Posts

Showing posts with the label Syifa

Mengapa Rahmah Lebih Mahal Daripada Rezeki?

Image
Anak-anak kesayangan Mama... Inas, Syasya, dan Anas. Ini adalah sambungan daripada apa yang Mama pelajari tentang Surah Yunus dari entri Mencari Syifa' dan Syurga dalam Ujian . Mama mahu anak-anak mama faham satu rahsia besar tentang kehidupan: "Kenapa ada orang yang diuji dengan kesakitan dan kesempitan, tapi mereka tetap tenang?" 1. Kesakitan - Pembersih Dosa Menuju Syurga Kadang-kadang kita rasa pelik, kenapa orang baik selalu sakit? Nabi SAW mendidik sahabat untuk faham bahawa penyakit adalah penghapus dosa. Sakit yang diredhai (sanggup hadap, tiada rungutan) boleh membawa kita ke Syurga. Sihat yang disalahguna pula boleh mengheret kita ke Neraka. Nikmat terbesar bukanlah sekadar badan yang kuat, tapi nikmat "Tidak Berbuat Dosa" itu yang terbaik. Hikmah apabila kita sakit dan sabar, Allah Taala telah "mengunci" kita daripada melakukan maksiat. Itulah rahmat dalam ujian. 2. R...