Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

15 October, 2023

We Are Free

 "Jangan pernah letakkan diri di bawah kawalan seseorang"

Jika kita tersilap langkah membiarkan diri kita dikawal oleh seseorang yang bukan hak, korang masih boleh lagi berpatah balik. Jangan libatkan diri dengan toxic environment. Sesalnya amat berpanjangan kerana kesilapan kita membuka pintu hati kepada orang yang tak sepatutnya. 

Kawan yang baik, sahabat yang baik, teman yang baik, suami yang baik, ayah yang baik .. adalah seseorang yang sentiasa menawarkan nasihat tanpa ada agenda disebaliknya. Tiada iri, tiada rasa cemburu melainkan inginkan kita gembira dan berjaya dalam apa yang kita lalui dan usahakan. 


Namun, jika stuck dalam situasi ni, amiklah langkah nekad, kalau boleh, senaraikan semua apa yang kita rasa, apa yang kita akan jadi pada masa akan datang, baik buruk yang akan jadi jika kita jauhkan diri dari mereka. Dan perincikan semula dan jangan lupa review. Bila dah puas hati, execute it. 


Yakinlah, diorang tak endah pun apa yang kita rasa. Mereka hanya pentingkan diri sendiri sahaja. Adanya kita atau tiadanya kita di sisi mereka tiada meninggalkan jejak sikit pun di hati. 


Tak payah nak endah sangat apa yang diorang rasa. Yang penting, tiada lagi orang yang sentiasa buat perasaan kita terluka, "terduduk", menangis sesorang, makan hati, terhina, dipulaukan, diperbudak-budakkan malah diperbodohkan, tidak dihargai dan yang paling teruk dikhianati. 


Pernah Rasa Sebegini?

Kita yang sentiasa mengalah, memujuk hati sendiri dan mohon diri bersabar... penah rasa tak macam ni? Jika penah rasa macam ni, cuba lah bawak berbincang dengan mereka, 


Tapi, jika perbincangan kita tu kita dipersalahkan atau kita yang perlu meminta maaf bagi meredakan keadaan. Dan keadaan tu berulang kembali. Percayalah, korang da berada dalam keadaan yang amat toksik. 


Jika masih lagi bertahan, boleh jadi tua sebelum usia dan boleh terkena sakit kronik tau. :) So better cari jalan penyelesaian cepat-cepat untuk blah dari persekitaran tu.

we are free

Actually, kita perlu bertegas dengan emosi yang sentiasa rasa kesian pada diorang. Hakikatnya, orang yang perlu dibantu dan rasa kesian adalah diri kita sendiri. Orang yang perlu dibantu adalah orang yang benar-benar perlukan bantuan dari kita. Yang perlu bantuan dari kita tu, komperm kita boleh rasa. Bukan yang men raso-raso tu.


Tersilap Andaian

Kesilapan kita, (silap lagi) adalah mengandaikan mereka memerlukan bantuan, sokongan dan kesetiaan kita. Hakikatnya mereka langsung tidak memandang pun semua benda tu dan perit lelah kita untuk membahagiakan diorang. 


Orang toksik, suka tengok kita sakit, suka tengok kita susah, bila kita senang, diorang suka pun dengan penuh bermakna dan claim itu adalah usaha mereka. 


Namun, hakikatnya diorang tak suka tengok kita berjaya. Lebih suka kita berada dalam kawalan mereka. Suka kita ikut telunjuk mereka, janganlah korang nak membantah, jangan ditegur apa yang mereka buat (komperm kena pulau berhari-hari). Sikap diorang juga suka membuli. 

toxic people

Agaknya mereka ni (orang toksik) ni, tidak cukup kasih sayang atau terlebih-lebih kasih sayang. Sebab tu hati mereka perlu dijaga bagai menantang minyak yang penuh, kalau korang buat sikap lebih kurang atau acuh tak acuh macam diorang, korang tahulah nasib korang nanti. Macam-macam boleh jadi.


Haa... yang ni satu hal lagi. Adakah hati dan perasaan kita, mereka peduli? Takde kan? Ada mereka nak tanya apa masalah kita? Ada mereka nak bincang ngan kita kalau apa-apa terjadi? Ada... tapi dengan sindiran sinis. Korang rasa camne? Pedih tuh di sini.   


Yang Sepatutnya...

Sedangkan dalam setiap perhubungan perlu ada tolak ansur, timbang rasa, ambil berat dan saling hormat-menghormati. Jika salah satu elemen ni, tiada dalam perhubungan, baik korang blah cepat-cepat. Jangan bagi peluang untuk mereka terus membuli, menghina korang dan buat korang hilang identiti diri. 


Kadang mereka ni suka mengatakan yang mereka adalah mangsa. Saat kita cuba bertindak untuk kebaikan perhubungan, mereka akan putar belitkan situasi dan alih-alih kita pula yang dipersalahkan. Percayalah, orang sebegini tidak perlu diberi peluang lagi dalam hidup kita. 


Hanya Dia Je Yang Betul

Diorang ni bukan saja banyak pantang larang, serba tak boleh apa yang kita lakukan, sebab diorang hidup dengan penuh agenda, kita hanya buah catur.. Macam tu ke hubungan yang baik? Apa yang perlu kita buat, blah dan mohon allah sentiasa bimbing hati kita untuk terus ke hadapan dan melupakan mereka. 

allah


Bagaimana dengan Che Mawar? 

Che Mawar berpegang pada satu prinsip, selagi boleh bersabar, selagi ada perasaan sayang walaupun sekelumit, Che Mawar akan bertahan. Namun, jika Allah dah tarik semua perasaan sayang tu, Harap maaflah, selamat tinggal kenangan pahit. 


Untuk berpatah balik (berkawan semula), doalah banyak-banyak biar Che Mawar terbuka hati untuk terima semula. Tapi mana ada orang toksik nak berdoa, melainkan untuk kepentingan diri sendiri. Apatah lagi memohon maaf atau menyesali perbuatan diorang. Janganlah korang berharap sangat diorang tulus ikhlas memohon maaf atas sikap diorang. Nanti makin bertambah tua muka tu.


