Showing posts with label quote. Show all posts
Showing posts with label quote. Show all posts

18 July, 2023

Selamat Tahun Baru 1445H

 SELASA. 

Hari Terakhir 1444H. 

Semoga yang membaca ini di Tahun 1445H dan seterusnya Allah bukakan 1000 Pintu Rezeki dan Kegembiraan buat Kita. Aamiin 🀲

salam maal hjirah

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan

Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. 

Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. - HR Bukhari. 

salam maal hjirah

Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekat ajalku, semakin tipis waktu pengampunan Allah terhadapku dan semakin dekatnya hari perhitunganku - Abu Hurairah ra


Kemaafan dipohon diatas segala kesalahan yang telah dilakukan sengaja ataupun tidak.

Semoga kita berada dalam rahmat dan maghfirah Allah SWT.



Selamat Tahun Baru 1445H

#spreadlove Putrajaya

03 November, 2022

3 Perkara!!!



Buat apa pun, mesti selalu ingat 3 perkara : @PetuaDankesihatan  
✅ Kita akan dapat pahala untuk setiap perkara baik yang kita buat dan kita akan dapat dosa untuk perkara buruk yang kita buat.  
✅ Setiap perbuatan yang kita lakukan tidak akan terhenti hanya di dunia tetapi semuanya akan dipertanggungjawabkan ke atas kita di hari akhirat.  
✅ Allah sediakan syurga untuk orang yang banyak amalan baiknya dan neraka untuk orang yang banyak amalan buruknya.  






23 January, 2021

Pedoman Untuk Kita - Part 1


“Sebaik-baik rindu itu adalah yang tidak dilafazkan di bibir tetapi disebut di dalam doa”
Perasaan rindu juga fitrah, cuma bagaimana kau nak mengelola hati itu agar tidak hanyut dan lalai, iman kita rapuh jangan sampai ia hancur terabur.❤️🀲


Setiap apa yang terjadi itu datang dari aturan Allah SWT. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. ❤️πŸ™Œ

Semoga kita dipertemukan dengan jodoh yang tepat dan baik untuk menjalani hidup hingga syurga Allah. Aamiin..❤️🀲


Kadang-kadang kita tidak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tidak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita dimasa hadapan. Tetapi, percayalah suatu saat kita kena yakin jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya.


Semoga Allah menjaga hati dan diri kita dari tergelincir ke dalam lembah maksiat. πŸ₯ΊπŸ€²


Semoga Allah makbulkan segala doa yang kita titipkan. Aamiin..❤️🀲


Sungguh.. Hidup ini dari Allah, dan hidup ini adalah untuk Allah dan kelak akan kembali pada Allah. Jadilah sebaik-baik makhluk yang boleh membuat Allah merasa bersyukur telah menciptakan seorang hamba seperti kita. Aamiin..❤️🀲

Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga dilancarkan jalan hijrah ke arah yang lebih baik. Aamiin..❤️🀲


Jangan tinggal solat! Saling mengingati antara sesama kita.  - Kredit : mieja_ibrahim


Mungkin doa kita tidak dimakbulkan pada harini ini atau masa terdekat. Tapi percayalah pada rezeki Allah doa kita akan dimakbulkan juga satu hari nanti. ✨🀲


"Ingatkan aku satu benda ni. Boleh?"
"InsyaAllah, apa dia?"
"Ingatkan aku tentang Allah. Bila aku terleka, kau tegur."


Semoga dikurniakan circle yang baik dan selalu membimbing ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Aamiin..❤️🀲


Jangan menghukumi masa lalu seseorang. Sebab setiap kita pasti mempunyai masa lalu namun tak ada manusia sekalipun dia pendosa, yang tidak mempunyai masa depan apabila Allah berkehendak menuntun hidupnya menjadi lebih baik.

Percayalah.. 
Allah genggam semua doa kita. Lalu lepaskannya satu persatu di saat yang paling tepat. Sangka baik pada Allah. Dia dah susun cantik cantik jalan cerita hidup kita.



