Biasanya, sebelum ni, untuk hantar Kak Inas ke Segamat, kitorang sewa SOCAR. Dapatlah merasa macam-macam jenis kereta, tapi kurang-kurang bajet dalam tangan kena ada RM300++ (sewa + minyak + tol).
Kadang tu, pinjam Hilux Tok Ayah (ayahanda), itupun kena ada bajet dalam RM150. Tapi semua tu, masa amatlah terhad. Sebabnya Hilux Tok Ayah tu kena hantar sebelum jam 11 pagi sebab Tok Ayah nak guna untuk pergi beli barang-barang nasi lemak, dan SOCAR pula kena hantar sebelum jam 3 petang. Jangan lewat, komperm kena caj lebih.
Leceh SOCAR ni, apps dia tu sentiasa ada masalah. Banyak rugikan masa dan duit kita je. Sangat tak berbaloi.
Jam 7.40 pagi
Dengan lafaz Bismillah dan bacaan ayat kursi 7x, kitorang mula bergerak dari rumah. Dah nak masuk highway, Kak Inas gtaw, dia tertinggal itu ini. Memang tak lah kita berpatah balik. Nanti kalau rajin, kita poskan. Itulah, kita selalu pesan, buat check list. Kan dah macam-macam tertinggal.
Tak banyak pun barang Kak Inas. Rupanya banyak yang tertinggal, patutlah tak banyak |
Dah semata-mata nak jimatkan minyak, kita hanya tekan sampai RPM 3 jer. Jangan lebih-lebih. Karang minyak turun macam air paip. So, Che Bibah merayap kat lane kiri tu hanya lebih kurang 80 - 100kmj je. Memang tak de masalah laa dengan Kamera AES dan komperm-komperm dah takde orang cucuk belakang.
Dalam 3 jam, (lebih 30 minit dari kebiasaan), kitorang sampai kat kolej Kak Inas. Lega, sebab masa barang penuh dalam kereta tadinya tu, ada bunyi something yang tak best kat tayar. Memang nak kena standby duit jugak lah ni, untuk cek apa kebenda masalahnya tu.
Che Bibah ni, dah cecah usia 13 tahun dah pun. Mau taknya kena tukar macam-macam. Last time ekzos putus dua. Terkejut badak kita dibuatnya, taw. Macamanalah boleh putus dua tu. Nasiblah tukar yang baru reganya masih mampu bayar. RM160.
Dah berkarat benar dan haus. |
Ekzos baharu |
Hari tu, kita tak sempat nak cek tayar. Kos belanja perbaiki itu ini out of budget. Itu yang kita merisau sangat semasa ke Segamat tadi.
Jam 10.00 pagi
Memandangkan Kak Inas tak penah lagi sampai ke Gunung Ledang, kali ni kita bawak, tapi itulah, hari ni tempat tu strict plak, kitorang hanya boleh sampai entrance tu je. Lepas tu kena berpatah balik.
Jam 11.00 pagi
Setelkan urusan kat kolej dan beli barang-barang keperluan Kak Inas kat Kedai Eco dan Mr DIY. Kedai Eco Segamat besar, siap ada bakeri yang mana setiap roti reganya RM3.30. Ada jual aiskrim dan kopi jugak. Best jugak laa Kedai Bakeri ECO ni.
Kat Segamat ada Warehouse ECO. Besar gila.. setiap kali kitorang melintasi warehouse tu, setiap kali tu lah, diorang asyik buka tanah baru jer, perbesarkan warehouse la tu.
Jam 2.30 petang
Kita bergerak balik ke Putrajaya. Waze tertiba bagi jalan keluar highway melalui Muar, bukan keluar ikut Tangkak seperti kebiasaannya. Kompermlah ni, jem teruk kat Bandar Tangkak.
Ha.. memang pun, bukan setakat Tangkak je jem, highway PLUS pun sendat padat, jem kedua-dua arah. Dah tak pasal-pasal, terpaksa berenti lena kejap kat Hentian Ayer Keroh. Mengantuk yang amat.
Jam 6.40 petang
Time ni, baru kita sampai ke rumah. 4 jam dok dalam kereta jer. Itupun beberapa kali waze rerouting. Punyalah jalan jem pack. Tau-tau je lah, kalu cuti panjang cenggini, mau orang tak kuar berjalan, kan!
Inilah Malaysia, tak kira cuti apa pun, semua orang meraikan, jalan raya memang sama-sama beraya. hik2. Bestt!!! Lepas ni, Che Bibah ke mana plak?
#spreadlove Putrajaya
0 Comments