22 December, 2023

Gangguan Syaitan - Tadabbur Surah as-Saafat ayat 4 - Ustaz Abd Muein


Ini adalah sambungan daripada kuliah Niat Yang Syirik - Tadabbur Surah as-Saafat ayat 4 - Ustaz Abd Muein


1. Syaitan takkan menghalang kita dari berbuat ibadat. Tetapi bagi mereka yang suka mendirikan solat atau belajar di kelas agama, syaitan akan jadikan niat kita tu bukan lagi kerana Allah.  


2. Bagi mereka yang suka mendirikan solat, niatnya bukan lagi kerana Allah. Bagi mereka yang suka pergi umrah, syaitan juga jadikan umrah itu pun bukan kerana Allah. Contohnya, kita pergi menunaikan umrah tetapi kita up kat status ataupun upload gambar kita berdoa di hadapan Kaabah dalam facebook, sebenarnya tindakan sebegitu atas tujuan apa? 


3. Sekiranya buat kerana Allah, perlu atau tidak kita tayangkan ibadat kita ni kepada orang? Jika kita buat kerana Allah, walaupun semua orang tidak tau, pasti Allah tahu kita pergi tunaikan umrah. Dan Allah tahu tak kita ikhlas? Jika kita ikhlas, Allah pasti bagi pahala. Tak perlu pun semua orang tahu.


4. Kalau orang tahu disebabkan kita yang memberitahu, dah timbul masalah iaitu kita buat bukan lagi kerana Allah, tetapi supaya orang tahu kita pergi umrah. Kemudian apabila orang dah tahu, adakah mereka akan bagi habuan daripada umrah kita tu? Contohnya bagi duit RM10,000 kepada kita. Komperm la tiada.


5. Inilah dia antara contoh situasi yang telah dilaksanakan oleh syaitan yang jahat supaya amalan kita menjadi sia-sia seperti debu-debu berterbangan. Tapi itulah ada di antara kita yang rasa seperti tak seronok kalau orang tak tau apa kerja buat kita. 


6. Apa yang kita nak sebenarnya? Bergambar tu untuk kenangan atau untuk kita dapatkan pahala Allah? Mestilah kita nakkan pahala. Kalau amik gambar disimpan untuk kenangan, tak menjadi satu kesalahan tapi adakah ia mendatangkan faedah?


7. Kita kena ingat, syirik ni adalah perkara yang sangat halus, ia seperti semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap. 


8. Betapa susahnya kita nak perasan yang sebenarnya kita ni telah syirik kepada Allah. Sampai hari akhirat baru kita perasan yang amalan-amalan kita ni sebenarnya ada unsur syirik yang tak melayakkan kita untuk ke syurga. Waktu tu, kita berasa sangat hampa.


9. Kita pasti tak nak, yang kita bekerja di dunia ni keluar pagi balik petang, dari muda sampai lah ke tua yang mana usaha kita ni hanya sia-sia. Simpan duit, akhirnya menjadi debu. Kita memang tak nak begitu, tapi kadang-kadang kita terlupa yang amal soleh kita sudah pun menjadi debu. 


10. Jadi, ingat! Syaitan akan pastikan, jika kita nak buat ibadat, 

1. kita buat bukan kerana Allah. 

2. kalau kita buat kerana Allah, dia akan "cucuk", contohnya kita buat umrah kerana Allah, lepas tu orang tanya, "Dah pergi umrah?", kita menjawab "Dah, ini umrah kali keempat". Jadi pada mulanya kerana Allah, tetapi disebabkan jawapan tu, umrah kita telah bertukar menjadi riak. 

3. Kalau gagal step yang ke2, iaitu awal, semasa dan akhir pun kerana Allah, dan dapat pahala, syaitan tetap tidak berputus asa, mereka akan pastikan amalan kita yang telah pun diterima Allah itu, yang mana dah jadi pahala pun akhirnya pahala itu terbatal dengan cara ....

 

(kita lambat faham, sebab ada gangguan syaitan)

Rujuk surah al-Baqarah, ayat 264 

"Wahai orang yang beriman, jangan kamu batalkan sedekah-sedekah kamu,   "


11. Jika Allah berfirman kepada orang yang beriman, maka wajib kita dengar sebab ada perintah yang Allah nak sampaikan yang wajib diikuti ataupun ada larangan yang perlu ditinggalkan sebagai tanda kita dari golongan orang yang beriman.


12. "tubtilu" bermaksud batal. Contoh apabila solat terbatal maknanya solat itu tidak lagi terpakai. Batal ini bermaksud amalan yang telah diterima dan menjadi pahala, tiba-tiba ada satu perkara yang kita buat menyebabkan pahala tu terbatal. 


13. Sayangnya Allah kepada kita,

1. Allah minta kita beramal. 

2. Allah minta kita ikhlas. 

3. Allah minta jika kita ikhlas pastikan kita jaga amalan kita itu daripada terbatal pahalanya.


14. Bagaimana boleh terbatal?

1. dengan mengungkit. "Manni" - contohnya kita bagi sedekah kepada orang miskin, kita bagi kerana Allah, tiada riak dan tiada syirik, dan telah menjadi pahala. Selepas 5 tahun kita terjumpa dengan orang yang dibantu dulu, "Kamu tahu tak siapa tolong kamu dulu? Tak ingat? Tak perasan ke? Saya lah yang tolong kamu dulu".

Automatik terbatal pahala walaupun perkara yang 5 tahun dah menjadi pahala. 


Kenapa terbatal?

Kenapa mengungkit tu boleh membatalkan pahala?

Itu tandanya kita bukan berniat kerana Allah. Buktinya kita nak dia tahu yang kita telah membantunya.

Kerana itulah, orang yang beriman apabila berbuat sesuatu kebaikan, mereka seboleh mungkin nak melupakan segala amal kebaikan tersebut. Lebih baik dia lupa daripada dia ingat. Sebab dengan mengingatinya, akan timbul pelbagai masalah. 


2. dengan menyakiti orang. "Wal aza" - contohnya dia bersedekah kepada orang miskin tetapi dalam masa yang sama dia menyakiti atau memalukan orang tersebut, umpamanya "Dulu pakcik ni miskin, sayalah yang membantu" di hadapan orang ramai.

Jadi walaupun sedekah tu dah menjadi pahala, automatik terbatal dengan tindakan menyakiti hati orang miskin tersebut. 

 

15. Walaupun asalnya ikhlas dan dah menjadi pahala, syaitan akan sehabis mungkin memastikan kita jangan buat benda baik. Jika buat amal, ada pula unsur syirik. Jika tak de unsur syirik pun pada awalnya, syaitan ganggu kita supaya riak semasa melaksanakan sesuatu amalan. Dan jika semuanya ok dan dah jadi pahala, selepas 10, 20 tahun syaitan akan jadikan kita mengungkit dan akhirnya amal itu terbatal.


16. Kata ulama, "Kita kena elak daripada amalan syirik lebih daripada mengelakkan diri daripada perompak dan pencuri"


17. Jika kita nak elakkan rumah kita dimasukkan pencuri, kita akan mengunci pintu, pasang cctv dan macam-macam benda kita buat. Begitu sayangnya kita kepada harta. Tapi ada benda yang bernilai daripada harta yang kita tak jaga, kita tak sayang sepertimana kita menjaga harta iaitu amal soleh.


18. Kadang-kadang kita tak kunci pun amalan soleh kita sehinggakan ada unsur riak, mengungkit atau menyakiti, sehinggakan habis dicuri oleh syaitan. 


19. Ada satu situasi, kita nak membantu orang miskin sebab rasa kesian, apa yang kita perlu bagi adalah ilmu. 


20. Kalau kita kesian kerana Allah, kita bagi makanan, dan mereka makan tapi mereka tak solat. Hakikatnya, kita tak kesian kepada mereka sebenarnya, sebab kita seolah-olah membiarkan mereka terjerumus ke dalam neraka. 


21. Sebab itu apabila Baginda Nabi SAW diutuskan oleh Allah dalam keadaan anak yatim piatu dan miskin,  tapi Allah telah menganugerahkan perkara yang lebih mahal daripada harta iaitu al-Quran. Dengan al-Quran, Baginda Nabi SAW telah berjaya menyelamatkan sekian ramai manusia daripada azab Allah. 

To be Continued...





21 December, 2023

Niat Yang Syirik - Tadabbur Surah as-Saafat ayat 4 - Ustaz Abd Muein



"

Para malaikat "demi para malaikat yang berbaris, tersusun rapi" " demi para malaikat yang...

tafsiran 1 : membawa awan

tafsiran 2 : menghalang manusia daripada melakukan maksiat. "

..."demi para malaikat yang membaca (dari pada perkataan tilawah yakni ikut).. dalilnya 


surah as-syam ayat 2  

وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا ٢

Dan bulan apabila ia mengiringinya;

(Asy-Syams 91:2)

"


Pengajaran ayat 1 - 3

1. Kebesaran dan kehebatan Allah yang telah mencipta para malaikat daripada cahaya. Malaikat adalah makhluk yang besar dan hebat tetapi mereka sentiasa tunduk dan beribadat kepada Allah sepanjang masa. 


2. Allah sangat cintakan mereka yang sentiasa beribadat dalam keadaan tersusun seperti di dalam sof solat sebagaimana tersusunnya barisan para malaikat. 


3. Orang yang beriman akan sentiasa melakukan apa sahaja yang disukai oleh Allah seperti solat berjemaah bagi lelaki dan berjihad dalam peperangan apabila diperlukan. 


4. Makhluk yang mulia di sisi Allah akan sentiasa melakukan perbuatan yang mulia antaranya ialah sentiasa membaca al-Quran dan beramal dengannya sebagaimana yang dilakukan oleh para malaikat. 


*Tadabbur ayat 4*

5. Pada ayat 1 - 3, Allah bersumpah. Kaedah umum dalam al-Quran apabila Allah bersumpah maksudnya Allah nak menyampaikan sesuatu perkara sangat besar dan amat penting. 


6. Contoh Allah bersumpah dengan masa, "Demi masa", yang mana Allah nak sampaikan "Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian"


7. Manusia ini rugi kecuali manusia yang mempunyai 4 sifat iaitu beriman, beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan bersabar. Yang tiada 4 sifat tersebut adalah orang yang rugi. 


8. Dalam surah as-Saffat, Allah bersumpah, 

"Demi malaikat yang apabila beribadat; tersusun, bersof-sof"

"Demi malaikat yang sentiasa menghalang perkara yang tidak baik"

"Demi malaikat yang sentiasa membaca al-Quran"


9. Point penting yang Allah nak sampaikan dari sumpah-sumpah tersebut adalah merujuk ayat yang ke 4 

"Sesungguhnya Tuhan kamu ..." 


10. Harfu taukid (huruf penegasan), apabila adanya inna (sesungguhnya) dan seterusnya ada (lam) dalam satu ayat

''... tuhan kamu Esa"


11. Tuhan itu adalah satu. Apa mesej yang ingin disampaikan dalam ayat ini? Yang Allah nak bagitau adalah, kebanyakan manusia tak buat walaupun nampak macam tahu. 


12. Buktinya, majoriti manusia masuk neraka dengan nisbah 1000 : 1 disebabkan mereka tidak sembah Tuhan yang Satu. Jadi Allah nak tegaskan yang kalau tak buat, itu petanda manusia akan celaka untuk selama-lamanya iaitu manusia tidak menyembah Tuhan yang Satu. 