Semoga pengakhiran kita baik disisi Allah SWT. Aamiin.. ✨🀲



10 July, 2010

Matematik Kehidupan



          Dosa Jangan di ➕
          Amal Jangan di ➖
          Cinta Jangan di ➗
          Hidup hanya   1  ❌

🌺 Gugur Bunga kerana Layu..
πŸ‘» Gugur Iman kerana Nafsu..
πŸ’ž Gugur Cinta kerana Cemburu..

πŸ˜‚ Tertawa kerana Bahagia
😭 Menangis kerana Derita
πŸ’€ Bertaubat kerana Dosa
πŸ™ Beribadat kerana Iman

πŸ’” Hidup tanpa Cinta Pasti Hampa
πŸ’° Hidup gila Harta Pasti Celaka
πŸ˜“ Hidup penuh Dosa Akan Binasa
😊 Hidup Bersyukur Akan Bahagia

Hiduplah tiap hari seperti Matematik:
1. Mendarapkan (x) keGembiraan 
2. Mengurangi (-) keSedihan
3. Menambahkan (+) Semangat
4. Membahagi ( : )  keBahagiaan
5. Meng-kuadratkan Kasih Sayang antara sesama

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak boleh kembali:
⏰1. Waktu 
πŸ’‹2. Ucapan 
⌛3. Kesempatan   
Jagalah itu, jangan sampai menyesal kerananya...

Ada 3 perkara yang dapat menghancurkan hidup seseorang:
πŸ‘Ή1. Amarah   
😏2. Keangkuhan 
πŸ‘Ώ3. Dendam 
Hindarilah ia selalu..

Ada 3 perkara yang tidak boleh hilang
πŸ’™1. Harapan 
πŸ’›2. Keikhlasan 
❤3. Kejujuran 
Peliharalah ketiganya..

Ada 3 perkara yang paling berharga
πŸ’ž1. Kasih Sayang
πŸ’—2. Cinta   
πŸ’3. Kebaikan 
Pupuklah itu semua..

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak pernah pasti
πŸ€”1. Kekayaan 
πŸ€”2. Kejayaan 
πŸ€”3. Mimpi   
Jangan terlalu obses kerananya..

Ada 3 perkara yang dapat membentuk watak seseorang
☝1. Komitmen         
✌2. Ketulusan         
πŸ‘Œ3. Kerja Keras       
Upayakanlah sekuatnya..

Ada 3 perkara yang membuat kita berjaya
πŸ‘1. Tekad         
πŸ‘2. Kemahuan       
πŸ‘3. Fokus
Usahakan dengan sungguh-sungguh..

Ada 3 perkara yang tidak pernah kita tahu
πŸ‘1. Rezeki         
πŸ‘2. Umur
πŸ‘3. Jodoh   
*Semuanya itu diatur oleh Allah.

TAPI, ada 3 perkara dalam hidup yang PASTI
πŸ‘1. Tua   
πŸ‘2. Sakit   
πŸ‘3. Kematian 
Persiapkanlah dengan sebaik-baiknya...



15 June, 2010

Tafsir Surah ar-Ra'd (Guruh) Ayat 10 - 13 (Malaikat Penjaga)

 


Ayat 10

"Sama saja (bagi Tuhan), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya, dan siapa yang berterus-terang dengan ucapan itu, dan siapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) di siang hari."


Tafsir :

Sama saja (bagi Tuhan), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya, dan siapa yang berterus-terang dengan ucapan itu,

Allah mendengar segala apa yang kita ucapkan samada bercakap secara rahsia, berbisik atau dengan nyata. Tiada satu pun dapat disembunyikan daripada Allah. 


dan siapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) di siang hari.

Allah sentiasa nampak apa yang kita perbuat samada secara tersembunyi atau nyata. Inilah kesempurnaan ilmu Allah yang tiada had. 


