15 August, 2024

5 Sebab perjalanan dengan keretapi 24 jam lebih selesa berbanding perjalanan kapal terbang 10 jam

Artikel ini adalah terjemahan dari artikel Why is a 24-hour train journey more comfortable than a 10-hour plane journey? yang disalin semula dari Quora Space: Travel Stories by Alice Twain | 2020

Sebelum itu, izinkan aku maklumkan dahulu perbandingan ini adalah di antara penerbangan biasa dengan keretapi kabin kelas II (atau yang paling rendah, mungkin kelas III).

Ini adalah cara kebanyakan kita berada semasa dalam penerbangan di udara. Korang pasti tau bagaimana keadaannya, kan? 


Tempat duduknya yang sempit, ruang kaki yang sangat kecil dan terpaksa meminta laluan dari orang sebelah jika ingin ke lavatory (tandas) malah langsung tiada ruang untuk meregangkan badan atau pun berjalan-jalan. 

Bagi penerbangan jarak dekat yang hanya memakan masa 2 hingga 3 jam, tidaklah menjadi masalah. Namun bagi penerbangan yang lebih dari 4 jam dan ke atas, tekanan dan kelesuan dalam diri pasti akan meningkat.


Selain itu, perjalanan dengan kapal terbang yang kebiasannya bunyinya sangat bising dan kuat, udaranya pula dikitar semula. Dah tak pasal-pasal kulit menjadi sangat kering dan tegang, dan kadangkala udara dalam kapal terbang itu berbau busuk (boleh sakit kepala).

Jadi mari aku bagitau perbezaan antara naik keretapi yang perjalanannya 24 jam berbanding naik kapal terbang selama 10 jam


Perbezaan 

#1 Tempat duduk di dalam keretapi

Walaupun tidaklah besar mana, namun lebih luas dan menawarkan lebih banyak ruang kaki korang. 


Jika korang terasa ingin berjalan-jalan, anda boleh berjalan-jalan dalam gerabak dari hujung ke hujung dan jika dah sampai ke kafe, korang boleh menikmati nescafe/ teh tarik/ espresso tak pun kudap-kudapan. 


Tak pun, korang boleh je berdiri dalam gerabak dengan menikmati pemandangan sepanjang perjalanan untuk seketika. Selain itu, dalam keretapi juga ada wifi yang boleh disambung pada peranti mudah alih korang. Malah bunyi dalam keretapi itu jauh lebih senyap daripada bunyi dalam kapal terbang.


#2 Kabin

Untuk perjalanan selama 24 jam korang boleh menggunakan keretapi yang dilengkapi khas seperti ini:

Pada waktu malam, staf keretapi akan menukarkan tempat duduk kepada kabin iaitu tempat tidur berlipat kepada 4 katil 2 tingkat, supaya korang boleh berbaring dan  tidur untuk beberapa jam. 


Diorang juga menyediakan bantal, cadar dan selimut. Sebagai alternatif, korang boleh juga membawa sleeping bag sendiri atau hanya berbaring sebegitu.


#3 Koridor sisi

Terdapat juga koridor sisi yang dilengkapi dengan tempat duduk berlipat yang kekal boleh diakses sepanjang siang dan malam jika korang tidak boleh tidur tapi terasa ingin membaca. 


#4 Bagasi mudah akses

Di dalam keretapi juga, korang boleh membawa bagasi bersama-sama. Jadinya, korang boleh membukanya jika ada apa-apa yang diperlukan dari bagasi korang.  


#5 Kekerapan berhenti 

Kebanyakan keretapi akan berhenti sekali atau 2 kali selama 15 hingga 20 minit di sepanjang laluan. Jadi korang memang sempat sangatlah keluar dari gerabak untuk hisap rokok luh atau menghirup udara yang lebih bersih ataupun membeli makanan yang dijual oleh penjaja.


Jadinya, untuk aku menempuh perjalanan dengan kapal terbang selama 10 jam, aku sememangnya perlu melengkapkan diri dengan bahan bacaan, stoking hilangkan rasa kebas, penyumbat telinga dan sebagainya. 


