31 December, 2013

Poster : Cerminan Diri

 

Poster  Cerminan Diri

Hidup itu seperti sebuah cermin. Ia akan tersenyum kepadamu hanya jika kamu tersenyum kepadanya.

25 December, 2013

Tafsir Surah Adz-Dzariyaat (51) - Ayat 9 (Hari Kiamat pasti akan terjadi)

Surah ini menyentuh tentang rezeki. Maksud surah ini adalah tentang kebangkitan semula manusia. Setiap perbuatan ada pembalasannya. 


Ayat 9

"dipalingkan daripadanya, orang yang dipalingkan."


Tafsir : 

Kerana degil, Allah akan palingkan mereka dari menerima hidayah dan mereka akan bertindak mengikut hawa nafsu. 

Mereka juga tidak melihat kejadian alam ini dengan mata hati dan siapa penciptanya. Maka, mereka tidak akan menerima hidayah. Kerana tidak mahu memikirkan siapa penciptanya, maka jika disampaikan wahyu kepada mereka, maka mereka juga akan menolaknya.

03 December, 2013

17 Tips/Tricks mykitchen ❤️

1) nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: 

rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih


2) nak elak ikan goreng melekat kat kuali; 

panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik


3) nak sambal merah sedap cantik; 

masak lada lama + gunakan gula merah


4) nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi


5) kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurangkan rasa masin tu letaklah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah


6) nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau...nak masak baru basuh


7) daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.. gila kau


8) merangup kan timun untuk buat jelatah timun, potong siap2 timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas...kesan nya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun


9) nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam... nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik2 kan nasi tu dan tutup sampak berwap


10) nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais


11) nak kopek telur selepas direbus, lepas rebus sejukkan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..


12) nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit... masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing


13) nak merangupkan ayam goreng hendaklah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam


14) nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal dimasak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.


15) nak simpan tauhu supaya tahan lama, rendam tauhu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu... so anda pun baru tahu hari ini


16) Kadang-kadang terbubuh  banyak air sehingga sup menjadi cair. kurenglah..nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek... sup lebih sedap/pekat tau


17) Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. buat setiap bulan. mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye.




02 December, 2013

Khasiat Kunyit Muda🍍

Mungkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda menaikkan seri wajah seseorang. Untuk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. 


Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. 


Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan.







01 December, 2013

Poster : Syukur dengan Ujian

 

Poster  Syukur dengan Ujian

Di saat Allah memberi ujian, 

diamlah seribu bahasa. 

Senyumlah tanpa kata, 

rasai nikmat ujian dari Allah kerana ujian itu tanda Allah sayang kepada kita. 

Tambah pulak masih ada yang ambil berat pasal kita. 

Syukur dengan apa yang ada.




30 November, 2013

Poster : Sabar

Poster  Sabar

Ketika berasa susah di dunia ini sabarlah...

Kerana ia hanya sementara.

Ketika diberikan kesenangan di dunia ini jangan bangga dan sombong, 

kerana ia juga sementara...




29 November, 2013

Atasi Sakit Tumit Kaki

Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat. 


Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kualai menggunakan api yang sederhana besar. 

Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. 

Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. 

Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.



 


28 November, 2013

Belimbing Buluh Ubat Darah Tinggi

Belimbing Buluh Ubat Darah Tinggi

Belimbing buluh bukan saja kaya vitamin C malah ia boleh dijadikan pencuci mulut selepas makan walaupun rasanya sedikit masam. 


Selain itu, ia juga boleh dijadikan rencah masakan untuk menambahkan kelazatan makanan terutama apabila memasak gulai lemak cili api ikan sembilan, juga berkhasiat kesihatan. 


Belimbing buluh dikatakan boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda dua biji sehari. 


Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. 


Ketika ini anda juga dinasihat mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.




09 February, 2013

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 4 - 6 (Pemberian Mahar)

 Ayat 4 

Hukum ketiga iaitu Hukum Perkahwinan. 

