Posts

Showing posts from 2026

Mengapa Rahmah Lebih Mahal Daripada Rezeki?

Image
Anak-anak kesayangan Mama... Inas, Syasya, dan Anas. Ini adalah sambungan daripada apa yang Mama pelajari tentang Surah Yunus dari entri Mencari Syifa' dan Syurga dalam Ujian . Mama mahu anak-anak mama faham satu rahsia besar tentang kehidupan: "Kenapa ada orang yang diuji dengan kesakitan dan kesempitan, tapi mereka tetap tenang?" 1. Kesakitan - Pembersih Dosa Menuju Syurga Kadang-kadang kita rasa pelik, kenapa orang baik selalu sakit? Nabi SAW mendidik sahabat untuk faham bahawa penyakit adalah penghapus dosa. Sakit yang diredhai (sanggup hadap, tiada rungutan) boleh membawa kita ke Syurga. Sihat yang disalahguna pula boleh mengheret kita ke Neraka. Nikmat terbesar bukanlah sekadar badan yang kuat, tapi nikmat "Tidak Berbuat Dosa" itu yang terbaik. Hikmah apabila kita sakit dan sabar, Allah Taala telah "mengunci" kita daripada melakukan maksiat. Itulah rahmat dalam ujian. 2. R...

Mencari Syifa’ dan Syurga dalam Ujian

Image
Assalamulaikum anak-anak Mama sayang...  Inas, Syasya, dan Anas. Mama tulis coretan ini bukan sekadar untuk memenuhi ruang blog Canonrider , tapi sebagai kompas untuk anak-anak mama saat dunia terasa menghimpit. Kita semua tahu, perjalanan hidup kita bukan lebuh raya yang rata. Ada lubang trauma, ada bukit kewangan yang tinggi untuk didaki dan ada rintangan kesihatan yang perlu kita lalui. Tapi, Mama mahu anak-anak kesayangan mama, Inas, Syasya dan Anas pegang dua kunci utama yang Mama pelajari hari ini dari kelas Tadabbur Ghulam Al-Dakwah, Rawatan Hati Melalui Surah Ash-Sharh (94) oleh ustaz Abdul Muein Abd. Rahman bertarikh 12 Mac 2023   1. Al-Quran: Bukan Sekadar Bacaan, Tapi Penawar (Syifa’) Dalam Surah Yunus, ayat 57-58, Allah menurunkan manual kehidupan yang sangat indah. Allah Taala menyebut Al-Quran itu ada 4 fungsi besar:  Mau’izah (Nasihat): Teman saat kita hilang arah. Syifa’ (Penawar):  Ini paling penting untuk kita. Ia adalah ubat bagi "penyaki...