Kemudian aku terpaksa hadap pulak, 10 jam yang penuh kebosanan dan kekal pasif di tempat duduk dan terpaksa menerima hakikat yang aku tak boleh membawa air ke dalam kapal terbang kecuali sebotol air yang jumlahnya kecil. Kalau nak minum air, sah-sahlah aku terpaksa minta dengan pramugari atau pramugara.


Sebaliknya, jika aku berdepan dengan perjalanan dengan keretapi  selama 24 jam, aku akan melengkapkan diri dengan sebotol air besar 4L, dan jika kehabisan air, aku boleh berlari-lari membeli air di kafe atau kat mana-mana perhentian di sepanjang perjalanan. 

Selain itu, aku juga boleh membawa makanan sendiri. Katakanlah, kalau aku menaiki keretapi pada jam 10 pagi, aku dah boleh prepare siap-siap makanan tengahari sendiri, beberapa bahan bacaan, alatan mengait, handphone dan tablet yang aku boleh sambungkan dengan wifi keretapi. 


Aku juga boleh menonton sesuatu di Netflix atau salah satu filem yang ditawarkan oleh keretapi. Aku juga boleh menyemak akaun media sosial sendiri. 


Apabila aku dah mula bosan duduk-duduk, aku boleh je berjalan-jalan, atau menikmati udara segar ketika berhenti nanti. 

Pada waktu tengahari, aku boleh berjalan-jalan ke kafe dan menikmati secawan kopi. Pada jam 8 malam, aku boleh membeli sendiri makan malam yang akan dihidangkan di tempat duduk aku oleh staf keretapi. 


Sekitar jam 10 malam, kabin pula disediakan untuk aku berbaring, berehat pastu tertidur. Lampu kecil itu pula membolehkan aku membaca jika saya tidak boleh tidur. Ataupun aku boleh je bangun dan berjalan-jalan di tepi koridor. 


Menjelang 7 pagi keesokkan hari, sekali lagi staf keretapi akan menukarkan kabin kembali kepada suasana siang. Aku boleh mandi dengan cepat-cepat di tandas dan menuju ke kafe untuk minum secawan kopi dan bersarapan ringan. 

Menjelang 10 pagi, aku sudah sampai ke destinasi dengan cukup berehat dan segar-bugar.


Peminat Quora




13 August, 2024

15 ungkapan untuk tingkatkan kepintaran hidup bermasyarakat

Ini adalah artikel terjemahan dari artikel 15 Sentences that will maximise your social intelligence, Quora Space: Mental Health (Psychology) by Hoorab Abbasi | 12.8.2024

1. Bagi menyelesaikan sesuatu isu dengan cepat, seeloknya bersikap lemah-lembut kepada diri-sendiri, tetapi tegas terhadap masalah tersebut.


2. Anggaplah setiap orang yang hadir dalam hidup korang tu, adalah seorang guru yang hendak mengajar korang sesuatu. 


3. Berhenti sekejap semasa bercakap + make eye contact = keyakinan.

4. Jadikan semua orang di sekeliling korang berasa penting dengan menggunakan kaedah SHR (Seen, Heard, Remember) - dilihat, didengari dan diingati.


5. Sebutan yang paling digemari oleh ramai orang, adalah nama diorang, jadi ingatlah nama mereka. 


6. Memuji biarlah secara terbuka, mengkritik haruslah secara tertutup.


7. Sebelum memberi respon (feedback), pastikan orang itu merasa korang memang amik berat tentangnya. 


8. Strategi rangkaian terbaik ialah strategi "membantu orang lain dahulu".

9. Kesepian adalah silent pandemic; anggaplah memang ada orang yang jumpa ngan korang. 


10. Bina tabiat menjawab dengan "Ya, dan..." kerana ini boleh membuka percambahan banyak idea dari orang lain semasa dalam perbincangan.


11. Elakkan merungut atau bergosip (tiada siapa yang suka mendengarnya pun)


12. Storytelling adalah satu kuasa yang besar, jadi gunakanlah struktur seperti persediaan, ketegangan dan resolusi semasa bercerita (setup, tension, resolution).