Ayat 11 

Ini ayat takwif duniawi.

Allah tahu segala dosa kita, kenapa kita masih belum diazabkan lagi?

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."


Tafsir :

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya,

Allah hantar malaikat yang sentiasa mengikut ke mana sahaja kita pergi (malaikat penjaga) dan sentiasa bertukar ganti. Setelah habis bertugas, diganti dengan malaikat lain.


Tugas para malaikat penjaga :

1. memastikan orang itu tidak mati sebelum masanya. Contohnya, excident teruk, tetapi orang itu tidak mati kerana masanya belum tiba dan dia dijaga oleh malaikat.


2. menjaga manusia daripada dimasuki jin. Jika malaikat ada, jin tidak berani datang. Jika kita berbuat syirik, malaikat akan meninggalkan kita dan senanglah jin kacau kerana kita tiada lagi pelindung.


Hadis sahih :

Malaikat-malaikat di malam hari dan malaikat-malaikat di siang hari silih berganti menjaga kalian, dan mereka berkumpul di waktu salat Subuh dan salat Asar. Maka naiklah para malaikat yang menjaga kalian di malam hari, lalu Tuhan Yang Maha Mengetahui keadaan kalian menanyai mereka, 


“Dalam keadaan apakah kalian tinggalkan hamba-hamba-Ku?” Mereka (para malaikat malam hari) menjawab, “Kami datangi mereka sedang mereka dalam keadaan solat dan kami tinggalkan mereka sedang mereka dalam keadaan solat.”


"Sesungguhnya bersama kalian selalu ada malaikat-malaikat yang tidak pernah berpisah dengan kalian, terkecuali di saat kalian sedang berada di tandas dan ketika kalian sedang bersetubuh, maka malulah kalian kepada mereka dan hormatilah mereka."


mereka menjaganya atas perintah Allah.

Malaikat menjaga kita depan dan belakang. Dengan turunnya ayat ini, Nabi Muhammad SAW tidak gentar dengan ancaman musuh kerana baginda tahu ada penjaga. 


Malaikat menjaga semasa kita tidur dan terbangun daripada kejahatan jin, manusia dan haiwan buas melainkan dengan takdir Allah, maka barulah dapat mengenainya.


Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

Kamu akan dikenakan azab kalau tidak mengubah diri. Maksudnya, manusia akan terus mendapat kebaikan selagi dijaga oleh malaikat kecuali kalau mereka mengubah amalan dan agama mereka. 


Ayat ini sentiasa menjadi hujah. Manusia membuat kesalahanlah yang menyebabkan Allah menguji mereka dengan musibah. Sebenarnya Allah menguji ketaatan manusia. Bukanlah mereka diuji kerana kesalahan yang dilakukan. Janganlah kita kata seseorang itu berdosa kerana itulah mereka diuji. 


1. Jagalah hati orang. 

2. Kita tidak tahu hakikat kesusahan (ujian) yang dialami oleh orang itu. 


Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya;

Kalau Allah sudah takdirkan musibah atau azab kepada sesiapa, tiada sesiapa yang boleh menghalang. 


dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Sesiapa pun tidak akan ada yang dapar menjadi pelindung atau penolong kepadanya.


Ayat 12

"Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung."


Tafsir : 

Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu

Kenapa Allah tunjukkan kilat kepada kita?


untuk menimbulkan ketakutan dan harapan,

Dalam kilat ada takut iaitu takut disambar kilat.


