31 December, 2015

Poster : Doa yang Hebat

 

poster - doa yang hebat

Ya Allah, cabutlah segala di dalam hatiku apa yang Engkau tidak sukai, dan hiasilah hatiku dengan segala sesuatu yang Engkau sukai. Amin.




30 December, 2015

4 Cadangan Supplemen untuk Pembawa Talasemia




Talasemia adalah penyakit keturunan. Ianya adalah penyakit kecacatan darah. Kecacatan gen yang menyebabkan berlakunya keadaan tidak normal pada hemoglobin dalam darah. Hemoglobin adalah sel darah merah yang membawa oksigen dari paru paru ke seluruh anggota badan. 



Tanda-tanda Talasemia

Kekurangan sel darah merah akan meyebabkan kulit menjadi pucat, mudah lesu dan tidak bermaya dan berkemungkinan besar mudah sesak nafas sekiranya hemoglobin semakin menurun.




Selain itu, tanda tanda Talasemia ini boleh dikesan dengan keadaan buncit pada bahagian perut yang mana berlakunya pembengkakan hati dan limpa. Pembentukan tulang muka, pipi dan rahang juga tidak begitu normal. 


Merawat Talasemia

Perlu diingatkan, bagi pembawa Talasemia adalah tidak disarankan mengambil suplemen yang mengandungi zat besi (iron) dibimbangi merosakkan organ dalaman. 



Di rangkaian Shaklee, terdapat beberapa vitamin yang mempunyai kandungan iron yang tinggi antaranya Vitalea, Alfalfa & Zinc Complex. Supplemen yang disarankan diambil untuk meningkatkan hemoglobin adalah Vitamin B Complex.




Fungsi B Complex

Vitamin B Compplex Shaklee adalah vitamin larut air, yang mana sebarang lebihan vitamin tidak akan disimpan di dalam badan sebaliknya disingkirkan terus melalui sistem pencernaan.

Kepentingan B Complex adalah seperti berikut : 

  • Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, 
  • merangsang pengaliran darah dala tubuh. 
  • merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, 
  • merawat dan mencegah anemia, 
  • sakit kepala, 
  • lemah semangat, 
  • keletihan, 
  • migrain, 
  • muntah-muntah, 
  • mabuk darat dan laut.


Fungsi ESP

Energizing Soy Protein (ESP) bermanfaat untuk membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun badan untuk kekal bertenaga selain mencegah migrain, imsonia dan menghadapi tekanan.  

Kekurangan protein dalam badan boleh menyebabkan : 
  • kelemahan pada sistem imun untuk melawan penyakit, 
  • berlakunya masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, 
  • kehilangan kepejalan otot, 
  • perubahan pada warna rambut, 
  • pertumbuhan terbantut, 
  • masalah penghadaman, 
  • masalah penghasilan darah dan hormon 

yang mana kesemua masalah ini akan membawa kepada kegagalan fungsi organ yang membawa kepada kematian.

Fungsi Ostematrix

Mengandungi kalsium, vitamin D dan magnesium. Magnesium adalah ion positif no. 2 terpenting di dalam tubuh kita. Ia bermanfaat untuk : 

  • menggalakkan komposisi tulang dan rawan,
  • membantu sistem saraf,
  • mengaktifkan enzim tubuh untuk penghasilan tenaga, 
  • pengecutan saraf dan otot, 
  • menstabilkan denyutan jantung yang tidak sekata,
  • memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus,
  • menghalang endapan kalsium,
  • melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang atau batu hempedu
  • membantu pesakit yang mengalami masalah fluktuasi glukos


Fungsi Vitamin E

Ia dihasilkan dari ekstrak minyak soya organik dan minyak biji gandum yang amat bermanfaat untuk : 

i. Melindungi jantung

  • melindungi sel darah merah bagi mengelakkan pengasidan lipid, 
  • meningkatkan kolestrol baik (HDL),
  • mengurangkan tekanan darah, 
  • menghalang platlet darah melekat pada dinding arteri, 
  • menghalang anemia hemolitik

ii. Antioksidan yang tinggi

  • melawan kanser,
  • mengukuhkan sistem imun,
  • menghalang pertumbuhan tumor,
  • mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas
  • membantu memperbaiki masalah oksidasi dan masalah penglihatan.



