31 December, 2014

Poster : Doa Ketika Buntu

 

poster doa ketika buntu

Baca doa ini secara berulang kali ketika terlalu helpless, sudah berusaha pun sudah berikhtiar pun masih buntu. 


"Ya Allah, aku serahkan segala urusan duniaku kepada Mu Ya Allah."




03 December, 2014

Poster : Mensyukuri

Poster  Mensyukuri

Kepada Allah Kita Bersyukur 

Kepada manusia Kita berterima kasih

02 December, 2014

Penjagaan Kulit Muka Bagi Lelaki

1. Membersihkan Kulit Muka

Jika anda tidak dapat mencari masa untuk melakukan apa-apa untuk muka anda, jika berkunjung ke facial adalah satu “No” “No” untuk anda, jika mask muka adalah sesuatu yang ingin anda hindari, maka membersihkan kulit adalah satu kemestian! Jangan bimbang; pembersihan hanyalah satu perkataan mewah untuk mencuci muka anda. =)


Ini perlu dilakukan setiap pagi dan setiap petang sebelum tidur. Hanya kerana anda tidak dapat melihat kotoran pada kulit anda, tidak bermakna kulit anda bersih. Fikirkan tentang apa yang anda telah dedahkan kulit anda setiap hari: pencemaran, ekzos kereta, asap rokok, walaupun semburan wangian bilik. 


Semua kekotoran ini boleh melekat di atas kulit anda dan menyebabkan kerosakan, jadi ianya mesti dibersihkan. Walau bagaimanapun, tidak bermakna anda boleh menggosok sabun mandi pada kulit muka anda. 


Sabun mandi biasanya cenderung mengandungi bahan pencuci dan wangian dan boleh menjadi sangat keras dan memberi kesan dehydrating kepada kulit. Lelaki cenderung untuk mempunyai kulit yang agak berminyak daripada wanita, jadi gunakan pembersih untuk kulit biasa dan berminyak untuk hasil yang terbaik.


🍃Mencuci muka dengan sabun mandi menjauhkan kulit dari jerawat. Sabun mandi akan mengeringkan kulit anda sebagaimana yang dilakukannya terhadap kulit wanita. Ia harus dielakkan walau macamana sekalipun, dan pembersih lembut yang dibuat untuk jenis kulit lelaki adalah yang sepatutnya digunakan pada tempatnya.


INGAT, jika anda tidak membersihkan kulit anda setiap hari; kotoran yang berlebihan dan minyak boleh meninggalkan anda dengan liang tersumbat dan jerawat..


2. Berhenti membeli pisau cukur murah

Mengikut kajian, kebanyakan lelaki mencukur lima kali seminggu. Pencukur berkualiti boleh menjadi perkara seumur hidup, jadi pilih senjata anda dengan bijak. Pilih pisau cukur yang sesuai dengan sensitiviti kulit anda dan kekasaran janggut anda, muka anda pasti akan berterima kasih.


🍃Tidak semua pisau cukur adalah sama. Syarikat-syarikat pisau cukur akan membuatkan anda untuk mempercayai bahawa pisau cukur berbilang bilah, lebih halus anda mencukur. Walaupun ini adalah benar, ia tidak selalunya pertaruhan terbaik. 


Jika anda mempunyai rambut muka yang kerinting, anda tidak mungkin mahu menggunakan pisau cukur berbilang bilah kerana mencukur super dekat boleh menyebabkan kerengsaan kulit.


3. Jadikan krim after-shave rakan baru anda yang terbaik.

Krim after-shave menghidrat dan menenangkan kulit, ia juga akan meresap pada kulit dengan baik selepas mencukur. After-shave anda harus bebas alkohol kerana alkohol akan mengeringkan kulit anda.


Mencukur semasa shower atau sebaik habis mandi, kerana rambut pada wajah yang lebih lembut terkena air panas dan wap. Tambahan pula, ia menghapuskan keperluan membersihkan sinki kotor.