Dalamnya juga ada pengharapan, kerana kalau sedang kemarau, kilat itu petanda hari nak hujan. Jika mendengar guruh atau petir, Rasullullah mengajarkan untuk mengucapkan doa :

Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ، Ω„َΨ§ ΨͺَΩ‚ْΨͺُΩ„ْΩ†َΨ§ Ψ¨ِΨΊَΨΆَΨ¨ِΩƒَ، وَΩ„َΨ§ ΨͺُΩ‡ْΩ„ِΩƒْΩ†َΨ§ Ψ¨ِΨΉَΨ°َΨ§Ψ¨ِΩƒَ، وَΨΉَافِΩ†َΨ§ Ω‚َΨ¨ْΩ„َ Ψ°َΩ„ِΩƒَ

"Ya Allah, janganlah Engkau bunuh kami dengan murka-Mu, dan janganlah Engkau binasakan kami dengan azab-Mu, dan maafkanlah kami sebelum itu."



dan Dia mengadakan awan mendung.
Sifat awan itu berat kerana ada air di dalamnya. Apabila berlanggar sesama sendiri, maka terjadilah kilat. 


Ayat 13
Selepas kilat, guruh pula.
"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dialah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya."


Tafsir :
Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya,

Ada dua terjemahan : 

1. Mungkin Petir
Langit juga bertasbih. Caranya dengan bunyi guruh. Jadinya apabila bunyi guruh, kita pun perlu bertasbih juga.

2. Mungkin Suara Malaikat
Malaikat bertasbih dengan memuji Allah dan kerana takutkan Allah. Bunyi guruh amat kuat dan menakutkan. Tapi Allah sudah memberitahu yang malaikat yang bertasbih. Mereka kenal Allah. Jadinya, kalau kita tidak takut kepada Allah, maknanya kita tidak kenal Allah.


dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki,
Dan kadang-kala ada halilintar yang boleh membunuh jin dan manusia. Halilintar banyak terjadi pada akhir zaman. 


dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah,
Walaupun Allah sudah menurunkan ayat-ayat yang menakutkan, tetapi manusia tetap mempersoalkan tentang Allah. Masih lagi mengamalkan syirik dan tidak mahu belajar tentang tauhid bagi membezakan yang mana yang syirik. 


dan Dialah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya.
Allah boleh menggunakan kekasaran kepada sesiapa pun. Allah boleh mengenakan musibah sehinggakan memusnahkan mereka. Maka jangan buat ikut suka hati, syirik dan dosa secara berleluasa dan melampaui batas. 



19 April, 2010

Pengalaman Mengajar Kita


Hadapi situasi getir yang diwujudkan oleh golongan lidah bercabang dengan cara yang rasional dan ada pertimbangan. 

Ada yang nak nampak diri dia sahaja yang bagus di depan. Ada yang suka porak perandakan keadaan, akan rasa puas hati dengan cara ini. Ada yang rasa dengki dan jeles sehingga berdendam. 

Pendek kata, yang tiada motif pun ada juga. Tapi semuanya tentulah negatif. Buanglah semua sifat-sifat negatif ini yang semakin akan memburukkan keadaan. 

Sejarah juga telah membuktikan bahawa keruntuhan kebanyakan kerajaan teragung di masa dahulu adalah daripada konflik, perebutan kuasa dan masalah dalaman. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

Hati seperti kaca jangan bagi retak. 
Akal seperti air jangan bagi kering. 
Iman seperti debu, jangan bagi hilang. 
Persaudaraan seperti tali jangan bagi putus. 

Semoga Allah melindungi kita semua dan menjadikan kita insan lebih baik dan kehidupan lebih indah. Aamiin 🀲



21 March, 2010

Yang Bijak Belum tentu boleh Berjaya, kan?



Suatu hari, seorang Profesor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. 

Profesor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Profesor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. 

Berjam-jam lamanya Profesor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,-

"Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat", kata Profesor itu. 

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Profesor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?", tanya Profesor itu.

"Hampir semur hidup saya.", jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?", tanya Profesor itu lagi. 

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?", tanya Profesor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. 

Masih tidak berpuas hati, Profesor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.", kata Profesor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" 

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. 

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu." 

“Kamu tahu fizik?" 

Profesor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." 

Kata Profesor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, 

"Kamu tahu berenang?"

Profesor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." 

Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. 

Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Ada kalanya orang yang kita sangka tidak pandai itu rupanya lebih berjaya dari kita. 