Testimoni 












Sekiranya anda memerlukan vitamin atau supplemen Shaklee, sila klik link ini untuk pembelian terus atau hubungi saya di:

FB: Mawar Melati - Pengedar Shaklee Putrajaya/Cyberjaya dan Sepang


No Tel: 011-2083 1086




COD area: Seluruh Putrajaya, Cyberjaya, Sepang

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju, GDEX dan CityLink. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

07 December, 2015

Susah ke Nak Dapatkan Berat Badan yang Ideal?

Ini adalah antara koleksi gambar berkenaan vitamin Lecithin untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. 


Risau dengan masalah kegemukan. Risau nak makan sedap-sedap.

Sekarang sudah tak perlu nak risau, makan je apa yang melintas lalu, tapi yang penting ada cara untuk membuang lemak yang tak baik ni dari badan kita dengan segera.

Dengan adanya lecithin ni, yang asasnya adalah minyak soya yang bermanfaat untuk mencairkan lemak dan membawa keluar lemak ni dari diserap.

Nak lagi cepat lemak tu dibuang dari badan, gabungkan dengan Herb Lax. Perghhh..memang lagi lagi berkesan.

3 biji selepas setiap kali makan. Insha allah..berat badan maintain cun je walaupun berkali kali makan makanan berkalori tinggi.



Ubah gaya pemakanan kita. Kawal dan jaga. Menjaga kesihatan itukan satu jihad. 



Amalan mengambil 12 kapsul lecithin dan 3 omega guard sehari sebenarnya mampu membantu badan kembali sihat dan memperolehi berat badan yang ideal.




Demensia? 


Demensia tu adalah simptom bagi penyakit nyanyuk. Ramai di kalangan kita yang ada simptom ni. 


Demensia ini berkait rapat dengan memory loss. Pernah tak, kadang-kadang kita sukar untuk membuat keputusan disebabkan kita sukar untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Kadang-kadang kita terlupa apa perkataan yang nak kita sebut. Sedangkan kita sering jugak ulang-ulang perkataan tersebut sebelum ini. Kadang-kadang tu kita cepat lupa nama orang, nama tempat dan sebagainya. 


Sedentary lifestyle tu apa plaks? Itu adalah gaya hidup orang zaman sekarang. Gaya hidup yang memang banyak aktiviti duduk seperti menonton tv, mengadap komputer ataupun gajet seperti smartphone


Ini menyebabkan lemak banyak terkumpul makan berlakulah gangguan pada neurotransmitter yang mana ia adalah medium untuk menghubungkan otak dengan saraf.

Jadinya, amalkan pengambilan 3 kapsul lecithin selepas makan sekurang-kurangnya dapat membantu melancarkan proses penyampaian mesej antara otak dan saraf.



















06 December, 2015

Tips Rahsia Cantik

Pernah dengar tak nama Raysha Rizrose? Beliau yang berusia 19 tahun ini adalah juara Dewi Remaja 2014/15. 




Beliau amat suka bersenam dengan cara membuat home work out

Katanya setiap kali bangun tidur, perkara pertama yang dilakukan adalah bersenam seperti strecthing, plank dan squat

Paling tidak pun, buat squat setiap hari untuk mengekalkan bentuk tubuh yang langsing. 




Katanya dengan bersenam, wanita nampak lebih cantik kerana cantik datang dari tubuh yang sihat. 

Bersenam adalah cara yang paling mudah untuk mengekalkan tubuh yang sihat. 

Selain itu senaman dapat membuang kalori yang tidak diingini serta membantu perjalanan darah. 

Kata gadis fotogenik ni lagi, beliau mengamalkan meminum banyak air putih untuk membuang toksin dalam tubuh dan membantu membersihkan organ tubuh. 

Setiap pagi, beliau juga mengamalkan pengambilan kolagen untuk menjaga kecantikan dalaman.  

Selain itu, gadis cantik ini juga mengamalkan sapuan serum minyak argan untuk memelihara dan melebatkan rambut secara semulajadi. 

Beliau turut membasuh rambut dan mandi dengan air sejuk. 



Pesanan beliau kepada wanita yang amat menitikberatkan kecantikan, pilihlah produk yang baik untuk kulit yang mempunyai elemen tradisional dan semulajadi. 