4. Jangan ponteng pelembap wajah.

Rambut pada wajah boleh kelihatan seksi pada seorang lelaki, tetapi apa yang benar-benar menarik perhatian wanita adalah muka yang apabila muka disentuh tidak berasa seperti kertas pasir. 


Menggunakan pelembap setiap hari akan menjadikan kulit anda lembut. Gunakan produk yang bebas wangian kerana ia mudah, tidak mempunyai bau dan tidak dianggap ‘girly’.


5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa menggunakan pelindung matahari.

Jika anda dapat mencari pelembap yang mengandungi SPF 30 atau lebih tinggi, maka anda jauh di hadapan. Tetapi ia tidak menyakitkan untuk anda mempunyai botol pelindung matahari yang berasingan.


Mungkin tip penjagaan kulit yang paling penting untuk diingati ialah pelindung matahari, pelindung matahari dan pelindung matahari.


Lelaki yang tidak menggunakan pelindung matahari meningkatkan risiko mereka mendapat kerosakan matahari, yang boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan, saluran darah tambahan dan kanser kulit. Kekal selama-lamanya muda (atau tidak tua ;p) dengan menggunakan pelindung matahari setiap hari.


🍃Pakai pelindung matahari hanya apabila ia cuaca panas. Anda boleh mendapatkan kerosakan matahari walaupun pada hari mendung. Kulit kasar lelaki tidak setanding dengan matahari, maka anda perlu memakai pelindung matahari pada setiap masa.












01 December, 2014

7 Rahsia Kecantikan Kulit Orang Korea / Jepun

1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.


2. Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. 


Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.


3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. 


Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcoholatau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.


4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.


5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.


6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.


7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. 


Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).




30 November, 2014

Poster : Sayangi Mak Ayah

 

Poster  Sayangi Mak Ayah

Jangan pernah lupakan dua orang dalam hidupmu:

1. Orang yang rela kehilangan segalanya hanya untuk membuatmu menang (Ayah)

2. Orang yang tetap bersamamu di setiap masa sulitmu (Ibu)




29 November, 2014

Mutiara Hati : Hidup Tenang Tanpa Berbohong

Assalamualaikum wbt

Jujur dengan diri sendiri akan menjadikan hidup anda lebih tenang, kerana ia membebaskan anda daripada beban berbohong.

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, 

kedua ibubapa kami,

ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, 

berilah kesihatan yang baik kepada kami, 

lanjutkan usia kami, 

kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.” 

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.




28 November, 2014

Poster : Hubungan Cinta Illahi

Poster  Hubungan Cinta Illahi

Jadikan solat seperti hubungan cinta kamu bersama dengan Allah. 

Rindu bila ditinggalkan, resah bila tak dilaksanakan.




27 November, 2014

Trip Merentas Dua Sempadan Cambodia - Vietnam

 (Ho Chi Minh City - Phnom Penh - Seam Reap) 
04 - 09 Nov 2014


Perjalanan akan bermula. Cuti sudah apply, flight sudah book dan seterusnya...research, belek-belek blog member-member yang pernah pergi ke sana, intai-intai TripAdvisor dan Lonely Planet serta surfing maklumat laman web Cambodia dan Vietnam Government. 

Almaklum, pergi bersama-sama anak-anak, agenda untuk shopping bukanlah agenda utama, tetapi memberi pendedahan kepada tempat-tempat bersejarah dan terkemuka di dunia. Sekurang-kurangnya, apabila belajar sejarah-sejarah dunia, mereka lebih jelas dan mudah faham serta lebih ambil tahu berkenaan perkembangan di persekitarannya. Sejarah adalah subjek yang penting dalam hidup kan...kita lebih tahu apa yang perlu kita capai, kejar dan kita mahu kan.. 
 



