Artikel ini adalah terjemahan dari artikel Why is Teacher's Day not celebrated in Japan? by Kaushal, Quora Khidki | Disember 2023
Terkejut dengan soalan saya, rakan saya itu menjawab, "Kami tidak mengadakan sebarang sambutan pun untuk Hari Guru".
Mendengar jawapannya itu, saya tidak tahu sama ada mahu percaya atau pun tidak, malah saya pula tertanya-tanya di dalam hati, "Mengapa negara yang mempunyai ekonomi, sains dan teknologi yang maju ini, menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap guru dan tugas mereka?"
Suatu hari selepas waktu kerja, Yamamoto menjemput saya ke rumahnya. Memandangkan dia tinggal jauh dari sekolah, jadi kami menaiki subway.
Pada waktu petang, subway sangat padat dan sesak. Mujurlah saya sempat menyelit masuk dan berdiri sambil memegang pegangan tangan dengan kuat.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki tua yang duduk di sebelah saya menawarkan tempat duduknya. Saya terpinga-pinga kerana langsung tidak memahami tingkah laku hormat dari lelaki yang lebih tua itu.
Jadi, saya tidak dapat menerima tawarannya. Tetapi dia begitu berkeras, dan saya terpaksalah duduk.
Setelah turun dari subway, saya meminta Yamamoto menjelaskan tindakan orang tua itu. Yamamoto tersenyum dengan menunjukkan lencana guru kepunyaan saya, sambil berkata, "Orang tua itu telah melihat lencana guru pada baju awak ini. Kerana itulah dia menawarkan tempat duduknya sebagai tanda menghormati status awak itu".
Memandangkan ini adalah kali pertama saya melawat rumah Cikgu Yamamoto, saya berasa tidak selesa jika pergi dengan tangan kosong. Jadi saya bercadang untuk membeli sedikit buah tangan.
Saya ceritakan idea untuk membeli buah tangan itu kepada Yamamoto, dan dia mengatakan bahawa ada sebuah kedai yang menawarkan diskaun hanya untuk guru semata-mata.
Sekali lagi, emosi saya tersentuh dan bertanya, "Adakah diskaun ini hanya untuk guru?"
Yamamoto berkata, "Di Jepun, guru adalah profesion yang paling dihormati dan orang yang paling dihormati. Para peniaga di Jepun amat gembira apabila ada guru yang datang melawat kedai mereka; bagi mereka, ia adalah satu penghormatan".
Semasa saya berada di Jepun, saya berulang kali melihat bagaimana orang Jepun sangat menghormati guru. Terdapat tempat duduk berasingan untuk mereka di subway, kedai khusus, dan juga guru tidak perlu beratur untuk mendapatkan tiket dalam sebarang bentuk pengangkutan.
Jadi, mengapakah guru Jepun memerlukan keraian yang berasingan sedangkan setiap hari dalam hidup mereka diraikan?
Semasa saya menceritakan semula kisah ini, saya dengan sepenuh hati berharap agar masyarakat kita berkembang ke tahap penghormatan kepada guru, dan agar guru layak mendapat gelaran yang tinggi! Biarkan kebanggaan itu sentiasa berdegup ke dalam hati kita semua!
Pembaca Quora
0 Comments