OMG Betong Thailand Lagi 2017!



Hari Pertama 
24 November 2017 
Castella Cafe, Kg. Kerunai, Gerik

Actually, trip ini hampir-hampir terbatal gara-gara salah faham. Tetapi, alhamdulillah, kita buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Kita belajar untuk bertolak ansur dan belajar menjadi tabah dengan keadaan sekeliling.

Yang mana baik dijadikan teladan. Yang mana tak elok tu, kita jadikan tauladan. Semua perkara ada hikmahnya, kan. Yang penting kita bersabar. Allah amat sayang pada hambaNya yang sabar dan sentiasa menunaikan solat. (Al-Baqarah, 214)


Orait..pada jam 10.30 pagi, kami pun bergerak menghala ke Pengkalan Hulu. Cuaca pada hari tu, mendung je. Jadinya, kami ambil keputusan untuk singgah di Castella Cafe, Gerik dulu. Di sini, memang terkenal dengan makan di dalam air. Sambil makan, sambil main air. Macam piknikla plak. Makanannya, dijual dengan harga pakej. Kami ambil pakej RM100.



Dalam pakej RM100 tu, ada ikan sungai dan rebung masak gulai lemak kuning, ikan bakar, ulama-ulaman bermacam-macam jenis yang segar bugar macam jantung pisang rebus, petai, ulam daun dalam 2-3 jenis, ikan pekasam yang sedap sesangat, nasi daun berkukus, nasi putih dan satu jag air oren. Selain itu ada 3 jenis pencicah iaitu air asam, budu dan kuah kerabu putih.

Kat sini juga, ada disediakan kemudahan seperti tempat persalinan, bilik mandi, tandas dan belaysah (surau). Cuma tempat parkirnya sahaja yang kita terpaksa parkir kereta di tepi jalan raya.  Walau apa-apa pun, tempat ni memang best. Sesuai untuk percutian keluarga. 


CIQ Betong, Thailand

Dari Castella Cafe, Kg. Kerunai ke CIQ Betong, sudah tak jauh dalam 37.5km. Persediaan untuk masuk Betong, Thailand dengan kenderaan.

1. Tak perlu insuran, hanya perlu isi borang TM2 dan TM3
2. Geran asal atau fotostat (perlu cop balai polis)
3. White Card
4. Passport bersama RM2





Restoran Hafiz

Selesai urusan di CIQ Betong, kami terus menghala ke Butterfly Princess. Hotel ini amat cantik dan rekemended. Hotel ini masih baru dan banyak kedai halal di sepanjang laluan. Harganya RM89 dan sememangnya hotel pertama pilihan "bikers kental". hik3. Hotel ni jugak ada menyediakan khidmat sewa motor skuter yang comel tapi power gila yang harganya RM35/hari.


Tapi kat hotel ini, kami hanya dapat sewa bilik semalam sahaja. Maklumlah, main terjah je kan. Nasib baik ada bilik kosong. Di hadapan hotel, dalam 10 langkah je, ada Restoran Hafiz yang terkenal dengan masakan Ikan Stim Asam Boi dan Kerabu Somtam yang terbaik. Di hadapan restoran tu juga, ada gerai kecik yang menjual kuih cakoi yang comel yang rasanya perghh.. sedap sesangat lah. Terangkat abih.

Jadinya untuk makan malam, kami order makanan yang amat menyelerakan ...

1. Ikan Siakap Stim Asam Boi yang habis kuahnya dihirup licin
2. Sayur Kailan Ikan Masin yang batangnya lembut sesangat
3. Somtam yang paling pedas
4. Sotong Celup Tepung yang crunchy, yum yum.!!!
5. Kerabu Kaki Ayam yang putih melepak

Masakannya sedap, tempatnya pulak best dan yang pasti harganya pun berbaloi-baloi. Rekemended. Restoran ini dibuka bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 10.30 malam. Sekiranya orang terlalu ramai, ia ditutup pada jam 10.00 malam.


Selepas makan, kami meronda dengan moto sewa untuk mengisi minyak. Namun disebabkan stesen minyak sudah ditutup, kami nak tak nak terpaksalah topup minyak yang dijual di dalam botol di kedai-kedai kecil tepi jalan.

Ada 4 jenis minyak dalam bermacam-macam harga. Sudahla tak faham apa yang ditulis. Kami main taram je laa. Janji penuh. Selepas tu, kami pun meronda dan bergambar sakan di Betong Municipality Park sambil mencari-cari hotel yang akan disewa esok.