06 June, 2014

art 1

Tadi saya berbual dengan sorang kawan.
Ada satu cerita yang dia kongsikan yang buat saya termenung sampai sekarang.
.
So saya decide untuk kongsi kat sini supaya kita boleh termenung sama2 😁
.
********
.
Kau tahu kan, mak bapak aku dulu bukan orang senang. Nak beli benda2 trendy untuk anak2, jangan harap la. Pakai apa yang ada je. Nak beli KFC pun tak mampu, nak tengok wayang apatah lagi.
.
Masa kecik2 dulu, kalau aku bosan duk rumah, atau merengek nakkan sesuatu yang di luar kemampuan mak abah aku, diorang biasanya akan pujuk dengan satu ayat je--
.
"Ok jom abah bawa jalan2"
.
"jalan2" tu maksudnya pusing kampung naik basikal atau motor je. Hahah
.
Tapi itu lah strategi yang paling berkesan untuk pujuk kami adik beradik.
Sebab abah aku ni jenis suka melawak.
Ada je teka teki atau cerita jenaka yang dia reka masa bawa kami jalan2.
.
Mak aku pulak suka menyanyi.
Kalau turn dia yang bawa kami jalan2, mula lah mendayu-dayu suaranya.
Kadang2 Sepohon Kayu, kadang 25 Rasul, kadang Keluarga Bahagia.
Ikut la mana2 lagu nasyid yang tengah "in" masa tu.
Masalahnya, bila mak aku start nyanyi, mesti kitorang pun layan.
Siap boleh karok pulak atas basikal tu. 😂
.
Kalau cerita kat budak2 zaman sekarang,
mesti diorang "kesian" dengan childhood life aku.
.
Tapi sebenarnya, memories macam tu lah yang aku betul2 ingat dan rindu sampai sekarang.
Pusing kampung naik basikal, peluk belakang mak / abah, gelak2, nyanyi2.
.
Fuhh rindu gila.
.
Betul kau cakap-- bila ransangan otak dan emosi berlaku serentak, akan jadi long-term memory.
.
Tu yang aku sedih bila tengok mak ayah sekarang.
Duit banyak,
tapi kedekut--
.
Kedekut nak bagi masa dan perhatian kat anak.
.
Bawak anak makan kat restoran mewah, tapi masing2 pegang phone. Parents sibuk dengan social media, anak2 jadi patung layan "educational" youtube videos.
.
Bawak anak pergi indoor playground, sanggup bayar mahal2 sebab nak anak selesa main dalam aircond. Tapi anak dibiarkan main sendirian, mak ayah duduk tepi main phone.
.
Belikan anak mainan mahal2, pastu letak anak dalam kandang (playpen) dan longgok segala "educational" toys dalam tu. Mak ayah pretend main dengan anak sambil sebelah tangan pegang phone. Sebab nak rekod untuk IG story. Settle rekod, dah tak boleh fokus layan anak, sebab sibuk layan IG story orang lain pulak.
.
Memang tak hairan la kalau anak zaman sekarang cepat lupa mak ayah.
Biadap dengan mak ayah.
Lebih hargai cikgu, kawan2, pengasuh, dari mak ayah.
Sebab takde satu pun momen indah dengan mak ayah yang terpahat kekal dalam memori anak.
.
Kalau ada pun--
cuma kenangan bersama mak ayah yang sentiasa dengan phone sepanjang hari.
.
Seriously, aku bersyukur gila mak abah aku dulu tak berapa berduit. At least itu yang membuatkan diorang "kurang pilihan" dan terpaksa develop parenting skills yang bagus untuk membesarkan kitorang adik beradik.
.
Kau pesan la sikit kat followers kau yang ramai tu--
tolong la jangan jadi bodoh.
.
Tolong la ada deria keibubapaan yang baik.
Jangan la ingat tugas mak bapak ni setakat beranak je.
It's a lifetime commitment.
Dan komitmen ni Allah yang bagi wei.
Jangan la buat main2.
.
Kalau nak anak2 sentiasa ingat kita bila kita dah tua nanti, sentiasa la ingat anak2 masa diorang perlukan kita sekarang.
.
You ignore them today,
they'll definitely ignore you tomorrow.
.
Jangan terkejut kalau anak asyik takde masa untuk jenguk mak ayah bila dah tua nanti.
.
Cara kita layan anak2 hari ni--
menentukan cara layanan mereka pada kita kelak. 
.
********
.
Fuhh.
Sentap campur pedih2 sikit post kali ni. 😑
Terima kasih, kawan.