14 September, 2015

Persediaan Elakkan Batuk & Selesema di Musim Jerebu




"Mama, Ujang tau camne jerebu terjadi".
Sambung ujang lagi "Jerebu tu terjadi sebab jem (kesesakan lalu lintas), kan mama?".

Alhamdullillah bijaknya anak mama ni, puji Melati dalam hati. 


Hari ni bacaan indeks pencemaran udara di Putrajaya makin meningkat kepada 161 berbanding semalam. 





Mata ni da terasa berhabuk sangat, berair dan pedih-pedih. Tekak pula terasa kering dan gatal-gatal. 


Ada kawan Melati, hampir sesak nafas semasa on the way pulang dari Yong Peng, Johor ke Putrajaya dengan menunggang motosikal semalam. 




Kalau hidung da mula berair dan kerap bersin tu, sah-sah itu tanda-tanda nak terkena selsema. 


Tanda sistem imun badan kita sedang berlawan keras dengan radikal bebas. 






Sekiranya kulit mula terasa gatal-gatal dan dada semakin bertambah sakit, baik berjumpa doktor seberapa cepat yang mungkin. 


Bimbang lain pulak yang terjadi nanti.

Melati da bersiap sedia dengan vivix. Hari-hari ambil vivix. Itula suplemen Melati. 



Ujang Syanaz, Melati da consume dengan Vitalea for Kids dan Mealshake setiap hari. 

Setakat ni, sepanjang seminggu ni Ujang Syanaz masih ok lagi. 

Alhamdullillah. 

Kalu da mula batuk-batuk, Nutriferon ciptaan Dr. Kojima tu pun ada. Mencegah tu kan lebih baik dari mengubati.



Macamana Jerebu Terjadi?


Jerebu ni adalah kelompok habuk halus yang mengandungi gas karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan segala gas yang berbahaya yang terapung-apung dalam udara. 

Ia terhasil daripada pembakaran yang dilakukan secara terbuka, asap dari kilang-kilang dan juga asap dari kenderaan.

Jerebu ini telah menyekat pancaran matahari ke bumi dan secara tak langsung ia juga telah mengurangkan jarak pandangan mata kasar kita selain boleh menjejaskan tahap kesihatan tubuh badan kita. 


Siapa yang Berisiko Terhadap Jerebu ni?


Jerebu ini amat berbahaya kepada :

  • bayi dan kanak-kanak
  • warga emas
  • orang yang berpenyakit asma
  • bronkitis
  • radang paru-paru
  • penyakit paru-paru yang kronik
  • jantung
  • alahan
  • perokok
  • mereka yang sentiasa bekerja di kawasan terbuka



Meh sini, Melati nak kongsikan 10 tips mengatasi masalah jerebu ni yang Melati cedok dari web suria.fm.

  • Minum air masak 8 -10 gelas atau 2 liter sehari 
  • Elakkan dari memandu dengan tingkap yang terbuka
  • Kurangkan aktiviti di luar rumah
  • Tutup celah-celah daun pintu dan tingkap. Pastikan anda memasang pendingin hawa dan penulen udara (air purifier)
  • Kurangkan meminum kopi atau alkohol
  • Makan makanan yang kaya dengan vitamin C dan Vitamin E
  • Tidur yang secukupnya. Ia membantu tingkatkan sistem imun dalam badan.
  • Basuh muka dengan kerap terutama pada bahagian mata, mulut dan hidung
  • Pakai topeng N95 atau P100. Gunakan tisu lembap jika anda memakai topeng biasa (surgical mask)
  • Ambil supplemen tambahan seperti sepaket nutriferon atau sesudu teh vivix untuk imunisasi badan



Nasihat Melati, sekiranya anda mencari-cari vitamin untuk meningkatkan imunisasi badan yang rendah, carilah vitamin yang tinggi antioksidan. 
Lagi tinggi lagi bagus... 

Mudah-mudahan kita semua sihat sejahtera sehingga masalah jerebu ini pulih sepenuhnya. 

12 September, 2015

Attractions to Bangkok 2016

Alahai, bestnya tengok kawan-kawan balik bercuti dari Bangkok. Katanya, Bangkok syurga shopping yang masih mengekalkan adat dan budaya Siam Thai dan masih lagi mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di bandaraya Bangkok.

Dan katanya lagi, kat sana ada jual buah-buahan kaca yang boleh dimakan macam tu je. 