Jangan terlalu ghairah untuk kelihatan cantik dengan sanggup mengambil jalan cepat. 

Setiap orang memang dilahirkan cantik sebenarnya. 

Sumber - Rapi edisi November 2015


05 December, 2015

B for Beauty



Pernah dengar tak pasal kebaikan vitamin B? Kalau dulu-dulu, Melati tak nak ambil vitamin ni. Rasanya pahit dan tak sedap. 



Tapi semenjak bersama Shaklee, Melati rasa best pulak ngan vitamin B ni. Jom kita baca skit pasal kebaikan kandungan vitamin B ni.

Kandungan B Complex

Actually, banyak penyakit boleh diselesaikan dengan vitamin B ni. B Complex ni ada 8 jenis vitamin di dalamnya antaranya B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12


Fungsi B1 - menukarkan karbohidrat kepada tenaga

Siapa yang sesuai ambil supplemen B Complex ni?Orang yang ingin jaga berat badan iaitu golongan yang ingin tukarkan karbohidrat kepada tenaga.




Apabila karbohidrat ditukarkan kepada tenaga, perut mula terasa lapar. Disebabkan perkara ini yang membuatkan orang tak berminat untuk mengambil B Complex kerana dibimbangi berat badan semakin bertambah.

Tetapi, sebenarnya bukan perut kita lapar, badan kita hanya memerlukan air yang secukupnya. Secara tak langsung, rasa lapar hilang. Pada waktu ini, pengamal B Complex perlu berdisiplin dengan meminum air secukupnya.


Fungsi B2 - Bagus untuk kesihatan kuku terutama bagi kuku rapuh dan mudah patah.


Fungsi B3 - Agen pelembap kulit. Bagus untuk kulit kering dan kulit yang ada masalah ekzema. Ekzema jenis kering boleh menyebabkan kulit bertambah gatal. Cara untuk mengelakkan kulit kering, amalkan pengambilan B Complex.


Fungsi B5 - Baik untuk jerawat. Sekiranya ada banyak sangat jerawat, disarankan ambil bersama vitamin Zink. Selain itu, ia juga bagus untuk penyembuhan luka. Boleh diambil bersama zink dan vitamin C.


Fungsi B6 - Anti stress. Juga sesuai diambil oleh ibu berpantang untuk mengelakkan sindrom meroyan. Ia juga dapat mengurangkan masalah morning sickness bagi ibu yang mengandung.


Fungsi B9 - Asid folik. Ibu hamil wajib mengambil B Complex untuk mengelakkan kecacatan janin. 



Fungsi B12 - Bagus untuk sel darah merah. Sekiranya HB rendah, disarankan ambil bersama vitalea dan vitamin C untuk kesan yang lebih baik. 

B Complex memang banyak manfaatnya kepada kita. Ia adalah vitamin yang larut air. Makin berwarna urin kita, makin banyak pengeluaran toksin dalam badan kita berlaku.

Cara makan 

Untuk kesihatan berpanjangan - 1 atau 2 tablet sehari
Untuk rawatan kesihatan (jerawat) - 3 - 4 tablet sehari

Kesan awal pengambilan B Complex

Badan mudah merasa mengantuk. Ini adalah proses pemulihan dan pembuangan toksin. Perlu minum air secukupnya. Mana-mana vitamin sekalipun, mempunyai kesan tindak balas yang berbeza pada badan masing masing. 



04 December, 2015

7 Cara Nak Kawal Nafsu Makan



1. Minum 2 gelas air putih sebelum makan
Minum sebelum makan, boleh buatkan perut terasa kenyang. 


2. Perbanyakkan makan ikan
Bagi seseorang yang memakan ikan, merasa lebih kenyang berbanding mereka yang mengambil daging merah - European Journal of Clinical Nutrition 


3. Ambil sayur berwarna oren dan hijau
Sayuran hijau dan oren seperti lobak merah, brokoli atau bayam mempunyai 90% air dan kaya serat. Jadinya, perut jadi cepat kenyang


4. Ambil cuka dan kayu manis
Gula dalam darah boleh dikawal dengan pengambilan cuka dan serbuk kayu manis selain memberi rasa cepat kenyang. - Department of Agricultural & Food Sciences, Zuric, Swiss

Ini kerana, jika kadar gula darah stabil, rasa ingin mengambil makanan manis atau tinggi karbohidrat menjadi kurang. Kadar gula dalam darah yang turun naik yang menjadi penyebab rasa lapar.


