1. Decide specifically what you want
Muktamadkan secara khusus tentang apa yang anda mahukan, samada ditentukan oleh diri sendiri atau berbincang bersama-sama bos anda tentang matlamat dan objektif anda sehinggalah anda benar-benar jelas tentang apa yang diharapkan daripada anda, dan apa susunan yang mengikut keutamaan.
Ia amat mengagumkan betapa berapa ramai orang yang membuang masa hari demi hari untuk tugasan yang bernilai rendah kerana kekurangan kejelasan.
Salah satu penggunaan masa yang paling teruk adalah untuk melakukan sesuatu dengan sangat baik yang tidak perlu dilakukan sama sekali.
Sebelum anda mula mendaki anak tangga, apa yang anda perlu pastikan, adakah ia betul-betul bersandar pada bangunan yang betul ataupun tidak.
2. Write it down "Thinking on paper"
Tuliskannya!
Penulis artikel ini menyebutnya berfikir di atas kertas. Fikirkan bila anda perlu mempunyai perjanjian dengan pihak profesional yang akan menawarkan anda perkhidmatan.
Jika anda mempunyai perjanjian itu di atas kertas, maka ia mempunyai lebih banyak nilai daripada hanya membincangkannya secara lisan.
Dengan cara yang sama apabila anda hendak menulis matlamat itu, maknanya anda sedang membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Orang yang mempunyai matlamat bertulis yang jelas boleh mencapai matlamat 5x - 10x lebih banyak daripada orang yang matlamat hidupnya hanya dalam fantasi mereka sahaja.
Ini berlaku kerana untuk menulisnya anda perlu berhenti dan berfikir dengan jelas dan sedar mengenainya. Menulis menjadikannya nyata.
3. Set a deadline
Tetapkan tarikh akhir.
Tugas tanpa tarikh akhir adalah sesuatu yang boleh dilakukan pada bila-bila masa, hari ini atau bulan depan ataupun tahun depan.
Tidak menetapkan tarikh akhir untuk matlamat penting anda, adalah seperti memberitahu diri anda bahawa ianya tidak ada apa-apa untuk tangguhkan matlamat yang khusus ini malah mengutamakan perkara yang lain pula.
Senaraikan semua yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat anda.
Contohnya, jika matlamat anda adalah untuk menjadi lebih sihat, maka senaraikan perkara yang anda perlu lakukan antaranya mendaftarkan diri ke gym, mendapatkan pelan diet, membeli pakaian untuk gym dan sebagainya.
5. Organize the list into a plan
Perkemaskan senarai tersebut menjadi sebuah pelan.
Susun senarai anda mengikut keutamaan dan urutan. Ambil masa dalam beberapa minit untuk memuktamadkan perkara-perkara yang perlu anda lakukan dahulu dan perkara yang anda lakukan kemudiannya.
Tentukan apa yang perlu dilakukan sebelum sesuatu yang lain dan apa yang perlu dilakukan selepas itu.
Adalah lebih baik, susun atur rancangan anda secara visual, samada dalam bentuk kotak ataupun bulatan pada helaian kertas anda.
Anda pasti akan kagum betapa mudahnya anda untuk mencapai matlamat apabilan anda membahagi-bahagikannya tugasan secara berasingan.
Buat dengan serta merta.
Buat dengan serta merta dengan melakukan apa sahaja berdasarkan pelan. Lakukan dengan bersungguh-sungguh adalah jauh lebih baik daripada rancangan cemerlang yang mana tiada apa yang dilakukan langsung.
7. Do something every day to move yourself toward your major goal
Melakukannya setiap hari bagi menggerakkan diri anda ke arah matlamat utama anda walaupun jika ia adalah satu tindakan yang begitu kecil. Jangan sesekali mengecualikannya walaupun sehari.
Contohnya, hari ini anda tidak boleh melakukan 30x push up seperti yang anda rancangkan. Tidak mengapa, untuk melakukan hanya 10, tetapi jangan sesekali terlepas walaupun sehari.
Berikut adalah ringkasan bagi 7 petua dan juga contoh bagi menunjukkan kepada anda bagaimana keputusan akhir akan kelihatan, jika anda melakukan latihan penetapan matlamat mengikut 7 langkah ini.
- I earn X number of dollar per month
atau
- I weigh X number of kilos
Kemudian, semak semula senarai 10 matlamat anda itu dan pilih salah satu matlamat yang jika anda capai, ia akan memberi impak positif yang paling besar dalam hidup anda.
Apa sahaja matlamat itu, tuliskan pada helaian kertas yang berasingan, tetapkan tarikh akhir, rancangkan bagaimana anda akan mencapainya, laksanakan rancangan tersebut dan kemudiannya lakukannya setiap hari yang mana ia pasti menggerakkan anda ke arah matlamat tersebut.
Peminat Litte Bit Better
0 Comments