13. Kadang-kadang ada orang yang tak sembah Allah langsung, mereka menyembah berhala pula. 


14. Kadang-kadang ada orang yang sembah Allah, Tuhan yang Satu tetapi dalam masa yang sama, mereka menyembah jugak tuhan yang lain. Contohnya, semasa kita makan, kita makan kerana Allah atau makan kerana nafsu. Jadi semasa makan, kita sembah siapa? Jika makan dengan nafsu, maka itula tandanya kita telah menyembah nafsu.


15. Sebab itu Allah boleh jadi pelbagai. Bukan semestinya berhala, matahari atau pokok. Semasa makan ikut nafsu, masa shopping pun begitu, maka kita telah menyembah nafsu.

"Aku beli kerana Allah. Allah tak suka sikap membazir, jadi aku beli yang perlu sahaja"


16. Kalau bukan kita membeli kerana Allah, maknanya ketika itu kita sedang menyembah apa? Maknanya kita sedang menyembah nafsu. Kerana itu Allah tegaskan sehinggakan Allah bersumpah, 

"

Tuhan yang wajib kamu sembah hanya Allah iaitu; 

1. Hanya sembah Allah 

2. Jangan mensyirikkanNya

17. Kadang-kadang syirik boleh berlaku dalam bentuk niat. Contohnya, ada di kalangan masyarakat kita yang hanya solat pada bulan Ramadhan sahaja. Jika niat solat kita kerana bulan Ramadhan. Jadi solatnya itu telah mensyirikkan Allah.


18. Kerana, jika dia menyembah Allah, semestinya dia kena mendirikan solat sepanjang masa bukannya solat di bulan Ramadhan sahaja. 


19. Kadang-kadang dia menyembah Allah, dia mendirikan solat pun kerana Allah. Tiba-tiba dia tertukar niat semasa solat kerana terperasankan bapa mertua datang, terus solatnya menjadi lebih lama dari kebiasaan. Maka, solatnya langsung tidak diterima walaupun niat asal solat kerana Allah, namun disebabkan adanya unsur-unsur syirik atau pun riak, terus solat tu bukan lagi kerana Allah.


20. Kita wajib sembah Allah setiap waktu (tidak kira masa) dan tidak boleh sekali-kali mensyirikkan Allah contohnya semasa shopping, kita doa perlu membaca semasa masuk kedai. 


21. Jika kita semak aktiviti dari bangun pagi sampai ke waktu malam, agak-agaknya hanya berapa minit je yang kita betul-betul sembah Allah?

"Aku tidak ciptakan Jin dan manusia melainkan untuk sembah aku sepanjang waktu (24 jam)"


22. Kalau malaikat sembah Allah 24 jam, kalau mereka rukuk, rukuk sepanjang masa dan ada juga malaikat yang sentiasa sujud sepanjang masa (24 jam). 


23. Jadi Allah menegaskan, yang hanya Allah satu-satunya tuhan yang wajib kamu sembah 24 jam. Bukan hanya pada waktu solat sahaja tetapi pada ketika bekerja, makan, membeli belah atau sebagainya, hanya Allah sahaja yang disembah. 


24. Dan amatlah berbahaya jika kita tidak sembah atau sembah Allah (unsur-unsur syirik) yang ni kesannya segala amalan kita menjadi sia-sia. 


25. Rujuk dalil surah az-Zumar ayat 65;

وَلَقَدۡ أُوحِيَ إِلَيۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكَ لَئِنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٦٥

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

 "

Dan pasti sesungguhnya telah diwahyukan kepada engkau (Nabi Muhammad SAW) dan kepada orang yang sebelum engkau (intipati wahyu) pasti sekiranya engkau (Nabi Muhammad SAW) mensyirikkan Allah pasti sia-sia (gugur) amalan engkau (amalan Nabi Muhammad SAW) dan selepas kamu syirik dan amalan kamu gugur, pasti kamu (Nabi Muhammad SAW) akan menjadi orang yang rugi.

"

26. Wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mana ini menunjukkan Baginda Nabi SAW adalah manusia yang paling mulia dan paling agung sebab wahyu merupakan satu perkara yang paling mulia. Allah takkan bagi perkara yang mulia melainkan kepada orang yang paling mulia. 


27. Intipati wahyu yang mana Allah ingin memberi amaran, kalau Nabi Muhammad SAW mensyirikkan Allah, segala amalan Nabi Muhammad SAW menjadi sia-sia. Amalan Nabi Muhammad SAW adalah amalan yang sangat hebat, paling baik dan paling bertakwa. Tetapi kalau syirik, ia terus menjadi sia-sia dan ini merupakan satu perkara yang amat merugikan. 


28. Semua amalan Baginda Nabi SAW adalah kerana Allah. Siang malam menjalankan dakwah. Malah siang hari Baginda Nabi SAW berjihad dan malamnya pula melaksanakan solat. Semuanya adalah kerana Allah. Begitu hebat, tetapi jika ada sedikit sahaja syirik, semuanya akan menjadi sia-sia. 


29. Baginda Nabi SAW takkan mungkin berbuat syirik, tetapi Allah menjadikan Baginda Nabi SAW sebagai contoh yang mana jika amalan sehebat Baginda Nabi SAW pun boleh jadi sia-sia hanya kerana syirik apatah lagi dengan amalan kita. 


30. Amalan kita ni belum tentu layak untuk membawa kita ke syurga dah tu ditambah plak dengan perbuatan syirik, tak ke semuanya itu menjadi sia-sia. 


31. Seperti disebutkan sebelum ni, amalan syirik ni boleh berlaku walaupun dalam bentuk perbuatan. Selain itu ia juga boleh berlaku dalam bentuk kepercayaan atau pun niat. 


32. Sabda Baginda Nabi SAW, 

"

Ada 3 golongan yang awal-awal dicampakkan ke dalam neraka. Mereka bukan Firaun atau pun Abu Jahal tetapi 3 golongan tersebut adalah: 


a. orang yang selalu membaca al-Quran dan selalu mengajarkan agama kononnya diniatkan kerana Allah, namun Allah mengatakan dia berkata dusta kerana hatinya inginkan pujian orang (dikatakan alim); inilah perbuatan yang dinamakan syirik kerana niatnya bukan kerana Allah.


b. orang yang suka bersedekah untuk agama dan kononnya diniatkan untuk meninggikan agama Allah. Namun Allah mengatakan dia berkata dusta kerana harta itu diinfakkan untuk dirinya dipandang popular kerana dermawan tetapi bukan kerana Allah. 


c. orang yang suka berjihad dan berjuang di jalan Allah sehingga terkorban nyawa (syahid) kononnya diniatkan untuk meninggikan agama Allah. Namun Allah mengatakan dia berkata dusta kerana perjuangannya supaya dikatakan pahlawan dan wira negara tetapi bukan kerana Allah. 

"

33. Ketiga-tiga golongan ini, pada zahirnya amalannya amat cantik. Tapi niatnya yang syirik menyebabkan mereka dihumban ke dalam neraka. 


34. Firman Allah;

"Apabila sembah Allah, jangan pada zahir je menyembah, tapi niatnya ada unsur syirik."


35. Segala perkara yang dibuat bukan kerana Allah adalah sia-sia walaupun zahirnya nampak baik dan bagus. Penat, letih, habiskan masa, duit dan usia namun di akhirat, ianya menjadi sia-sia.


36. Firman Allah lagi;

"Apabila sembah Allah, pastikan perbuatan dan niat kamu betul-betul kerana Allah."


37. Firman Allah falam surah al-Furqan, ayat 23 yang mana ayat ini simple dan pendek tetapi menakutkan. Ini boleh menjadikan kita lebih berhati-hati semasa beribadat.

وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا ٢٣

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

(Al-Furqaan 25:23)

"

dan kami memperlihatkan kepada apa yang mereka kerjakan daripada apa amalan yang baik lalu kami jadikan amalannya itu debu-debu yang berterbangan.

"

38. Ayat ini Allah menceritakan yang pada hari akhirat kelak, Allah akan memperlihatkan kepada kita segala amalan yang dilakukan yang disangkakan segala amalan soleh antaranya menunaikan haji, umrah, belajar agama dan sebagainya.


39. Kenapa Allah menggunakan istilah debu bagi menggambarkan perkara yang kita buat tanpa niat kerana Allah itu menjadi sia-sia? Yang mana satu yang lebih kecewa samada kita bekerja 20 tahun dan menyimpan duit RM500 ribu dan selepas itu kita dapati duit kita menjadi pepohon ataupun duit-duit itu bertukar menjadi dedebu? 


40. Yang mana satukah yang lebih mengecewakan?


41. Semestinya debu kerana ia langsung tak bernilai dan kotor. Di sini, Allah nak memberitahu yang betapa kecewanya orang yang mengharapkan segala kerja amal solehnya (haji, umrah dan sebagainya) untuk mendapatkannya syurga tetapi Allah telah menjadikannya  mereka antara orang yang paling kecewa. 


42. Rupa-rupanya semua ibadatnya langsung tidak bernilai disebabkan niat yang syirik. Jadi berjaga-jagalah dengan syirik


Boleh sambung baca Gangguan Syaitan - Tadabbur Surah as-Saafat ayat 4 - Ustaz Abd Muein




20 December, 2023

Tadabbur Surah As-Saffat Ayat 1 - 3

 


 oleh Ustaz Abd Muein || 30 Okt 2023


Ayat dan Terjemahan

وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفّٗا ١

Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -

فَٱلزَّٰجِرَٰتِ زَجۡرٗا ٢

(Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -

فَٱلتَّٰلِيَٰتِ ذِكۡرًا ٣

(Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;


Muqaddimah

1. Al-Quran adalah nikmat yang Allah turunkan kepada kita. Ia amat berfungsi sebagai rawatan kepada segala penyakit yang menimpa ke atas seluruh umat manusia. 


2. Yang membawa manusia kecelakaan dan ke neraka adalah sifat jahil tentang Allah, bertindak kufur, berlaku syirik dan suka berbuat maksiat. Setelah manusia dirawat penyakit cintakan dunia ini, al-Quran dianggap satu rahmat kepada mereka yang beriman.


Kenapa kena belajar dan fahami al-Quran? 

3. Cara para sahabat as belajar dan cara Baginda Nabi SAW mengajarkan Al-Quran telah menjadikan para sahabat as, satu generasi yang terbaik bahkan akhlak Baginda Nabi SAW pun sama dengan akhlak di dalam al-Quran. 


4. Maka dengan sebab itu, Baginda Nabi SAW telah menjadi seorang manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT. 


5. Surah as-Saffat adalah surah Makiyah yang turun Sebelum Hijrah dan yang tidak semestinya turun di Mekah. Manakala surah Madaniyah pula adalah ayat yang turun selepas Baginda Nabi SAW berhijrah ke Madinah, walaupun ayat tersebut turun di Mekah. 


6. Intipati surah ini adalah tentang akidah iaitu mentauhidkan Allah. Selagi manusia tidak jadi begitu, mereka akan tetap kekal bermasalah. 


7. Akidah orang Islam salah satunya adalah beriman dengan Hari Akhirat. Allah kerap berfirman tentang orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. 


8. Ada 6 rukun iman iaitu: 

1. beriman kepada Allah

2. beriman kepada Malaikat

3. beriman kepada Rasul

4. beriman kepada al-Quran

5. beriman kepada Hari Akhirat

6. beriman kepada Qada' dan Qadar


9. Ramai di antara kita yang gagal dengan rukun beriman dengan Qada' dan Qadar (baik dan buruk). Adakah kita redha dengan takdir Allah apabila dikenakan dengan perkara yang tidak baik seperti sakit, miskin atau perkara-perkara yang kita tidak sukai?