Sebenarnya, Melati suka sangat ngan Tanah Gajah Putih ni, sebab makanannya yang lazat, enak-enak dan eksotik (pelik-pelik) selain kesungguhan, kesopanan dan keramahan mereka melayan pelancong dan bermacam-macam lagilah yang best tentang Thailand ni. 

Hanya orang yang pernah ke sana sahaja yang tahu apa yang best sangat pasal bumi Gajah Putih dan orang Thai ni. 

Yang itu, nanti kita cerita lain. 




Meh sini, Melati nak ceritakan sal trip superb to Bangkok. 

Next year, selain trip to Pattaya yang Melati dop beria-ria bercerita tu, Shaklee ada tawarkan trip superb to Bangkok sebagai reward kepada Shaklee Independent Distributor (SID). Bunyiknya macam best, kan?

Actually memang best.

Tapi kan, biasalah orang bila dengar je produk MLM, memang akan adalah bunyi-bunyi yang macam ni... 



"Ala... aku pun boleh pergi sendiri, bukan mahal pun"
"Sah-sah kena kejar target, kan? Malas laa nak layan"
"Shaklee bukannya produk yang senang nak jual"

Itu yang Melati dengar bila Melati nak buka mulut bercerita sal trip superb to Bangkok yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Tapi, biarlah. Diorang tak mau. Tak apalah. Melati nak jadi seperti Petani dengan benih-benihnya.


Inilah first time Melati dapat tawaran sebegini. Rasa teruja sangat. 

Macam ni, trip best ini adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat untuk berkongsi kebaikan Shaklee untuk menjadikan komuniti sekeliling kita ni sihat tubuh badan, berjaya dalam pengurusan kewangan dan membina sahsiah diri yang lebih baik. 

Sahsiah diri yang lebih baik tu macam pertingkatkan amalan kerohanian, menjadi orang suka membantu orang lain dan sebagainya. Inilah dia reward  bagi sesiapa yang ada ciri-ciri sedemikian. 


Be A STAR in our upcoming Star Asia Trip 2016


Ini adalah trip yang julung-julung kali Shaklee tawarkan kepada pengedar Shaklee bermula pada Sept 2015 - April 2016. Sebelum ini tawaran melancong ni hanya rank yang lebih tinggi dari senior supervisor.

Ada 4 perkara yang Shaklee akan berikan kepada supervisor yang dapat ikut trip eksklusif ni, antaranya: 

  • Percuma tiket penerbangan
  • Percuma hotel penginapan yang eksklusif
  • Percuma makan dan minum
  • Duit shopping lebih kurang RM6000 (itu bonus 4 bulan sebagai supervisor)

Nak tak? Dengan menjadikan diri kita sihat dalaman dan luaran, ditambah pula kita seronok membantu orang untuk menjadikan mereka sihat dan berjaya. Inilah diantara ganjaran dunia yang kita dapat. 

Pahala di akhirat inshaa Allah berbukit-bukit. Membantu orang tu kan satu ibadah yang amat diredhai dan diberkati Allah. 

Dengan keadaan ekonomi yang merosot ni, Melati rasa macam bertuah sangat sebab ditawarkan tawaran pakej pelancongan sebegini. 

Alhamdullillah. Melancong percuma dan semua expenses ditanggung beres. Hanya bawak badan je.


Selama ni pun, memang Shaklee ada menaja banyak percutian dan umrah percuma yang bermula dari tahun 1998 lagi. Shaklee never stop dan never skip dalam bab-bab macam ni.

Setiap tahun pasti ada. Bagi tahun 2015 ni, mereka yang sudah bekerja keras untuk membantu mempertingkatkan ekonomi keluarga dan membantu orang lain untuk lebih sihat dan berjaya akan dibawa terbang ke Itali pada bulan November ini. 

Tahun depan, ke Orlando, USA pulak. Wow, bestnya! 


Shaklee telah pun memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk semua trip superb VVIP percuma sebegini. Memang berbaloi sungguh, kan?

Meh layan video sat.




Macamana nak ke sana?

Antara kriterianya: 

1. Anda adalah ahli Shaklee

2. Anda telah pun memegang pangkat supervisor pada Disember 2015
3. Anda mesti kekal momentum sebagai supervisor secara efektif selama 4 bulan.

Then cukup syarat-syarat tu, boleh la kita terbang beramai-ramai ke Bangkok. Yahooo... jom kita.