Diorang ni kalau dah toksik, memang akan kekal toksik walau apa pun yang terjadi. 


Dalam setiap hubungan, Che Mawar amat bersungguh-sungguh, sehinggakan orang sekeliling pun salah faham. Che Mawar rasa kesian pada orang "berpikiran jauh ke laut " macam ni. 


Padahal, Che Mawar ni amatlah memilih dalam perhubungan. Prinsip Che Mawar, Mr Rights adalah orang yang mampu membimbing dan memandu Che Mawar pada path yang diredhai Allah Taala, itulah orangnya. Bukannya orang berlagak tahu hukum hakam agama. Tambah kalau yang jenis so so, kawan-kawan bolehlah. 


Istilah berkawan tu, mengikut pandangan dan pendapat Che Mawar macam ni...


Kita memberi manfaat kepada kawan-kawan kita, bukannya kita mengambil kesempatan atas diri diorang. Guru Che Mawar selalu berpesan, "Orang yang paling berguna atas dunia ni, adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain". 

  

Tapi itulah Che Mawar tidaklah setiakawan jika seseorang tidak hormat pada perasaan kita. Che Mawar sanggup apa saja untuk kebahagiaan satu-satu perhubungan. Sanggup dikata orang, sanggup lupakan dosa demi seorang kawan. 


Tapi... bila perasaan hormat tu hilang diregut kasar, Che Mawar akan mohon dengan Allah, moga cepat-cepat ditarik perasaan tu dari dicurahkan kepada kawan yang langsung tidak berhak. 


Kenapa?

Sebab Che Mawar yakin, kalau tiada sesorang yang "di sini" untuk kita, insha allah di akhirat sana, ada yang teristimewa sedang menantikan kita. Kawan-kawan yang baik, sahabat-sahabat yang baik dan mata air yang baik-baik dan hensem-hensem. Indahkan!


Yakin, di dunia ni Allah sentiasa mendengar, melihat, memerhati kita lebih dari mata seorang ayah, lebih dari mata seorang ibu, lebih dari mata seorang suami ataupun mata seorang kekasih. 


Sebab Allah Pencipta kita, dan kita adalah HambaNya. Taraf Hamba di sisi Allah adalah tersangat mulia jika nak dibandingkan dengan setinggi taraf sultan, Agung atau Penguasa Dunia di muka bumi ini.


Di dunia ini tak lain tak bukan, hanya transit mengumpul pahala dan berbuat banyak-banyak amal kebajikan. Jadi, berazamlah setiap detik untuk berbuat baik kepada semua orang, redha dengan apa yang Allah bagi pada kita. 

yakin dengan allah

Segala kesulitan, kesusahan, kesakitan, kemiskinan, kesenangan, kebahagiaan dan kekayaan dan bermacam-macam lagi, adalah nikmat yang penuh hikmah maka kekallah berbaik sangka dengan Allah. 


Semoga Allah sentiasa menjaga dan mencukupkan segala keperluan kita semua. Aminn. 



#spreadlove Putrajaya

30 September, 2023

Che Bibah Kembali Beraksi

Che Bibah Kembali Beraksi

Last month, kita tekad cari duit untuk buat major mentenance untuk Che Bibah (Viva - kereta Arwah Mak). Renew Roadtax dan insuran. Sebab hari ni kita memang nak bawak Che Bibah turun ke Segamat, hantarkan Kak Inas ke kolej. 

Berdebar-debar jugak hati ni, kot-kot tayar meletup ka, breakdown kat tepi jalan ker. Memang Che Bibah da lama benar tak jalan jauh. Paling jauh hari tu awal September, pi Port Dickson. Itupun dah macam-macam hal jadi. 

Biasanya, sebelum ni, untuk hantar Kak Inas ke Segamat, kitorang sewa SOCAR. Dapatlah merasa macam-macam jenis kereta, tapi kurang-kurang bajet dalam tangan kena ada RM300++ (sewa + minyak + tol). 

Che Bibah Kembali Beraksi

Che Bibah Kembali Beraksi

Kadang tu, pinjam Hilux Tok Ayah (ayahanda), itupun kena ada bajet dalam RM150. Tapi semua tu, masa amatlah terhad. Sebabnya Hilux Tok Ayah tu kena hantar sebelum jam 11 pagi sebab Tok Ayah nak guna untuk pergi beli barang-barang nasi lemak, dan SOCAR pula kena hantar sebelum jam 3 petang. Jangan lewat, komperm kena caj lebih.

Che Bibah Kembali Beraksi

Leceh SOCAR ni, apps dia tu sentiasa ada masalah. Banyak rugikan masa dan duit kita je. Sangat tak berbaloi. 

Che Bibah Kembali Beraksi

Jam 7.40 pagi 

Dengan lafaz Bismillah dan bacaan ayat kursi 7x, kitorang mula bergerak dari rumah. Dah nak masuk highway, Kak Inas gtaw, dia tertinggal itu ini. Memang tak lah kita berpatah balik. Nanti kalau rajin, kita poskan. Itulah, kita selalu pesan, buat check list. Kan dah macam-macam tertinggal.

Che Bibah Kembali Beraksi
Tak banyak pun barang Kak Inas. Rupanya banyak yang tertinggal, patutlah tak banyak

Dah semata-mata nak jimatkan minyak, kita hanya tekan sampai RPM 3 jer. Jangan lebih-lebih. Karang minyak turun macam air paip. So, Che Bibah merayap kat lane kiri tu hanya lebih kurang 80 - 100kmj je. Memang tak de masalah laa dengan Kamera AES dan komperm-komperm dah takde orang cucuk belakang. 

Che Bibah Kembali Beraksi

Dalam 3 jam, (lebih 30 minit dari kebiasaan), kitorang sampai kat kolej Kak Inas. Lega, sebab masa barang penuh dalam kereta tadinya tu, ada bunyi something yang tak best kat tayar. Memang nak kena standby duit jugak lah ni, untuk  cek apa kebenda masalahnya tu. 