Hari Kedua
25 November 2017
Awan Karpet & Telur Rebus

Seawal jam 4 pagi, kami sudah bersiap-siap untuk ke Ayer Weng. Namun malangnya, hujan turun selebat-lebatnya. Makanya, rancangan untuk ke Ayer Weng dengan motor sewa tidak berkesampaian. Rupanya, ada banyak sangat hikmatnya hujan turun selebat-lebatnya tu. Nak tau kena la baca cerita ni sampai habis, ye. Keputusannya, kami berkereta lah ke sana. Dalam sejam lebih jugakla meredah jalan berselekoh tajam yang licin dan gelap gelita. 

Hikmah : sejuk, licin dan gelap. Merbahaya

Apabila sampai, kami ditahan oleh orang kampung supaya parkir kereta di tepi simpang 4 Ayer Weng. Rupa-rupanya Jalan Ayer Weng sedang dilebarkan dan memang jalan berselut tebal dan lecak becak. So, semua kenderaan kecuali 4x4 je yang dibenarkan naik. Yang lain terpaksa naik motosikal atau hilux orang kampung atau pun berjalan kaki. Jauh jugaklah kalau nak berjalan kaki dengan mendaki bukit... 3 km kot.




Tak perlah, kita sanggup bayar kat orang kampung, dalam 100B je pun. Rezeki orang kampung, Yelah kalu tak kerana hujan, diorang boleh pergi menoreh. Tapi hari dah hujan... inila rezeki diorang. Sesudah sampai kat atas, apalagi, excitedlah kita bergambar, merakam moment. Maklumlah, orang tak ramai. 

Hikmah : jalan berselut, banyak lubang misteri. Orang tak ramai, seronok dan bebas nak merakam kenangan

Semasa perjalanan balik ke hotel, kami singgah dulu membeli sarapan di gerai-gerai tepi jalan. Diorang ada jual telur dadar berintikan kelapa muda, apam balik cute inti pulut hitam, jagung, kaya hijau dan kuning. Ada ketupat palas, nasi kuning, pulut ayam, kuih bunga perisa jagung dan daun bawang dan ada jugak jual hasil hutan macam cendawan sisir, terung pipit dan petai. Apalagi, kami beli macam-macam, maklumlah lapar. 


Disebabkan Hotel Butterfly Princess tu, kami hanya sewa semalam jer, makanya hari tu kami berpindah masuk ke Hotel Garden View yang harganya RM115. Biliknya besar tapi hotel lama. Tak rekemen sangat hotel ni.


Disko ada di bawah dan depan hotel. Bising. Namun, tempat ini sesuai untuk bawa famili kerana di hadapan hotel ada gerai-gerai kecil yang menjual pakaian, kelengkapan rumah dan aksesori wanita. Dekat plak tu dengan Betong Municipality Park yang ada Ayam ikon Betong dan Betong Mongolic Tunnel. Kat aras 4 hotel ini, ada tempat massage. Harganya pun boleh tahan la. Tapi kita tak try pun. 

Tapi yang paling penting, di kedua-dua hotel tu iaitu Hotel Garden View dan Butterfly Princess ni tak ada Channel 1. Apa dia Channel 1 tu? Jeng jeng jeng!!! 

Orait, cukupla bercerita pasal hotel. Meh kita sambung pasal aktiviti kita di Betong. Walaupun hujan sepanjang hari, namun aktiviti tetap diteruskan.  Pada hari tersebut, kami telah ...


1. Ziarah Masjid Betong

2. Rendam kaki di Air Panas Otop Village sambil-sambil merebus telur puyuh. Telur dan kicap memang ada dijual di kedai tepi kolam air panas, hanya bayar 20B dapatlah 20 biji telur puyuh. Rendam dan tunggu dalam 7 minit macam tu tapi bergantung juga pada suhu sekitar.  Disebabkan hari hujan, suhu air taklah panas mana, lebih dari 10 minit kami tunggu, dengan perasaan tak sabar, kami angkat, tengok...menjadilah ia telur puyuh separuh masak. huhuhu...





3. Bergambor di postbox terbesar di dunia dan Tugu Jam Landmark Betong

4. Merendek window shopping kat Plaza Betong

5. Makan malam, nasi putih, ayam goreng kunyit, bihun sup dan pulut mangga kat kedai tepi tangga Plaza Betong, sambil menjamu mata tengok chicky chicky auuummm (GRO).

6. Night life in Betong. Banyak la jugak. tapi hari tu, kami try masuk Istana Dangdut. Tak sampai 10 minit, kita sudah bosan.  Yelah, ini first time kita masuk tempat cenggini. Katanya dulu tempat ni glamer dengan tarian exotic. Boleh search kat youtube.