Wanita yang dikahwini, wajib diberikan mahar (maskahwin).

Pada zaman jahiliyah banyak kezaliman berlaku seperti :

1. Mahar tidak diberikan kepada isteri. Wali yang mengambilnya dan dibuat harta.

2. Mahar diberikan dalam keadaan marah-marah dan tidak puas hati.

3. Ada yang buat-buat lupa dan paksa isterinya lupa.

"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang penuh kerelaan. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya."


Tafsir :

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian.

Pemberian maskahwin itu menjadikan pernikahan itu benar, sah dan halal pada sisi syarak. Pemberian maskahwin hendaklah ikhlas, sukarela, mesra dan senang hati. Tidaklah dengan perasaan kedekut, benci atau terpaksa.

Pemberian maskahwin penting kerana ia adalah hak seorang isteri, bukan hak wali. Sekiranya apa-apa terjadi, itulah harta untuk sara hidup atau kecemasan sekiranya apa-apa terjadi kepada suaminya. Jadi, seorang perempuan perlu bijak dalam perkara ini. 


Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya

Sekiranya si isteri memberikan maskahwin kepada suami, itu hak si isteri sebab itu adalah hartanya. Mungkin ingin membantu suami yang kesempitan wang. Seorang suami boleh mengambil pemberian itu asalkan dengan kerelaan hati dan bukan kerana paksaan atau dihasut.

 

maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.

Jadi terimalah pemberian itu dengan senang hati kerana tiada tegahan syariat.


Ayat 5 

Hukum Kelima iaitu Pengurusan Harta Anak Yatim

Sebelum pemberian harta, perlu diperiksa dahulu samada mereka boleh menguruskan sendiri atau tidak harta mereka. 

Bagi anak yatim yang dari kecil, kita yang uruskan harta mereka, apabila mereka besar, belum bersedia untuk menguruskannya, maka harta itu masih belum layak diserahkan. Penyerahan harta perlulah kepada mereka yang telah bersedia untuk menguruskannya sendiri.

Semasa penyerahan perlulah bersaksi supaya mereka berpuas hati dan kita berlaku adil sekiranya ada ketidakpuasan hati selepas itu.


"Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik."


Tafsir :

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu;

Peliharalah harta yang kamu telah dilantik menjadi penjaga kepada harta yang ditinggalkan oleh wali anak yatim. Penjaga dilantik oleh mahkamah bagi anak yatim yang kecil dan tidak cukup akal untuk menjaga hartanya.

Sebagai penjaga amanah, harta tersebut hendaklah menguruskan amanah tersebut dengan sebaik mungkin seperti menjaga harta sendiri.

Semua harta adalah pemberian daripada Allah untuk digunakan sebagai kelangsungan hidup dan kegunaan oleh masyarakat. Oleh itu, tidak boleh diberikan kepada orang yang tidak bertanggungjawab.

Allah mengajar yang harta itu bukan kepunyaan individu. Harta itu menjadi tanggungjawabnya dan menggunakannya secara berhemah. Sekiranya tidak sebegitu, berkemungkinan dia boleh merosakkan masyarakat kerana lambakan kekayaan.

Ayat ini Allah mengajarkan supaya jangan menyerahkan harta anak-anak yatim selagi mereka belum bersedia dibimbangi harta tersebut dihabiskan begitu sahaja kerana akal mereka tidak dapat menjaganya samada ditipu atau boros.

Harta adalah asas kehidupan. Islam amat menjaga kepentingan harta. Harta diperlukan untuk kehidupan. Tetapi yang menjadi buruk kerana ia digunakan secara salah, lupa diri dan agama kerana diberikan harta yang banyak. 


dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan)

Berikanlah sedikit dari harta itu untuk makan dan pakai mereka (untuk keperluan). Penjaga mestilah bersikap amanah. Belanja yang dimaksudkan adalah hasil keuntungan perniagaan atau pelaburan daripada harta mereka. 


dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Bercakaplah dengan baik yang senang untuk didengar dengan anak yatim yang meminta harta mereka. Layanlah mereka dengan baik dalam segenap hal. Anak yatim memerlukan kasih sayang, bimbingan dan tunjuk ajar daripada seorang wali untuk masa depan mereka.