Che Bibah ni, dah cecah usia 13 tahun dah pun. Mau taknya kena tukar macam-macam. Last time ekzos putus dua. Terkejut badak kita dibuatnya, taw. Macamanalah boleh putus dua tu. Nasiblah tukar yang baru reganya masih mampu bayar. RM160. 

Che Bibah Kembali Beraksi
Dah berkarat benar dan haus.

Che Bibah Kembali Beraksi
Ekzos baharu

Hari tu, kita tak sempat nak cek tayar. Kos belanja perbaiki itu ini out of budget. Itu yang kita merisau sangat semasa ke Segamat tadi. 

Che Bibah Kembali Beraksi

Che Bibah Kembali Beraksi

Jam 10.00 pagi

Memandangkan Kak Inas tak penah lagi sampai ke Gunung Ledang, kali ni kita bawak, tapi itulah, hari ni tempat tu strict plak, kitorang hanya boleh sampai entrance tu je. Lepas tu kena berpatah balik.

Che Bibah Kembali Beraksi

Jam 11.00 pagi 

Setelkan urusan kat kolej dan beli barang-barang keperluan Kak Inas kat Kedai Eco dan Mr DIY. Kedai Eco Segamat besar, siap ada bakeri yang mana setiap roti reganya RM3.30. Ada jual aiskrim dan kopi jugak. Best jugak laa Kedai Bakeri ECO ni. 

Che Bibah Kembali Beraksi

Che Bibah Kembali Beraksi

Che Bibah Kembali Beraksi

Kat Segamat ada Warehouse ECO. Besar gila.. setiap kali kitorang melintasi warehouse tu, setiap kali tu lah, diorang asyik buka tanah baru jer, perbesarkan warehouse la tu. 


Jam 2.30 petang

Kita bergerak balik ke Putrajaya. Waze tertiba bagi jalan keluar highway melalui Muar, bukan keluar ikut Tangkak seperti kebiasaannya. Kompermlah ni, jem teruk kat Bandar Tangkak. 

Ha.. memang pun, bukan setakat Tangkak je jem, highway PLUS pun sendat padat, jem kedua-dua arah. Dah tak pasal-pasal, terpaksa berenti lena kejap kat Hentian Ayer Keroh. Mengantuk yang amat. 


Jam 6.40 petang

Time ni, baru kita sampai ke rumah. 4 jam dok dalam kereta jer. Itupun beberapa kali waze rerouting. Punyalah jalan jem pack. Tau-tau je lah, kalu cuti panjang cenggini, mau orang tak kuar berjalan, kan!

Inilah Malaysia, tak kira cuti apa pun, semua orang meraikan, jalan raya memang sama-sama beraya. hik2. Bestt!!! Lepas ni, Che Bibah ke mana plak? 



#spreadlove Putrajaya

29 September, 2023

Impian


Kita selalu pesan pada diri, jangan sesekali give up dengan impian walaupun setinggi Gunung Everest. Even impian tu ketara jelas mustahil untuk dicapai, tapi kita kena selalu ingat, nothing impossible. Kun Fa Yakun. Jadi! Maka Jadilah dengan kehendakNya. Yang penting kita berusaha dengan sedaya upaya, tingkatkan amalan dan istiqamah. 


Selalulah dream kan sesuatu yang besar, sesuatu yang mustahil. 

Macam Elon Musk, siapa sangka, dia dapat lancarkan roket ke Mars, sehinggakan boleh plak buat tourism ke Mars. Mustahil dek akal, kan? Tapi, sekarang dah menjadi kenyataan. 

Jadi sentiasalah impiankan sesuatu yang besar. Insha Allah, dengan izinNya kita akan dilorongkan ke arah itu. Shooting the star, kurang-kurang tak sampai ke bintang, kita dapat ke bulan. Itu metaforanya. 

Meh kita share impian-impian kita yang tak menjadi kenyataan lagi setakat ni. 


1985 

Masa ni, kereta Proton Saga baru je dikeluarkan oleh Malaysia. Kita ingat lagi time ni nenek kita, Mok Siti belikan baju t-shirt yang gambarnya kereta Proton Saga. :) Al Fatihah untuk arwah Mok Siti.  

Masa ni jugak, mak ayah kita ajar kita melukis dan menulis ABC dan 123. Mulalah pasang impian nak ajar kawan-kawan melukis dan menulis juga. Biar sama-sama boleh membaca dan menulis.   


1986 

Kak Long kita suka beli majalah Nona dan kekadang dia suka bawak balik majalah URTV. Majalah-majalah ni banyak tayang model-model baju (peragawati). So, kita berimpianlah nak jadi peragawati tak pun pramugari. Kurang-kurang leh travel around the world dengan kapal terbang. 

Dari situ jugakla kita mula menekap gambar dari majalah untuk melukis model-model ni. Sebab tu kita pandai melukis skit-skit. 

Bila mak kita tanya apa cita-cita kita, yang dijawabnya nak jadi model tak pun pramugari. Komperm kena cantas, sebab mak nak sangat kita jadi cikgu. Alaaaaa... tak best. Walaupun kita suka men cekgu-cekgu. 


1988

Disebabkan kita kerap sangat sakit, kerap sangat ke klinik, maka impian nak jadi model hilang begitu jer. Dah nak jadi doktor plak. 

Lepas men cekgu-cekgu, kita men cucuk-cucuk plak. Dicarinya jarum peniti dan kaca (untuk buat cek darah), sebab time tu, MA (Medical Assistant) sentiasa datang rumah untuk cek darah kot kot famili kitorang tersangkut dengan demam malaria. Rumah dalam paya plus kawasan baru dibuka memang banyak nyamuk.

Disebabkan men doktor-doktor ni, maka banyaklah mangkuk-mangkuk kuih mak yang berkaca tu pecah. Apa taknya, mangkuk-mangkuk tu jadi telefon mainan misi tepon kepada doktor, untuk patient masuk ke bilik doktor. 

Dah tak pasal-pasal kena marah plus kena lidi ngan mak. Insofff sekejap jer.. pastu esok-esok men doktor-doktor lagi. Mangkuk pecah lagi. Alih-alih semua mangkuk kuih mak pecah.