7. Pekena Kerabu Seafood yang superb hot. Pedasnya sampai menangis ler.

8. Wajib pekena air teh tarik 7-11


Hari Ketiga
26 November 2017

Hujan tidak berhenti-henti dari pagi semalam hinggalah ke pagi berikutnya. Sudahnya, kami ambil keputusan untuk meronda dalam hujan je lah. Nasib baik, baju hujan disposal tu, ada dijual di kedai runcit dengan harga 20B.

Makanya, bermulalah sesi meronda kami setelah membeli bekal kuih-muih di gerai tepi jalan untuk ke : 

1. Piyamit tunnel - bergambar di bawah pokok 1000 tahun yang paling tua di Betong








2. Menjamu mata dengan pemandangan awan karpet (nano) semasa perjalanan ke Winter Flower Garden

3. Bergambar suka ria di Winter Flower Garden



4. Bersarapan pagi bihun sup dan nasi lemak di kedai tepi tangga di Plaza Betong


5. Shopping di Plaza Betong 
6. Shopping di Pasar Basah Betong

Alhamdullillah, pada jam 12.00 tengahari kami check out dari Garden View Hotel dengan jayanya walaupun lewat dua jam dari waktu yang kami sasarkan. Atas kelewatan tu, kami terpaksalah beratur panjang bagi urusan keluar di Imigresen Betong.  Then, seterusnya merempuh kesesakan lalulintas di lebuhraya PLUS. Bertabahlah... 


Ikan Pekasam Kg. Kelantan

Semasa perjalanan balik, kami berhenti makan tengahari dulu di Restoran Tasik Raban. Tapi kan, kita tak rekemen la tempat ni. Masakannya boleh tahan tapi layanan kurang mesra. Hari tu kami makan nasi campur dan ikan bakar. Bolehla. Jadi, untuk restoran ni kita boleh bagi rate 2/10 je sebab tak besh.



Then, seterusnya kami singgah membeli ikan pekasam pulak di Kg. Kelantan, Tasik Raban. Pekasam ikan loma adalah produk istimewa di kawasan Gerik, Lenggong dan Chenderoh. Sebungkus ada 2 ekor. 3 pek dijual dengan harga RM10. Jadinya, kita beli 7 pek, dapatlah dengan harga RM20. Rezeki.


Berakhirlah kisah trip OMG Betong Lagi. Banyak sangat kenangan indah yang bersemi di hati yang terpahat sampai mati macam : 

1. Dapat bergambar di pohon 1000 tahun Piyamit Tunnel
2. Live dengan buah nona
3. Mengunjungi Winter Flower Garden
4. Makan 15 biji telur puyuh separuh masak..euww
5. Makan sambil main air di Castella Cafe
6. Bergambar dengan telur ayam pinkish di Pasar Basah Betong 
7. Pusing ronda Betong
8. Makan kerabu seafood yg maha pedas giler 
9. First time masuk kelab disko dangdut
10. dan banyak sangat peristiwa lucu yang mencuit hati

By the way, trip ini memang the best. Terbaik. Penutup untuk kisah kita di Betong bagi tahun 2017. Walaupun pada awalnya ada berlaku salah faham dan tak best tp ending nya..wowwww marbelousss kot. Tersenyum sendirian bila teringat hik3. Jadinya #hidupkenabanyaksabar dan #senyumbiarselalu.



Bercuti ke mana?

Kesimpulannya...
Kepada sesiapa yang merancang hendak ke oversea dengan kos di bawah RM1000 tu, boleh la berkunjung ke Betong, Thailand. Itu dikira oversea la jugakkan walaupun hanya 5 jam dari Putrajaya tanpa kesesakan jalan raya.  

Sebenarnya, seronok dapat bawa kaum keluarga sanak saudara ke sini. Walaupun Betong adalah antara kubu kuat puak Komunis suatu masa dulu, tapi penduduknya sopan dan yang paling best Betong masih hijau dan hutannya masih dara. Subhanallah cantik sesangat keindahan alam semulajadinya. Ditambah makanannya pula walamak, fuh sedap sesangat. Lebih sedap dari Hatyai dan Songkhla lah. 

Kalau nak dibandingkan dengan Hatyai yang dikenali sebagai bandar transit untuk ke Utara Thailand dengan Betong, memang Betong  jauh tenang dan aman damai. Hatyai dah la crowded malah seakan rumah kedua rakyat Malaysia. Makan pula sudahlah mahal dan kurang rasa. 

Jadinya, maghilah beramai-ramai kita masuk ke Betong pulak. Next trip, insha allah coming Disember 2017, Satun. Penutup cerita untuk kisah Thai kita... Canon rider was here... #spreadlove

Post a Comment

0 Comments