31 July, 2023

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

 

Ini adalah manuskrip dari Ceramah Menjelang Kiamat, Dr Mat Rofa.  Adalah disarankan apabila membaca manuskrip ini disulami dengan alunan muzik @PhilRey Gibbons.



Katastropi menjelang kiamat Dr Mat Rofa

Ceramah ini adalah tentang peristiwa besar yang bakal berlaku dalam konteks kemusnahan total seperti yang difirmankan Allah Taala yang mana ia melibatkan peristiwa yang akan berlaku di langit, di bumi, yang bakal terjadi pada bintang dan juga persekitarannya.

Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.

(Al-Ahzaab 33:63)

Katastropi menjelang kiamat Dr Mat Rofa

Dari Hadis Riwayat Al-Bukhori dan Muslim, Rasullullah bersabda,  

"Saya diutuskan, jaraknya dengan Hari Kiamat umpama jarak antara dua jari ini (jari tengah dan jari telunjuk) yang bermaksud Hari Kiamat dan Rasullullah tiada ada jarak lagi. Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang terakhir. Tiada lagi nabi yang membawa mesej baru."

Katastropi menjelang kiamat Dr Mat Rofa

Allah berfirman lagi: 

"Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".

(Al-A'raaf 7:25)

Kita bukannya hidup dengan sia-sia, malah suatu masa nanti, kita akan dipersoalkan di Hari Akhirat dan kita juga turut diberikan ganjaran ataupun sebaliknya, Sesiapa yang berbuat kebaikan akan mendapat ganjaran contohnya 10 markah. Sebaliknya, sesiapa yang berbuat keburukan, tidak dibalas melainkan setimpal dengan perbuatannya, dan sesungguhnya Allah tidak sesekali menzalimi makhluknya.

Katastropi menjelang kiamat Dr Mat Rofa

Bumi kita ini kecil sahaja jika dibandingkan dengan kosmos yang sangat luas dan besar. 

Katastropi menjelang kiamat Dr Mat Rofa

Inilah bumi kita yang tersangat kecil.

Katastropi menjelang kiamat Dr Mat Rofa

Siang dan malam kita alami setiap masa dan ketika.

Katastropi menjelang kiamat Dr Mat Rofa

Bumi kita ni ada dua Utara iaitu True North dan Magnetic North. True North sentiasa kekal tidak berubah. Tetapi Magnetic North sentiasa berubah-ubah kedudukannya. Sejak tahun-tahun terakhir ini, ia semakin berubah jauh dari kedudukan asal.

Katastropi menjelang kiamat Dr Mat Rofa

Pada tahun 1970, Magnetic North ini telah berubah sekitar 10km setahun. Tetapi pada tahun lepas, Magnetic North telah bergerak sejauh 200km. Fenomena ini amatlah menakutkan dan menggerunkan para saintis.


Apakah akibatnya?
Apabila Magnetic North ini berubah dengan sebegitu drastik, bumi kita menjadi tidak stabil dan suatu masa nanti bumi pasti terkeluar dari landasan orbit. Gempa bumi yang terjadi akan menambahkan lagi ketidakstabilan bumi ini. 

Katastropi menjelang kiamat Dr Mat Rofa

Sekarang ini, perubahan cuaca turut berlaku dengan drastik sekali. 

Arab Saudi yang dulu bergurun tandus telah menerima hujan lebat dan salji yang banyak, contohnya seperti Tabuk.  Pada Januari 2023, yang mana salji telah turun dengan banyaknya. Ini adalah sifat iklim Kutub Utara tetapi telah berlaku di Arab Saudi. Manakala di Kutub Utara pula, glasier mula mencair. 

Ini menandakan bumi kita ini telah menghampiri penghujung hayat perjalanannya.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Sekiranya Kutub Utara bertukar perlahan-lahan menjadi Kutub Selatan, lama-kelamaan matahari bakal naik dari Barat, bukan lagi naik dari Timur.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Dari Hadis, Rasullullah SAW bersabda, 

"Tidak berlaku Hari Kiamat sehinggalah matahari keluar dari arah Barat. Apabila manusia melihat matahari timbul dari Barat, pintu iman tertutup dan orang yang beriman setelah itu, maka imannya tidak akan dikira lagi yakni pintu taubat telah pun tertutup".