13. Untuk mengetahui kelemahan yang korang tak perasan, bina inner circle yang akan memberi respon yang jujur tentang korang.


14. Normalkan ungkapan "Saya belum tahu apa-apa tentang itu lagi" sebab itu jawapan yang terbaik untuk yang menggambarkan kita bersikap optimis dalam sesuatu perkara.

15. Rakam dan semak cara pertuturan korang, biarlah seperti seorang atlet yang sedang menonton game film.


Peminat Quora




12 August, 2024

7 jenis attitud yang korang perlu elakkan untuk kesejahteraan diri sendiri

Ini adalah artikel terjemahan dari Ayaz Ali, Quora Space: Psychology Behaviour | 14.8.2024

1. Sarkastik: Sikap pentingkan diri sendiri, suka memanipulasi keadaan dan kurang rasa empati kepada orang lain.

2. Kaki Gosip: Sikap menyebarkan khabar angin, mengkhianati keyakinan orang lain dan germar mencipta "drama bersiri".


3. Manipulator: Sering menggunakan rasa bersalah orang lain, kemarahan orang lain, atau berpura-pura lemah untuk mengawal orang lain.


4. Hasad Dengki: Sikap membenci kejayaan orang lain, sering mensabotaj atau memperkecilkan usaha orang lain.


5. Pengkritik: Sentiasa mencari kesalahan orang dan tidak pernah memberi respon yang membina.

6. Pengambil Kesempatan: Sikap mengambil kesempatan apa jua keadaan daripada orang lain untuk kepentingan peribadi tanpa mengira perasaan orang lain.


7. Drama Queen/King: Mencipta drama yang tidak perlu, mencari perhatian dan simpati.

Individu sebegini boleh menghabiskan tenaga korang, menghakis harga diri dan mewujudkan hubungan toksik. Sebaiknya, tetapkan sempadan atau menjauhkan diri daripada orang sebegini yang mana boleh melindungi kesihatan mental korang.


Peminat Quora




11 August, 2024

Some Ugly Truths of Life - Terjemahan Quora

Artikel ini adalah artikel terjemahan dari Some ugly truths of life, by Ayaz Ali, Quora Space - Psychology Behaviour | 2 Mei 2024

• Kesihatan itu penting.


• Tak usahkan harapkan pujian atas kerja keras kita. (Kerja Kerana Allah Taala, bukan untuk pengiktirafan apatah lagi pujian)


• Masa kita susah dan sukar itulah baru kita kenal siapa orang itu. 


• Duit, pangkat dan penampilan itu untuk jangka masa sementara je. Suatu hari nanti, apabila kulit dah berkedut, rambut beruban dan menipis, kita akan menilai sesuatu itu dengan cara pandang yang berbeza pula. 


• Jangan lupakan mak ayah kita. Walaupun dah meninggal atau masih ada, sentiasalah titipkan doa untuk diorang, minta dengan Allah Taala agar mereka sentiasa dalam rahmat Allah sebagaimana mereka menjaga kita semasa kecil. 


• Tidak semua orang akan mempunyai kisah kejayaan yang besar dan itu tidak mengapa. Semua orang ada kisah masing-masing dengan keunikan tersendiri.


• Kita akan mengalami banyak kegagalan. Gagal itu hanya cubaan yang tak berjaya. Boleh cuba lagi untuk berjaya. Apa yang penting di sini, adalah ialah bagaimana kita bangkit semula, dan bukannya mengenangkan apa yang telah berlaku kepada kita.


• Memang hidup ini sukar. Kita boleh berada di puncak kejayaan / kebahagiaan pada sesuatu ketika dan kita boleh kehilangan dalam sekelip mata. Jadi, sentiasalah panjatkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada kita walaupun hanya sekecil-kecil atau seremeh temeh perkara sekalipun. Jadi sentiasalah bersedia dengan kehilangan atau kejayaan.

 

• Cuba untuk terus terbuka kepada kehidupan ini dan tidak menjadi  "bitter". Kepahitan (Bitterness) adalah racun kepada jiwa. Kita semua bertujuan untuk menjalani kehidupan yang baik, bagi bekalan ke akhirat kelak, sama ada anda percaya atau tidak, itu adalah pegangan kita as umat islam. 


