian itu di atas kertas, maka ia mempunyai lebih banyak nilai daripada hanya membincangkannya secara lisan. 

Dengan cara yang sama apabila anda hendak menulis matlamat itu, maknanya anda sedang membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Orang yang mempunyai matlamat bertulis yang jelas boleh mencapai matlamat 5x - 10x lebih banyak daripada orang yang matlamat hidupnya hanya dalam fantasi mereka sahaja. 

Ini berlaku kerana untuk menulisnya anda perlu berhenti dan berfikir dengan jelas dan sedar mengenainya. Menulis menjadikannya nyata.


3. Set a deadline

Tetapkan tarikh akhir.

Tugas tanpa tarikh akhir adalah sesuatu yang boleh dilakukan pada bila-bila masa, hari ini atau bulan depan ataupun tahun depan. 

Tidak menetapkan tarikh akhir untuk matlamat penting anda, adalah seperti memberitahu diri anda bahawa ianya tidak ada apa-apa untuk tangguhkan matlamat yang khusus ini malah mengutamakan perkara yang lain pula. 


4. List down everything you have to do to achieve your goal

Senaraikan semua yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat anda.

Contohnya, jika matlamat anda adalah untuk menjadi lebih sihat, maka senaraikan perkara yang anda perlu lakukan antaranya mendaftarkan diri ke gym, mendapatkan pelan diet, membeli pakaian untuk gym dan sebagainya. 


5. Organize the list into a plan

Perkemaskan senarai tersebut menjadi sebuah pelan. 

Susun senarai anda mengikut keutamaan dan urutan. Ambil masa dalam beberapa minit untuk memuktamadkan perkara-perkara yang perlu anda lakukan dahulu dan perkara yang anda lakukan kemudiannya. 

Tentukan apa yang perlu dilakukan sebelum sesuatu yang lain dan apa yang perlu dilakukan selepas itu. 

Adalah lebih baik, susun atur rancangan anda secara visual, samada dalam bentuk kotak ataupun bulatan pada helaian kertas anda. 

Anda pasti akan kagum betapa mudahnya anda untuk mencapai matlamat apabilan anda membahagi-bahagikannya tugasan secara berasingan. 


6. Take action immediately 

Buat dengan serta merta.

Buat dengan serta merta dengan melakukan apa sahaja berdasarkan pelan. Lakukan dengan bersungguh-sungguh adalah jauh lebih baik daripada rancangan cemerlang yang mana tiada apa yang dilakukan langsung. 


7. Do something every day to move yourself toward your major goal

Melakukannya setiap hari bagi menggerakkan diri anda ke arah matlamat utama anda walaupun jika ia adalah satu tindakan yang begitu kecil. Jangan sesekali mengecualikannya walaupun sehari. 

Contohnya, hari ini anda tidak boleh melakukan 30x push up seperti yang anda rancangkan. Tidak mengapa, untuk melakukan hanya 10, tetapi jangan sesekali terlepas walaupun sehari. 

Berikut adalah ringkasan bagi 7 petua dan juga contoh bagi menunjukkan kepada anda bagaimana keputusan akhir akan kelihatan, jika anda melakukan latihan penetapan matlamat mengikut 7 langkah ini. 

Ambil satu kertas yang bersih sekarang dan senaraikan 10 matlamat yang anda ingin capai pada tahun hadapan. Contohnya, anda akan menulis;


- I earn X number of dollar per month 

atau 

- I weigh X number of kilos

 

Kemudian, semak semula senarai 10 matlamat anda itu dan pilih salah satu matlamat yang jika anda capai, ia akan memberi impak positif yang paling besar dalam hidup anda. 

Apa sahaja matlamat itu, tuliskan pada helaian kertas yang berasingan, tetapkan tarikh akhir, rancangkan bagaimana anda akan mencapainya, laksanakan rancangan tersebut dan kemudiannya lakukannya setiap hari yang mana ia pasti menggerakkan anda ke arah matlamat tersebut. 



Peminat Litte Bit Better