10. Adakah sama penerimaan kita apabila ditakdirkan dengan perkara yang menggembirakan atau menyusahkan hati? Kenapa kita seakan setuju dengan yang baik saja, tetapi tidak pula bersetuju dengan perkara yang buruk yang menimpa kita. Kenapa kita bersikap "double standard" dengan Allah?


11. Kerana itulah orang beriman, apa saja yang Allah takdirkan samada buruk atau baik, mereka sentiasa tersenyum dan mengucapkan "Alhamdullillah" sebab mereka sedia maklum semua yang terjadi adalah ketentuan Allah. 


Kenapa kita tidak terima? 

12. Ada sesetengah orang selepas pulang dari Mekah (menunaikan umrah atau haji) mereka berasa begitu beriman sebab rasa semua dosa dah terpadam. Tetapi apabila Allah menimpakan sesuatu ujian, mereka dah melatah dengan ujian tersebut. Maknanya, kita ni syok sendiri dengan mengakui yang kita ni benar-benar beriman kepada Allah.  


13. Yang memberi kita senang, susah, sakit, sihat, kaya atau miskin adalah Tuhan yang sama. Persoalannya kenapa pula kita tak sama perasaannya apabila ditimpakan dengan keadaan yang buruk dan teruk. 


Wanita dengan Tangan Luka Berdarah

14. Ada segolongan wanita, tangan mereka luka dan berdarah tetapi mereka masih mampu tersenyum. 


15. Mereka tersenyum kerana memikirkan berapa banyak pahala yang Allah akan bagi dengan kesabaran menahan sakit kerana luka tersebut. Nampakkan cara orang beriman berfikir menyebabkan mereka redha dengan takdir Allah. 


16. Pahala yang paling terbesar adalah menahan sabar. Ianya lebih besar dari pahala menunaikan solat malam, bersedekah RM1 juta atau menunaikan haji atau umrah.


Syarat sabar

17. Confirm mesti ada masalah yang berlaku, sebab itulah apabila Allah nak bagi pahala yang besar, Allah bagi masalah. Allah turunkan ujian supaya dengan kesabaran dalam menghadapi masalah atau ujian itu, kita mendapat pahala.


18. Bayangkan; 

berapa ramai yang solat, tapi tak dapat pahala;

berapa ramai yang menunaikan haji dan umrah tapi tak dapat pahala;

berapa yang bersedekah, tapi tak dapat pahala, sebab apa?

sebab tiada kesabaran


19. Selama 13 tahun Baginda Nabi SAW menekankan akidah beriman dengan Allah dan beriman dengan Hari Akhirat yang mana penekanan akidah ini ada dicatatkan dalam surah as-Saffat juga. 


Tadabbur (Apa yang Allah hendak sampaikan)

Ayat Pertama

وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفّٗا 

Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -

 

20. Sof bermaksud barisan. (yang ramai dan berbaris lurus serta lengkap).


21. Allah bersumpah dengan apa-apa sahaja makhluknya. Namun manusia tidak boleh bersumpah selain nama Allah. Ia boleh jatuh syirik jika bersumpah dengan selain Allah. Bahkan dengan nama Baginda Nabi SAW pun tak boleh. Namun begitu, dibolehkan jika kita bersumpah "Demi Allah" atau "Demi Tuhan Kaabah".


22. Selain itu, Allah juga turut bersumpah dengan "Demi masa, demi fajar, demi dhuha, demi matahari"


23. Apabila kita membaca al-Quran, kita boleh tahu Allah bersumpah apabila ada huruf wau atau ba atau ta. 


24. Sekiranya bermula dengan huruf wau dan baris terakhirnya adalah baris bawah, itu tandanya Allah bersumpah seperti mana ayat yang pertama ini. 


25. Demi para Malaikat (soffat - adalah sifat Malaikat). Kehebatan Allah melalui makhluknya iaitu Malaikat. Sifat Malaikat iaitu sentiasa berbaris ketika hendak beribadat kepada Allah. Apabila mereka hendak menunaikan solat, atau menerima arahan Allah, mereka akan berbaris. Jadi Allah puji kerana Allah sangat suka dengan sifat sebegitu. 


26. Merujuk dalil dalam dalam surah as-Saffat ayat 164 - 165


وَمَا مِنَّآ إِلَّا لَهُۥ مَقَامٞ مَّعۡلُومٞ ١٦٤

وَإِنَّا لَنَحۡنُ ٱلصَّآفُّونَ ١٦٥

(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);

"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat).


27. Ayat ini menunjukkan kedudukan malaikat yang sangat hebat di sisi Allah. Malaikat yang paling hebat adalah malaikat Jibrail. 


28. Malaikat berbangga sebab mereka sentiasa berbaris untuk beribadat dan menerima arahan daripada Allah. 


29. Pengajaran kepada kita tentang pujian Allah kepada sifat malaikat yang suka berbaris ini adalah; 

Adakah kita suka buat apa yang mak ayah kita suka?

Adakah kita suka buat apa yang suami kita suka?

Adakah kita suka buat apa yang boss kita suka?

Adakah kita suka buat apa yang Allah kita suka?

Apa yang Allah suka dengan ayat ini? BERBARIS


30. Jadi bagaimana kita nak apply sifat malaikat ini dalam hidup kita? Kita kena belajar tadabbur al-Quran. Jangan faham sahaja, jangan terjemahkan sahaja, namun perlu pengajaran yang kita ambil. 


31. Solat berjemaah khususnya kaum lelaki adalah antara perkara yang Allah puji sebagaimana Allah memuji malaikat.  


32. Ramai ibu bapa yang nak anak mereka buat apa yang dia suka, tapi bukan yang Allah suka. Ada juga ibu bapa yang nak anak mereka  buat apa yang orang suka. Dan jarang ibu bapa yang suruh anak mereka buat apa yang Allah yang suka. 


33. Jadinya, kita ni sebenarnya hamba kepada siapa? Kita sebenarnya hamba kepada manusia. Kita buat apa yang orang suka tetapi bukan kepada apa yang Allah suka. 


34. Ciri-ciri orang bakhil adalah apabila disebutkan nama Baginda Nabi SAW, dia tidak berselawat sedangkan Baginda Nabi SAW ada bersabda; 

"Sesiapa yang berselawat kepadaku, Allah turut berselawat kepadanya 10x ganda"


35. Yang membawa maksud, Allah memuji orang yang berselawat kepada kekasihNya iaitu Baginda Nabi SAW. Persoalannya, kita nak tak pemimpin (orang hebat) puji kita? Jangan pula kita tak nak Allah puji kita. Jadi sentiasalah berselawat apabila nama Baginda Nabi SAW disebut atau pada bila-bila masa pun.


36. Sabda Baginda Nabi SAW tentang bagaimana sifat sof yang Allah suka; 

"

Baginda Nabi SAW bersabda kepada para sahabat ra, "Kenapa kamu tidak buat sof sebagaimana malaikat buat sof  di sisi Tuhannya sedangkan Allah telah pun memuji sof malaikat? Malaikat itu pula berada di langit dan begitu dekat dengan Allah". 

Sahabat ra bertanya; "Ya Rasullullah, bagaimana malaikat buat sof sebagaimana Allah puji?"

Baginda Nabi SAW bersabda lagi, "Malaikat menyempurnakan sof pertama, dan sof-sof seterusnya. Malah mereka rapat dalam barisan".

"


37. Jadi cara hendak dapatkan kelebihan ini adalah dengan:

a. mesti solat berjemaah. Bagi yang solat bersendirian memang takkan dapat kelebihan ini. Betapa ruginya orang yang tidak solat berjemaah; dan


b. pergi awal ke masjid dan terus berada di sof hadapan. Bukan cara malaikat, lewat ke masjid dan bukan cara malaikat juga pergi awal ke masjid tetapi tidak berada di sof hadapan. Sebab sof malaikat adalah sof hadapan dan rapat apabila menunaikan solat. 


38. Sabda Baginda Nabi SAW tentang kelebihan sof; 

"

Kami dilebihkan dibandingkan dengan umat terdahulu dengan 3 perkara : 

a. dijadikan sof kami seperti sof malaikat,

b. dijadikan kami bumi semuanya masjid. (semua tempat boleh sujud, dan boleh solat); dan

c. dijadikan tanah dan debu apabila ketiadaan air, ia suci dan boleh bertayammum.

"

39. Umat nabi terdahulu, tidak buat sof semasa beribadat. Sof ini hanya khas untuk umat Nabi Muhammad SAW sahaja. Jadinya jika kita mengambil mudah tentang sof ini, maka kita sebenarnya telah menolak kelebihan yang Allah nak bagi. 


40. Umat nabi lain, tiada boleh solat sembarangan tempat. Mereka hanya boleh solat di tempat ibadat khusus seperti orang kristian, buddha dan lain-lain. Inilah rahmat Allah. Kita boleh solat di mana-mana sahaja samada di tepi jalan, di dalam hutan atau dalam kapal terbang. Bagi orang yang tak solat tu, sebenarnya bukan mereka tak boleh solat, tetapi mereka malas nak mendirikan solat. 


41. Ada saja alasan untuk tidak menunaikan solat. Kalau tiada air atau masjid atau surau atau tempat khusus, boleh saja bertayammum malah boleh saja solat di mana-mana. Walau pun begitu, ramai di antara kita yang tak menunaikan solat dengan pelbagai alasan. 


42. Kenapa begitu malas menunaikan solat, sedangkan sanggup pula bekerja dari pagi hingga ke malam?  Jadi yang mana satukah yang lebih penat? Tempoh waktu untuk solat di antara 5 - 15 minit sahaja. Ada orang yang bekerja yang sanggup meninggalkan solat. Sebenarnya apa yang mereka cari atau nakkan dalam hidup? Adakah dengan mendirikan solat tu, dunia yang dicari tu tak dapat?


43. Sebenarnya apabila kita solat, kita akan dapat dunia dan akhirat. Sesiapa yang mengejar dunia sehinggakan meninggalkan solat, mereka akan terlepas akhirat dan mendapat dunia yang tidak membahagiakannya. Setuju? 


44. Jadi, jangan buat kerja yang merugikan diri sendiri yang mana akhirat kita terlepas dan diri sendiri pula terpaksa mengharungi dunia yang tidak membahagiakan malah menyiksakan jiwa dan raga. 


45. Sof yang tak betul, tak lurus dan tak rapat akan menyebabkan solat tersebut tidak sempurna. 


46. Setiap imam tida kira imam masjid atau pun RNR, wajib tengok sof-sof di belakangnya. Imam yang bertindak sedemikian adalah imam yang bertanggungjawab yakni imam yang benar-benar ikut sunnah Baginda Nabi SAW. Rapat bermaksud, bahu bertemu bahu dan kaki bertemu kaki (ukuran mengikut tumit).


47. Kadang-kadang kita lihat ada sof yang berterabur semasa solat terawih. Kemungkinan mereka bukan nakkan cinta Allah, mungkin nakkan tiang dan kipas. Itu sudah lari dari tujuan solat untuk mendapatkan keredhaan dan cinta Allah. Allah hanya cintakan sof yang betul, lurus dan rapat. 


48. Bagi orang yang solat berjemaaah tetapi sof tersebut tak betul dan tak rapat, sebenarnya mereka tak diajar atau tak dididik oleh mak ayah mereka. Maka perkara ini akan berulang dan berulang. Jika kita  yang ada anak-anak kecil dan kita perlulah didik mereka bersolat berjemaah dan pastikan mereka berebut-rebutkan sof pertama seperti mana sof malaikat iaitu rapat dan lurus bagi mendapatkan cinta Allah.