Semoga kata-kata ini dapat mengembalikan mood kita dalam menjalani kehidupan ini walau apa pun jua keadaannya. Allah itu kan Maha Berkuasa dalam atas tiap-tiap sesuatu. 


Peminat Quora




10 August, 2024

Fakta - Apakah "___ terbesar di dunia" yang paling menarik di seluruh dunia?

Artikel ini adalah artikel terjemahan dari Quora, What are the most interesting "world's largest ___" that are around the world?


Pada masa ini, Arab Saudi mahu membuat perkara yang besar. Besar tidak seperti sebelum ini.Itulah sebabnya mereka datang dengan Abraj Kudai yang terletak di Makkah, Abraj Kudai adalah sebuah hotel yang sangat besar bagaikan seekor raksasa.


Projek mega ini dianggarkan bernilai USD3.5 bilion yang menawarkan tahap kemewahan dan kecemerlangan yang tidak pernah berlaku dalam abad ini. 


Keluasannya telah menjangkau 1.4 juta meter persegi, atau dengan kata lain, lebih kurang sama dengan keluasan 262 padang bola sepak bersaiz Amerika.


Sekarang, apa yang sebenarnya yang ada dalam dalam hotel mega ini?

 • 10,000 bilik

 • 70 restoran

 • 4 helipad

 • stesen bas

 • keseluruhan pusat membeli-belah (orang nak pi menyucikan diri, bukan nak berjimba-jimba!)

 • bilik tarian (untuk apa ni? di tanah haram kot)

 • kubah terbesar di atas hotel

 • dan pusat persidangan antara lain


Hotel ini terdiri dari 12 menara yang mempunyai 45 tingkat, termasuk 5 lima tingkat khas untuk kerabat diraja Saudi. (ada kasta jugak)


Pembinaan hotel ini bermula pada 2015, dan asalnya hotel ini akan dibuka pada 2017, namun disebabkan masalah kewangan dan telah berlaku kontroversi yang mana kren salah satu kren syarikat pembinaan, SBL yang turut membina Abraj Kudai ini telah terjatuh ke dalam Masjidil Haram. (elokla tak bukak pun!)


Tragedi bersejarah itu telah berlaku sekitar jam 5:10 petang pada 11 September 2015 yang telah mengorbankan 111 orang dan mencederakan 394 jemaah lain. (ada kawan kita yang terselamat time ni, kak Hajah Raja yang naik haji pada 2015)


Jemaah haji ketika itu sedang bersiap sedia untuk menunaikan haji Runtuhan itu telah disebut sebagai kren yang paling maut dalam sejarah berbanding dengan kejadian paling mengerikan sebelum ini ialah keruntuhan kren pembinaan di New York City pada 2008, yang telah membunuh 6 orang. 


Disebabkan itu, SBL telah diharamkan untuk melaksanakan pembinaan. Sehingga kini, hotel Abraj Kudai masih belum selesai dibina sepenuhnya.


Namun, setelah selesai dibina, ia akan membawa gelaran "Hotel yang Terbesar di Dunia", yang dapat mengatasi First World Hotel di Malaysia, yang mempunyai 7,351 bilik sahaja. (kat Genting Highland tu, private land yang turut dikenali as kawasan judi terbesar di Malaysia yang isytihar negara islam)


Hotel ini akan dibuka untuk orang awam Islam untuk menginap dengan kos yang berpotensi £4,000 (RM23,000) setiap malam atau kira-kira $5250. Gila mahal. (Sapa laaa yang suka membazirkan duit sebanyak itu, komperm-komperm rakan karib dia si syaiton nirrajim)


Korang boleh baca wikipedia tentang Abraj Kudai dan jangan lupa klik, nak tahu lebih lanjut tentang Abraj Kudai. 


Peminat Quora 




09 August, 2024

10 Tips Jalan-Jalan ke Negara Asing

Artikel ini adalah terjemahan dari artikel How tourist should behave while Travelling foreign countries? by Shashwat Dubey, Quora Psychology And Human Behaviors with Lalit Mohan | 2 Ogos 2024


Perlahankan suara korang dan jangan sesekali menghalang laluan pejalan kaki.

