Bhgn. 2 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)
Cerita sebelum ni, Bhgn. 1 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar) . Sila klik na. Ini kisah Bhgn. 2 plak ye. Bhgn. 2 - Apa yang Dilihat, Itula yang Dilalui Day 2 - 27hb Januari 2018 Luang Prabang - Luang Nam Tha, Lao PDR Seawal pagi, kita da get ready tunggu minivan di simpang jalan Vanvisa Guesthouse. Bukan apa, kita risaw jugak, kalau-kalau lambat sampai ke Zuela Guesthouse, Luang Nam Tha, tak de la masa kita nak berehat. Sebab the next day, kita nak ke Boten, South China Border plak. Boten ini merupakan sempadan Laos untuk masuk ke Khun Ming, Selatan China. Sebenarnya 8 jam lebih. Sebab banyak kali berhenti amik dan turunkan penumpang Aha, lupa kita nak bagitaw, Luang Prabang ni adalah bandar transit untuk ke Khun Ming, China; Hanoi, Vietnam; dan Chiang Saen (Golden Triangle), Thailand. Sebab tu la kot, ramai pelancong yang berkunjung ke Luang Prabang. Ia adalah bandar transit seperti Hatyai tu. Laluan ke Vanv...