Gambar hitam putih ni sebab Melati nak ada rakan partner yang sama-sama nak bantu masyarakat di luar sana menjadi sihat dan berjaya, untuk kita sama-sama terbang gembira ke Bangkok


Jom bersama Melati berganding bahu saling membantu membina hidup yang bahagia


Peluang Jana Income Online

WhatsApp Melati 011-2083 1086


10 September, 2015

90% Orang Tak Faham Konsep MLM di Malaysia


Teringat sewaktu mula-mula daftar menjadi rakan bisnes MJ atau nama penanya Mak Jemah pada 12 Februari 2015 yang lalu.



"Serius ke ni Mak Jemah, boleh berjaya ke wat menda ni? Ini je duit yang saya ada." 

Gusar jugak sebenarnya. Mau taknya, hanya tuhan saja yang tau, apa perasaan Melati pada waktu tu. 


Itu je duit simpanan yang Melati ada selepas banyak menda yang terjadi sebelum ni. 


Nak tau kisahnya, boleh baca kat entry Siapa Melati.


3 sebab utama kenapa Melati sanggup join MJ



  • percaya dengan produk yang memang berkesan dan dipercayai ramai.
  • mencari pendapatan tambahan untuk tampung kos sara hidup.
  • Ada group coaching dan mentor yang akan memberi bimbingan untuk berjaya dalam biz.


Melati memang tak tau la plaks syarikat MJ ni adalah Multi Level Marketing atau dikenali sebagai MLM atau pun Network Marketing. 


Rupa-rupanya syarikat MJ ini adalah perintis kepada MLM yang ada di seluruh dunia ni. Hebat tul, kan? 




Apa konsep MLM ni sebenarnya?

Berdasarkan pembacaan dari Buku Nutrisi Shaklee, katanya, MLM ni adalah perkongsian. 

Orang yang ada karektor suka berkongsi pasti akan berjaya dalam MLM. 



Mereka akan sentiasa menyebarkan kebaikan. Itulah konsep MLM sebenarnya. 


MLM bukannya menjual barang. 


Bukannya mendesak orang untuk membeli barang dan memaksa orang menjadi ahli. Bukan begitu caranya. 

MLM bukannya skim piramid, scam, pak mantelo dan sememangnya bukanlah organisasi penipuan.  


MLM adalah cara kita menyebarkan kebaikan tentang sesuatu produk dan berkongsi peluang atas dasar untuk membantu orang. 



"Contohnya: 

Melati  kongsikan tentang kebaikan vivix untuk pesakit diabetis. Kemudian, pesakit tersebut nak beli vivix ni. 


Da beli, Melati ceritakan pulak tentang kebaikan syarikat yang Melati bawa ni dan peluang-peluang yang ada seperti dapat diskaun sekiranya jadi ahli, dapat cash bonus, car bonus, trip percuma dan sebagainya.


Dan sekiranya pesakit diabetis tu setuju, Melati kongsikan pula cara-cara untuk menyebarkan kebaikan vivix ini kepada orang lain pula. "

Inilah konsep MLM sebenarnya. Membantu sesama kita untuk sama-sama berjaya dalam bisnes yang dijalankan. 

Bukannya memancung, tikam belakang atau bermain dengan taktik kotor untuk berjaya dan dipandang tinggi. 


Kebanyakan orang salah faham tentang MLM ni. 


Kata Guru Amirul dalam Vlog di Youtube, 100% orang tak faham MLM di Malaysia. 90% pula yang da masuk MLM pun masih tak faham apa itu MLM. 


Sebab tu lah, ada ramai di kalangan kita, bila dengar je MLM, semuanya fobia. 

Kalau tak kerana segelintir pihak yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakan konsep MLM, pasti MLM akan diterima oleh seluruh masyarakat dunia. Betul tak?

Donald Trump pun sanggup buat MLM sekiranya syarikat miliknya bankrap, tau. 


Kata Ustaz Azhar Idrus pula, MLM yang haram adalah MLM yang hanya mencari ahli baru tapi tiada produk yang "dibawa". 


Itu memang salah dari segi hukum syarak. 


Ini adalah kerana ia hanya menguntungkan pihak atas sahaja, sedangkan pihak bawah yang bekerja keras, bertungkus lumus ini, akan mengalami kerugian sekiranya syarikat tersebut bankrap atau lingkup. 




MLM ini juga boleh juga diibaratkan seperti Petani dan biji benihnya. Meh layan sat citer ini. 





Itu sahaja yang dapat Melati kongsikan cerita sal MLM ni. 


Setiap kejayaan, adalah bermula dengan usaha. 