So, impian jadi doktor tu terbawa-bawa sampailah ke Tingkatan 3. Yang peliknya subjek Sains tu tak pernahnya dapat A. Tak pernah A dalam hayat. Heran sungguh. Sentiasa dapat B je. B pun dapat markah 78. Lagi dua markah nak dapat A. 


1995

Bila da masuk Teknik, dapat tawaran aliran Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (KE). Teknik pilihan terakhir. Sebab serik dengan sekolah agama, walaupun dapat masuk SMAZA. Kita tolak mentah-mentah. Serik!

Dah amik subjek KE, memang tak belajar lah Biologi. Komperm takleh amik Medic. Impian nak jadi doktor terpaksa laa dilupakan. Tambah plak Sains tak penah-penah dapat A walaupun macam-macam cara dah buat. 

Masa ni kita tak da impian apa-apa melainkan hadap je lah KE tu. Masa ni, kita dah start sakit. Struggle belajar menda yang kita tak minat plus hilang fokus sebab sakit misteri. Setiap kali tidur, kerap diganggu mimpi pelik. 

Dengan belajar ke laut, impian pun tiada, kita struggle bangun pagi untuk solat hajat dan study setakat termampu. Alhamdullillah dapat jugak masuk universiti. Berkat doa mak ayah la kan.  

Itula, buatlah sesuatu apa yang kita minat, komperm kita akan buat dengan bersungguh-sungguh. Jangan diikut-ikut orang atau kawan-kawan.


1997

Impian semua dah ke laut. Lari dari bidang. Hidup tanpa impian ibarat kapal belayar tanpa nakhoda. Hanyut. Masa ni belajar sebab semua orang sambung belajar. Sains Komputer. I donno..belajar sebab kena belajar. Mak ayah suh belajar. 

Dah tak pasal-pasal masa ni kita nak sangat-sangat bekerja dari bawah. Inilah kesilapan yang paling terbesar dalam hidup.  


2001 

Tamat belajar. Tapi kita tiada langsung impian. Masa ni semua ke laut. Pinjaman JPA dan MARA kena bayar. Tapi kita tiada keyakinan nak mohon kerja.

Cuba nak minta kerja askar. Tapi si suami plak tak kasi. Time tu jugak tak paham macamana nak  mohon kerja kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). 

Tapi syukurla jugak, masa tu JPA bagi tawaran keja sementara di jabatan kerajaan as Pegawai Sangkut dengan gaji RM500 sebulan. Jadi kita dapat kerja di Pejabat Imigresen Pusat Bandar Damansara selama 3 bulan dan sambung lagi 6 bulan bagi menggantikan staf yang bersalin  as Email DB Admin yang time tu guna platform Lotus Notes. 

Syukurlah kita masa Final Year Project, kita develop sistem guna Lotus Notes. Ada laa skit knowledge. Sesambil bantu pegawai IT situ buat kontrak, kerja-kerja teknikal dan troubleshoot selain membantu develop laman web imigresen. 


2002

Habis kontrak, kita mengandung sulong. Dah melepek kat umah jadi surirumah tangga. Nak meniaga nasi lemak pun si suami tak kasi jugak. Katanya kita tak pandai masak. OK. 

Bila dah dapat anak, banyak nak pakai duit belanja. Semua benda tak cukup. So, kita mula buat kerja part time, amik upah dengan kakak, sembat baju. Dapatlah upah seringgit dua. Haaa.. nak kerja dari bawah sangat kan...

Lesson!

 

2004

Lepas tu, kita kerja Guru Ganti (GSTT) kat SK Merbau Menyusut. Banyak kenangan kat sini. Anak-anak murid Tahun 6, sampai sekarang masih keep in touch. Masing-masing dah ada anak dah pun. Ada yang kerja kat oversea dan dapat kerja yang hebat-hebat. Tak sangka kan, walaupun duduk di pedalaman, masing-masing boleh berjaya dengan cemerlang. Itulah kata, yang penting usaha. Usaha itu tangga kejayaan.  

Lepas tu, kita penah keja GSTT kat SMK Bukit Katil. Yang ni pun ada kenangan pahit manis. Nasib la sekejap. Sebab kita tak tahan dengan kerenah anak-anak bangsa yang masih leka dan tak bersungguh-sungguh untuk belajar. Kita plak mengajar kelas hujung, G dan H. Macam-macam perangai.  

Disebabkan gesaan mak dan adik beradik, kita mohon KPLI. Tak sangka mendapat, tapi kita lepaskan sebab cikgu bukan pilihan kita. Walaupun gaji besar, tapi tanggungjawab, amanah dan cabarannya pun cukup besar. Takkan nak jadi cikgu 25hb.

Lepas tu kita kerja cashier kat Mydin. Then Mydin dapat tahu yang kita ada ijazah, diorang promo kita jadi Kerani Inventori. Tapi disebabkan ayahanda dah dapatkan kita kerja kat ILKAP sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH), dengan gaji RM5 sejam, terpaksalah lepaskan Mydin. Maka bermulalah kita berulang alik dari Jalan Kuching, KL ke Bandar Baru Bangi dengan motosikal. 

Macam-macam cerita pahit manis suka duka walaupun hanya 5 bulan. Kita berhenti disebabkan mengandung anak kedua. Nak bawak moto macamana.. kalau da perut membusung. Jauh plak tu. Moto plak kerap pancit, tercucuk paku lah, besi lah. Macam-macam hal. 

Yang kelakarnya, baju dan gincu, komperm jadi warna hitam. Kadang pasir-pasir halus melekat kat gincu bibir. Baju dan tudung berbau asap jangan cakaplah. Berulang ngan moto tak kira hujan atau panas. Kita dah merasa pahit maung berulang alik berpuluh-puluh dan beratus-ratus km. Semua orang ada cerita masing-masing, kan?

Nasib masa ni JPA dan MARA bagi pengecualian, loan pendidikan semasa Diploma dan Ijazah kita tak perlu bayar. RM36K + RM27K convert to RM0. Malah kita dapat RM3000 kerana amik subjek Sains. Ye.. Sains Komputer. Rezeki anak -anak :)


2007

Tak lama kemudian, kita dapat tawaran kerja dalam kerajaan. Ini semua atas usaha senyap-senyap Kak Long yang isikan borang SPA tanpa pengetahuan kita. Kerani kat dalam hutan Jeli. Alhamdullillah.. tak lama kemudian dapat tawaran ke Putrajaya.


