"Jangan pernah letakkan diri di bawah kawalan seseorang"
Jika kita tersilap langkah membiarkan diri kita dikawal oleh seseorang yang bukan hak, korang masih boleh lagi berpatah balik. Jangan libatkan diri dengan toxic environment. Sesalnya amat berpanjangan kerana kesilapan kita membuka pintu hati kepada orang yang tak sepatutnya.
Kawan yang baik, sahabat yang baik, teman yang baik, suami yang baik, ayah yang baik .. adalah seseorang yang sentiasa menawarkan nasihat tanpa ada agenda disebaliknya. Tiada iri, tiada rasa cemburu melainkan inginkan kita gembira dan berjaya dalam apa yang kita lalui dan usahakan.
Namun, jika stuck dalam situasi ni, amiklah langkah nekad, kalau boleh, senaraikan semua apa yang kita rasa, apa yang kita akan jadi pada masa akan datang, baik buruk yang akan jadi jika kita jauhkan diri dari mereka. Dan perincikan semula dan jangan lupa review. Bila dah puas hati, execute it.
Yakinlah, diorang tak endah pun apa yang kita rasa. Mereka hanya pentingkan diri sendiri sahaja. Adanya kita atau tiadanya kita di sisi mereka tiada meninggalkan jejak sikit pun di hati.
Tak payah nak endah sangat apa yang diorang rasa. Yang penting, tiada lagi orang yang sentiasa buat perasaan kita terluka, "terduduk", menangis sesorang, makan hati, terhina, dipulaukan, diperbudak-budakkan malah diperbodohkan, tidak dihargai dan yang paling teruk dikhianati.
Pernah Rasa Sebegini?
Kita yang sentiasa mengalah, memujuk hati sendiri dan mohon diri bersabar... penah rasa tak macam ni? Jika penah rasa macam ni, cuba lah bawak berbincang dengan mereka,
Tapi, jika perbincangan kita tu kita dipersalahkan atau kita yang perlu meminta maaf bagi meredakan keadaan. Dan keadaan tu berulang kembali. Percayalah, korang da berada dalam keadaan yang amat toksik.
Jika masih lagi bertahan, boleh jadi tua sebelum usia dan boleh terkena sakit kronik tau. :) So better cari jalan penyelesaian cepat-cepat untuk blah dari persekitaran tu.
Tersilap Andaian
Kesilapan kita, (silap lagi) adalah mengandaikan mereka memerlukan bantuan, sokongan dan kesetiaan kita. Hakikatnya mereka langsung tidak memandang pun semua benda tu dan perit lelah kita untuk membahagiakan diorang.
Orang toksik, suka tengok kita sakit, suka tengok kita susah, bila kita senang, diorang suka pun dengan penuh bermakna dan claim itu adalah usaha mereka.
Namun, hakikatnya diorang tak suka tengok kita berjaya. Lebih suka kita berada dalam kawalan mereka. Suka kita ikut telunjuk mereka, janganlah korang nak membantah, jangan ditegur apa yang mereka buat (komperm kena pulau berhari-hari). Sikap diorang juga suka membuli.
Agaknya mereka ni (orang toksik) ni, tidak cukup kasih sayang atau terlebih-lebih kasih sayang. Sebab tu hati mereka perlu dijaga bagai menantang minyak yang penuh, kalau korang buat sikap lebih kurang atau acuh tak acuh macam diorang, korang tahulah nasib korang nanti. Macam-macam boleh jadi.
Haa... yang ni satu hal lagi. Adakah hati dan perasaan kita, mereka peduli? Takde kan? Ada mereka nak tanya apa masalah kita? Ada mereka nak bincang ngan kita kalau apa-apa terjadi? Ada... tapi dengan sindiran sinis. Korang rasa camne? Pedih tuh di sini.
Yang Sepatutnya...
Sedangkan dalam setiap perhubungan perlu ada tolak ansur, timbang rasa, ambil berat dan saling hormat-menghormati. Jika salah satu elemen ni, tiada dalam perhubungan, baik korang blah cepat-cepat. Jangan bagi peluang untuk mereka terus membuli, menghina korang dan buat korang hilang identiti diri.
