Mengapa Rahmah Lebih Mahal Daripada Rezeki?
Anak-anak kesayangan Mama... Inas, Syasya, dan Anas.
Ini adalah sambungan daripada apa yang Mama pelajari tentang Surah Yunus dari entri Mencari Syifa' dan Syurga dalam Ujian. Mama mahu anak-anak mama faham satu rahsia besar tentang kehidupan: "Kenapa ada orang yang diuji dengan kesakitan dan kesempitan, tapi mereka tetap tenang?"
1. Kesakitan - Pembersih Dosa Menuju Syurga
Kadang-kadang kita rasa pelik, kenapa orang baik selalu sakit? Nabi SAW mendidik sahabat untuk faham bahawa penyakit adalah penghapus dosa.
- Sakit yang diredhai (sanggup hadap, tiada rungutan) boleh membawa kita ke Syurga.
- Sihat yang disalahguna pula boleh mengheret kita ke Neraka.
2. Rahmah vs Rezeki - Mana Lebih Mahal?
Kita sentiasa mengejar rezeki (duit, harta, pangkat), sehingga kita terlupa minta RAHMAT. Tahu tak apa beza kedua-duanya?
Anak-anak, ingat tak kisah Pemuda Al-Kahfi? Mereka rela tinggalkan kemewahan dan lari ke dalam gua demi akidah. Doa mereka cuma satu:
3. Al-Quran, Bukan Sekadar Bacaan
Anak-anak Mama, Al-Quran adalah Mau’izah (nasihat/pelajaran). Ia kekal relevan sampai ke hari kiamat. Pengajaran daripada pemuda Kahfi ialah: Jika harta atau dunia menggugat imanmu, tinggalkanlah ia demi menyelamatkan maruah dan akidahmu.4. Bergembiralah Dengan Al-Quran
Sahabat Nabi r.a sanggup mengembara berbulan-bulan hanya demi mencari satu hadis. Kita hari ini ada Al-Quran di hujung jari, semoga kita tidak menjadi orang yang rugi dek terlupa mentadabbur Kalam-Nya.
Pesanan Akhir Mama
Apabila kita jaga akidah kita (hubungan kita dengan Allah), Allah Taala pasti dengan yakin mama katakan, yang Allah Taala akan menjaga kita dan rezeki kita. Usah takut "Bajet Ketat", takutlah anak-anak mama, jika hidup kita ini hilang "Rahmat" dari Allah Taala.Mawar Safiya
Seorang pengembara menyusuri sejarah dan kehidupan demi mencari rahmat dan
keredhaan Allah SWT dan berkongsi hikmah dan rahmat Allah SWT di jalanan.
Comments