Don't overthinking. Jangan fikir yang bukan-bukan, tentang tempat yang korang nak jelajahi ni. Maka, jadilah seorang pengembara yang dihormati dan terbuka kepada pengalaman baru dengan attitude yang sopan-santun dan berbudi bahasa malah bertimbang rasa seperti mana korang berada di tanah air sendiri. Mudah je kan.


• Jangan mabuk-mabuk ye! Melainkan korang ada bersama-sama seseorang yang korang betul-betul percaya seratus peratus yang dia pun takkan mabuk. Lagi satu, jangan sesekali memberitahu sesiapa di mana korang  menginap. 


Korang cuba elakkan kawasan sunyi, terutamanya pada waktu malam. Ini adalah perkara asas yang aku pasti korang dah terapkan dalam diri korang semasa korang di tanah air lagi. 


Tetapi malangnya, ada juga perempuan yang melancong bersendirian yang memang jadi sasaran mudah untuk pemerdagangan manusia. Oleh itu, lindungi diri korang dua kali ganda dari kebiasaan apabila korang berada di wilayah yang tidak dikenali.


Jika korang melancong ke suatu tempat yang korang tidak reti bercakap bahasa itu, cuba pelajari sikit-sikit bahasa tempatan seperti perkataan "tolong", "terima kasih" dan "saya minta maaf".

• Beg korang tu kalau boleh biarlah ringan dan selesa! Korang mungkin akan berjalan lebih banyak dari biasa, jadi berbaloi jugaklah kalau korang sanggup melabur untuk membeli sepasang kasut yang bagus dan shopping stoking banyak-banyak.


• Jangan lupa untuk membuat semakan dengan syarikat telefon korang tentang kos data semasa melancong ke luar negara. 


Selain itu, pastikan pemegang kad kredit korang tahu yang korang akan ke luar negara. Kan tak pasal-pasal akaun korang dibekukan kerana mereka fikir seseorang di negara lain telah mencuri maklumat akaun korang.


• Jika korang merancang untuk banyak menggunakan telefon untuk bergambar, panduan arah atau googling fakta rawak tentang tempat yang dikunjungi. Pastikan korang membeli pengecas mudah alih yang kecil (powerbank) kerana telefon korang akan mati pada satu ketika sebelum korang sempat korang cas semula di hotel atau hostel. Aku beli 5 powerbank McDodo.


• Jika tiada apa-apa lagi, pastikan korang dah siap-siap menempah hotel/hostel dan tahu cara untuk ke sana dari lapangan terbang. Cara ini akan menjimatkan banyak perkara dan boleh mengelakkan banyak tekanan!


Hostel ialah pilihan yang menakjubkan di Eropah/Jepun dan 100% berbaloi untuk interaksi sosial. Di Amerika, tak payahlah, kebanyakan dari mereka berkelakuan tidak sopan dan keji. 


Korang harus sentiasa membaca ulasan (review) dan perhatikan sebutan tentang pepijat (bugs), aduan tentang pembinaan (construction complaint) atau caj tambahan (extra charge). Jika korang melihatnya berulang-ulang kali, jangan ditempah tempat tu, ye.


• Dapatkan peta subway dan pastikan peta tu mudah untuk digunakan. Talian telefon korang berkemungkinan besar tidak berfungsi semasa dalam subway


Ramai rakan perjalanan aku, menyangka yang diorang "stay on track", alih-alih aku juga yang tunjukkan arah apabila diorang kerap kali tersesat ke sana dan ke sini. 


Dah itu sahaja 10 tips yang aku boleh kongsikan kat sini berdasarkan pengalaman perjalanan aku. Have a good travelling day!


Peminat Quora




08 August, 2024

Nasihat Kawan - Sesuatu yang Tak Patut Korang Beli Dalam Hidup

Artikel ini adalah terjemahan dari artikel What should you never buy in life? by Eugene Costov, Quora | 2019


Ketika umur aku 24 tahun, aku telah beli sebuah kereta sport (BMW M3) setelah beberapa bulan aku mendapat kerja tetap yang pertama dalam hidup. Sebenarnya, BMW M3 ini sudah lama aku idam-idamkan.