49. Kalau kita tak didik anak-anak semasa kecil pada waktu sekarang, sampai ke tua mereka tak nak rapat-rapatkan sof. Ada sesetengah orang, tidak suka malah berlagak sombong apabila kita meminta untuk rapat-rapatkan sof.


50. Ada juga segelintir orang tua di masjid yang tak mesra kanak-kanak. Ada setengah-setengah anak-anak yang hendak praktiskan sunnah nabi, namun tidak disokong oleh orang masjid.. Ini adalah kerana mereka ini tak dididik dari awal sehingga begitu perangainya. Walaupun terpampang di dinding masjid meminta betulkan, luruskan dan rapat-rapatkan sof ianya tetap berterabur.


51. Islam adalah agama sederhana. Jadi, jangan keterlaluan (extreme) dalam melaksanakan sunah nabi. Sabda Baginda Nabi SAW; 

"Sekiranya manusia tahu kelebihan berada di sof yang pertama maka semuanya akan hendak berada di sof pertama sehinggakan mereka sanggup untuk mengundi demi mendapatkan kelebihan sof pertama."


53. Namun, suasana sebegitu sudah tiada lagi sekarang. Kita solat dan kita tak buat apa yang Allah suka. Jadi apa tujuan kita solat, sedang kita nak solat kita diterima. Maka jangan solat ikut keadaan biasa (sof bertabur atau sof belakang), jangan pula solat ikut perasaan ataupun jangan solat ikut selesa kita sahaja tapi ikutlah apa yang Allah suka. 


54. Sof pertama bermula di belakang imam sebabnya apabila imam membaca, makmum perlu mendengar, memahami dan menghayati. Manakala sof kedua pula bermula dari tengah. Jangan buat sof seterusnya sekiranya sof di hadapan belum penuh, kerana sof yang tidak lengkap atau berterabur, Allah tidak akan terima solat tersebut.  


55. Dilarang juga menarik orang dari sof hadapan sebab ia akan menyebabkan sof menjadi kosong. Sof yang tak rapat akan menyebabkan syaitan masuk dan mengganggu jemaah bersolat. 


56. Ada juga di kalangan kita yang tidak mengendahkan perkara yang mengganggu solat sehinggakan solat menjadi tidak khusyuk kerana mereka mementingkan keselesaan. Adalah salah tujuan kalau begitu. Tujuan kita solat, adalah untuk dapatkan cinta Allah dan bukannya untuk memuaskan hati kita. 


57. Ada orang yang tak nak solat apabila panas, gelap, sempit atau sebagainya. Sedangkan Baginda Nabi SAW sanggup bersolat malam dalam gelap sehinggakan bengkak tumit kerana terlalu khusyuk. 


58. Semasa solat, dalam sof kita ada jemaah yang keluar, apa yang perlu kita buat? Menurut hadis nabi SAW, 

"Tiada seorang pun yang bergerak walaupun selangkah untuk menyempurnakan sof melainkan Allah membina satu rumah di syurga". 


59. Subhanallah! Namun budaya sekarang, jika ada sof kosong, ramai je yang buat-buat tak tahu. Kerana itu solat perlu dipelajari.  


59. Menurut hadis nabi SAW lagi, 

"Hendaklah kamu solat sebagaimana kamu melihat aku solat"


60. Kerana itu, jangan ikut imam atau solat orang ramai, ikutlah solat Baginda Nabi SAW jika kita nakkan solat yang sempurna.


61. Had sof adalah sampai ke hujung iaitu sampai ke dinding (sekiranya dalam masjid). Manakala sof perempuan yang terbaik adalah sof yang lagi jauh dengan lelaki. 


62. Adalah lagi terbaik wanita solat di rumah. Yang lagi terbaik adalah dalam bilik dan paling terbaik adanya tempat yang khusus untuk beribadat bagi mereka. 


Bagaimana nak dapatkan 27 pahala? 

63. Gerakkanlah suami untuk solat di masjid. Maka si isteri akan turut mendapat 27 pahala solat berjemaah. Adalah salah jika si suami solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak di rumah kerana ia menyalahi sunnah nabi. Atas apa alasan sekalipun, walaupun nak ajarkan anak-anak bersolat. 


64. Guru yang terbaik adalah Rasullullah SAW. Baginda Nabi SAW tetap mengajar isteri dan anak-anak cara bersolat namun Baginda Nabi SAW tak pernah solat fardhu di rumah. 


65. Sekali sekala isteri/wanita boleh pergi ke masjid untuk belajar cara solat di masjid. Jadi jangan jadikan alasan nak ajar anak isteri solat maka si suami solat di rumah. 


66. Apabila belajar, kita perlu beramal. Bahkan kalau kita tahu dan kita tak beramal, ilmu itu akan dakwa kita di akhirat kelak, kenapa kita belajar tapi kita tak buat.


67. Yang mana lebih buruk yang jahil (tak tahu) dan tak buat dengan yang tahu tapi tak buat? 


68. Maka jadilah orang berilmu untuk dapatkan cinta Allah yang mana cinta itu adalah segala-galanya. Yakinlah dengan kata-kata Baginda Nabi SAW. Ini semua adalah untuk mengelakkan fitnah yang mana apabila perempuan melangkah keluar dari rumah, akan berlakulah fitnah samada dia yang mendatangkan fitnah atau pun orang yang sengaja mencari pasal dengannya. 


69. Kadang-kadang apabila nak pergi solat ke masjid, si wanita akan berfikir pelbagai perkara contohnya nak pakai telekung yang mana, telekung yang beli kat Bali atau yang kat Jakarta nak pakai, nak pakai kasut yang sama dengan telekung. Maka dah lari niatnya. 


70. Baginda Nabi SAW amat sayangkan wanita, maka si wanita solatlah di rumah bagi mengelakkan fitnah dan sebagainya.  


71. Berdasarkan hadis nabi; ada seorang wanita Ansar (Madinah) yang menemui Rasullullah SAW memberitahu si suami mendapat banyak pahala iaitu solat berjemaah dan keluar berjihad tetapi mereka tidak mendapat pahala yang sebanyak si suami, sedangkan mereka yang jaga makan minum dan menguruskan rumah serta bekerja untuk suami mereka. Lihatr cara wanita para sahabat ra berfikir. Mereka ada perasaan cemburu tentang pahala. Jadi mereka ini inginkan pahala yang suami mereka dapat.


72. Maka Baginda Nabi SAW menjawab; 

"Apa yang suami kamu buat, kamu akan dapat pahala sama seperti mereka"

Dah lah dapat solat terbaik, solat di rumah, dapat pulak pahala si suami yang solat berjemaah di masjid. Sangat-sangat beruntung menjadi seorang perempuan. 


73. Maka orang perempuan solatlah awal waktu dan doronglah si suami supaya solat berjemaah di masjid. 


Jika solat terbaik untuk wanita adalah di rumah, bagaimana pula dengan solat di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, wanita nak solat di mana?

74. Bersolat di Masjidil Haram dapat 100,000 pahala manakala solat di Masjid Nabawi dapat 1000 pahala. Jadi, solat terbaik untuk wanita adalah di rumah kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kerana kita pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah yang mana ibadat ini tak boleh dibuat di tempat lain. 


75. Pada zaman nabi, ada wanita yang bersolat di Masjid Nabawi yang mana ada pintu khas namanya Babus Nisa'. Jangan dihalang isteri-isteri kamu solat di masjid. Yang terbaik solat di rumah, tapi jika si isteri ingin pergi sekali-sekala ke masjid, ia tak salah dan tak pula jatuh haram. 


76. Namun jangan jadikan ianya kebiasaan untuk sentiasa solat di masjid. Jadi jika pergi ke Mekah, wanita boleh solat di Masjidil Haram, tapi jika solat di hotel, jangan sesekali berasa rugi. 


77. Di Mekah, ada juga wanita yang bersolat di surau hotel, jadi itu tidak termasuk solat di rumah, yang dimaksudkan di rumah adalah solat dalam bilik. 


78. Bagi wanita sebenarnya tak kisah solat di mana-mana namun solat yang terbaik adalah solat di rumah. Solat Jumaat pun tak salah bagi wanita, contohnya solat Jumaat di Masjidil Haram ataupun di  Masjid Nabawi. Itu tidak menjadi kesalahan. 


79. Tapi kalau di Malaysia, wanita tak digalakkan pergi sebab hari Jumaat, jemaah lelaki terlalu ramai. 


80. Jadi, nabi kata, betulkan sof kerana luruskan sof, rapatkan sof kesempurnaan solat. bila sof tak betul, sof tak lurus, sof tak rapat solat itu tak sempurna. 


81. berbalik pada ayat, 2

"Maka para malaikat yang mencegah (menghalang manusia dari buat maksiat) "


82. macamana malaikat menghalang, kalau org beriman, malaikat bantu kita dengan tiba-tiba kita terdengar ayat alquran yang kita faham, masa tu kita dengar tazkirah yang akhirnya kita tak jadi buat maksiat. 


83. Malaikat tak dapat pahala. apa sahaja yang mereka buat kebaikan dan ketaatan, malaikat tak dapat pahala, mereka masuk tak syurga, tapi allah gerakkan malaikat untuk bantu kita. 


84. dan ada juga pendapat tafsir yang kedua, malaikat yang menggerakkan awan, malaikat yang menggerakkan semua makhluk allah iaitu matahari, angin hujan dan sebagainya. 


85. ayat ke3

"Dia telah baca "


Tilawah maknanya adalah ikut. dalilnya; assyamsu ayat 1 - 2

"Demi matahari dan demi waktu dhuha (awal siang)"


86. Hebatnya Allah yang menciptakan matahari yang boleh menerangi satu dunia. Ada tak manusia yang boleh membuat satu lampu yang menerangi satu rumah atau satu shah alam contohnya. 


"Demi bulan apabila ia mengikuti matahari"


selepas keluar matahari, keluar bulan. 


87. Jadi maksud tilawah alQuran yang Allah suruh tu sebenarnya adalah ikut perintah. Maka sebab tu lah apabila baca quran wajib faham. kalau tak faham bagaimana nak ikut. nak ikut kena faham 


sebab tilawah maknanya ikut.

Rujuk surah alBaqarah 121

"orang yang kami telah beri kitab kepada mereka baca dan sebenar-benar bacaan, mereka itulah mereka beriman dengannya, siapa yang kufur, itulah orang yang rugi"


ulama kata hakko tilawati (benar-benar baca) adalah

1. baca perkataan (lafaz)

2. faham makna

3. amalkan


88. bilakah orang tersebut betul2 beriman dengan alKitab? Apabila mereka baca, faham dan amalkan. Baru lah Allah puji. itulah sebenar-benarnya beriman. Adapun dia 6 rukun iman tapi kitab tak faham. itu belum benar-benar beriman. 


89. Kufur lawannya iman. Setelah dia baca dia beriman, tapi ada juga yang setelah dia baca dia kufur. Quran ada 2 je, iaitu beriman atau kufur. 


90. yang beriman faham alquran dan dikatakan beriman setelah ia faham dan amal. yang dikatakan kufur apabila ia faham tapi ia tak amal. 


91. Syarat nak beriman, mesti faham. Syarat kufur mesti faham. contohnya orang munafik. Ada orang yang mendakwa dirinya beriman walaupun dia tak faham alquran.. contohnya masyarakat kita. 


92. Ramai tak orang melayu yang tak faham quran tapi mengaku beriman. pelik tak? lagi banyak yang dibaca dan khatam selepas tu mengaku telah beriman. 


