Selalulah dream kan sesuatu yang besar, sesuatu yang mustahil.
Macam Elon Musk, siapa sangka, dia dapat lancarkan roket ke Mars, sehinggakan boleh plak buat tourism ke Mars. Mustahil dek akal, kan? Tapi, sekarang dah menjadi kenyataan.
Jadi sentiasalah impiankan sesuatu yang besar. Insha Allah, dengan izinNya kita akan dilorongkan ke arah itu. Shooting the star, kurang-kurang tak sampai ke bintang, kita dapat ke bulan. Itu metaforanya.
Meh kita share impian-impian kita yang tak menjadi kenyataan lagi setakat ni.
1985
Masa ni, kereta Proton Saga baru je dikeluarkan oleh Malaysia. Kita ingat lagi time ni nenek kita, Mok Siti belikan baju t-shirt yang gambarnya kereta Proton Saga. :) Al Fatihah untuk arwah Mok Siti.
Masa ni jugak, mak ayah kita ajar kita melukis dan menulis ABC dan 123. Mulalah pasang impian nak ajar kawan-kawan melukis dan menulis juga. Biar sama-sama boleh membaca dan menulis.
1986
Kak Long kita suka beli majalah Nona dan kekadang dia suka bawak balik majalah URTV. Majalah-majalah ni banyak tayang model-model baju (peragawati). So, kita berimpianlah nak jadi peragawati tak pun pramugari. Kurang-kurang leh travel around the world dengan kapal terbang.
Dari situ jugakla kita mula menekap gambar dari majalah untuk melukis model-model ni. Sebab tu kita pandai melukis skit-skit.
Bila mak kita tanya apa cita-cita kita, yang dijawabnya nak jadi model tak pun pramugari. Komperm kena cantas, sebab mak nak sangat kita jadi cikgu. Alaaaaa... tak best. Walaupun kita suka men cekgu-cekgu.
1988
Disebabkan kita kerap sangat sakit, kerap sangat ke klinik, maka impian nak jadi model hilang begitu jer. Dah nak jadi doktor plak.
Lepas men cekgu-cekgu, kita men cucuk-cucuk plak. Dicarinya jarum peniti dan kaca (untuk buat cek darah), sebab time tu, MA (Medical Assistant) sentiasa datang rumah untuk cek darah kot kot famili kitorang tersangkut dengan demam malaria. Rumah dalam paya plus kawasan baru dibuka memang banyak nyamuk.
Disebabkan men doktor-doktor ni, maka banyaklah mangkuk-mangkuk kuih mak yang berkaca tu pecah. Apa taknya, mangkuk-mangkuk tu jadi telefon mainan misi tepon kepada doktor, untuk patient masuk ke bilik doktor.
Dah tak pasal-pasal kena marah plus kena lidi ngan mak. Insofff sekejap jer.. pastu esok-esok men doktor-doktor lagi. Mangkuk pecah lagi. Alih-alih semua mangkuk kuih mak pecah.
So, impian jadi doktor tu terbawa-bawa sampailah ke Tingkatan 3. Yang peliknya subjek Sains tu tak pernahnya dapat A. Tak pernah A dalam hayat. Heran sungguh. Sentiasa dapat B je. B pun dapat markah 78. Lagi dua markah nak dapat A.
1995
Bila da masuk Teknik, dapat tawaran aliran Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (KE). Teknik pilihan terakhir. Sebab serik dengan sekolah agama, walaupun dapat masuk SMAZA. Kita tolak mentah-mentah. Serik!
Dah amik subjek KE, memang tak belajar lah Biologi. Komperm takleh amik Medic. Impian nak jadi doktor terpaksa laa dilupakan. Tambah plak Sains tak penah-penah dapat A walaupun macam-macam cara dah buat.
Masa ni kita tak da impian apa-apa melainkan hadap je lah KE tu. Masa ni, kita dah start sakit. Struggle belajar menda yang kita tak minat plus hilang fokus sebab sakit misteri. Setiap kali tidur, kerap diganggu mimpi pelik.
Dengan belajar ke laut, impian pun tiada, kita struggle bangun pagi untuk solat hajat dan study setakat termampu. Alhamdullillah dapat jugak masuk universiti. Berkat doa mak ayah la kan.
Itula, buatlah sesuatu apa yang kita minat, komperm kita akan buat dengan bersungguh-sungguh. Jangan diikut-ikut orang atau kawan-kawan.