5. Makan karbohidrat kompleks
Kentang, oatmeal dan beras merah akan mempercepatkan rasa kenyang. Ia boleh menggantikan nasi putih atau pun pasta. - British Journal of Nutrition



6. Mengunyah kekacang
Kacang badam atau kacang tanah diambil sebelum makan. Kacang mengandungi serat, protein dan lemak yang membuatkan perut rasa kenyang.  

Namun, harus diingat, ambil dalam kuantiti segenggam je sehari kerana kacang mengandungi lemak dan kalori yang agak tinggi. 


7. Kurma
Mengambil kurma dalam 3 - 5 biji sudah memadai untuk membuatkan perut menjadi kenyang. Kurma antara buah yang kaya serat. 
Sumber- Majalah Rapi keluaran November 2015


03 December, 2015

Antara Herb Lax, Sembelit dan Senna



Dari sudut perubatan, sembelit ini berlaku apabila seseorang hanya membuang air besar kurang dari 3x seminggu. 

Orang yang menghidap cukup trauma ketika ingin membuang air besar kerana perlu meneran dan menahan sakit semasa proses tersebut. 

Sembelit boleh menyebabkan bau mulut dan badan yang tidak menyenangkan, sukar memberikan tumpuan, mengantuk, malas, lesu, sakit sendi, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit. 

Bagaimana sembelit terjadi?

Sembelit boleh terjadi disebabkan penyakit kronik, stress ataupun mungkin disebabkan kesan pengambilan ubat- ubatan tertentu. 

Ia boleh juga terjadi sekiranya badan kurang pengambilan serat dalam pemakanan harian selain kurang meminum air yang mencukupi serta kekurangan aktiviti fizikal pun salah satu faktor yang menyumbang ke arah sembelit juga. 




Di rangkaian Shaklee, ada Herb Lax yang bebas gluten untuk mengatasi masalah sembelit ini. 

Gluten adalah sejenis protein yang melekit dan elastik yang biasa ada dalam tepung gandum, oats, barli dan sebagainya. 

Tidak semua orang ada masalah dengan gluten. 

Ia hanya kepada sesetengah orang sahaja yang mana sekiranya diambil akan mendatangkan alergik. 




Apa itu Herb Lax?

Ia adalah pil herba dari campuran pelbagai tumbuhan herba termasuklah daun senna yang memang cukup terkenal sebagai julap semulajadi.




Kenali Senna

Pohon Senna adalah tumbuhan berbunga kuning yang lazimnya banyak tumbuh di negara  beriklim tropika seperti India dan China yang mana buah dan daunnya boleh dibuat ubat. 

Rupa-rupanya India telah pun menggunakan senna ini sebagai julap sejak beribu-ribu tahun dulu lagi. 

Prosedur kolonoskopi
Senna dipercayai mampu merawat sembelit.  

Dalam perubatan moden pula, ia digunakan untuk membersihkan usus sebelum pesakit menjalani ujian diagnosis penyakit melalui prosedur kolonoskopi. 

Selain itu, senna juga turut digunakan untuk merawat buasir. 


Bagaimana Senna dalam Herb Lax ini berkerja?

Daun Senna yang terkandung dalam Herb Lax boleh melegakan sembelit dengan cara merangsang otot-otot pada usus yang mana di dalamnya  ada mengandungi  sebatian bahan kimia aktif  semulajadi yang dikenali sebagai sennosides. 

Sennosides ini akan bertindak mengganggu lapisan usus yang akan menyebabkan rasa ingin membuang air besar. 

Cara makan Herb Lax

2 biji setiap hari sebelum tidur atau 4 biji selang sehari sebelum tidur


Kesan sampingan pengambilan Herb Lax
Sekiranya pengambilan lebih dari dos yang disyorkan, ia boleh menyebabkan cirit birit yang boleh menyumbang kepada badan terhidrasi dan berlaku ketidakseimbangan elektrolit.

02 December, 2015

Bantu rawat Demensia dengan Lecithin



Lecithin adalah lemak yang penting dalam sel badan. Ianya ada terdapat dalam makanan antaranya kacang soya dan kuning telur. Lecithin juga boleh diambil sebagai ubat dan banyak digunakan dalam dunia perubatan.