93. Kita termasuk dalam kumpulan mana? yang faham dan beriman atau yang faham dan kufur atau yang tak faham dan mengaku beriman. Kita tak boleh nak mengaku kita faham dan beriman jika hanya faham beberapa ayat dalam alquran. 


94. Kita boleh mengaku yang kita faham 2 ayat dan beriman dengan 2 ayat tersebut. Insha allah , sekarang adalah proses kita untuk menjadi orang yang allah puji yang baca quran dengan hakko tilawati kemudiannya beriman. 


95. Dengan cara apa?

Sekarang byk tak ayat yang kita faham?

surah sof 1 - 3, 164 -165 (5 ayat)

surah albaqarah 121 (1 ayat)

surah assyam (2 ayat) 


96. Kali ni kita sudah faham 8 ayat. yang selama ni kita baca dan khatam mungkin 20 tahun, sudah berapa ayat yang kita faham? 


97. sebab cara kita tak sama ngan cara nabi. beginilah cara nabi ajar sahabat, sebab tu para sahabat berubah menjadi orang yang terbaik. 


98. kita berhenti pada ayat yang ke3. Wanita boleh solat zohor pada hari jumaat, sebaik sahaja  masuk waktu zohor 


99. Tapi lelaki haram solat zohor sedangkan dia tidak pergi solat jumaat. kalau dia nak solat zohor, dia wajib tunggu habis solat jumaat. Sebab lelaki wajib solat jumaat.


100. Pendapat paling kuat, berdoa pada hair jumaat paling mustajab adalah selepas asar, yang mengatakan antara khatib duduk itu tidak berapa kuat. 


Tapi ada waktu yang paling mustajab 5x sehari, iaitu selepas azan kita berdoa apa sahaja. 


"Ya Allah lembutkan hati anakku agar selalu pergi masjid" Allah akan makbulkan, insha allah. 


Sunnah nabi apabila dengar azan, jawab azan. kelebihannya sangat besar. kalau kita jawab azan dan baca doa selepas azan, kita akan wajib dapat syafaat nabi. Besar kelebihan itu.


Jadi wanita boleh tak dapat kelebihan tu? Boleh jawab azan.. contohnya ada 3 azan, jawab yang paling jelas. elakkan jawab ketiga-tiga azan tu. 


Kalau azan kat handphone, kita tidak dapat pahala kerana ia tidak menepati syaratnya adalah menjawab azan yang diazankan oleh Muazzin. Manakala azan kat handphone adalah azan rakaman.


Carilah rumah yang berdepan dengan surau sebab ada banyak kelebihan antaranya boleh dengar azan, boleh jawab azan, boleh solat berjemaah 5 waktu atau senang nak suruh anak solat berjemaah 5 waktu. Itu namanya strategic planning untuk akhirat. 


Apabila kita jauh dari masjid, kita akan ada banyak alasan antaranya penat, jauh ataupun letih apatah lagi kita nak suruh ke masjid atau surau, anak lagilah susah. 


Surau dan masjid adalah sama. Mana-mana tempat yang mendirikan solat 5 waktu maka dalam Islam, ia adalah masjid walaupun orang Melayu menamakan surau atau balasoh.

Sekian.




19 December, 2023

Muqaddimah Surah As Saffaat - Kesan Al-Quran dalam Mengubah Manusia

oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman pada 17 Oktober 2023



Bismilahirrahmanirrahim. 


Niat 

Pertama sekali, perkara yang paling penting dan asas, apabila kita hendak melaksanakan apa saja kerja, walaupun menuntut ilmu adalah niat. 


Hadis yang biasa kita dengar, sabda Baginda Nabi SAW:


"Sesungguhnya setiap amalan dikira mengikut niat. 

Dan sesungguhnya bagi setiap orang, dia akan mendapat mengikut apa yang diniatkan. 

Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya akan mendapat Allah dan Rasul. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang diinginkan (atau berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya) maka dia akan mendapat apa yang dia niatkan."  



Tadabbur Hadis (Apa yang Nabi SAW nak sampaikan) 

Hijrah

1. Hijrah para sahabat ra dari Mekah ke Madinah adalah satu bebanan yang sangat besar dan berat kerana hijrah tersebut hanya berbekalkan semata-mata iman sahaja. Manakala harta benda dan keluarga yang tidak beriman ditinggalkan dan mereka pula berhijrah ke tempat yang asing. 


2. Pada zahirnya tiada masa depan, tiada tanahair, tiada tempat tinggal dan tiada pekerjaan dan belum tahu samada bila masanya akan pulang semula ke Mekah. Malah berkemungkinan hidup menjadi lebih susah. 


3. Inilah cara Baginda Nabi SAW memotivasikan para sahabat ra semasa diperintahkan untuk berhijrah ke Madinah. 


Dunia, Allah dan Rasul

4. Jadi, jika kita nakkan Allah dan Rasul, kita perlu tinggalkan dunia. Kalau kita nakkan dunia, kita pasti akan tinggalkan Allah dan Rasul. Persoalannya, jika kita dapat dunia, adakah kita bahagia tanpa Allah dan Rasul? Dan bahagia itu untuk apa sebenarnya? 


Logiknya, semua yang kejar dunia hendakkan bahagia, sebab mereka menganggap bahagia tak mungkin jika miskin. Dan kerana itu mereka yang kejar dunia nakkan harta yang banyak. Namun, adakah betul cara berfikir sebegini, nakkan bahagia mesti mempunyai harta yang banyak? 


Ikutilah cara al-Quran

5. Jika kita sering membaca tanpa memahami al-Quran, sebenarnya kita tak perasan yang al-Quran sering bertanyakan soalan. Kita tak perasan, sebab kita tak kisah pun dengan soalan al-Quran (soalan Allah) kerana apa yang kita kisahkan adalah khatam al-Quran sahaja. Akhirnya kita tak rasa, yang Allah telah mengajak kita berfikir bagi meningkatkan keimanan kita kepadaNya. 


6. Kebiasaannya, kita nakkan dunia ini seiringan sebab kita menganggap dunia ini satu keperluan. Tapi kenapa Baginda Nabi SAW tidak bagi kita pilihan itu kepada kita. 

"Sesiapa yang nak berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka dia akan mendapat Allah dan Rasul". 


7. Tak pula Baginda Nabi SAW menambah yang, "sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, dia akan mendapat Allah, Rasul dan Dunia". Nampak, Baginda Nabi SAW langsung tak tambah DUNIA dalam sabdanya.


8. Sebaliknya, sesiapa yang nakkan dunia, dia akan dapat dunia, tapi dia tidak akan dapat Allah dan Rasul. Sebenarnya dunia ini siapa pemiliknya, siapa penciptanya? Pada yang dapat "dunia ini", siapa yang bagi dan yang dapat "dunia sikit", siapa yang bagi? Sudah tentulah Allah.


9. Persoalannya, kalau kita dapat Allah dan Rasul, agak-agak kita dapat tak dunia? Antara dapat dunia dengan Allah, mana satu yang lebih memberi nikmat?


Kisah Siti Hajar dan Nabi Ibrahim as

10. Antara kita dengan Saiditina Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim as), yang mana satu, Allah lebih sayang? Ujian Saiditina Siti Hajar lebih besar, dan itu adalah petanda Allah sayangkannya. 


11. Allah perintahkan Nabi Ibrahim as supaya meninggalkan Saiditina Siti Hajar di tengah-tengah padang pasir yang tandus dengan tanpa ada apa-apa bekalan. Tempatnya sangat panas, tidak ada pokok dan tiada air, tiada suami dan tiada bangunan. Adakah Siti Hajar berbahagia dengan keadaan tersebut? 


Ya, beliau bahagia. Jadi, syarat untuk mendapatkan kebahagiaan adalah ikutlah segala perintah Allah. 


Keyakinan Saiditina Siti Hajar 

12. Saiditina Siti Hajar bertanyakan kepada Nabi Ibrahim as, siapa yang memerintahkan untuk meninggalkannya di padang pasir itu. Apabila Nabi Ibrahim as mengatakan ini adalah arahan Allah, maka Siti Hajar langsung akur dengan perintah itu. 


Ilmu, keyakinan dan praktikal dalam kehidupan itu adalah perkara yang berlainan.

13. Kenapa Saiditina Siti Hajar tak bertanya langsung tentang bagaimana beliau nak hidup di tengah-tengah padang pasir. Masuk akal tak, seorang wanita dengan bayi yang kecil ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang tiada manusia, tiada rumah nak hidup? Kenapa Saiditina Siti Hajar tak persoalkan?


Sebab beliau yakin kepada Allah. 

Padang pasir milik Allah.

Siti Hajar milik Allah. 

Suaminya milik Allah. 


14. Kalau Allah boleh ciptakan 7 lapis langit, Allah boleh uruskan 7 lapis langit sikit pun tiada retak, sikit pun tiada masalah. Allah juga boleh uruskan siang dan malam, takkanlah kehebatan Allah itu, tak boleh menjaganya beliau seorang dengan bayinya. 


15. Beliau benar-benar yakin kepada Allah. Kalau Allah yang memberi perintah, pasti Allah menjaganya. Itulah keyakinannya kepada Allah yang Maha Berkuasa.


16. Tanpa keyakinan kepada Allah, kita yang berada di dalam rumah, terkadang-kadang semuanya ada pun, suami ada, beras ada, telefon pun ada, namun kadang-kadang jiwa kita tak berasa tenang.


17. Dengan keyakinan penuh kepada Allah, Saiditina Siti Hajar sentiasa tenang 24 jam. Sebenarnya ketenangan dan kebahagiaan adalah berdasarkan yakin yakni beriman kepada Allah. Niat nak berbuat apa-apa pun biarlah kerana Allah, maka tenanglah hidup walaupun tiada mempunyai apa-apa.


18. Tapi kalau tiada Allah dalam jiwa namun mempunyai segala-segalanya, celakalah hidup manusia itu! 


Ketakutan Firaun

19. Firaun mempunyai segala-galanya tapi hidupnya tak bahagia. Bahkan ada kerajaan yang besar dan tentera yang hebat tapi dia takut kepada Nabi Musa as yang dia besarkan dan dibagi makan. 


20. Kenapa Firaun takut kepada Nabi Musa as. Begitulah tanda kekuasaan Allah. Sebenarnya harta tidaklah membahagiakan manusia. 


Kebahagiaan Nabi Yunus as

21. Pernah ke kita berzikir kepada Allah di tengah-tengah malam buta dalam suasana gelap gelita? 


22. Di antara kita dengan Nabi Yunus as, siapakah yang berbahagia? Tentunya Nabi Yunus as. Semasa Nabi Yunus as berada dalam perut ikan yang gelap gelita, sebagai seorang manusia, baginda as juga turut rasa berdebar dan merasa risau. 


23. Adakah baginda as berbahagia, jika bahagia apa buktinya? Subhanallah. Nabi Yunus as tidak putus-putus berzikir kepada Allah semasa berada dalam perut ikan yang amat gelap gelita ditambah pula dengan kegelapan laut, malam dan sebagainya. 

zikir nabi yunus dalam perut ikan

24. Logiknya, sepatutnya baginda as meminta doa mohon dikeluarkan dari perut ikan tapi sebaliknya Nabi Yunus as meminta ampun kepada Allah. Jadi di antara kita dengan Nabi Yunus as, siapakah yang paling banyak berbuat dosa? 


25. Tentulah kita yang paling banyak berdosa namun kita tak pernah pula berzikir semasa gelap gelita, contohnya elektrik terputus (blackout) atau semasa berada dalam kegelisahan, kesusahan ataupun dalam kesukaran. 


