Posts

Showing posts with the label derma darah

Kempen Derma Darah Kawasaki Tahun Ke-10

Image
Bismillahirrahamanirahim.. Hai uols...lama da kita tak hangout kat sini. Kerja hakiki menimbun. Tak sempat kita nak bersihkan sawang-sawang kat blog kita ni. Tapi hari ini, kita try jugak lah. Kalau tak update, nanti basi plak ceritanya. Betul tak? 17hb Mac 2018 Kawasaki Glenmarie - Wangsa Maju, KL Seawal pagi Sabtu tu, kita bersama member kita, si Nisaq Oberlander bergerak bersama-sama ke HQ Kawasaki Glenmarie, Shah Alam. RV nya di sana. Pagi itu, kita diberi makan nasi lemak. Sambalnya.. fuhh.. sedap giler. Meme sedap la. Nisaq laa yang cakap. Kita mengiyakan. hik3 Selepas bacaan doa dan taklimat ringkas daripada Che Mad, Otai Kawasaki, kita pun beramai-ramai la bergerak  menghala ke Wangsa Maju melalui NKVE dan DUKE. Jaraknya lebih kurang 35km. 10 orang marshall iringi konvoi ini.. Pergh.. panjangnya barisan konvoi ni, mak aiiii.. bayangkan 100 buah motosikal berkuasa tinggi pelbagai cc, semua memberi sokongan untuk program ini. Alhamdullillah....