Posts

Showing posts from March, 2018

Kempen Derma Darah Kawasaki Tahun Ke-10

Image
Bismillahirrahamanirahim.. Hai uols...lama da kita tak hangout kat sini. Kerja hakiki menimbun. Tak sempat kita nak bersihkan sawang-sawang kat blog kita ni. Tapi hari ini, kita try jugak lah. Kalau tak update, nanti basi plak ceritanya. Betul tak? 17hb Mac 2018 Kawasaki Glenmarie - Wangsa Maju, KL Seawal pagi Sabtu tu, kita bersama member kita, si Nisaq Oberlander bergerak bersama-sama ke HQ Kawasaki Glenmarie, Shah Alam. RV nya di sana. Pagi itu, kita diberi makan nasi lemak. Sambalnya.. fuhh.. sedap giler. Meme sedap la. Nisaq laa yang cakap. Kita mengiyakan. hik3 Selepas bacaan doa dan taklimat ringkas daripada Che Mad, Otai Kawasaki, kita pun beramai-ramai la bergerak  menghala ke Wangsa Maju melalui NKVE dan DUKE. Jaraknya lebih kurang 35km. 10 orang marshall iringi konvoi ini.. Pergh.. panjangnya barisan konvoi ni, mak aiiii.. bayangkan 100 buah motosikal berkuasa tinggi pelbagai cc, semua memberi sokongan untuk program ini. Alhamdullillah....

KOG Border Ride Pak Bara Satun 2017

Image
22 Disember 2017   |   Jumaat Putrajaya - Wang Kelian Setelah abih bekerja, kita berkejar nak selesaikan apa yang patut sebelum bergerak untuk rv di Tol Sg. Buaya bagi mengikuti trip Kawasaki Owner Group (KOG) Border Ride ke Pak Bara, Satun. Kita tiba di tempat rv pada jam 11.05 malam, hari tu jalan raya jem teruk sempena cuti krismas. Dalam jam 11.30 malam, kita pun bergerak menghala ke Utara tanahair untuk berkumpul semula di Masjid Changlun, Sintok, Kedah. Jalan memang jem sesangat dan hujan renyai-renyai. Setiap hentian dan RNR, penuh dengan kenderaan dan orang begitu ramai. Kita teruskan perjalanan lagi sehinggalah jam 5.00 pagi kita pun tiba di Masjid Changlun. Opss, lupa kita nak bagitau, actually kita ni tumpang "support car". 23 Disember 2017   |   Sabtu Wang Kelian - Satun Setelah selesai solat subuh, hujan turun selebat-lebatnya. Rakan-rakan bikers nak tak nak terpaksa meredah jua hujan yang lebat untuk ber...