26. Sedangkan Nabi Yunus as, hanya dengan satu dosa sahaja dan berada pula dalam gelap perut ikan, baginda as tak minta langsung untuk keluar dari perut ikan tersebut malah yang dimintanya adalah keampunan atas dirinya. 


27. Tidak pula dengan kita, yang berada dalam keadaan cerah terang-benderang pun tak meminta ampun kepada Allah walaupun hakikatnya dosa kita lebih banyak daripada Nabi Yunus as.


28. Kenapa begitu? Ini disebabkan kita berada dalam kegelapan ilmu. Kadang-kadang kita tak perasan yang dosa kita banyak. 


Merajuk dan kecewa

29. Nabi Yunus as, dosanya adalah merajuk dan berasa kecewa. Baginda as tak boleh terima penolakan ajakan dakwah oleh kaumnya. Kerja para nabi dan pendakwah adalah menyampaikan. Sekiranya sesuatu kaum itu tak nak menerima, kita tidak boleh berasa kecewa. Apabila kecewa, ia seolah-olah kita tak setuju dengan aturan Allah. 


30. Jadi jangan kecewa, sebab dengan kecewa kita itu bermaksud kita tak setuju dengan apa yang Allah takdirkan. 


31. Jadi dengan hanya satu dosa pun, hukuman Allah terhadap Nabi Yunus as, baginda as ditelan oleh ikan paus. Macamana pula dengan kita yang banyak dosa ini? Tidak pula kita ditelan paus dan tidak pula kita ni meminta ampun kepada Allah.  


Pemberi Bahagia

32. Baginda Nabi SAW bersabda, 

"Jika kamu berhijrah kerana Allah dan Rasul, kamu akan dapat Allah dan Rasul. Itulah sumber kebahagiaan manusia, bukannya harta. 

Apabila kamu dapat Allah dan Rasul, di mana sahaja dan apa saja keadaan kamu, kamu pasti berbahagia. 

Tapi jika kamu salah niat iaitu untuk mendapatkan dunia, kamu takkan bahagia sebab yang memberikan bahagia itu bukannya dunia. Pemberi bahagia adalah Allah semata-mata". 


33. Jadi mulai sekarang, perbetulkan niat kita hari ini. Kita belajar ayat-ayat Allah iaitu satu-satunya perkara yang paling mulia dan suci. Niatkan kerana Allah. 


34. Ada juga perkara yang mulia, orang belajar tapi payah nak melekat (masuk) sebab niatnya tidak betul. 


Apa bukti kita dah niat kerana Allah?

35. Buktinya, apa sahaja yang Allah cakap, yang kita belajar, secara tak langsung, kita praktikkan. Jika kita tak buat, itu maknanya kita tidak niat belajar kerana Allah. 


36. Jika niat tu kerana Allah, pasti kita akan berubah ke arah yang lebih baik mengikut kata-kata Allah. Ingat! Punca bahagia adalah apabila dengar perintah Allah, kita buat. 


37. Carilah harta sebanyak mana sekalipun, kalau perintah Allah tu dilanggar atau tak diendahkan, kita takkan berbahagia. 


38. Jadi mulai sekarang, supaya kita mendapat hidayah bagi memahami ayat dan istiqamah dalam kerja buat kita, perkara yang paling asas adalah perbetulkan niat. 


Penyakit Hati

39. Al-Quran ini adalah suatu perkara yang berat. Kerana itu tu ramai yang tak suka belajar tadabbur al-Quran berbanding belajar hadis, zikir-zikir, atau Feqah. Tak ramai yang nak belajar tadabbur. Kenapa?


40. Sebabnya al-Quran nak perbetulkan kita. Yang paling utama adalah nak perbetulkan hati. Al-Quran nak sucikan hati kita sebab dalam hati kita ini terlalu banyak sangat penyakit antaranya penyakit malas, berdendam, cemburu, dengki, iri hati, riak dan sebagainya. 


Cinta Dunia

41. Namun dalam banyak-banyak penyakit hati ini ada puncanya dan ia tersangat merbahaya. Ramai yang tak perasan. Seorang sahabat ra berkata; 

"Cinta dunia adalah punca kepada segala dosa". 

"Ibu kepada segala penyakit adalah cinta dunia". 


42. Kerana cinta dunia kita sanggup berbuat apa sahaja. Sanggup solat lambat sebab menguruskan anak-anak. Sedangkan anak-anak itu adalah sebahagian cinta dunia. 


Kenapa kita tidak sempat baca al-Quran?

Kenapa tak sempat Solat Sunat Rawatib? 

Kenapa tak sempat ajar anak tentang sunnah Baginda Nabi SAW antaranya cara solat mengikut cara nabi?

Kenapa berdengki?

Kenapa suka panas baran?

 

43. Segala penyakit hati berpunca dari cinta dunia kerana itulah perkara yang paling sukar dalam hidup adalah untuk tinggalkan dunia


44. Kerana itulah, Allah uji para sahabat ra sehinggakan mereka menjadi begitu hebat. 


45. Dari asalnya pengembala kambing, penyembah berhala, pembunuh anak-anak perempuan,  terlibat dengan pelacuran, penzinaan, rasuah dan macam-macam lagi penyakit sosial, akhirnya mereka menjadi orang terhebat di dunia dulu, kini dan takkan lagi berulang. 


Apa tipsnya?

46. Antara kita dengan para sahabat ra, darjat siapakah yang lebih hebat?


47. Kalau kita nak jadi orang hebat, kita kena follow para sahabat ra. Ini kerana para sahabat ra memang terbukti orang yang hebat. Selagi mana kita tak follow Baginda Nabi SAW dan para sahabat ra, mustahil kita akan menjadi orang yang hebat di sisi Allah SWT.


48. Mereka adalah manusia terhebat sehinggakan Baginda Nabi SAW pun turut memberikan pengiktirafan.

"Sebaik-baik generasi adalah generasiku"


48. Bahkan Baginda Nabi SAW bersabda, 

"Di syurga nanti, syurga yang paling tinggi atas bawahnya seakan kita berada di bumi sedang mendongak ke langit memandang bintang-bintang yang nun jauh di langit".

 

49. Itulah jarak di antara syurga atas dengan syurga ke bawah seumpama kita di bumi melihat bintang-bintang di langit. Itulah syurga yang teratas dari kita dan Baginda Nabi SAW bersabda, 

"Itulah tempat Saidina Abu Bakar ra dan Saidini Umar ra". 

 

50. Hebatnya para sahabat ra sehingga mendapat syurga yang tertinggi.


Apa rahsianya? 

51. Hilang cinta dunia maka hebatlah seseorang itu. Maknanya, kehebatan para sahabat ra ialah Allah telah mendidik mereka sehinggakan tiada sedikit pun rasa cintakan dunia. 


52. Apa bukti? Semasa para sahabat ra memeluk islam di Mekah, mereka telah ditindas dan dihina. Kemudian Allah perintahkan mereka berhijrah. Jadi mereka telah tinggalkan dunia. Maka tiada lagi dunia dalam hati mereka.


53. Ini bukan bermakna mereka tak mencari dunia, mereka hanya keluarkan dunia dari dalam hati. Kerana itu para sahabat ra apabila infakkan harta, mereka akan infakkan sebanyak yang mungkin. 


54. Selama Baginda Nabi SAW berada di Mekah dalam 13 tahun itu, banyak ayat al-Quran yang menceritakan tentang ganjaran orang berinfak, orang beramal soleh dan ganjaran kerja dakwah yang mana di akhirat nanti mereka akan ditempatkan di syurga yang tertinggi.


55. Itulah yang Baginda Nabi SAW tanam dalam kepala para sahabat ra sehinggakan mereka menganggap dunia ini terlalu kecil. 


56. Mereka hanya nampak kebahagiaan akhirat, ganjaran besar dan kekal abadi sedang menanti. Dunia ini seakan kecil sahaja,  sebab itu mereka begitu senang untuk berinfak. 


57. Yang jadi susah kepada kita untuk berinfak yang mana ia turut mendatangkan kebaikan kepada kita juga, sebabnya kita tak nampak akhirat seperti mana para sahabat ra nampak. Kita hanya nampak dunia ni besar jer dan hebat jer. 


58. Disebabkan cinta akhirat "kurang masuk" dalam hidup, kita nakkan banglo besar,  kereta mewah dan berlumba-lumba menjadi siapa yang lebih terhebat. 


59. Sedangkan apa yang Allah nak bagi adalah istana mewah yang di bawahnya mengalir sungai-sungai yang kekal abadi yang jadi hak milik kita. Yang mana, nikmat kemewahan ni tiada langsung di atas dunia ni. 


60. Jadi apabila Baginda Nabi SAW bercerita tentang syurga, para sahabat ra betul-betul nampak syurga seolah-olah syurga berada di depan mata. Maka dunia tu (harta) dicari semata-mata untuk membeli syurga yang dijanjikan oleh Allah.


Beli Akhirat dengan Dunia 

61. Bukannya tinggalkan dunia, kita tak mencari dunia. Tapi dunia dicari untuk membeli akhirat. Bukannya mencari dunia untuk membeli lagi dunia. kalau mencari dunia untuk beli lagi dunia, ia takkan puas sampai mati. 


62. Akhirnya seseorang itu menjadi hamba dunia dan pasti akan menyesal setelah mati. Itulah apabila mati, dia akan meminta semula untuk kembali hidup ke dunia untuk berbuat amal soleh. 


63. Sedangkan semasa hidupnya, Allah dah bagi peluang untuk beramal soleh. Apabila mati mana ada peluang lagi, masa tu dia dah betul-betul yakin, yang boleh menyelamatkannya di dalam kubur dan di padang mahsyar, hanyalah amal soleh. 


64. Sekarang kita tak berapa yakin sebab tu amal soleh kadang-kadang kita buat cincai je. Tetapi untuk dunia, kita buat bukan main "first class" lagi. 


65. Jadi mulai hari ini, betulkan niat, kita berhijrah kerana Allah dan Rasul, insha allah kita akan berbahagia. 


66. Bukan bermakna tinggalkan dunia untuk kita jadi miskin. Teruskanlah mencari kekayaan. Ramai para sahabat ra yang kaya raya di dunia, dan di akhirat juga mereka menjadi orang yang paling terkaya.

 

67. Jangan pula kita ni hanya kaya di dunia, tapi di akhirat nanti kitalah yang fakir miskin papa kedana. Elakkan dari terjadi sebegitu.


Redha Allah

68. Belajarlah Bahasa Arab untuk mencapai keredhaan Allah kerana redha yang tertinggi adalah apabila kita membaca al-Quran kita boleh faham. 


69. Kita semua memang nak berubah menjadi baik. Kita semua nak anak-anak kita berubah menjadi baik. Tetapi banyak perkara dan pelbagai cara kita buat, namun tetap tak berubah-ubah juga. Kerana apa? 


70. Kerana kita tak aplikasikan kaedah Baginda Nabi SAW sehinggakan baginda Nabi SAW boleh mengubah sepenuhnya keadaan sosial masyarakat Arab.  


*Kesan al-Quran dalam mengubah manusia*

"Maka tatkala turunnya al-Quran, orang Arab berubah, ..."

Iaitu dari masyarakat yang paling jahat, yang paling rosak akhlaknya telah berubah menjadi masyarakat yang terbaik.


"...dan peribadi orang Arab bertukar mengikut cara tuhan, bukan mengikut hawa nafsu. Mereka telah berubah dengan ayat-ayat Allah..." 

Masyarakat Arab berubah dengan ayat-ayat Allah. Jadi kalau kita nak ubah diri kita, anak kita dan keluarga, kaedahnya adalah gunakan ayat-ayat Allah. 