Aku tak tahu plak, M3 ini menelan belanja yang terlalu banyak terutamanya insurans, penyelenggaraan, pembaikan dan petrol. 


Walaupun aku SANGAT seronok dan begitu teruja ketika memandu M3 ni, tetapi setiap bulan, budget aku selalu out kerana "kos saraannya" yang tinggi. 


Jadi, aku  ambil keputusan untuk menjualkannya setelah aku pakai selama 5 bulan. Kebetulan, ada pula buyer yang sama seperti aku, yang baru dapat kerja tetap yang pertama dalam hidup. Tapi itulah, aku takde nak bercerita tentang apa yang aku hadap dengan BMW M3 ni. 


Selepas itu, aku ada terbaca satu petikan dalam Memoir Warren Buffett - 

"Apabila kamu memiliki kereta sport yang terlalu mahal, kamu pasti akan mendapat 2 hari yang begitu mengujakan iaitu hari kamu membelinya dan hari kamu menjualnya." 


Jika difikirkan semula, aku lebih rela membelanjakan semua wang tunai yang ada itu untuk pelaburan atau travelling atau apa-apa sahaja yang lebih menguntungkan.

****

Ini adalah pendapat peribadi. Terpulang kepada diri masing-masing.

Peminat Quora




07 August, 2024

Betul ke Tunisia sebegitu?

Artikel ini adalah terjemahan dari artikel What are the most overrated travel destinations? by Kathleen Click, Quora | Jun 2018

 

Apakah destinasi pelancongan yang terpaling dinilai tinggi?


Tunisia adalah negara yang tidak akan aku lawati lagi. Aku dah menghabiskan dua hari di Tunis, ibu negara Tunisia. Siapalah yang syorkan perjalanan ke sini?!

*****

Cop... ini adalah artikel Jun 2018, bukannya yang terkini. Saya ada membuat sedikit bacaan tentang Tunisia, boleh rujuk pada laman web ini.

1 Week in Tunisia: Ultimate 1 Week Tunisia Itinerary dan wikipedia tentang Tunisia, yang mana Tunisia bukan negara baru, ia adalah negara yang kerap dijajah. So, no wonder laa kalau diorang begitu mundur dan jauh ketinggalan, dan tahap nilai sosialnya rendah (pada tahun 2018). 

Mungkin sekarang sudah jauh berbeza. Orait, kita balik kepada sharing dari Kathleen ni.

*******

Boleh dikatakan, di seluruh kawasan di Tunis ini agak mundur dan kotor. Di situlah, kilang, kampung dan juga bandar. Pengangkutan awam tidak begitu berfungsi di sini. 


Selain itu, cuacanya panas, matahari bersinar terik, dan ada sikit-sikitlah pemandangan hijau-kehijauan. 


Menunggu bas di tepi jalan adalah satu penyeksaan. Nasib baiklah, kitorang menyewa kereta, dan kitorang perasan yang perancangan jalan bandar di sini memang keterlaluan. 


Boleh dikatakan, seluruh kawasan bandar tu, ada bulatan (round about) yang tidak terkira banyaknya. Kebanyakan pemandu dan pejalan kaki langsung tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Mereka meluru ke semua arah, dan kereta semua orang ada yang kemek, calar balar dan macam-macam. 


Jika memandu di sini, korang boleh memandu tanpa adanya cermin depan, cermin sisi atau pun cermin tingkap, dan semestinya korang tidak boleh memandu tanpa menekan hon. 


Peta Google juga tidak berfungsi di sini. Ia lambat untuk bertindak balas dan arahannya tidak jelas. Aku rasalah, peta google ni pun keliru dengan bulatan yang tidak terkira banyaknya di sini.

Sidi Bou Said

Tarikan! Tidaklah semenarik yang dibayangkan. Indah khabar dari rupa. Pekan biru dan putih serupa dengan Santorini, dan Carthage serupa dengan tarikan di Athens. 