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Di Semenanjung Arab, petir telah berlaku pada Disember 2022 dan Januri 2023, dan ini bukanlah sifat iklim di gurun ataupun padang pasir. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Bumi Arab Saudi telah bertukar menjadi hijau malah gunung-ganang di Mekah telah menghijau. Ini pun salah satu tanda-tanda bumi kita tidak stabil lagi.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Di Tabuk, salji turun dengan banyaknya dan unta-unta tahu erti kesejukan salji. Orang Arab pula bersukaria dan berpesta malah beriadah di tempat yang sejuk. 

Suatu masa dulu, Tabuk merupakan salah satu medan peperangan antara Rom dengan Rasullullah SAW. Namun tentera islam telah menang mutlak ke atas peperangan tersebut kerana tentera Rom berundur tanpa berperang. 

Dan pada waktu itu juga, Tabuk merupakan satu kawasan yang tandus, kering kontang dan tiada langsung sumber air. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Jadi, Rasullullah SAW telah meminta sahabat mencari air walaupun Baginda Rasul SAW tahu perkara itu sukar untuk dijumpai. Berkat kesungguhan para sahabat, air yang sedikit itu ditemui dan sahabat memasukkannya ke dalam bekas seterusnya dibawa kepada Rasullullah. 

Subhanallah, dengan mukjizat Rasul, Rasullullah SAW memasukkan jarinya ke dalam bekas air tersebut, maka terpancarlah air dari celah-celah jari Baginda Rasul SAW. Dan itulah satu-satunya air yang paling mulia di atas muka bumi ini. 

Rasullullah SAW juga turut bersabda, 

"Wahai Muaz, jika usiamu panjang, di mana tempat saya berdiri ini, pasti akan bertukar menjadi kebun buah-buahan yang banyak". 

Benar! Kini Tabuk telah menjadi ladang buah-buahan yang sangat luas dan subur, yang mana salji dan hujan turun di Tabuk  yang telah membentuk kolam dan sungai.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Satu syarikat besar telah ditubuhkan untuk membuka dan mengusahakan ladang-ladang buah-buahan yang luas  di Tabuk. Tabuk mempunyai ladang buah-buahan yang terbesar di dunia dengan keluasan 1.4 juta hektar.

Inilah salah satu mukjizat Rasullullah SAW. 

Di sini, buah-buahannya adalah yang terbaik seperti anggur, buah tin dan gandumnya bertangkai sangat panjang. Dengan itu, Saudi telah berjaya mengeksport tanaman gandum ke Amerika. Ini semua hasil ladang tanaman pertanian di Tabuk. 

Jadi, lawatilah Wilayah Tabuk ini untuk kita lihat dan hayati mukjizat Rasullullah SAW yang berkaitan dengan Hari Kiamat.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Di Tabuk juga, tanaman buah delimanya sangat manis. Begitu juga dengan buah anggur dan zaitun. Ladang Tabuk ini diusahakan oleh dibuka oleh Sheikh Sulaiman bin Abdulaziz Al Rajhi yang merupakan seorang yang sangat dermawan. Beliau juga adalah pemilik bank islam terbesar di dunia, iaitu AlRajhi Bank. Bank ini mempunyai 600+ cawangan tersebar di Utara, Selatan, Timur dan Barat dunia termasuklah di Malaysia. 

Bagi menggambarkan tuan punya syarikat perladangan di Tabuk ini adalah seorang yang dermawan, apabila dirinya diisytiharkan sebagai salah seorang umat islam yang paling kaya oleh Forbes dengan kekayaan 2.1 billion pada tahun 2015, beliau serta merta mendermakan semua wangnya kepada pembangunan umat islam, salah satunya dengan membina Universiti AlRajhi dan Masjid Al-Rajhi di Riyadh.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Selagi bumi Tabuk tidak bertukar hijau, tidak akan berlaku Hari Kiamat. 

Sekarang bumi Arab telah diselimuti dengan kehijauan, penuh dengan anak-anak sungai seperti mana yang turut berlaku di Jeddah dan Madinah. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Tetapi berlainan pula dengan bumi Afrika. 