Tapi jangan salah faham iaitu ada di antara kita yang baca ayat al-Quran dan hembus ke muka anak. Bukan begitu caranya.


Baginda Nabi SAW tak pernah buat sebegitu, namun masyarakat kita ada yang buat. Kalaulah cara sebegitu boleh melembutkan hati manusia, dah lama Baginda Nabi SAW berbuat sebegitu kepada Abu Jahal. Jadi, bukan semudah itu.


"...Risalah ini membongkarkan satu sudut daripada kesan al-Quran dalam mengubah manusia..." 

Allah telah memberi nikmat kepada manusia dengan nikmat yang terbesar, iaitu turunnya al-Quran. Yang mana lebih menggembirakan, samada kita faham 3 ayat al-Quran dengan dapat duit dari suami RM3000? 


Kalau jawapan kita yang RM3000, kenapa tidak gembira dengan faham 3 ayat al-Quran? 


Sebab kita dididik dengan duit yang mana kita boleh berbuat macam-macam. Kita tak pernah dididik bahawa dengan fahami al-Quran, kita mengenal Tuhan dan Tuhan akan membawa kita ke syurga yang kekal abadi. 


Dapat RM3000, seronoknya berapa lama?

Kita nak duit, sebab kita nakkan bahagia. Allah tahu sebab Allah yang ciptakan kita. 


Memang Allah nak bagi kita bahagia, tapi kita tak faham nilai bahagia yang Allah nak bagi, iaitu nikmat Allah yang kekal abadi, yang tiada penat atau letih, sedih, tua, sakit ataupun mati. Yang itulah, bahagia yang Allah nak bagi tapi kita plak yang menolak. 


Adakah dapat RM3000 itu membahagiakan? 

Ye lah boleh melancong, makan-makan malah boleh buat apa sahaja. Setelah tu, dah abih  cari lagi, cari lagi, sampailah ke tua. Waktu dah tak berdaya, gigi pun tiada, sehingga RM3000 atau RM30,000 atau RM30 juta sekalipun, ia tiada lagi bernilai. Itulah namanya dunia. 


Tapi Allah nak bagi syurga yang kita boleh duduk beribu-ribu tahun, yang mana langsung tiada rasa bosan. Penghuni syurga umurnya sebaya walaupun beribu-ribu tahun berada dalam syurga. Umur penghuni syurga sentiasa muda iaitu 33 tahun. 


Tapi kalau di dunia, setiap hari umur kita meningkat. Jadi, yang mana satu pilihan kita, nak umur yang sentiasa muda atau yang akhirnya menjadi tua? Adakah kita membelanjakan masa untuk mencari "umur yang sentiasa muda" yakni akhirat?


Sebelum Allah menurunkan nikmat terbesar kepada manusia iaitu turunnya al-Quran kepada nabi penutup, orang Arab sering berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri.


Selepas turunnya al-Quran, mereka menjadi seperti adik beradik walaupun bukan saudara mara. Mereka berkasih sayang yang kemudiannya Allah berfirman di dalam al-Quran berkisarkan tentang nikmat al-Quran;

"dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika mana kamu dulu adalah berpecah belah lalu Allah menyatukan di antara hati-hati kamu. Selepas itu kamu dengan nikmatnya menjadi seperti adik beradik" - surah Ali Imran ayat 103


Kita telah dididik apabila sebut sahaja tentang nikmat, kita akan membayangkan harta, sihat, umur panjang, anak-anak dan sebagainya. Tetapi yang dimaksudkan dalam firman Allah tersebut adalah nikmat kasih sayang. Itulah punca bahagia


Antara nikmat Allah adalah hidup berkasih sayang antara sesama kita. Sekarang ramai ibu bapa yang mengadu tentang masalah rumah tangga atau anak-anak.  Kekurangan kasih sayang dalam rumahtangga dan anak-anak. Dan itulah punca manusia tidak bahagia.


Disebabkan kekurangan atau tiada kasih sayang, saban hari kita mendengar suami membunuh isteri, suami menceraikan isteri dan jika dibandingkan dengan keadaan  dulu dan sekarang, ia semakin parah dari hari ke hari.  


Kesimpulannya, masyarakat kita secara umumnya tidak bahagia kerana tiada sifat kasih sayang.  


Jadi siapakah yang telah menyatukan orang Musyrikin Mekah yang sentiasa bergaduh dan berpecah-belah?  


Pastinya Allah. Maknanya jika kita nakkan nikmat kasih sayang, ikutlah cara Allah sebabnya hanya Allah yang boleh bagi kasih sayang. Cara Allah mestilah kena fahami al-Quran dan amalkan ajarannya. 


"...dulu orang Arab sanggup berbunuhan dengan hanya seekor unta dan kambing..."

Kita pernah dengar tak, sesetengah orang Arab Mekah atau Madinah, yang kadang-kadang hanya seekor kambing mereka dibunuh, mereka boleh berdendam dengan kawan yang  membunuh kambingnya selama 7 tahun. Adakah hidup mereka itu bahagia? 


Keadaan ni pun berlaku juga sekarang, hanya seekor kucing mati dilanggar, menyebabkan pemiliknya bermusuhan dengan orang melanggar kucingnya. 


"...tetapi selepas itu, tak berapa lama kemudian, mereka mengutamakan orang lain daripada diri sendiri. Maka Allah memuji mereka dalam ayat al-Quran dalam surah Al-Hajru ayat 9;  

"Mereka mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri walaupun diri mereka miskin. "..."


Itulah nilai nikmat Allah iaitu nilai al-Quran. 


Dahulu kerana untanya dibunuh, dia sanggup berdendam sehingga bertahun-tahun. Tetapi setelah nikmat Allah datang iaitu al-Quran, walaupun orang yang tidak dikenali memerlukan bantuan, mereka sanggup menghulurkan bantuan, contohnya seperti lapar. 


Siapakah yang mengubahnya? Tentulah Allah iaitu dengan nikmat Al-Quran. Apakah nilai ahli syurga dalam kisah ini? Nilainya adalah mengutamakan orang lain, lebih dari diri sendiri walaupun kita sendiri memerlukan. 


"...dulu sebelum turunnya al-Quran, mereka fanatik kepada puak walaupun puaknya kejam dan zalim secara terang-terangan tetapi selepas turunnya al-Quran, mereka sanggup berperang tanpa perbezaan perkauman. Sebab yang menyatukan mereka adalah al-Quran. Semua orang hidup berkasih sayang dan tiada unsur-unsur perkauman..."


Masyarakat kita pula sekarang, ada rasa kaum lain tu tak layak mendapatkan hak di tanahair kita, malah jauh sekali kita nak berdakwah kepada mereka supaya mereka memeluk islam. Semua ini kerana kita kekurangan sifat kasih sayang di dalam diri.


"...dulu orang Arab apabila dapat anak perempuan, mereka akan bunuh hidup-hidup sebab dianggap anak perempuan itu sial, tidak boleh membantu mereka dan tidak boleh berperang. Malah mereka menggangap darjat perempuan itu sangat hina sehinggakan mereka tak layak hidup. Apabila mak si anak ini mati, anak perempuan tersebut langsung tidak boleh mewarisi apa-apa harta. 

Namun akhirnya berubah selepas kedatangan islam, turunnya al-Quran, para wanita dimuliakan dan diangkat malah dapat mewarisi harta pusaka..." 


Apabila dibandingkan dengan keadaan sekarang, adakah wanita diangkat di tempat mulia, atau banyak dipergunakan sebab tak mengikut ajaran al-Quran? 


Begitu mudah si suami membunuh si isteri, malah ada yang membakar isteri. Semakin hari semakin teruk dan tenat apa yang berlaku dalam masyarakat kita. Apa puncanya? 


Selepas datangnya Islam, wanita diangkat ke tempat yang tertinggi. Bahkan Saiditina Aisyah telah menjadi tempat rujukan kepada para sahabat lelaki. Begitu mulia dan tinggi kedudukan wanita disebabkan mereka mengamalkan ajaran al-Quran. 


"...orang Arab minum arak dan malamnya mereka suka berjudi. Bahkan arak itu diminum seperti meminum air sejuk. Setelah datangnya Islam, mereka berubah..." 

Pada waktu malam, mereka solat tahajud dan bahkan pada peringkat awal kedatangan Islam, Baginda Nabi SAW dan para sahabat ra wajib solat tahajud sampai bengkak kaki. 


"...Apakah yang menyebabkan semua ni berubah dari jahiliyah, membunuh anak, kaki minum pada setiap malam, tiba-tiba bertukar menjadi masyarakat yang berkasih sayang? Setiap malam mereka bangun bertahajud, mengorbankan harta untuk agama Allah. Semuanya ini disebabkan kesan al-Quran dalam mengubah kehidupan manusia..."


Baginda Nabi SAW telah mengajar para sahabat ra dan juga kepada kanak-kanak. Pada zaman sekarang, masih ada lagikah kanak-kanak yang belajar tadabur al-Quran? 


Baginda Nabi SAW telah berjaya mendidik orang Arab yang paling jahat menjadi yang paling baik dalam tempoh 23 tahun. 


Pada waktu sekarang, ada tak yang belajar agama lebih dari 20 tahun, walaupun ada tetapi masyarakat kita tetap tak berubah menjadi lebih baik. 


"... Para sahabat ra dulu belajar tadabbur al-Quran sebelum baligh (10 tahun), mereka belajar tentang iman sebelum al-Quran. Maknanya mereka belajar akidah, tentang Allah, hari akhirat, syurga dan neraka. Jadi mereka mengenal Allah. Mereka cintakan Allah, barulah mereka belajar tajwid (bacaan)..."


Pada zaman sekarang, bagi mengajar anak-anak, kita boleh buat 2 in 1. Yang tak boleh buat adalah mengajar tajwid sehingga betul bacaan, namun sehingga ke tua, anak-anak masih juga tak faham al-Quran. 


Begitu juga, ada sesetengah anak-anak tahfiz yang hafal al-Quran dan segelintir guru tahfiz yang tak bermoral. Hal ini terjadi sebegini sebab mereka tak belajar iman sebelum al-Quran.


"...Selepas kami belajar baca al-Quran, iman kami bertambah, faktor iman bertambah

1. Mengenal Allah; dan

2. faham apa yang dibaca..."


Maknanya iman akan bertambah apabila membaca al-Quran dalam keadaan faham. Sebab itu jika membaca al-Quran dalam keadaan tak faham, walaupun khatam, iman kita tetap tak meningkat. Apa bukti iman kita meningkat?


Bukan setakat dakwaan atau pengakuan iman itu meningkat, tetapi berdasarkan amalan. kalau amalan kita dulu solat 5 waktu, sekarang dah boleh solat sunat 12 rakaat. itu tandanya iman telah meningkat. 


Kalau iman tak meningkat, bagaimana mungkin ada kekuatan untuk menambah amalan. 


Dulu sedekah sedikit, sekarang mampu bersedekah 1/3 harta. 

Dulu tak boleh bangun malam sekarang sudah boleh solat tahajud.

Dulu baca al-Quran sekali seminggu (Surah Yasin), sekarang dah boleh baca al-Quran setiap hari dan baca semua surah.

Dulu khatam sekali setahun pada bulan Ramadhan sahaja. Itupun khatam beramai-ramai. Tetapi sekarang, baca sorang-sorang pun boleh khatam sebulan sekali. 


Petanda iman kita meningkat adalah hubungan kita dengan al-Quran semakin baik. 


Dulu kita jarang-jarang baca, sekarang setiap hari kita membaca al-Quran. 