2009

Maka, bermula di sini kita mula pasang impian. Hmm.. tak tau la impian atau angan-angan. Nak teruskan kerjaya sampai ke tahap yang tertinggi. Masa tu lah.. Masa tu jugak kita dah bersemangat semula. Kerja lebih masa dan kerap outstation. Sangat fokus. Namun, masa tu kita berjauhan dari famili.


2011

Kali ni kita dan famili bersatu semula. Tapi anak lelaki masih lagi berjauhan dari kita. Disebabkan nazar dapat masuk dalam perkhidmatan kerajaan, kita tunaikan umrah untuk kali pertama. Dapatlah kenal orang yang hebat-hebat tapi tersangat humble dan happy go lucky. Masa tu rasa beruntung sangat. Nak jugak jadi macam diorang. 


2012

Time ni, hidup kita bergolak. Chaos dan depression makin teruk. Beberapa kali cubaan membunuh diri. Banyak sangat gangguan mistik. 


2013

Kali kedua tunaikan umrah, untuk mohon petunjuk dengan Allah. 


2014

Impak besar dalam hidup. Everything is shutting down. 

Walaupun down teruk dan shut down, namun syukur kita berjaya bawak anak-anak yang masih kecil menjelajah 3 negara yang tak pernah kita jejak. Dari Ho Chi Minh - Siem Reap - Aryanpratet. Inilah satu-satunya misi yang berjaya. 

2015

Mak dijemput Illahi. Al Fatihah untuk arwah Azizah Jusoff. Nasib ada Kak Long dan Kak Ngah yang sentiasa bertanyakan khabar kami 4 beranak.


2017

Kita belajar untuk bangkit walaupun banyak kali jatuh tersungkur. 


2018 

Jatuh dan jatuh lagi. Dont give up. 


2019 

Ada lah sinar sedikit. sudah boleh bernafas dan bertenang skit.

Kita mula pasang impian nak jadi kaunselor. Nak bantu kawan-kawan yang depression, hilang semangat, lost dan belajar untuk bangkit. 

Ada orang kita lihat, happy go lucky, hakikatnya, ada terlalu banyak beban yang dipikul. Kadang kita hanya perlu jadi pendengar yang baik je. 

Ada orang yang luarannya nampak chaos, yang ini, kita tak perlu nak nasihatkan apa-apa. Bagi pandangan ketika diminta sahaja. Cukup menjadi pendengar yang setia. 

Ada juga orang yang dia tak suka pun berkongsi masalah, cuma dia terhibur dengan celoteh kita. Kita hanya carikan bahan untuk hiburkan hati diorang je. 

Lain padang lain belalang. Lain orang lain kerenahnya. Usah dikisahkan sangat. 

Jika ada orang yang perlukan kita, kita usahakanlah jadi kawan yang baik dan setia. Usah dipinta balasan, sebab yang membalas hanya Allah. Sematkan dalam hati untuk jadi baik pada semua orang walau siapa pun diorang. 


Allah Maha Adil. Allah Maha Kaya. Allah Maha Pemberi. 

Apa yang kita buat semuanya ada ganjaran yang setimpal walaupun sebesar zarah. Walau tiada orang yang melihat, tapi Allah sentiasa nampak apa yang kita buat. Sentiasa ada malaikat yang mencatat amal baik buruk kita. 

Walaupun banyak menda yang terjadi dalam hidup kita, itu semua ada banyak pengajaran yang telah membentuk kita hari ini. Apa yang kita usahakan, itulah kita pada hari ini. Apa yang kita lalui, itulah kita hari ini.  

Syukur sesangat... Allah itu Maha Penyayang. Dia telah buatkan kita tersentak dan terjaga. Moga Allah tunaikan segala mpian kita. Sesungguhnya, apa yang Allah bagi ini, inilah yang terbaik untuk kita. Syukur sesangat. 



#spreadlove Putrajaya 

28 September, 2023

Mutiara


Hidup kita tidak selalunya indah dan tidaklah selalunya suram. Naik turun itu biasa. Kitalah yang ubah nasib kita. Semacam apa yang kita nak. Teruskan jadi diri sendiri. 

Last time, kita terperangkap dalam looping world. Susah nak keluar dari dunia yang kita ciptakan sendiri. Terperangkap. Tak mampu untuk keluar. Tiada keyakinan untuk teruskan sendirian. Kita ada terlalu banyak alasan. Kita terpaksa cari point untuk exit plan. Kebiasaannya, kita akan bagi masa untuk sync antara hati dan akal. Kalau takselari, kebiasaannya kita akan patah balik. 

Apabila berkongsi tentang looping world ni, bukanlah yang pertama kali berlaku. Dah banyak kali terjadi. Sejak dari kita kecik lagi. Dari mula berkawan seusia 4 tahun. 


Trauma dengan Rakan Perempuan. 

Ini kenangan yang paling pahit. Paling terpahit. Impak besar dalam hidup kita. Sejak trauma dengan kawan-kawan perempuan, kita tiada lagi kawan rapat. Kita hanya berkawan atas urusan sahaja. 


Trauma dengan Lelaki Bujang

Lelaki bujang tidak pandai menjaga perasaan dan lebih pentingkan kita yang jaga hati mereka. Tiada effort yang lebih untuk memenangi hati kita. 


Trauma dengan Laki Orang

Sikap peramah kita dianggap cubaan mengorat. Ehhh...


Dunia Sendiri

Syukur, disebabkan kita tiada close friend, tiada kawan baik, tiada kawan yang dipercayai. Tiada kawan sejati. Allah rezekikan anak-anak yang amat mengambil berat. Anak-anak yang sentiasa memberi sokongan.

