Artikel ini adalah artikel terjemahan dari Quora, What are the most interesting "world's largest ___" that are around the world?
Pada masa ini, Arab Saudi mahu membuat perkara yang besar. Besar tidak seperti sebelum ini.Itulah sebabnya mereka datang dengan Abraj Kudai yang terletak di Makkah, Abraj Kudai adalah sebuah hotel yang sangat besar bagaikan seekor raksasa.
Projek mega ini dianggarkan bernilai USD3.5 bilion yang menawarkan tahap kemewahan dan kecemerlangan yang tidak pernah berlaku dalam abad ini.
Keluasannya telah menjangkau 1.4 juta meter persegi, atau dengan kata lain, lebih kurang sama dengan keluasan 262 padang bola sepak bersaiz Amerika.
Sekarang, apa yang sebenarnya yang ada dalam dalam hotel mega ini?
• 10,000 bilik
• 70 restoran
• 4 helipad
• stesen bas
• keseluruhan pusat membeli-belah (orang nak pi menyucikan diri, bukan nak berjimba-jimba!)
• bilik tarian (untuk apa ni? di tanah haram kot)
• kubah terbesar di atas hotel
• dan pusat persidangan antara lain
Hotel ini terdiri dari 12 menara yang mempunyai 45 tingkat, termasuk 5 lima tingkat khas untuk kerabat diraja Saudi. (ada kasta jugak)
Pembinaan hotel ini bermula pada 2015, dan asalnya hotel ini akan dibuka pada 2017, namun disebabkan masalah kewangan dan telah berlaku kontroversi yang mana kren salah satu kren syarikat pembinaan, SBL yang turut membina Abraj Kudai ini telah terjatuh ke dalam Masjidil Haram. (elokla tak bukak pun!)
Tragedi bersejarah itu telah berlaku sekitar jam 5:10 petang pada 11 September 2015 yang telah mengorbankan 111 orang dan mencederakan 394 jemaah lain. (ada kawan kita yang terselamat time ni, kak Hajah Raja yang naik haji pada 2015)
Jemaah haji ketika itu sedang bersiap sedia untuk menunaikan haji Runtuhan itu telah disebut sebagai kren yang paling maut dalam sejarah berbanding dengan kejadian paling mengerikan sebelum ini ialah keruntuhan kren pembinaan di New York City pada 2008, yang telah membunuh 6 orang.
Disebabkan itu, SBL telah diharamkan untuk melaksanakan pembinaan. Sehingga kini, hotel Abraj Kudai masih belum selesai dibina sepenuhnya.
Namun, setelah selesai dibina, ia akan membawa gelaran "Hotel yang Terbesar di Dunia", yang dapat mengatasi First World Hotel di Malaysia, yang mempunyai 7,351 bilik sahaja. (kat Genting Highland tu, private land yang turut dikenali as kawasan judi terbesar di Malaysia yang isytihar negara islam) Hotel ini akan dibuka untuk orang awam Islam untuk menginap dengan kos yang berpotensi £4,000 (RM23,000) setiap malam atau kira-kira $5250. Gila mahal. (Sapa laaa yang suka membazirkan duit sebanyak itu, komperm-komperm rakan karib dia si syaiton nirrajim)
Peminat Quora
0 Comments