Dia mungkin tidak pandai dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan? 



15 October, 2009

Tangisan



1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.



30 September, 2009

Rindu....


Rindunya pada anak-anak, tuhan saja yang tahu. Walaupun, mereka berada dalam jagaan insan-insan yang amat menyayangi mereka, tapi satu kerugian buat ku kerana tidak bersama-sama mereka melihat mereka membesar. 

Melayan kerenah anak-anak yang berlagak matang sedangkan baru 3 tahun dan 6 tahun...

Rindukan tawa dan tangis mereka. Rajuk mereka kadang-kala melucukan. Cemburu buta berebutkan perhatian mama untuk mengemaskinikan apa yang terjadi sepanjang mama tiada di sisi. 

Rindukan anak-anak yang sering bertanyakan macam-macam.  Kadang Matematik untuk Tahun Dua minta diajarkan, sedangkan darab bahagi pun belum hafal lagi.Memegang pensil pun belum pandai lagi, dah diminta diajar menulis. Semuanya kerana inginkan perhatian.

Maafkan mama, sayang, kerana Mama tidak dapat bersama kalian. Mama love you all so much.



05 July, 2009

Tafsir Surah an-Nur Ayat 24 – 27 (Jangan masuk rumah orang melulu)


Ayat 24
Balasan azab akhirat kepada mereka yang membuat tuduhan palsu.

"Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan."

Tafsir :
Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka

Pada hari akhirat, kaki, tangan dan lidah akan menjadi saksi ke atas diri kita. Waktu itu, memang tiada harapan untuk menafikan apa yang anggota kita katakan. 

Allah mengajarkan bahawa kita boleh mengawal apa saja yang dilakukan oleh tangan, kaki dan lidah kita untuk berbuat kebaikan. Di akhirat nanti, kawalan itu sudah ditarik balik.  

Ayat ini turun untuk membersihkan nama Aisyah ra yang difitnah sebagai penzina. 

terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.

Waktu sekarang, lidah, tangan dan kaki taat kepada tuannya. Di akhirat nanti, ada manusia yang meminta saksi, maka Allah menjadikan anggota mereka sendiri sebagai saksi. Jika berbuat keburukan, ia adalah lawan. Jika berbuat kebaikan, ia menjadi kawan.


Ayat 25 
"Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka bahawa Allah-lah yang Benar, lagi Yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya)."

Tafsir : 
Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya,

Di akhirat nanti, Allah akan membalas segala perbuatan manusia dengan adil kerana Allah maha mengetahui segala-galanya. Segala kebaikan dibalas dengan berlebihan dari perbuatan. Dosa pula akan dibalas kalau Allah tidak mengampuninya. 

dan tahulah mereka bahawa Allah-lah yang Benar, lagi Yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya).

Pada hari akhirat nanti, manusia tahu betapa benarnya Allah dan tiada siapa yang akan berkata apa yang berlaku itu tidak adil.


Ayat 26
Isteri-isteri Nabi SAW adalah orang yang baik-baik dan tidak patut dituduh dengan tuduhan yang tidak betul. 

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."

Tafsir : 
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,

Tabiat alam - wanita yang bertabiat buruk selalunya untuk lelaki yang bertabiat buruk juga. Mereka hanya tertarik sesama sendiri dan kerana itu mereka berpasangan. 

dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),

Lelaki pun begitu juga, akan mencari wanita yang sama sifat dengannya juga. 

Maka, tidak mungkin orang yang baik sepanjang hidupnya, menjadi penzina pula. Sebelum membuat tuduhan, selidiklah dulu sejarah hidupnya.

dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).

Nabi SAW adalah seorang yang mulia dan baik, maka isteri-isteri baginda SAW pun tentulah orang yang baik-baik. Begitu juga dengan isteri Nabi Luth dan Nabi Nuh, mereka bukanlah orang yang keji. 