Lecithin dipercayai dapat mengubati gangguan ingatan seperti demensia (memory loss) dan Alzheimer (nyanyuk). 



Simptom Demensia ini adalah seperti lupa ingatan, susah untuk berfikir, sukar untuk menyelesaikan masalah dan adakala sukar untuk ingat sesuatu perkataan. 

Demensia ini boleh membawa kepada penyakit Alzheimer (nyanyuk).

Ada satu filem pecah panggung (box-office) Still Alice (2014) yang berdasarkan novel "Best Selling" Still Alice (Lisa Genova, 2007) yang mengisahkan seorang profesor linguistik dari Columbia University yang telah mendiagnosis penyakit Alzheimer yang dialami oleh dirinya sendiri. 

Actually, menakutkan juga tentang penyakit Alzheimer ini apabila menonton filem ini. 

Hasil kajian mengatakan yang Demensia ini terjadi disebabkan tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis dan obesiti. 


"Sedentary lifestyle" antara faktor mempercepatkan risiko demensia. Sedentary lifestyle ini adalah gaya hidup yang tiada aktiviti fizikal yang teratur. Ia lebih kepada sikap malas untuk bergerak. 

Gaya hidup sebegini banyak terjadi pada negara yang sedang membangun dan maju yang mana ia terlalu banyak aktiviti duduk, membaca, menonton televisyen, bermain permainan video dan penggunaan komputer berlebihan serta terlalu fokus dengan aplikasi smartphone


Apa perkaitannya Demensia dengan Lecithin?

Dengan adanya lecithin yang memang dipercayai boleh membantu untuk merawat beberapa jenis penyakit yang disebabkan lemak berlebihan antaranya penyakit kemurungan (depression), masalah kolestrol tinggi, mudah kepenatan dan begitu juga dengan penyakit kulit yang dikenali sebagai ekzema. 

Lecithin ini berfungsi untuk melancarkan proses penghantaran mesej antara otak dan saraf.


Bagaimana lecithin ini bekerja?

Lecithin ini sebenarnya mampu untuk memecahkan lemak dan mengalirkan lemak ke seluruh badan. Ia seperti minyak yang dituang ke dalam air dan seterusnya ia terus terkumpul dan terapung-apung. 

Kerana itu, lecithin amat sesuai digandingkan dengan agen metabolisma tinggi seperti teh herba dan minyak ikan. Kombinasi ini akan mempercepatkan lagi proses pembuangan lemak dari badan. 

Secara tak langsung, saluran darah bebas dari peningkatan lemak pada dinding jantung, arteri dan otak.  



Lecithin dan Shaklee 

Shaklee turut mengeluarkan pemakanan tambahan iaitu lecithin untuk membantu merawat masalah demensia ini. Lecithin keluaran Shaklee telah diekstrak sepenuhnya dari kacang soya organik yang bukan diubah genetik (non-GMO). 

Setiap kapsul lecithin Shaklee ini mengandungi 3.1 gram lecithin yang kaya dengan choline ,termasuklah dengan 468mg phosphatidylcholine dan 282mg phosphatidylinositol Kandungan ini pantas menggalakkan proses pergerakan lemak badan yang bukannya untuk disimpan dalam badan. 
*sumber Shaklee USA


National Academy of Sciences, Amerika mengesahkan yang choline amat penting dalam diet pemakanan kita kerana ia berperanan untuk menyokong fungsi otak, hati, kardiovaskular dan sebagainya. 

Choline adalah satu komponen neurotrasmitter acetylcholine yang terlibat dalam penghantaran mesej ke dalam otak dan sistem saraf. 

Kerana itu pentingnya. lecithin dalam menangani simptom Demensia yang boleh mendatangkan penyakit nyanyuk. 

Untuk bulan ini, Shaklee menawarkan Lecithin dengan salah satu membeli 2 botol lecithin, anda boleh dapat 5% diskaun atau anda akan dapat 7 botol lecithin Shaklee dengan harga 6 botol.  

Cepat rebut tawaran ini segera untuk penjimatan hebat. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan nasihat percuma atau memesan produk melalui emel mawarjelly88@gmail.com.

Sila klik pada pautan tersebut untuk tempahan segera