Anak...
Mama sedaya mungkin untuk menjadi insan yang terbaik untuk kamu
Mama belajar bertabah dalam apa jua yang dihadapi dalam membesarkan kamu...
Mama tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan kamu,
Sentiasa menitipkan doa untuk kamu sejahtera akal dan cergas tubuh badannya...
Walaupun mama tidaklah seperti ibu ibu yang lain..
Mama cuba sedaya yang mungkin untuk mencipta kenangan terindah
Untuk kamu bercerita apabila mama tiada lagi di sisi kamu...
Kenangan mama...
Untuk kamu semua jadikan panduan hidup
Mama sedaya mungkin....
Tidak mahu kamu hadap segala keperitan, kepayahan malah kesilapan
Yang pernah mama hadap
Kerana itu,
Mama menitipkan segala perasaan di sini...
Seandainya mama tiada lagi,
Ia akan menjadi satu sejarah yang sengaja dicatatkan untuk kamu...
Bahagia...
Mama berbahagia dan berbangga dengan anak-anak mama
Sentiasa ada di sisi,
Memberi sokongan,
Apa jua yang mama perbuat,
Apa jua yang mama hadap,
apa jua yang mama tangis dan mama ketawa...
Kamu tidak pernah sekali-kali menghalang
Apatah lagi...
Menggagalkan apa jua
Yang mama cuba usahakan...
Walaupun jiwa kamu masih kecil,
Tidak begitu memahami permasalahan dan tekanan mama,
Namun kamu adalah anak-anak yang begitu baik dan...
Tiada galang gantinya...
Yang sentiasa memberi sokongan...
Allah...beruntungnya mama memiliki kamu...
Ketiadaan mama nanti,
Mama harap,
Kamu akan jadi anak yang tabah seperti mama
Dalam mencipta kegemilangan
Malah...
Menjadi anak yang hebat untuk agama dan nusa bangsa
Ingat...
Pesan mama..
Kejarlah impian kamu..
Kejarlah sehingga ia dalam genggaman kamu...
Sehinggakan membuatkan kamu tersenyum puas...
Tiada yang mustahil dalam hidup...
Selagi Allah dan Rasul menjadi pegangan kamu...
Insha Allah, kamu akan sentiasa berjaya dalam rahmatNya
Mama amat sayangkan kamu
0 Comments