Haruslah kita mencari dan memilih orang yang baik untuk dijadikan pasangan kita. Kenali bakal pasangan hidup kita. Wali harus memeriksa calon pasangan.

Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu).

Ayat ini adalah ayat pembersihan kepada Aisyah ra dan Sofwan ra dari tuduhan zina. Mereka adalah insan yang baik-baik. 

Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).

Mereka tidak bersalah dan diberikan balasan baik dan pahala atas kesusahan mereka. "Rezeki" juga bermaksud "syurga". Semua isteri Nabi SAW akan masuk syurga. 


Ayat 27
Allah mengajar cara untuk melawat rumah orang lain untuk mengelakkan perkara-perkara buruk terjadi seperti zina atau menjatuhkan maruah.

Ada 7 undang-undang dan adab iaitu : 
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat."

Tafsir : 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu

Meminta izin - masuk setelah diizinkan walaupun nampak pintunya terbuka dan jangan buat seperti rumah sendiri.

Ini adalah untuk menjaga maruah wanita yang berada di dalam rumah, berkemungkinan tidak menurut aurat dengan sempurna. 

Masuk rumah tanpa kebenaran adalah perkara buruk, apa bila nampak aurat akan timbul rangsangan yang akan timbul perasaan ingin melihat lagi dan lagi. Rumah adalah tempat untuk beristirehat dan bersenang lenang serta tempat untuk simpan rahsia (aib). 

sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.

Pastikan ahli rumah sedar, redha dan senang dengan kedatangan kita, dan berikanlah salam sebelum masuk. Jangan terus terjah. 

Kita boleh memberitahu dengan cara membuat bunyi iaitu memberi salah, berdehem, mengetuk pintu dan sebagainya. 

Seseorang yang ingin memasuki rumah orang hendaklah meminta izin 3x. Jika diizinkan, bolehlah masuk, dan jika tidak, hendaklah dia pergi.

Orang meminta izin juga, jangan berdiri di tengah-tengah pintu, menyimpang ke arah kanan atau kiri pintu, bagi mengelakkan ternampak sesuatu yang tidak sepatutnya di dalam rumah.

Adalah tidak elok, mengintai-intai atau menjenguk-jenguk rumah selepas salam tidak dijawab. Walaupun sudah biasa dengan tuan rumah, adalah tidak elok masuk rumah secara melulu. 

Dan ramai di kalangan kita, yang tidak tahu, yang mengajak bukan muhrim datang ke rumah tanpa memberitahu pada isi rumah. 

Apabila kita masuk ke rumah itu walaupun diberi kebenaran, berilah salam kepada ahli rumah yang lain dan perkenalkanlah diri kita. 

Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.

Perkara yang diajar oleh Allah dan Nabi SAW perlu dipelihara untuk mengelakkan lelaki dan wanita tertarik yang boleh mendatangkan zina. 

Ketika kita masuk, ternampak aurat orang dan terpesona dengan kecantikannya, perkara seterusnya yang terjadi adalah di luar jangkaan kita. Kalau terjadi zina, samada dikenakan rotan 100x atau direjam sampai mati. 

Malah untuk masuk rumah sendiri atau rumah orang tua kita digalakkan untuk memberi salam atau memberi isyarat.
 
Dibenarkan untuk tidak memberi salam semasa kecemasan. 



28 May, 2009

Motivasi Diri

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.

Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.


Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.

2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

3. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti..jangan tidur berlebihan.

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri..kecuali dah lama hidup ..ok

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi..kerja satu team..

6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.

8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.  

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.

10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah. 



25 December, 2008

Teruskan Membuat Kebaikan

 

Jangan terus-terus tenggelam dalam kesedihan dan kegelisahan. Senyumlah untuk menjemput kebahagiaan, jangan menunggu bahagia baru tersenyum.

Membina semula nama baik yang telah tercalar adalah satu kerja yang amat sukar dan memerlukan tenaga yang kuat.

"Ya Ψ§Ω„Ω„Ω‡, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.”