Contohnya di Afrika Selatan yang dulu buminya subur, kaya dengan sumber air dan tanaman yang banyak sehinggakan Afrika merupakan pengeksport utama dunia. Kini bumi itu, telah menjadi kering kontang dan ketandusan. 

Fenomena ini  menggambarkan bumi kita telah menjadi tidak stabil. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Begitu juga yang berlaku di Eropah yang sejuk suatu masa dulu. 

Kini sungai-sungainya mula mengering. Sungai utama di Eropah iaitu Sungai Danube, dan Venice sudah kering. Eropah bakal menjadi seperti bumi Arab. Puncanya adalah perubahan North Magnetic yang drastik.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Gambar menunjukkan bumi kita berputar dengan ligat di orbit. 

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-A'raaf 7:54)

Saintis mengatakan yang Allah menciptakan bumi berputar sehari adalah 2 jam, lama-kelamaan putarannya menjadi 24 jam. Selepas 24 jam, putarannya akan bertambah menjadi 26 jam sehinggalah bumi kita ini terhenti berputar. Maknanya putarannya makin lama makin perlahan. 

Jika ianya terhenti, yang mana tempatnya siang, ia akan siang selama-lamanya dan yang mana tempatnya malam, ia akan malam selama-lamanya. 

Sehingga kini, bumi kita ini, hari demi hari, semakin lama semakin perlahan putarannya.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Jangkaan saintis, bumi ini akan berhenti berputar.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Bagi mengelakkan bumi kita berhenti berputar, Allah menciptakan kejadian gempa bumi bagi meningkatkan kembali momentum putaran bumi. Bayangkan bumi kita,  sebiji gasing yang berputar. 

Gempa bumi yang dahsyat yang telah berlaku di Turki dan Chile adalah untuk meningkatkan momentum pusingan bumi. Jika tidak, bumi akan berhenti. Namun dengan rahmat Allah Taala, dengan kematian hampir 1 juta, masih ada berbillion makhluk Allah yang masih hidup. 

Di dalam satu hadis, salah satu petanda Hari Kiamat adalah jarak masa yang sangat dekat dari sehari ke sehari dan kekerapan gempa bumi yang terjadi pada bumi kita.  

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Ketika gempa bumi yang telah berlaku di Chile, bumi kita telah terkeluar dari axis. para saintis sangat terperanjat dengan fenomena ini dan telah menyangka yang dunia ini akan hancur. Namun begitu, dengan rahmat Allah, bumi kita dikembalikan ke landasannya semula.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

NASA juga telah membuat satu simulasi iaitu dengan satu planet seperti matahari, dikelilingi oleh planet-planet yang lain termasuklah planet Bumi. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Tidak berlaku Hari Kiamat,  selain gempa bumi yang kerap terjadi dan sehinggalah tercetusnya satu peperangan besar di antara dua kumpulan yang mana ia menyebabkan kematian yang banyak.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Positifnya, dengan gempa bumi tersebut, bumi kita kekal berputar.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Kemusnahan yang tidak dapat kita bayangkan iaitu pada Januari 2023, NASA telah megkaji bumi kita. Bumi ini ada 7 lapisan, dan teras paling tengah namanya Inner Core.

Bumi berpusing dan Inner Core juga turut berpusing dengan halaju yang berbeza. Namun kini, pusingan Inner Core telah terhenti sama sekali. Para saintis berasa sangat bimbang, kerana jika Inner Core ini berpusing secara terbalik, apa akan jadi kepada bumi kita nanti. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Jika Inner Core terkeluar dari perut bumi maka matahari pun akan padam. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Di dalam AFP News Agency pun ada mengatakan yang Inner Core bumi yang bersaiz sebesar Pluto itu telah berhenti pusingannya dan saintis tidak pasti samada ia akan berpusing secara azali ataupun secara terbalik.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Bila akan berlaku matahari keluar dari Barat?

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Pusingan bulan juga makin hari makin menjauh dari bumi.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Setiap tahun, bulan semakin jauh dan suatu masa nanti, bulan akan terlucut terus dari tarikan graviti bumi. Bulan akan terus menuju ke Matahari. Saintis-saintis percaya dan di dalam Al-Quran juga turut ada dalil tentang bulan akan pergi menuju ke Matahari. 

