KOG Border Ride Pak Bara Satun 2017
22 Disember 2017 | Jumaat Putrajaya - Wang Kelian Setelah abih bekerja, kita berkejar nak selesaikan apa yang patut sebelum bergerak untuk rv di Tol Sg. Buaya bagi mengikuti trip Kawasaki Owner Group (KOG) Border Ride ke Pak Bara, Satun. Kita tiba di tempat rv pada jam 11.05 malam, hari tu jalan raya jem teruk sempena cuti krismas. Dalam jam 11.30 malam, kita pun bergerak menghala ke Utara tanahair untuk berkumpul semula di Masjid Changlun, Sintok, Kedah. Jalan memang jem sesangat dan hujan renyai-renyai. Setiap hentian dan RNR, penuh dengan kenderaan dan orang begitu ramai. Kita teruskan perjalanan lagi sehinggalah jam 5.00 pagi kita pun tiba di Masjid Changlun. Opss, lupa kita nak bagitau, actually kita ni tumpang "support car". 23 Disember 2017 | Sabtu Wang Kelian - Satun Setelah selesai solat subuh, hujan turun selebat-lebatnya. Rakan-rakan bikers nak tak nak terpaksa meredah jua hujan yang lebat untuk ber...