Mana ada kejayaan datang bergolek pada kita kalau kita tau mengeluh dan mengomel je. 

Jom berusaha dan berusaha... untuk hasil yang berganda. Barulah namanya usahawan..

Tak gitu?



Sentiasa berfikiran positif dan ghairah untuk menyebarkan kebaikan. 


Insha Allah, kejayaan pasti milik kita dan MLM akan diterima pakai semula oleh masyarakat kita.

09 September, 2015

Ketahui 8 Tips Jana Side Income Online




Pernah dengar pasal WAHM tak? 

"Work At Home Mom"

Sekarang ni da semacam trend. Semua orang mencari side income untuk bayar itu ini. 

Apa taknya nak bersembang pun kena bayar, nak tengok tv pun kena bayar, nak masuk bilik air pun, kena bayar. 

Dahsyat, kan?



Sejak-sejak Government Service Tax (GST) diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada April 2015 yang lalu ditambah pula dengan harga barang yang semakin meningkat, nilai ringgit Malaysia yang semakin menurun, hal-hal yang sebegini yang menambahkan dada menjadi sesak, kan? 

Mana taknya, pendapatan isi rumah semakin mengecil dan perbelanjaan pula, hari demi hari semakin meningkat.



Semua orang ada sebab kenapa nakkan duit lebih selain nak membayar itu ini. 


Mana yang bujang ada sebabnya, mana yang baru berkahwin pun ada sebabnya, begitu juga yang da berkeluarga even yang bersara pun ada sebabnya. Semuanya nak ada side income. 

Sehinggakan apa saja tawaran, iklan, atau apa yang membujur lalu, melintang patah, semua nak dicuba. 

Duit yang ada cukup-cukup untuk perbelanjaan, ada sikit-sikit dalam tabung pun, sanggup gamble dengan harapan, impian menjadi kenyataan. 

"Ada ke kerjanya yang goyang-goyang kaki, duit masuk ribu-ribu?"

Mana-mana kerja sekalipun, memang memerlukan tenaga empat kerat ni. 

Tak adanya duit turun dari langit masuk ke dalam akaun tanpa sebarang usaha. 

Semuanya bermula dengan usaha dan usaha. Usaha mesti berterusan selain bertawakal kepada Allah SWT. 

Nak menipu pun, usaha jugak. Usaha cara haram. Nauzubillah. 




Ini doa murah rezeki yang banyak diamalkan di kalangan WAHM yang berjaya. 


Diamalkan selepas menunaikan solat Tahajud di awal dinihari dan diamalkan juga sebagai zikir harian. 

Ini pun namanya usaha juga.


Allah itukan Maha Adil. Sesiapa yang berusaha, dialah yang dapat. 

Yakin padaNya, insha Allah, rezeki yang sedikit menjadi banyak. 

Mana yang payah, menjadi mudah. Mana yang tersembunyi, muncul menjadi peluang yang baik untuk kita membina hidup yang cemerlang dan gemilang di dunia dan di akhirat. 




Jom layan dulu tips-tips WAHM yang dah berjaya ni.


Intipati klip video tips WAHM yang berjaya ni antaranya : 

  • Perlu tahu apa tujuan dan matlamat kita
  • Ada jadual harian, jadual mingguan, bulanan dan perancangan long term
  • Ada to do list setiap hari
  • Bijak uruskan masa dan bahagikan serta gunakan masa sebaik mungkin 
  • Perlu ada disiplin dan enjoy dengan apa yang kita buat



Lagi tips nak cari side income online?


9 sebab mengapa Shaklee


Banyak benefit yang ditawarkan, sebab Shaklee ini merupakan MLM yang pertama di dunia



Diundang untuk hadir  dalam group khas bagi sesi perkongsian tips kejayaan dan strategi perniagaan


Personal coaching dengan mentor.


Tapi, yang paling paling bestnya, dalam pemasaran Shaklee, sapa yang rajin, dialah yang dapat lebih. 

Tiada orang yang makan untung atas angin. Usaha dan usaha.

Meh layan sat video tips biz online...






Berminat nak menyertai bisnes online dari rumah bersama Melati? Isikan borang ini supaya boleh Melati terus hubungi anda.


SID : 1183675
WhatsApp Melati +6011-2083 1086



08 September, 2015

Sticky


Pernah dengar tak pasal STICKY candy? Melati baru je cuba-cuba rasa Sticky ni. 

Rasanya masam-masam manis bergantung pada apa perisa yang kita pilih. 