Maka dengan ketiadaan bulan, bumi menjadi tidak stabil dan ketidakstabilan bumi ini akan melanggar planet-planet lain yang berdekatan. Itulah Hari Kiamat.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

(Al-Qiaamah 75:9)



Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Bumi kita ini telah dilindungi oleh beberapa lapisan yang banyak untuk menahan dari bakaran sinaran matahari. Namun begitu, lapisan ozon yang mana lapisan yang paling dekat dengan bumi kita telah rosak dan bakaran matahari yang telah menembusi atmosfera kita. Kepanasannya tiada tara. Ia tersangatlah panas. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Dah la panas dengan panasnya mentari, manusia turut merosakkan ozon, dengan membakar hutan yang ada.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Selain itu, manusia juga turut berperang dan kilang-kilang membebaskan banyak asap udara tercemar iaitu karbon monoksida Kerana itulah, makin hari lapisan ozon mula rosak dan berlubang dan keadaan ini membenarkan kemasukan cahaya matahari yang lebih banyak. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Akibatnya, ais mencair, paras laut naik secara perlahan-lahan. Ada beberapa tempat di peta dunia ini akan tenggelam contohnya seperti Belanda dan Jakarta disebabkan ais yang mencair di hujung dunia.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Lapisan ozon yang berlubang di Artik.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Ozon yang berlubang.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

UVA, UVB dan UVC yang masuk ke atmosfera bumi namun ianya tidak dapat keluar.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Ais mencair.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Negara yang paling banyak melepaskan karbon monoksida adalah China, Amerika, India dan Rusia. Amerika telah membuka kilang-kilang perindustrian di Malaysia, Indonesia, Thailand. Kononnya atas dasar pemindahan teknologi padahal itu adalah pemindahan pencemaran. 

Lambakan pencemaran ini telah berlaku disebabkan Dasar Alam Sekitar Malaysia yang amat lemah. Bermula dari Pasir Gudang hinggalah ke Juru, kilang-kilang telah mencemarkan udara Malaysia. Manakala,  Thailand telah sedar perkara ini dan mereka telah meletakkan peraturan-peraturan yang sangat ketat.   

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Dalam satu persidangan dunia, negara-negara besar ini langsung tidak ingin mengurangkan pengeluaran karbon monoksida malah Malaysia dan Indonesia pula yang diminta untuk berbuat sedemikian.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Akibatnya, tanaman mati seperti gandum di Kazakhstan dan Afrika. mati disebabkan kemarau.

Bangladesh cair aspal

Ia juga berlaku di Bangladesh, kepanasan ekstrem menyebabkan tar mencair. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Perkara yang paling menakutkan jika matahari membakar lebih dari biasa yang dinamakan Geomagnetic Storm. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Ini adalah gambar NASA yang menunjukkan pembakaran luar biasa matahari. Gas matahari terdiri daripada gas Hidrogen dan Helium. Jika matahari sudah kehabisan bahan bakarannya, ianya akan padam. 

Itulah yang akan berlaku kepada matahari suatu masa nanti. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Pada 20 Mei 2023, lidah matahari telah sampai ke Venus. Para saintis percaya yang lidah matahari akan sampai juga ke Bumi suatu masa nanti. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Matahari membakar Venus. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Pada Januari 2023, bumi Saudi telah menjadi sangat sejuk, sedangkan bumi itu pernah mencapai kepanasan ekstrem sehingga mencecah 43c. Australia juga telah mencapai kepanasan sehingga 51c, sehingakan hutan boleh terbakar secara tiba-tiba.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Di Negara Balkan, tasik-tasik mula mengering contohnya Laut Aral di Kazakhstan dan Sungai Furat yang sudah kering sama sekali.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Di sinilah bermula tamadun yang besar, Sungai Furat, menjadi kering kontang dan banyak tanaman mati mengakibatkan kebuluran kepada negara Syria dan Jordan.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Rasullullah SAW bersabda, 

"Sungai Furat hampir kering, sungai ini akan mengeluarkan emas yang sangat banyak. Orang yang beriman dilarang untuk mengambil emas yang melimpah-limpah tersebut."