Senang begini. Tiada yang menyakiti, tiada yang memaksa, tiada yang buat hati ni luka bernanah. Kita bintang virgo + libra. Sikap kita tidaklah overthink atau overact, banyak memerhati, kurang bersembang, sukakan miniature, sukakan menda rare


Start Semula

Kita belajar untuk menilai seseorang dengan mata hati. Memohon petunjuk dalam setiap perkara yang kita perbuat. Fokus kita pada anak-anak dan sahsiah diri. Selama ini sangat terpesong dalam pegangan hidup. 

Taat pada sesuatu yang bukan milik kita. Menyesal sangat. Moga Allah ampuni segala dosa-dosa ini. Terlalu kotor dengan dosa. Sehingga sekarang masih terasa bekas dosa yang dipalitkan. 

Kita start belajar untuk tidak menyalahkan sesiapa pun dalam apa yang telah terjadi. Semuanya silap diri sendiri yang tersesat dan terpedaya dengan keindahan sementara. Semua itu hanyalah ilusi.


Berubah

Tahun 2021 - banyak yang telah terjadi

Tahun 2022 - impak dari perkara yang telah terjadi

Tahun 2023 - exit plan

Hari-hari menangis sebab tak mampu untuk berubah. Dengan izinnya, Allah Yang Maha Pengampun dan Memakbulkan Doa.. 

Dari hari ke hari, perhubungan kitorang mula dingin bagaikan ais. Tiada lagi perhatian, tiada lagi sharing, good morning n good night hanya buat syarat sahaja. Perlahan-lahan Allah pisahkan kami. 


One day, sesuatu telah terjadi.. 

Akhirnya, kita telah berjaya. Now I am free! Syukur sesangat. Dah boleh senyum dengan puas. Dah boleh buat apa yang kita suka. Dah bebas. Satu hadiah yang paling indah dari Allah. Terima kasih banyak-banyak Allah. Hanya padaMu hamba mengadu, meminta perhatian dan kasih sayangMu lebih luas melebihi segala-galanya.

Pada hari tu, Allah hadiahkan love di langit. Indah sungguh hari tu. Segalanya telah berubah. 


Yakin

So, percayalah dan yakinlah dengan Allah. Mintalah apa sahaja dengan Allah. Tak kiralah siapa kita, mintalah ... Usah diminta dengan manusia, usah gantung harapan dengan insan. Usah mengeluh pada sesiapa melainkan dengan Dia. 



#spreadlove Putrajaya


29 November, 2022

Poster : Menjauh

Poster Menjauh

Pada akhirnya menjauh adalah sebuah keharusan bukan keinginan.

27 May, 2018

Im Dreaming of Bigger Things - Thunder




Just a young gun with a quick views
Hanyalah seorang pemuda dengan sedikit pengalaman
I was uptight, wanna let loose
Aku gelisah, ingin tetap tenang
I was dreaming of bigger things
Aku memiliki mimpi yang besar
And wanna leave my own life behind
Dan ingin melupakan kehidupanku sendiri
Not a yes sir, not a follower
(Aku bukan jenis orang) yang mengikuti perintah, (aku) bukan pengikut
Fit the box, fit the mold
Orang biasa ('out of the box'), mengikuti aturan
Have a seat in the foyer, take a number
Duduk di lobi, dan hanya mengambil nombor
I was lightning before the thunder
Aku adalah kilat yang muncul sebelum guruh


Kids were laughing in my classes
Anak-anak yang bersenda gurau di kelasku
While I was scheming for the masses
Sementara diriku menyusun sesuatu rancangan yang besar
Who do you think you are?
Kau pikir siapa dirimu?
Dreaming 'bout being a big star
Mimpi menjadi seorang bintang besar
You say you're basic, you say you're easy
Kau berkata kau (bintang) utamanya, kau kata itu mudah
You're always riding in the back seat
Kau hanya selalu menjadi pengikut saja
Now I'm smiling from the stage while you were clapping in the nose bleeds
Sekarang aku tersenyum dari atas pentas, sementara kau hanya bertepuk tangan

Lagu ini amat memberi makna pada kita, sebab kita memang ingin terjemahkan mimpi-mimpi kita yang dipendam sekian lama pada kanvas yang terbentang luas sekarang... Thanx Allah dan semua orang yang pernah mencorakkan pelbagai warna dalam hidup kita. I'm glad to have U!

24 May, 2018

Nukilan Untuk Anak...


Anak...
Mama sedaya mungkin untuk menjadi insan yang terbaik untuk kamu
Mama belajar bertabah dalam apa jua yang dihadapi dalam membesarkan kamu...

Mama tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan kamu,
Sentiasa menitipkan doa untuk kamu sejahtera akal dan cergas tubuh badannya...

Walaupun mama tidaklah seperti ibu ibu yang lain..
Mama cuba sedaya yang mungkin untuk mencipta kenangan terindah 
Untuk kamu bercerita apabila mama tiada lagi di sisi kamu...

Kenangan mama...
Untuk kamu semua jadikan panduan hidup
Mama sedaya mungkin....
Tidak mahu kamu hadap segala keperitan, kepayahan malah kesilapan 
Yang pernah mama hadap

Kerana itu, 
Mama menitipkan segala perasaan di sini... 
Seandainya mama tiada lagi, 
Ia akan  menjadi satu sejarah yang sengaja dicatatkan untuk kamu...

Bahagia...
Mama berbahagia dan berbangga dengan anak-anak mama
Sentiasa ada di sisi, 
Memberi sokongan,
Apa jua yang mama perbuat, 
Apa jua yang mama hadap, 
apa jua yang mama tangis dan mama ketawa... 
Kamu tidak pernah sekali-kali menghalang
Apatah lagi... 
Menggagalkan apa jua 
Yang mama cuba usahakan...

Walaupun jiwa kamu masih kecil, 
Tidak begitu memahami permasalahan dan tekanan mama, 
Namun kamu adalah anak-anak yang begitu baik dan...
Tiada galang gantinya...
Yang sentiasa memberi sokongan...
Allah...beruntungnya mama memiliki kamu...