Kata-kata buruk boleh memecahkan hati yang boleh menyebabkan kesedihan dan perkelahian. 

Syaitan menghasut manusia untuk berkata-kata tidak baik, buruk dan menyakitkan hati untuk menimbulkan permusuhan di kalangan manusia. 

Maka Quran mengajarkan cara berkomunikasi :

1. Kata-kata yang senang difahami

2. Kata-kata yang jelas, tepat, tidak samar-samar dan tidak sorok perkara yang kita tahu.

3. Kata-kata nasihat yang berkesan (sampai ke hati) yang memberi bekas kepada jiwa.

4. Menegur dengan kata-kata yang sesuai. 

5. Ucapan yang lemah lembut. Contoh orang yang meminta dengan kita tetapi kita tidak mampu. Maka berikanlah penjelasan yang mudah difahami dan tidak berbelit-belit. 

6. Bercakap dengan lemah lembut dengan orang yang berbuat kesalahan. Nabi Musa as bercakap lemah lembut dengan Firaun dalam berdakwah. 


Ayat 6 

Sebelum harta diserahkan, mereka perlu diuji samada layak atau tidak untuk menguruskan harta mereka.

"Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah dia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah dia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan)."

 

Tafsir :

Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa).

Anak-anak yatim ini perlu duji dulu samada boros atau tidak. Diuji juga dari segi tanggungjawab samada boleh buat atau tidak. Uji dari semasa ke semasa sehinggalah cukup umur untuk berkahwin. Itu petanda seseorang itu sudah dewasa. 


Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya;

Kita boleh melihat kebijaksanaan mereka menguruskan harta. Jika umur sudah 25 tahun, harta tersebut hendaklah diserahkan kepada mereka. 


dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa.

Sekiranya penjaga amanah miskin, islam membenarkan mereka mengambil sedikit untuk keperluan hidup bukan untuk kemewahan. Ini adalah kerana mereka tidak dapat bekerja seperti biasa kerana menguruskan harta tersebut. 

Mengambil harta anak yatim adalah dosa besar. 

1. Ambil sekadar patut sahaja, jangan israaf.

2. Jangan ambil harta itu cepat-cepat sebelum diserahkan kepada mereka.


Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah dia menahan diri (dari memakannya);

Kalau penjaga amanah seorang yang kaya, tidaklah perlu ambil harta anak yatim tersebut untuk kehidupan dia. Bagaimana nak tahu kaya? Apabila keluar zakat, maka sudah dikira kaya. Tiada istilah upah atas tanggungjawab menjaga harta anak yatim.


dan sesiapa yang miskin maka bolehlah dia memakannya dengan cara yang sepatutnya.

Bagi penjaga amanah yang miskin, setiap perbelanjaan hendaklah direkodkan kerana akan dibentangkan semasa penyerahan harta nanti. 

Janganlah mendekati harta anak yatim kecuali untuk memberi manfaat terhadapnya.


Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka.

Semasa penyerahan sunat ada dua saksi supaya tiada sangka buruk kepada penjaga amanah. Bentangkan perbelanjaan, baki dan pelaburan serta maklumat-maklumat lain. 


Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).

Allah melihat segala apa yang kita lakukan. Allah lah sebaik-baik saksi. Saksi manusia itu sebagai syarat. Allah memberitahu bahawa kita sebagai penjaga, kena jujur dan ikhlas. Kerana Allah mengawasi segala apa yang kita lakukan sebagai penjaga amanah. 

Tugas sebagai penjaga amanah amatlah berat. Kalau tidak mampu, jangan ambil.