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Turki telah mendapat emas yang banyak dari Sungat Furat yang kering. Aliran Sungai Furat bermula dari Turki hingga ke Iraq. Turki tetap ambil emas tersebut walaupun telah dilarang oleh Baginda Rasullullah SAW, malah ramai orang Iraq mula bekerja pencari emas kecil-kecilan. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Laut Galilee atau Tasik Tiberias, yang mana di sini telah menyaksikan perjalanan Nabi Isa as di atas air. 

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Tasik ini akan kering menjelang kiamat.

Katastrofi Menjelang Kiamat - Dr Mat Rofa

Ini Tasik Tiberias. Sekarang ia hanya tinggal dasar.

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Setiap bintang yang bersinar akan padam. 

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Gambar dari Spectrometer menunjukkan usia bintang-bintang di langit. 

Warna putih dan biru adalah bintang baru. Warna kuning merupakan bintang dewasa. Warna merah pula adalah bintang tua dan hampir mati  Sebelum ia mati, ia mengembang dan membakar dengan luar biasa. Jadinya matahari sekarang berada dalam fasa hayat terakhir.

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Matahari yang hampir padam, warna spektrumnya bertukar kepada kuning kemerah-merahan. Ini kerana ia telah membakar berjuta-juta tan hidrogen dan helium secara percuma untuk menerangi bumi ini. Tak lama lagi matahari akan padam dan pecah berkecai.

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Komposisi matahari sekarang sudah ada Karbon, Mg, Ferum dan Silicon. Ini membawa maksud yang matahari itu sudah sangat tua. 

Jadi apakah persediaan kita untuk menghadapi keadaan selepas padamnya matahari? 
Adakah kita bersyukur dengan nikmat adanya matahari yang menerangi bumi kita dengan percuma?

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Ini adalah simulasi yang mana apabila suatu objek yang terbakar, gas akan tetap berkurangan secara expensial.

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Matahari akan padam pada bila-bila masa, kerana ia telah membakar lebih dari biasa.

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Bagi bintang yang kehabisan gas, ia akan meletup pecah berkecai. 

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan; Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya; Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, - Dengan dosa apakah ia dibunuh? Dan apabila surat-surat amal dibentangkan; Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya; Dan apabila neraka dinyalakan menjulang; Dan apabila Syurga didekatkan; (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;

(At-Takwiir 81:1 - 15)

Air juga boleh membakar. Faktanya, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya memecahkan molekul air untuk dijadikan tenaga. maknanya benarlah air boleh membakar.

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Demi bintang semasa ia menjunam, - Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

(An-Najm 53:1 - 4)

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Bintang akan hancur dan akan menjadi meteor yang bertebaran di langit.

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul; Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;

(At-Takwiir 81:15 - 16)

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.

(Al-Muzzammil 73:14)

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

(Ar-Rahmaan 55:26 - 27)

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

(Al-Anbiyaa' 21:104)

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Bumi kita akan dimusnahkan dan kita bakal dipindahkan di tempat yang kekal abadi.

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Apabila langit terbelah; Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, - (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya. Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? - (Al-Infitaar 82:1 - 6)

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

(Al-Anbiyaa' 21:1)

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Bagi orang yang cerdik pandai, akan memilih hidup yang kekal abadi iaitu Negeri Akhirat. Pada mereka, dunia ini hanya kenderaan untuk menuju ke sana.

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.

(Maryam 19:71 - 72)

Waktu di Hari Akhirat nanti, kita semua akan melalui titian Siratulmustaqim. 

"Kami akan selamatkan orang yang bertakwa, orang yang zalim akan jatuh menjunam ke dalam lautan neraka." 

Moga-moga kita dan generasi  kita akan diselamatkan dari jatuh ke dalam neraka.

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

katastropi menjelang kiamat dr mat rofa

Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -

(Az-Zumar 39:71 dan 73)

Golongan kafir akan dihunjam ke dalam neraka. 

Golongan bertaqwa pula akan sampai ke Syurga di mana pintu itu sedia terbuka dan para penjaga mengucapkan salam; 

"Kamu adalah orang yang berbahagia dan masuklah ke dalam Syurga yang kekal abadi ini."



#spreadlove Putrajaya