Posts

Showing posts with the label healing

Misi "Memburu" Harum Manis 2026 - Perlis, Kami Datang Taw

Image
Siapa sangka, berawal dari sembang-sembang semasa Umrah Ramadhan Andalusia 2024, tentang Mangga Harum Manis. Aunty Norlidah offer  kepada rakan-rakan jemaah untuk datang ke kebun dia kat Perlis. Harga di kebun lagi murah dari harga beli di tepi jalan. Betul lah tu. Akhirnya this year Kak Mawar luangkan masa untuk penuhi misi mengejar mangga paling eksklusif di Malaysia, iaitu Harum Manis. Tersenyum sendirian apabila misi aka janji 2024 ini  telah berjaya dilaksanakan pada April 2026!  Asalnya nak pergi naik ETS sahaja, tapi memandangkan tiket untuk ke sana, cecah RM300 pergi balik, belum lagi kira duit grab untuk ke sana sini then kena mengangkut mangga tu pula naik train ETS.  Better kita drive je laah. Boleh la ajak yang lain join sama, leh sama-sama "tong" sorang sikit.  Sapa je yang tak nak ikut trip mangga harum manis ni. Tambah plak, RM20 kalau beli kat kebun (tapi bukan gred A lah). Harga pasaran kat luar tu RM25 taw. Paling tinggi RM35, itu maybe gred A....

Nota Kecil - Pemenang Dunia Akhirat dengan Surah Al-Baqarah

Image
"Mentadak Mentadu: Simbol ketelitian dan kepatuhan pada fitrah ciptaan-Nya." Assalamualaikum buat para pembaca dan teristimewa buat tiga permata hati Mama yang dikasihi...  Inas, Syasya, dan Anas. Dalam kembara hidup Mama yang panjang, Mama belajar bahawa setiap perjalanan memerlukan "peta" dan "perisai". Hari ini, Mama ingin menitipkan sebuah nota kecil, satu rahsia kekuatan yang Mama temui dalam Al-Quran. Jika suatu hari nanti anak-anak mama mencari kekuatan saat jiwa terasa lelah, carilah kekuatan itu dalam Surah Al-Baqarah . "Bila hati lapang untuk Islam, dunia yang luas ini akan terasa lebih damai dan tenang." 1. Kenapa Surah Al-Baqarah? (Kekuatan Seorang Khalifah) Surah ini adalah surah terpanjang dalam Al-Quran (286 ayat) dan merupakan surah yang diturunkan di Madinah dan selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ...

Saat Allah Melapangkan Hati, Segalanya Jadi Mudah

Image
Buat anak-anak Mama yang sentiasa dalam doa...  Inas, Syasya dan Anas. Mama sambung lagi coretan ini. Jika dalam entri lepas, kita belajar tentang Rahmat , kali ini Mama nak bisikkan tentang "Kelapangan Hati" . Mama belajar sesuatu yang sangat mahal dari Surah Ash-Sharh (Alam Nashrah). 1. Ilmu adalah Harta Yang Paling Mahal Anak-anak kesayangan Mama, ramai orang hari ini kepenatan mengejar harta sehinggakan tidak berkesempatan untuk menimba ilmu. Anak-anak tahu yang para sahabat Nabi SAW dulu-dulu, sanggup menjual harta demi setitis ilmu? Kenapa? Kerana hidup tanpa ilmu, kita akan tersesat seperti dua golongan yang kita baca berulang-ulang kali setiap hari terutama dalam solat iaitu surah Al-Fatihah: Golongan yang Dimurkai: Ada ilmu (ada kitab), tapi tak mahu ikut/amal. Golongan yang Sesat: Beramal tapi tanpa ilmu (ikut-ikut sahaja). Peringatan buat kita -  Jangan sampai kita rajin membaca Al-Quran,...

Mengapa Rahmah Lebih Mahal Daripada Rezeki?

Image
Anak-anak kesayangan Mama... Inas, Syasya, dan Anas. Ini adalah sambungan daripada apa yang Mama pelajari tentang Surah Yunus dari entri Mencari Syifa' dan Syurga dalam Ujian . Mama mahu anak-anak mama faham satu rahsia besar tentang kehidupan: "Kenapa ada orang yang diuji dengan kesakitan dan kesempitan, tapi mereka tetap tenang?" 1. Kesakitan - Pembersih Dosa Menuju Syurga Kadang-kadang kita rasa pelik, kenapa orang baik selalu sakit? Nabi SAW mendidik sahabat untuk faham bahawa penyakit adalah penghapus dosa. Sakit yang diredhai (sanggup hadap, tiada rungutan) boleh membawa kita ke Syurga. Sihat yang disalahguna pula boleh mengheret kita ke Neraka. Nikmat terbesar bukanlah sekadar badan yang kuat, tapi nikmat "Tidak Berbuat Dosa" itu yang terbaik. Hikmah apabila kita sakit dan sabar, Allah Taala telah "mengunci" kita daripada melakukan maksiat. Itulah rahmat dalam ujian. 2. R...

Mencari Syifa’ dan Syurga dalam Ujian

Image
Assalamulaikum anak-anak Mama sayang...  Inas, Syasya, dan Anas. Mama tulis coretan ini bukan sekadar untuk memenuhi ruang blog Canonrider , tapi sebagai kompas untuk anak-anak mama saat dunia terasa menghimpit. Kita semua tahu, perjalanan hidup kita bukan lebuh raya yang rata. Ada lubang trauma, ada bukit kewangan yang tinggi untuk didaki dan ada rintangan kesihatan yang perlu kita lalui. Tapi, Mama mahu anak-anak kesayangan mama, Inas, Syasya dan Anas pegang dua kunci utama yang Mama pelajari hari ini dari kelas Tadabbur Ghulam Al-Dakwah, Rawatan Hati Melalui Surah Ash-Sharh (94) oleh ustaz Abdul Muein Abd. Rahman bertarikh 12 Mac 2023   1. Al-Quran: Bukan Sekadar Bacaan, Tapi Penawar (Syifa’) Dalam Surah Yunus, ayat 57-58, Allah menurunkan manual kehidupan yang sangat indah. Allah Taala menyebut Al-Quran itu ada 4 fungsi besar:  Mau’izah (Nasihat): Teman saat kita hilang arah. Syifa’ (Penawar):  Ini paling penting untuk kita. Ia adalah ubat bagi "penyaki...

My Vroom Vroom Therapy | 10 Reasons This Malaysian Lady Biker Rides for Freedom

Image
Hello, hello my wonderful friends!  Today, I want to share a secret from my heart. Why do I, Mawar Safiya (or Canon Rider!), love riding my big motorcycle? And why do I see more and more girls riding big bikes too? Maybe you have wondered. Maybe not!  But after reading this, I hope you will see... this world of two wheels is not just for boys! Oh no! It is for us too! For brave, free, therapy, happy go lucky girls like you and me! Ready? Let's go! VROOM VROOM! 1. It Feels Like Flying! (Freedom & Being Brave) When I sit on my big bike and start the engine... RUMBLE RUMBLE... oh, the sound! It makes my skin feel all tingly and happy! That sound is not just noise. It is the sound of freedom! It says, "Mawar, you can go anywhere you want! Anytime you want!"  Sometimes people say, "Girls should not do that." But I listen to my heart. I do what feels right for me. And that makes my life feel happy and full! It's also my therapy. 2. I Feel Super Strong! (Pow...