1997
Impian semua dah ke laut. Lari dari bidang. Hidup tanpa impian ibarat kapal belayar tanpa nakhoda. Hanyut. Masa ni belajar sebab semua orang sambung belajar. Sains Komputer. I donno..belajar sebab kena belajar. Mak ayah suh belajar.
Dah tak pasal-pasal masa ni kita nak sangat-sangat bekerja dari bawah. Inilah kesilapan yang paling terbesar dalam hidup.
2001
Tamat belajar. Tapi kita tiada langsung impian. Masa ni semua ke laut. Pinjaman JPA dan MARA kena bayar. Tapi kita tiada keyakinan nak mohon kerja.
Cuba nak minta kerja askar. Tapi si suami plak tak kasi. Time tu jugak tak paham macamana nak mohon kerja kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Tapi syukurla jugak, masa tu JPA bagi tawaran keja sementara di jabatan kerajaan as Pegawai Sangkut dengan gaji RM500 sebulan. Jadi kita dapat kerja di Pejabat Imigresen Pusat Bandar Damansara selama 3 bulan dan sambung lagi 6 bulan bagi menggantikan staf yang bersalin as Email DB Admin yang time tu guna platform Lotus Notes.
Syukurlah kita masa Final Year Project, kita develop sistem guna Lotus Notes. Ada laa skit knowledge. Sesambil bantu pegawai IT situ buat kontrak, kerja-kerja teknikal dan troubleshoot selain membantu develop laman web imigresen.
2002
Habis kontrak, kita mengandung sulong. Dah melepek kat umah jadi surirumah tangga. Nak meniaga nasi lemak pun si suami tak kasi jugak. Katanya kita tak pandai masak. OK.
Bila dah dapat anak, banyak nak pakai duit belanja. Semua benda tak cukup. So, kita mula buat kerja part time, amik upah dengan kakak, sembat baju. Dapatlah upah seringgit dua. Haaa.. nak kerja dari bawah sangat kan...
Lesson!
2004
Lepas tu, kita kerja Guru Ganti (GSTT) kat SK Merbau Menyusut. Banyak kenangan kat sini. Anak-anak murid Tahun 6, sampai sekarang masih keep in touch. Masing-masing dah ada anak dah pun. Ada yang kerja kat oversea dan dapat kerja yang hebat-hebat. Tak sangka kan, walaupun duduk di pedalaman, masing-masing boleh berjaya dengan cemerlang. Itulah kata, yang penting usaha. Usaha itu tangga kejayaan.
Lepas tu, kita penah keja GSTT kat SMK Bukit Katil. Yang ni pun ada kenangan pahit manis. Nasib la sekejap. Sebab kita tak tahan dengan kerenah anak-anak bangsa yang masih leka dan tak bersungguh-sungguh untuk belajar. Kita plak mengajar kelas hujung, G dan H. Macam-macam perangai.
Disebabkan gesaan mak dan adik beradik, kita mohon KPLI. Tak sangka mendapat, tapi kita lepaskan sebab cikgu bukan pilihan kita. Walaupun gaji besar, tapi tanggungjawab, amanah dan cabarannya pun cukup besar. Takkan nak jadi cikgu 25hb.
Lepas tu kita kerja cashier kat Mydin. Then Mydin dapat tahu yang kita ada ijazah, diorang promo kita jadi Kerani Inventori. Tapi disebabkan ayahanda dah dapatkan kita kerja kat ILKAP sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH), dengan gaji RM5 sejam, terpaksalah lepaskan Mydin. Maka bermulalah kita berulang alik dari Jalan Kuching, KL ke Bandar Baru Bangi dengan motosikal.
Macam-macam cerita pahit manis suka duka walaupun hanya 5 bulan. Kita berhenti disebabkan mengandung anak kedua. Nak bawak moto macamana.. kalau da perut membusung. Jauh plak tu. Moto plak kerap pancit, tercucuk paku lah, besi lah. Macam-macam hal.
Yang kelakarnya, baju dan gincu, komperm jadi warna hitam. Kadang pasir-pasir halus melekat kat gincu bibir. Baju dan tudung berbau asap jangan cakaplah. Berulang ngan moto tak kira hujan atau panas. Kita dah merasa pahit maung berulang alik berpuluh-puluh dan beratus-ratus km. Semua orang ada cerita masing-masing, kan?