Dulu kita baca setengah jam, sekarang kita membaca al-Quran satu jam. 

Dulu kita baca tak faham, sekarang setiap ayat kita baca, kita nak tahu apa yang Allah firmankan. Kita nak tau sebab kita nak ikut perintah dan nak taat kepada Allah. 

Kerana Allah adalah punca manusia bahagia.

Dulu asyik takde masa je untuk al-Quran, sekarang asyik ada je masa. 

Itulah petanda iman telah meningkat. 


"...mula baca al-Quran, setelah belajar tentang iman..."

Pada zaman Baginda Nabi SAW, semasa turunnya al-Quran, Baginda Nabi SAW tak buka kelas tajwid, tetapi Baginda Nabi SAW telah mengajar tentang iman kepada para sahabat ra. Selepas tu, baru diajarkan tentang perbetulkan bacaan. 


Perbetulkan bacaan tu memang wajib tapi yang 10x wajib ialah faham dan amal. 


"...kamu yang akan datang, kamu belajar al-Quran (belajar tajwid, baca betul siap berlagu dan khatam tetapi kamu tak faham maksud al-Quran) sebelum belajar tentang iman..."


Kerana itu kebanyakan orang kita, apabila baca al-Quran dah betul bacaannya, dah khatam, mulalah simpan al-Quran. Dibuka semula pada bulan Ramadhan. 


Manakala para sahabat ra khatam al-Quran ada yang sebulan sekali, 2 minggu sekali malah ada yang 3 hari sekali. Mereka khatam dalam keadaan faham kerana itulah mereka telah menjadi orang yang hebat. 


Dan itulah perbezaan kita dengan para sabahat ra. Kita hanya nak khatam al-Quran, kononnya untuk dapatkan kelebihan berapa kali khatam. 


Saidina Uthman bin Affan, khatam al-Quran seminggu sekali tapi dalam keadaan dia telah faham dan amalkan, kerana itu dia boleh menginfakkan sebahagian besar hartanya atas sebab apa yang dibaca, dia praktiskan.


"...akhirnya keadaan Baginda Nabi SAW adalah sebaik-baik contoh ketika mana Rasulllah SAW mengutamakan aspek amalan, bukannya bacaan atau tajwid. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia."


Ini bukannya bermaksud kita tinggalkan tajwid. Masalah masyarakat kita begitu fokus kepada tajwid sehingga selesai belajar tajwid, dia berhenti membaca dan memahami al-Quran.


Sepatutnya kita dapatkan ilmu, bukannya hanya pandai membaca sahaja. Dengan Al-Quran kita dapat pelbagai ilmu. Ilmu dalam al-Quran itu lebih penting bagi mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat. 


Bahkan, kalau faham al-Quran, kita lebih berjaya dunia dan akhirat. Sayangnya kita tak nampak. Itulah kerugian yang sangat-sangat besar. 


"...bagaimana cara generasi sahabat ra belajar al-Quran; 

Sesungguhnya mereka membaca daripada Rasullulah SAW 10 ayat, dan para sahabat ra tak ambil 10 ayat yang lain, sehingga mereka tahu apa yang ada dalam 10 ayat pertama, lalu berkata para sahabat "akhirnya kami diajar oleh nabi, amal dan ilmu..."


Jadi cara Baginda Nabi SAW mengajarkan al-Quran kepada para sahabat ra adalah dengan mengambil 10 ayat, kemudian difahamkan dan beramal. Kemudian baru masuk 10 ayat yang lain.  


Maknanya, selagi para sahabat ra tak faham dan beramal, Baginda Nabi SAW takkan berpindah ayat. Dengan cara itu para sahabat ra berubah disebabkan cara Baginda Nabi SAW mengajarkan ilmu dan amal. 


Maka dalam tempoh 23 tahun, Baginda Nabi SAW telah berjaya menukarkan penyembah berhala yang bergelumang dengan syirik berpuluh-puluh tahun, yang membunuh anak, kaki rasuah, penzina telah bertukar menjadi generasi umat yang terbaik. 


Saidina Umar ra, yang dulunya orang yang jahat semasa zaman jahilliyah sebelum memeluk Islam. Buktinya, beliau pernah cuba membunuh Baginda Nabi SAW. 


Tetapi Baginda Nabi SAW telah mendidik beliau melalui al-Quran, Saidina Umar ra faham dan mengamalkannya. Akhirnya, Saidina Umar ra layak menggantikan Rasullullah sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua. 


Bahkan Baginda Nabi SAW pun ada bersabda; 

"Kalau ada nabi selepas aku, yang paling layak adalah Saidina Umar ra."

Al-Quran telah menukarkan watak Saidina Umar ra dengan cara membaca, faham dan amalkan. 


Ada seorang sahabat ra yang baru memeluk Islam dan telah dapat masuk ke syurga, beliau tak sempat baca al-Quran pun lagi, tetapi diperintahkan oleh Rasullullah SAW untuk keluar berjihad (arahan Baginda Nabi SAW adalah arahan Allah jua). Maka beliau syahid dan terus tempatnya di syurga.  


Pengajaran

Membaca al-Quran bukan untuk khatam 30 juzuk atau baca dengan suara merdu, tetapi setakat mana kita faham dan amalkan untuk menjadi orang yang terbaik.  


Ini kerana al-Quran ini adalah satu perkara yang berat. Jika kita tak faham betul-betul kenapa kita belajar, kita mungkin separuh jalan dan kita yang rugi sebab kita tak faham tentang hidayat. 


Walhal kita sering meminta hidayat 17x setiap hari dalam al-Fatihah semasa solat. 

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus" 


Bagaimana nak dapatkan siratulmustaqim (jalan yang lurus)? 

Siratulmustaqim yang diminta dalam surah al-Fatihah iaitu surah yang pertama, ada dijawab dalam surah al-Baqarah, surah yang kedua.  

"yang kamu minta itu ada dalam al-Quran, dia adalah petunjuk yang lurus pada orang yang bertakwa" 


Jadi, pada yang meminta "siratulmustaqim" kenalah fahami al-Quran. Ramai yang minta "siratulmustaqim" berpuluh-puluh tahun tapi tak juga belajar fahami al-Quran. So, bagaimana dia nak dapatkan "siratulmustaqim" tu. 


Ada seorang sahabat ra yang suka membaca surah al-Ikhlas ketika menjadi imam. Apabila ditanya, beliau menjawab yang beliau begitu suka dengan sifat Allah dalam surah tersebut : 

1. assomad (Yang Maha Melihat)

2. lam yalid (Yang Tiada Mempunyai Anak)

3. walam yulad (Yang Tidak Diperanakkan) 

4. Allah yang Esa 


Nampak macam simple. Sebenarnya jika kita yakin dengan sifat Allah dalam surah al-Ikhlas, maka ia akan menjadikan kita orang yang kuat sebab kita hanya bergantung semata-mata kepada Allah yang Maha Hebat sahaja. 


Kita hanya takut kepada Allah dan tidak risau langsung tentang rezeki disebabkan kita telah beriman dengan Tuhan Assomad, lam yalid walam yulad. 


Maksudnya beliau faham dan suka dengan sifat Allah dan beliau praktiskan sifat-sifat Allah dalam kehidupannya. 


Ini menunjukkan Allah suka sahabat tersebut sebagaimana sahabat begitu sukakan Allah. Sesiapa yang nakkan cinta Allah maka dia akan mendapat cinta Allah.


Yang kita pula, belum tentu dapat cinta Allah kerana kita suka baca surah al-Ikhlas kerana ianya antara surah yang terpendek dalam al-Quran. 


Surah as-Soffat. 

Ia adalah surah Makiyah yang mana banyak bercerita tentang hari kiamat, syurga dan neraka. 


Itulah perkara yang paling asas. Apabila kita yakin dengan balasan Allah, dunia ini kita anggap seakan-akan kecil je. Tetapi jika akhirat tiada dalam kepala kita, dunia ini adalah segala-galanya. 


Kerana cinta, manusia sanggup berbuat apa saja

Di dalam hadis, Nabi meminta kita meringankan solat jika menjadi imam bagi meraikan makmum. Ini kerana kemungkinan ada makmum yang tua, yang sakit tak pun ada wanita dan kanak-kanak. 


Tetapi dalam meringankan solat tu, Baginda Nabi SAW telah membaca surah as-Soffat yang mengandungi 142 ayat. Renyah-renyah Baginda Nabi SAW, membaca surah as-Soffat juga. Manakala solat Subuh bagi setiap rakaatnya adalah 60 ayat - 100 ayat. 


Baginda Nabi SAW pernah membaca surah yang begitu panjang dalam solat iaitu surah al-Baqarah, Ali Imran dan an-Nisa' dalam satu rakaat yang mana melibatkan 5 juzuk lebih. 


Kenapa Baginda Nabi SAW tak merasa bosan, penat, letih dan jemu?

5 juzuk bagi satu rakaat adalah nikmat yang paling besar kerana dapat bercakap-cakap dengan Allah. Jika kita faham apa yang Allah firmankan, kita akan dapat nikmat tu, baca panjang dan berdiri lama pun kita tak rasa. 


Sedangkan kita nak solat witir satu rakaat selepas isya' pun kita payah apatah lagi nak bangun malam. Itulah tanda manifestasi tidak cintakan Allah. 


Baginda Nabi SAW kerana cintakan Allah boleh solat dengan membaca 5 juzuk dalam satu rakaat sampai bengkak kaki. 


Bagaimana kita nak seimbangkan antara kelebihan membaca al-Quran banyak-banyak dan khatam dengan membaca al-Quran dan faham, dan yang manakah yang lebih baik?


Sebenarnya Allah berfirman;

"Kalau al-Quran diturunkan ke atas gunung, dan gunung tu faham, apa yang akan terjadi pada gunung tersebut ialah ia akan khusyuk dan pecah."

Betapa hebatnya setiap ayat al-Quran dan disebabkan itu Baginda Nabi SAW pernah membaca dan mengulang-ulang satu ayat yang sama dalam solat malam sehinggalah masuk waktu subuh kerana satu ayat itu telah memberikan kesan yang sangat besar.


Para ulama bersepakat mengatakan kita faham satu ayat dan memberi kesan ke dalam hidup kita, itu lebih baik daripada kita khatam 30 juzuk dan tiada satu ayat pun yang memberi kesan kepada kita. 


Bahkan antara musibah pembaca al-Quran ialah apabila mindset nya nak khatam. Apabila berfikiran sebegitu, dia hanya membaca tanpa meneliti makna-maknanya. Itulah kerugian yang sangat besar. 

 

Kalau kita nak pahala, satu huruf dapat 10 pahala, dan dalam pada masa yang sama kita nak juga faham. Maka bolehlah kita tetapkan masa contohnya dalam satu hari, satu jam atau lebih untuk tadabbur bagi kefahaman. 


Kemudian membaca al-Quran bagi mendapatkan pahala, kita peruntukan masa setengah jam. Percayalah kesannya lagi hebat daripada kita fokus kepada khatam al-Quran sahaja. 


Jadi, jangan berkejar sangat pada khatam, kerana kita jadi tidak fokus kepada maknanya. Kalau baca terjemahan tapi tetap tak faham, kita carilah guru untuk belajar tentang tafsir dan tadabbur al-Quran. 


Sekian.


Apa yang baik daripada Allah dan sekiranya ada terkasar bahasa menyebabkan kecik hati, pohon dimaafkan. Pesan guru, 

"Tanda terima kasih kepadanya, adalah mengamalkan apa yang diajar, yang mana selagi banyak yang diamalkan, lagi banyaklah pahala si guru"