Itu pun, selepas berkali-kali Inas, anak sulung Melati minta belikan. 

Melati tak berapa gemarkan gula-gula. Kalu coklat tu boleh la. Tapi gula-gula ni bagi Melati boleh buatkan gigi kita sakit, kan. 

Tambah-tambah tabiat Melati kalau makan gula-gula, Melati suka mengunyah. 

Melati tak suka kemam-kemam atau hisap, bimbang lidah terluka dek hisapan gula-gula.

Kat Alamanda ni ada satu outlet Sticky. Tapi, tak pernah pulak, Melati tergerak hati nak singgah. 

Tapi lain pulak ceritanya semasa on the way nak balik ke Terengganu tempohari. 


Kalau tak kerana Inas yang beria-ria sangat bercerita tentang Sticky ni tak de maknanya Melati nak singgah. 


Katanya Sticky ni ada banyak perisa, contohnya kalau kita nak perisa nasik lemak, Sticky tu memang betul-betul rasa sebijik macam nasik lemak. 


Aiii...betul ke?


Dan dan Melati bergegas masuk ke outlet Sticky KLIA2. 

Humang aii, mana ada perisa nasik lemak, kak oi...! 

Yang ada perisa I Love U, I'm Happy, I'm in Love, Pepsi, Durian, Mangga dan macam-macam perisalah dengan pelbagai corak dalam Sticky candy yang dipotong bulat kecik-kecik tu. 

Memang cute sesangatlah. Time tu, diorang pulak tengah wat promosi corak Dinasour. Melati grab perisa I Love U. 

Ada macam-macam corak emoji dan perisa dalam satu botol tu. Best!!!...


Sejarah Sticky di Malaysia

Sticky ini berasal dari Australia yang mana ia telah diperkenalkan oleh David King yang pada mulanya bekerja sebagai peguam. 

Betapa sedapnya Sticky ni, bermula dari Australia kemudian menular ke Hong Kong, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, dan seterusnya bertapak di Malaysia pada November 2009. 

Katanya, bahan-bahan Sticky ni bebas lemak haiwan dan tiada langsung kandungan gelatin.

Perisanya pula patuh kepada Quality Food Standard dan ia adalah perisa semulajadi yang diimport terus dari Sydney, Australia. 

Patutlah harganya cukup mahal. Untuk satu botol Sticky 25g pun da mencecah belasan ringgit. 

Sticky ini juga boleh tahan selama 6 bulan selagi tidak disimpan dalam peti sejuk atau tidak terdedah pada haba ataupun pancaran matahari. 

Jom kita selongkar skit, apa yang best sangat tentang Sticky ni. 



Apa yang istimewanya Sticky ni?

Sticky ini lain dari yang lain. 

  • Selari dengan moto gula-gula buatan tangan, Sticky diperbuat di hadapan orang ramai. Ada bermacam-macam corak yang unik dan menarik. Pening kepala jugak lah nak pikir camna corak tersebut dibentuk. 
  • Ianya juga boleh ditempah mengikut citarasa dan design apa yang kita nak. Amat sesuai sesangat sebagai goodies untuk majlis-majlis keraian dan kenduri-kendara. 
  • Terhad kepada 14 huruf dan 6 kilogram ke atas sahaja yang diterima tempahannya. Sticky tersebut boleh disiapkan seawal dua minggu dari tarikh tempahan. 
  • Sticky juga boleh dibeli secara online sekiranya peminat Sticky candy ini berada di luar kawasan outlet.




Pada sesiapa yang nak merasa Sticky candy ni secara percuma, boleh la ke outlet yang terletak di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.  

Kuala Lumpur
  • Suria KLCC
  • Pavilion, Bukit Bintang
  • The Gardens Mall, Mid Valley City


Selangor
  • One Utama, Bandar Utama
  • Sunway Piramid, Bandar Sunway
  • Paradigm Mall, Kelana Jaya
  • Gateway KLIA2, Sepang


Pulau Pinang
  • Queensbay Mall, Bayan Lepas


Johor
  • JB City Square, Johor Bharu


Sabah
  • Imago KK Times Square, Kota Kinabalu


Putrajaya
  • Alamanda
Hanya ini sahaja yang dapat Melati kongsikan apa yang Melati baca dari laman web Sticky Malaysia setelah merasa sendiri Sticky. 

Ermm...memang sedap tapi memang lambat jugaklah nak abih. 


**Pic dari laman web Sticky Malaysia