Nasib masa ni JPA dan MARA bagi pengecualian, loan pendidikan semasa Diploma dan Ijazah kita tak perlu bayar. RM36K + RM27K convert to RM0. Malah kita dapat RM3000 kerana amik subjek Sains. Ye.. Sains Komputer. Rezeki anak -anak :)
2007
Tak lama kemudian, kita dapat tawaran kerja dalam kerajaan. Ini semua atas usaha senyap-senyap Kak Long yang isikan borang SPA tanpa pengetahuan kita. Kerani kat dalam hutan Jeli. Alhamdullillah.. tak lama kemudian dapat tawaran ke Putrajaya.
2009
Maka, bermula di sini kita mula pasang impian. Hmm.. tak tau la impian atau angan-angan. Nak teruskan kerjaya sampai ke tahap yang tertinggi. Masa tu lah.. Masa tu jugak kita dah bersemangat semula. Kerja lebih masa dan kerap outstation. Sangat fokus. Namun, masa tu kita berjauhan dari famili.
2011
Kali ni kita dan famili bersatu semula. Tapi anak lelaki masih lagi berjauhan dari kita. Disebabkan nazar dapat masuk dalam perkhidmatan kerajaan, kita tunaikan umrah untuk kali pertama. Dapatlah kenal orang yang hebat-hebat tapi tersangat humble dan happy go lucky. Masa tu rasa beruntung sangat. Nak jugak jadi macam diorang.
2012
Time ni, hidup kita bergolak. Chaos dan depression makin teruk. Beberapa kali cubaan membunuh diri. Banyak sangat gangguan mistik.
2013
Kali kedua tunaikan umrah, untuk mohon petunjuk dengan Allah.
2014
Impak besar dalam hidup. Everything is shutting down.
Walaupun down teruk dan shut down, namun syukur kita berjaya bawak anak-anak yang masih kecil menjelajah 3 negara yang tak pernah kita jejak. Dari Ho Chi Minh - Siem Reap - Aryanpratet. Inilah satu-satunya misi yang berjaya.
2015
Mak dijemput Illahi. Al Fatihah untuk arwah Azizah Jusoff. Nasib ada Kak Long dan Kak Ngah yang sentiasa bertanyakan khabar kami 4 beranak.
2017
Kita belajar untuk bangkit walaupun banyak kali jatuh tersungkur.
2018
Jatuh dan jatuh lagi. Dont give up.
2019
Ada lah sinar sedikit. sudah boleh bernafas dan bertenang skit.
Kita mula pasang impian nak jadi kaunselor. Nak bantu kawan-kawan yang depression, hilang semangat, lost dan belajar untuk bangkit.
Ada orang kita lihat, happy go lucky, hakikatnya, ada terlalu banyak beban yang dipikul. Kadang kita hanya perlu jadi pendengar yang baik je.
Ada orang yang luarannya nampak chaos, yang ini, kita tak perlu nak nasihatkan apa-apa. Bagi pandangan ketika diminta sahaja. Cukup menjadi pendengar yang setia.
Ada juga orang yang dia tak suka pun berkongsi masalah, cuma dia terhibur dengan celoteh kita. Kita hanya carikan bahan untuk hiburkan hati diorang je.
Lain padang lain belalang. Lain orang lain kerenahnya. Usah dikisahkan sangat.
Jika ada orang yang perlukan kita, kita usahakanlah jadi kawan yang baik dan setia. Usah dipinta balasan, sebab yang membalas hanya Allah. Sematkan dalam hati untuk jadi baik pada semua orang walau siapa pun diorang.
Allah Maha Adil. Allah Maha Kaya. Allah Maha Pemberi.
Apa yang kita buat semuanya ada ganjaran yang setimpal walaupun sebesar zarah. Walau tiada orang yang melihat, tapi Allah sentiasa nampak apa yang kita buat. Sentiasa ada malaikat yang mencatat amal baik buruk kita.
Walaupun banyak menda yang terjadi dalam hidup kita, itu semua ada banyak pengajaran yang telah membentuk kita hari ini. Apa yang kita usahakan, itulah kita pada hari ini. Apa yang kita lalui, itulah kita hari ini.
Syukur sesangat... Allah itu Maha Penyayang. Dia telah buatkan kita tersentak dan terjaga. Moga Allah tunaikan segala mpian kita. Sesungguhnya, apa yang Allah bagi ini, inilah yang terbaik untuk kita. Syukur sesangat.
#spreadlove Putrajaya