Kadang mereka ni suka mengatakan yang mereka adalah mangsa. Saat kita cuba bertindak untuk kebaikan perhubungan, mereka akan putar belitkan situasi dan alih-alih kita pula yang dipersalahkan. Percayalah, orang sebegini tidak perlu diberi peluang lagi dalam hidup kita.
Hanya Dia Je Yang Betul
Diorang ni bukan saja banyak pantang larang, serba tak boleh apa yang kita lakukan, sebab diorang hidup dengan penuh agenda, kita hanya buah catur.. Macam tu ke hubungan yang baik? Apa yang perlu kita buat, blah dan mohon allah sentiasa bimbing hati kita untuk terus ke hadapan dan melupakan mereka.
Che Mawar berpegang pada satu prinsip, selagi boleh bersabar, selagi ada perasaan sayang walaupun sekelumit, Che Mawar akan bertahan. Namun, jika Allah dah tarik semua perasaan sayang tu, Harap maaflah, selamat tinggal kenangan pahit.
Untuk berpatah balik (berkawan semula), doalah banyak-banyak biar Che Mawar terbuka hati untuk terima semula. Tapi mana ada orang toksik nak berdoa, melainkan untuk kepentingan diri sendiri. Apatah lagi memohon maaf atau menyesali perbuatan diorang. Janganlah korang berharap sangat diorang tulus ikhlas memohon maaf atas sikap diorang. Nanti makin bertambah tua muka tu.
Diorang ni kalau dah toksik, memang akan kekal toksik walau apa pun yang terjadi.
Dalam setiap hubungan, Che Mawar amat bersungguh-sungguh, sehinggakan orang sekeliling pun salah faham. Che Mawar rasa kesian pada orang "berpikiran jauh ke laut " macam ni.
Padahal, Che Mawar ni amatlah memilih dalam perhubungan. Prinsip Che Mawar, Mr Rights adalah orang yang mampu membimbing dan memandu Che Mawar pada path yang diredhai Allah Taala, itulah orangnya. Bukannya orang berlagak tahu hukum hakam agama. Tambah kalau yang jenis so so, kawan-kawan bolehlah.
Istilah berkawan tu, mengikut pandangan dan pendapat Che Mawar macam ni...
Kita memberi manfaat kepada kawan-kawan kita, bukannya kita mengambil kesempatan atas diri diorang. Guru Che Mawar selalu berpesan, "Orang yang paling berguna atas dunia ni, adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain".
Tapi itulah Che Mawar tidaklah setiakawan jika seseorang tidak hormat pada perasaan kita. Che Mawar sanggup apa saja untuk kebahagiaan satu-satu perhubungan. Sanggup dikata orang, sanggup lupakan dosa demi seorang kawan.
Tapi... bila perasaan hormat tu hilang diregut kasar, Che Mawar akan mohon dengan Allah, moga cepat-cepat ditarik perasaan tu dari dicurahkan kepada kawan yang langsung tidak berhak.
Kenapa?
Sebab Che Mawar yakin, kalau tiada sesorang yang "di sini" untuk kita, insha allah di akhirat sana, ada yang teristimewa sedang menantikan kita. Kawan-kawan yang baik, sahabat-sahabat yang baik dan mata air yang baik-baik dan hensem-hensem. Indahkan!
Yakin, di dunia ni Allah sentiasa mendengar, melihat, memerhati kita lebih dari mata seorang ayah, lebih dari mata seorang ibu, lebih dari mata seorang suami ataupun mata seorang kekasih.
Sebab Allah Pencipta kita, dan kita adalah HambaNya. Taraf Hamba di sisi Allah adalah tersangat mulia jika nak dibandingkan dengan setinggi taraf sultan, Agung atau Penguasa Dunia di muka bumi ini.
Di dunia ini tak lain tak bukan, hanya transit mengumpul pahala dan berbuat banyak-banyak amal kebajikan. Jadi, berazamlah setiap detik untuk berbuat baik kepada semua orang, redha dengan apa yang Allah bagi pada kita.
Segala kesulitan, kesusahan, kesakitan, kemiskinan, kesenangan, kebahagiaan dan kekayaan dan bermacam-macam lagi, adalah nikmat yang penuh hikmah maka kekallah berbaik sangka dengan Allah.
Semoga Allah sentiasa menjaga dan mencukupkan segala keperluan kita semua. Aminn.
#spreadlove Putrajaya
0 Comments