Ketiadaan mama nanti, 
Mama harap,
Kamu akan jadi anak yang tabah seperti mama
Dalam mencipta kegemilangan 
Malah...
Menjadi anak yang hebat untuk agama dan nusa bangsa

Ingat...
Pesan mama.. 
Kejarlah impian kamu.. 
Kejarlah sehingga ia dalam genggaman kamu...
Sehinggakan membuatkan kamu tersenyum puas...
Tiada yang mustahil dalam hidup...
Selagi Allah dan Rasul menjadi pegangan kamu... 
Insha Allah, kamu akan sentiasa berjaya dalam rahmatNya

Mama amat sayangkan kamu 


14 March, 2018

Tips Untuk Lebih FOKUS


Kali ini, kita nak kongsikan karyawan muzik yang hebat yang telah berjaya menawan dan menakluk jiwa kita. Actually, kita adalah peminat TEGAR lagu-lagu instrumental seperti seruling, violin dan piano. Antara koleksi pemuzik yang kita selalu kita layan seperti... 

1. Alan Walker - Alone
2. FatRat - Monody 
3. Transcendence (Orchestral)- Lindsey Stirling
4. Titanium / Pavane (Piano/Cello Cover) - David Guetta / Faure - The Piano Guys
5. The Best of Richard Clayderman
6. Vanessa Mae Storm (Vivaldi Techno)
7. Yanni - Prelude and Nostalgia
8. Pirates Carribean Techno Remix
9. Tiesto elements of Life
10. 12 Girls Band - Victory
Actually, ada banyak lagi karyawan yang hebat-hebat. Selain muzik instrumental, kita juga layan muzik evergreen, oldies, mash up, remix, dubstep, techno dan sekarang ada macam-macam alat elektronik yang canggih untuk hasilkan muzik yang terbaik. 

Macamana kita boleh terjebak dengan lagu-lagu sebegini? Padahal, famili kita orang kampung je yang  kerjanya masuk keluar kebun getah selain membanting tulang empat kerat buat macam-macam kerja. Pelik kan?

Sebenarnya, masa kita kecik-kecik dulu, kebiasaannya lagu-lagu instrumental ini akan mula berkumandang di corong-corong radio sewaktu jam 7.00 pagi dan 7.00 malam. Dan kat tadika, kita suka men piano kayu kecik warna merah... suka sesangatlah. 

Masa kita kecik-kecik tu, kita tak de la melayan sangat. Walkman time tu pun mahal untuk kita dimiliki. Pada tahun 1991, elektrik 24 jam baru je ada di kampung kita. TV3 pulak suka tayang muzik rock jiwang kapak dan muzik alternatif. Sah-sah lah kita layan muzik alternatif, macam Oasis, Foo Fighters, The Offspring, Linkin Park, U2 dan banyak lagi ler. Setiap petang Sabtu, sebelum balik ke asrama, sah kita layan slot ini.


Tapi Rock jiwang kapak, memang kita tak boleh nak layan. Payah banyak kot. Tak masuk dengan jiwa kita langsung. Hanya ada beberapa lagu je yang boleh menawan hati kita... hik3.

Then, semasa kita belajar di universiti, minat kita pada lagu-lagu instrumental macam Mozart dan Beethoven menjadi-jadi. Sehinggakan kini, impian kita nak layan muzik instrumental di konsert-konsert hebat di KLCC dan konsert Lindsey Stirling masih belum kesampaian lagi. Belum tiba masanya lagi tu kan, kan, kan. 

Last time kita berpeluang, pada tahun 2016, kita dapat tiket percuma dengan bantuan rakan lama geng motor kita yang kebetulan bekerja di Istana Budaya.... alhamdullillah, rezeki kitalah dapat melayan petikan piano dari idola kita yang kita kagumi sejak tahun 1995 lagi, Richard Clayderman main piano secara "live" kot...
Tak disangka-sangka... air mata kita mengalir tanpa henti-henti sepanjang konsert tu berlangsung... sebab kita memang tak sangka.. memang tak sangka. Kita kenal lagu lagu beliau dan jatuh cinta dengan karyanya.

Karya Love Story, kenalan kita yang belajar kat Jepun yang perkenalkan Richard Clayderman ni pada kita. Sekali dengar, wallah, memang layan. Rasa macam dok kat Jepun gitu, hik3. Bayangkan, selama 21 tahun mengagumi, akhirnya kita dapat face to face. Jeles tak? Jeles tak? Uncle Richard Clayderman memang karyawan yang hebat.
Ok, back to cerita kat universiti tadi, rupa-rupanya bukan kita sorang je yang ada jiwa yang unik macam ni, suka layan muzik instrumental. Ada salah seorang profesor wanita dari Fakulti Bahasa yang bila masuk je bilik dia.. macam berada dalam studio orkestra. Best... best.. tenang giler. Dengan wajahnya yang lembut menawan kalbu, manis-manis ayu dan lagu instrumental... yang sayup-sayup kedengaran.. alahai.. bestnya.

Dan sehingga sekarang, kita apabila nak fokus, contohnya nak memandu, kita akan layan satu je lagu instrumental. Lagu tu akan berulang-ulang sampailah kita rasa dah tak nak dengar dah. Fokus rite!

Apa-apa pun, semasa layan lagu tu, jangan lupa untuk zikrullah dalam hati. Muzik tu sebagai rentak untuk kita berzikir. Ingat pada Allah di mana saja kita berada tu penting. Ha...itulah dia antara cara kita nak fokus semasa memandu dan buat kerja-kerja rumah ataupun opis... 

Uols boleh try...memang layan abih. Orait... itu jelah yang kita nak kongsi, semoga tips ini mendatangkan manfaat untuk uols. Sehingga berjumpa lagi di next story ye. #spreadlove

13 March, 2018

Nukilan untuk insan bergelar SAHABAT

nukilan untuk sahabat

Sahabat...
Maafkan aku kerana mengecewakan mu,
Maafkan aku kerana tidak dapat menjadi sahabat yang sempurna untuk kamu,
Maafkan aku kerana engkau sentiasa negatif dengan ku
Maafkan aku kerana tidak mendatangkan kebahagiaan untuk kamu
Maafkan aku...


Sahabat...
Tak pernah aku merasakan kamu itu satu beban
Tak pernah aku merasakan kamu itu satu big problem
Tak pernah sesekali aku...