Pemandangan runtuhan bersejarah Carthage Purba yang memukau. Struktur gerbang dan tiang bertaburan dengan indah menyampaikan kisah dari masa lalu, terletak di bawah langit biru terang. Gambar itu membentangkan perspektif unik tentang warisan budaya dan kemegahan arkeologi bandar Afrika Utara yang kaya.

Tetapi rakan-rakan yang pernah ke sana tahu bahawa Sidi Bou Said masih jauh lebih rendah daripada Greece, sekurang-kurangnya dari segi persekitaran dan budaya. 


Seluruh kawasan di sana, ada banyak lubang besar yang penuh dengan pelbagai lubang kecil. 


Kitorang park kereta berhampiran tempat yang indah dan membayar bayaran parkir. 


Selesai melawat, apabila kitorang kembali ke kereta, tau-tau kereta dah kena tarik, katanya kitorang park kat parkir haram. Jadinya, kitorang bukan ada pilihan pun, nak tak nak terpaksalah bayar denda dan mengambil kereta semula.


Setiap kali kitorang park kereta kat kawasan parkir awam, pasti ada orang yang datang kutip bayaran parking kereta. Pelik jugak ni, sebab tak rasa pun diorang ni, staf parking kereta. Aku rasalah, diorang ni hanya orang yang lalu-lalang yang mahu menipu duit tuorist jer.


Dah selesai percutian 2 hari di Tunis, akhirnya, kitorang nak pulang ke Eropah. Jadinya, kitorang nak tukarlah baki duit Dinar Tunisia (TND) kepada Euro di lapangan terbang, kerana peraturan di Tunisia telah menetapkan bahawa mata wang itu hanya boleh digunakan di negara mereka sahaja, dan akan dirampas apabila meninggalkan negara itu. 


Walaupun peraturan tu mungkin tidak begitu ketat, dan walaupun kitorang berjaya membawa TND itu bersama-sama ke Eropah, pasti tidak akan ada tempat untuk menukarnya. 


Maka kejadian malang itu berlaku lagi. 


Kitorang diberitahu yang kedai pertukaran wang hanya terima jika ada resit pembelian dari kedai asal. Lebih malang, kedai asal tu, sudah pun ditutup. Jadi kitorang tanyalah kat semua kedai yang ada di lapangan terbang tu dan tiada satu kedai pun yang sudi tukarkan TND tu untuk kitorang.


Mujurlah, ada seorang pramugari itu berkata, yang dia mempunyai rakan sekerja yang boleh menukarnya untuk aku, tetapi rakannya tu hanya bersedia tukar dengan harga yang sangat rendah. 


Aku mana ada pilihan selain menukarnya dengan rakan pramugari tu. Kitorang memang tidak ada banyak duit lagi dah, dah la tu rugi lebih kurang EUR100 (RM481.94). Sebenarnya duit TND lagi mahal dari MYR, semasa artikel ini disalin semula.


Kalau korang nak tau, peratusan kaum lelaki di sana, jika di kawasan awam di ibu negara, Tunis tu lebih kurang 80%. 

Boleh dikatakan setiap lelaki di situ pasti akan merenung setiap perempuan yang lalu lalang dengan pandangan mata yang sangat jelik (lucah), dengan senyuman di wajahnya, dan sesekali menjerit-jerit beberapa perkataan kotor ke arah perempuan yang lalu tu.


Rasa makanannya juga sederhana, dagingnya berbau kuat, dan hanya makanan laut je yang lebih enak. Kalau ada kelebihan pun, mungkin harga kat sana rendah dan cuacanya baik, itu sahaja. 


Tetapi kelebihan sebegini pun ada kat negara lain, malah persekitaran keseluruhannya pasti lebih baik. Jadi, keseluruhan pengalaman percutian dua hari di Tunis, Tunisia tidaklah begitu baik, dan benar-benar tidak berbaloi untuk berkunjung ke sana.


***

Apa-apa pun ini pengalaman dia kat sana pada tahun 2018. Korang boleh layan Youtube ini, by Stef Hoffer untuk mengenali Tunisia dengan lebih dekat.



Peminat Quora