Sahabat...
Ikhlas...
Setia...
Tolak ansur...
Saling percaya...
Saling timbangrasa...
Buang curiga...
Buang iri...
Buang dengki...
Buang cemburu...
Menjaga hati...
Saling menasihati...
Itulah yang aku sulami sepanjang aku bersahabat dengan mu....


Sahabat...
Mati itu pasti...
Mati itu pasti dirasakan oleh setiap makhluk yang bernafas...

Sahabat...
Harimau itu mati meninggalkan belang...
Manusia itu mati meninggalkan nama...
Ingatlah itu...
Kerna itu...
Selagi hayat ini ada...
Selagi itu...
Aku bertabah untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk kamu...


Sahabat...
Siapa pun aku dimata mu...
Aku harap...
Aku mendapat kemaafan dari mu...
Aku harap...
Usahlah mengharapkan aku kembali...
Sesungguhnya pergiku...takkan lagi kembali.

- Mawar Melati -

Erpy (bukan nama sebenar) adalah kawan kita yang kita kenal dari nearby wechat. Kita jadi rapat dengan dia atas alasan minat yang sama, suka pada motor dan dia belajar untuk berubah jadi insan yang lebih baik. 

Kita bantu pupuk semangat dia. Erpy seorang yang panas baran. Awal perkenalan, memang kita asyik kena bersabar dengan barannya. Banyak kali terasa hati. Banyak kali memendam rasa. Dan Erpy jarang-jarang sangat ada bersama kita. Time dia perlukan apa-apa baru dia mendekat. Kalau tidak, sibuklah dia dengan kerjanya. 

Kita kerap berselisih faham dengan Erpy disebabkan "ignorance" pada kita. Tapi Erpy ini bijak memujuk. So, kita berbaiklah semula. Ikutkan dah penat. Asyik bertelingkah. Tapi dia jelah kawan yang kita ada. Hadap jugaklah. 

Seminggu sebelum kita terbang ke Phnom Penh, dia da janji dengan kita, untuk menghantar kita ke airport KLIA. Dalam masa seminggu tu, dia tak hubungi kita. Kita pun, macam biasalah, tak da pikir negatif pun, cuma kita macam malas nak layan dah si Erpy ni. Bizi sangat sampai lupakan kita. 

Sehari sebelum kita berangkat ke Phnom Penh, kita mesej dia. Tak berbalas. Kita mesej lagi... just nak confirmkan, samada dia boleh hantarkan kita atau tidak. Kali ketiga baru dibalas. Waktu tu... Allahu akbar... lembik lutut kita. Terduduk dan tak terdaya kita dibuatnya setelah membaca mesej yang diterima.... Macam kebetulan plak, malam tadi, kita ada bacakan yassin untuk dia. Geram sangat dengan sikap "ignorance" pada kita.. kita hantar yassin. 

Rupa-rupanya Erpy dah koma sejak 4 ari yang lepas. Accident semasa otw balik ke Putrajaya. Allahu akbar. Perasaan kita masa tu... bercampur baur. Takut dengan kehilangan Erpy. Takut dengan apa yang kita bicarakan tentang dia selama ini. 

Dengan semangat yang tersisa, kita melawat Erpy di ICU walaupun kita tau, famili Erpy tidak sukakan kita. Waktu tu, kita tengok Erpy, yang bergantung sepenuhnya pada alat penafasan di ICU Seremban, kita jadi kacau bilau. Pikiran kita berkecamuk samada nak pergi mission atau tidak. 

Akhirnya kita teruskan mission jugak dengan harapan, sekembali nanti Erpy dah jaga dari koma. Setelah kita pulang dari misi, Erpy masih belum jaga dari koma lagi...

Namun Allah Maha Kuasa, alhamdulillah, dalam dua minggu kemudian Erpy mula menunjukkan tanda-tanda positif untuk sedarkan diri. Dan sepanjang tempoh keberadaannya di hospital, kita berulang ganti dengan familinya menjaga Erpy. Kenapa? Sebab ayahnya ada masalah strok, kakaknya pula mengandung, adiknya belajar dan ibunya ada masalah darah rendah. 

Kita cuba selagi boleh. Kita berbaik-baik dengan familinya, nurses dan pak guard di hospital tu bagi memudahkan urusan keluar masuk ke hospital. Sepanjang menjaga Erpy, banyaklah suka duka, perit maung kita hadap. Tapi kita serahkan kepada Allah... Akhirnya, Erpy pulih dan dapat keluar hospital setelah 4 bulan terlantar. 

Setelah itu, Erpy da tak seperti kita kenal dulu. Perangainya makin pelik. Kita bersabar. Dan one day, semasa kita berada di Betong, Thailand... dia seakan hilang akal. Dia mula memaki hamun kita. Dia dah start balik dengan perangai lama. 

Waktu tu.. kita yang berkali-kali terluka dengan dia, hati kita tiba-tiba bertukar menjadi tawar. Tawar sangat. Sampaikan kita da tak boleh nak ubah perasaan ni walaupun berkali-kali dia memohon maaf dan ingin kembali macam dulu.

Dan klip video yang terakhir itu, adalah klip terakhir kita untuknya bagi memenuhi permintaannya. Selepas tu, kita dengan dia, dah berakhir. Erpy bukan lagi sahabat kita. Erpy hanya kawan biasa. Kita dah tak boleh nak ketawa dan menangis bersamanya lagi... kita kesal, memang kita kesal sebab kita dah tak boleh. Mungkin dah tiba waktunya kita pergi.

Intipatinya, hargailah sahabat. Kawan ketawa itu ramai, kawan menangis belum tentu ada bersama kita. Kawan susah senang...selagi boleh perbaiki dan bersabar, bertahanlah. Jaga bahasa, jaga tutur dan tingkah kita. Nikmat mempunyai sahabat itu tak semua orang dapat rasa. Apa-apa pun, yakinilah dengan Allah. Hanya Allah je yang taw, kejadian di sebalik kejadian. Perbanyakkanlah berdoa dan bertawakal. Allah sayang sangat kepada orang yang sabar dan bergantung harap padaNya. #spreadlove